Anda di halaman 1dari 5

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

1.0 Nama dan Alamat

Nama Persatuan: Persatuan Sejarah

Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,


Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

2.0 Matlamat

2.1 Membina keyakinan diri, kepimpinan dan disiplin dalam kalangan ahli.

2.2 Menggilap dan mengasah bakat ahli dalam pelbagai aktiviti yang
diceburi.

2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan sesama ahli.

2.4 Menyemai kesedaran ahli terhadap semangat cinta akan bangsa dan
negara.

3.0 Objektif

3.1 Melahirkan masyarakat yang berilmu dan mencintai alam sekitar.

3.2 Bersedia memberi khidmat dan menyelesaikan masalah dalam


suasana mesra.

3.3 Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan bertolak dalam


kalangan ahli.

3.4 Semua ahli dapat menyampaikan perasaan cinta akan bangsa dan
negara.

3.5 Semua ahli mendidik dan mampu mendidik diri sendiri dan rakan
sebaya.
4.0 Logo

Pengertian
Pen Mencatat pengetahuan yang bermakna dan kenangan manis
Skrol Cinta terhadap sejarah
Dakwat Masa silam merupakan guru terbaik
Bulatan Ahli persatuan bekerjasama bagi mencapai matlamat bersama
Warna Sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah
coklat

5.0 Visi, Misi dan Moto

5.1 Visi

Melahirkan generasi yang memiliki kemahiran pemikiran sejarah sehingga


dapat menghayati sesuatu peristiwa sejarah secara empati.

5.2 Misi

Mendedahkan semua ahli kepada sejarah di samping melahirkan insan yang


mengejar kebenaran serta kesahihan.

5.3 Moto

Ketamadunan masyarakat dan kelestarian alam


6.0 Lagu Persatuan

Di sini lahirnya sebuah cinta


Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima


Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji


Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

7.0 Keahlian
7.1 Dibuka kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar.
7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi Borang Keahlian
Persatuan Sejarah. (Borang Keahlian Persatuan Sejarah sila rujuk Lampiran
1)
7.3 Ahli-ahli persatuan Sejarah mestilah menerima serta bersetuju berpegang
kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas dalam
mencapai matlamat persatuan.
7.4 Setiap ahli persatuan perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM 15.00
bagi setiap tahun.
7.5 Bilangan ahli adalah terhad dan tidak melebihi 150 orang.

8.0 Pensyarah Penasihat


8.1 Pensyarah penasihat ialah En. Tan Beng Siang.
8.2 Pensyarah penasihat mempunyai kuasa mutlak dalam merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti.

9.0 Ahli Jawatankuasa

9.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Tan Beng Siang


Pengerusi Pengelola : Chong Yu Mui
Naib Pengerusi : Chan Kai Peng
Setiausaha : Khong Pei Ni
Naib Setiausaha : Lee Chai Lin
Bendahari : Hong Yi Xin

9.2 JAWATANKUASA KERJA


AJK Aktiviti : Sam Mei Jin
Tung Choon How
Loh Noan Pyng
AJK Urusetia : Lee Pei Ling
Hong Sian Nee
AJK Penginapan : Chia Pui Ling
Wai Jiun May
AJK Pengangkutan : Pek Anna
Shanic Loh Yee Chern
AJK Publisiti : Ngan Xin Jou
AJK Dokumentasi : Jasmine Loo
Tee Deng Leng
10.0 Peraturan-Peraturan

10.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas persatuan.

10.2 Ahli hendaklah mematuhi sebarang peraturan khas yang ditetapkan oleh
persatuan.

10.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin.

Anda mungkin juga menyukai