Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 38

45200 SABAK BERNAM,


SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon / Fax : 03-32161219 Kod Sekolah : BBA 6014
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 38, 45200 SABAK BERNAM,
SELANGOR

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN


KECERIAAN KELAS
2017

DISEDIAKAN OLEH
HMIDAH BT MAT YUSOP
PENYELARAS 3K

UNIT HEM SK BATU 38


SK BATU 38, 45 200 SABAK BERNAM, SELANGOR.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 2017

Rasional
Suasana kelas yang bersih, ceria dan kondusif dapat mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang selesa.

Matlamat
Pengurusan kelas yang teratur, kemas dan menggalakkan pengajaran dan pembelajaran
abad 21.

Objektif
i. Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria serta bermaklumat.
ii. Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih
dan ceria.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong.

Sasaran
Semua kelas dan pelajar.

Jangka masa
April hingga Oktober 2017

Hadiah
i. Banting
ii. Sijil
iii. Piala Pusingan
iv. Wang saguhati setiap bulan
v. Hadiah keseluruhan terbaik tahap 1 dan tahap 2

Anggaran kos

Pendapatan:
i. Wang Keceriaan PIBG (RM100x 14 kelas) : RM1 400
ii. Kantin sekolah : RM 855
Jumlah RM2 255
Perbelanjaan:
i. Sumbangan kepada setiap kelas = RM1400

ii. Tempat pertama bulanan = RM20.00


Tempat kedua = RM15.00 RM45 X2 tahap X 7 bulan = RM630.00
Tempat ketiga = RM10.00

iii. Sijil( Tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga ) = RM45.00
iv. Piala pusingan = RM40x2 = RM80
v. Hadiah keseluruhan terbaik tahap 1 dan tahap 2= RM100
Jumlah = RM2 255

Sumber tenaga
i. Guru kelas
ii. Guru beredar
iii. Guru Pra
iv. Guru Pendidikan Khas
v. Guru damping
vi. Semua pelajar

Disediakan oleh,

.
( HAMIDAH BT MAT YUSOP )
Penyelaras 3K
Unit Kebersihan dan Keceriaan

Disahkan oleh,

...
( AMRAN BIN SHAARY )
GPK Hal Ehwal Murid
SK Batu 38
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 38, 45 200 SABAK BERNAM, SELANGOR
MINIT MESYUARAT 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN)
BIL 1/ 2017

Tarikh : 15 MAC 2017


Masa : 1.20 PETANG
Tempat : MAKMAL KOMPUTER SK BATU 38
Pengerusi : AHMAD KAMAL BIN SIDIK
Kehadiran (Bilangan) : 11/ 12

Nama Yang Hadir :


Bil Nama Jawatan
1. HAMIDAH BT MAT YUSOP Penyelaras 3K & Ketua Kebersihan
2. RIZAL BIN OSMAN Ketua Keselamatan
3. ROKIAH BT YUSOF Ketua Kesihatan
4. NORSOHAILA BT ABD HAMID AJK Kebersihan
5. SITI SERINGATAON BT BAOK AJK Kebersihan
6. SITI ZULIAWATY BT WARNO AJK Kebersihan
7. BADRI BIN TALIB AJK Keselamatan
8. NOOR RISAH BT KARIM AJK Keselamatan
9. NORHAWA HANIM BIN MISKOM AJK Kesihatan
10. NORAINON BT SABIT AJK Kesihatan
11. SAIFUL BAHRI BIN ASMAON AJK Keselamatan
12. KHAIRUN NABIHAH BT BURHANUDDIN AJK Kesihatan

Nama Yang Tidak Hadir: TIADA

Turut Hadir (Jika ada): TIADA

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima
kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk melancarkan urusan semua pihak yang
terlibat dalam jawatankuasa 3K 2017. Makluman
1.3 Fail bagi 3 unit iaitu Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan perlu dilengkapkan
supaya mudah untuk dipantau. Tindakan: Ketua unit
1.4 Setiap fail perlu ada carta organisasi, senarai jawatankuasa, minit mesyuarat dan
laporan aktiviti sepanjang tahun 2017 dalam bentuk dokumentasi bergambar.
Tindakan: Ketua unit
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
2.1 Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

4. LAPORAN UNIT
4.1 Unit Keselamatan
4.1.1 Cikgu Rizal memaklumkan bahawa beliau mempunyai fail khas untuk
keselamatan. Makluman
4.1.2 Beliau berjanji akan memasukkan maklumat ke dalam fail unit keselamatan.
Makluman
4.1.3 Cikgu Rizal memaklumkan bahawa Cikgu Kamal telah berbincang dengan
beliau untuk mengadakan latihan kebakaran dalam bulan Mei. Mungkin akan
membuat latihan kebakaran secara dalaman. Makluman
4.1.4 Cikgu Rizal memaklumkan bahawa latihan kebakaran masih sukar
dilaksanakan dengan baik kerana masalah loceng tidak kedengaran di semua
tempat. Makluman
4.1.5 Pengerusi mengingatkan Cikgu Rizal untuk menyediakan pelan keselamatan
untuk laluan kebakaran.
4.1.6 Cikgu Rizal bersetuju untuk menyediakannya.
Tindakan: Ketua Keselamatan
4.2 Unit Kesihatan
4.2.1 Cikgu Rokiah memaklumkan bahawa first aid di bilik rawatan sudah tidak
lengkap.
Makluman
4.2.2 Penyelaras mencadangkan supaya first aid juga perlu ada di bilik guru.
Makluman
4.2.3 Pengerusi memaklumkan yang beliau akan membantu untuk mendapatkan
first aid
yang lengkap. Tindakan: GPK HEM
4.3 Unit Kebersihan
4.3.1 Cikgu Hamidah memaklumkan bahawa pertandingan kebersihan dan
keceriaan kelas akan dimulakan pada bulan April.
Makluman
4.3.2 Cikgu Hamidah memaklumkan bahawa Cikgu Norsohaila dan Ustazah Siti
Seringaton dilantik menjadi ketua juri dalam pertandingan ini. Beliau tidak
boleh menjadi ketua juri kerana beliau juga menjadi guru kelas yang
merupakan peserta pertandingan. Juri-juri yang lain yang dilantik ialah guru
beredar, guru pendidikan khas dan guru pra.
Makluman
4.3.3 Pengerusi memaklumkan peruntukan bagi setiap kelas ialah RM100 yang
akan disumbangkan dari tabung keceriaan PIBG.
Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Cikgu Rizal mohon pihak sekolah supaya membuat pendawaian bagi
memastikan bunyi loceng kedengaran jelas ke semua blok kawasan sekolah.
Tindakan: Pihak Sekolah
6. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru yang hadir ke
mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

HAMIDAH BT MAT YUSOP


Penyelaras 3K
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 38, 45 200 SABAK BERNAM, SELANGOR
MINIT MESYUARAT 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN)
BIL 2/ 2017

Tarikh : 10 OKTOBER 2017


Masa : 1.20 PETANG
Tempat : MAKMAL KOMPUTER SK BATU 38
Pengerusi : AMRAN BIN SHAARY
Kehadiran (Bilangan) : 9/ 10

Nama Yang Hadir :


Bil Nama Jawatan
1. HAMIDAH BT MAT YUSOP Penyelaras 3K & Ketua Kebersihan
2. RIZAL BIN OSMAN Ketua Keselamatan
3. ROKIAH BT YUSOF Ketua Kesihatan
4. NORSOHAILA BT ABD HAMID AJK Kebersihan
5. SITI SERINGATAON BT BAOK AJK Kebersihan
6. NOOR RISAH BT KARIM AJK Keselamatan
7. KHAIRUN NABIHAH BT BURHANUDDIN AJK Kesihatan

Nama Yang Tidak Hadir: BADRI BIN TAIB AJK Keselamatan

Turut Hadir (Jika ada): SITI HAJAR HASNAA BT YAHYA

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima
kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengetahui perjalanan unit-unit dalam 3K
dan juga untuk membincangkan saranan guru besar supaya bahagian tepi dewan
diceriakan. Makluman
1.3 Fail bagi 3 unit iaitu Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan perlu dilengkapkan.
Tindakan: Ketua Unit

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Mengesahkan minit: Cikgu Norsohaila Bt Abd Hamid
Menyokong: Cikgu Noor Risah Bt Karim
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi mengingatkan fail perlu dilengkapkan mengikut bahagian masing-masing
dan minit mesyuarat 3K yang sama perlu dimasukkan ke dalam setiap fail.
Tindakan: Ketua unit
3.2 Pelan keselamatan untuk laluan kebakaran telah disediakan oleh Cikgu Rizal.
Makluman
3.3 Cikgu Rokiah memaklumkan atas bantuan Cikgu Kamal, first aid telah disediakan
dan ada di bilik guru.
Makluman
3.4 Cikgu Hamidah memaklumkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas berjalan
dengan lancar. Makluman
3.5 Cikgu Rizal memaklumkan keadaan masih sama, loceng sekolah tidak kedengaran di
seluruh kawasan sekolah. Tindakan: Pengerusi

4. LAPORAN UNIT
4.1 Unit Keselamatan
4.1.1 Cikgu Rizal memaklumkan bulan April sudah dibuat latihan kebakaran tetapi
kurang berkesan kerana masalah loceng yang tidak kedengaran. Bercadang
untuk membuat sekali lagi latihan kebakaran secara dalaman.
Makluman
4.2 Unit Kesihatan
4.2.1 Cikgu Rokiah memaklumkan memerlukan sedikit peruntukan lebih kurang
RM200 untuk menceriakan bilik kesihatan. Peti kecemasan juga tiada dan
perlu dilengkapkan.
Makluman
4.2.2 Pengerusi mencadangkan untuk mohon sedikit peruntukan melalui panitia
PJK.
Tindakan: GPK HEM
4.3 Unit Kebersihan
4.3.1 Cikgu Hamidah memaklumkan bahawa pertandingan kebersihan dan
keceriaan kelas sedang berjalan lancar yang bermula dari bulan April hingga
Oktober.
Makluman
4.3.2 Beliau juga mohon supaya pekerja dapat menyapu sampah di bilik-bilik khas.
Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Cikgu Rokiah memaklumkan bilik darjah tahun 1 lantainya sudah mendap.
Tindakan: Pengerusi
5.2 Cikgu Hamidah mohon pengerusi untuk pastikan siapakah yang mengisi
pengisian online Sistem 3K kerana pengerusi sebelum ini telah mengarahkan
setiausaha kantin untuk mengisi maklumat tersebut.
Tindakan: Pengerusi
5.3 Lantikan setiausaha untuk setiap unit, unit kesihatan Cikgu Khairun Nabiha,
unit kebersihan, Cikgu Norsohaila dan unit keselamatan, Cikgu Badri.
Makluman
5.4 Cikgu Noor Risah memaklumkan laporan pemantauan untuk nyamuk aedes
tidak pernah diterima, fail kosong. Tindakan: Pengerusi
5.5 Cikgu Rokiah mencadangkan supaya diwujudkan profil kelas.
Tindakan: Pengerusi
5.6 Cikgu Rizal mohon supaya masalah loceng sekolah dapat diselesaikan.
Tindakan: Pengerusi
6. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru yang hadir ke
mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh,
NORSOHAILA BT ABD HAMID
Urusetia mesyuarat
KEPUTUSAN KESELURUHAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN
KECERIAAN KELAS TAHUN 2017

TAHAP 1
KELAS 3 ARIF

TAHAP 2
KELAS 6 ARIF

Anda mungkin juga menyukai