Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS RAMPAIAN ETNIK-ETNIK ASLI DI SARAWAK

SEGMEN 1

NAMA TARIAN: SIGAR NYIKOH JOJAK

ETNIK: BIDAYUH

SINOPSIS: Tarian etnik yang hampir dilupakan ini menggambarkan permainan


masyarakat Bidayuh dari suku Jagoi pada musim buah-buahan. Pelbagai buah-buahan
tempatan yang disajikan di atas jurang (dulang) merupakan semahan untuk Tompa
Kamang ( Tuhan bagi masyarakat Bidayuh Pagan). Mereka bersyukur dan bergembira
dengan rezeki yang melimpah ruah sambil mengusik sesama sendiri dengan meniru
telatah monyet memanjat dan menikmati buah-buahan tempatan. Harapan mereka,
agar rezeki yang melimpah ruah pada musim ini akan berterusan pada musim-musim
yang berikutnya.

SEGMEN 2

NAMA TARIAN: BEBAYOH

ETNIK: MELANAU

SINOPSIS: Tarian masyarakat Melanau Pagan ini berkisar tentang upacara


berubat (Bebayoh). Mereka percaya kuasa roh jahat membuat kita anak manusia
jatuh sakit dan upacara bebayoh harus dilakukan bagi merawat pesakit berkenaan.
Melalui kuasa alam mistik, bomoh akan membuat ritual terhadap pesakit dan Dakan (
patung-patung kecil diukir yang mewakili pesakit) melalui mantera dan upacara
tertentu agar semangat roh jahat berkenaan keluar dari tubuh pesakit lalui pindah
ke Dakan. Kemudiannya apabila upacara selesai, Dakan akan dihanyutkan ke laut bagi
membuang badi berkenaan agar tidak mengganggu manusia.
SEGMEN 3

NAMA TARIAN: AJAT BEBUNOH

ETNIK: IBAN

SINOPSIS: Tarian kreatif Ajat Bebunoh ini mengisahkan sekumpulan pahlawan


Iban yang diketuai Tuai Kayau merancang serangan ke atas musuh dengan
menggunakan ilang. Para pahlawan Iban ini akan membaca mantera ke atas ilang
mereka agar mampu untuk melawan menentang musuh ketika berperang. Eksplorasi
dari Ajat Bebunoh ini memaparkan ketangkasan gerak dan kecekapan para pahlawan
Iban menggunakan ilang.

SEGMEN 4

NAMA TARIAN: LELENG

ETNIK: ORANG ULU

SINOPSIS: Tarian Leleng dari etnik Orang Ulu suku Kenyah ini seringkali akan
ditarikan semasa majlis keramaian. Pada kebiasaannya, kaum wanita akan mengetuai
tarian ini sambil bergerak mengelilingi ruang dan akan menjemput para tetamu untuk
sama-sama bergerak menari. Selain kecantikan dan keayuan kaum wanita etnik ini,
tarian Leleng yang turut berkaitan dengan cerita rakyat Kenyah; Lileng Uyau Along
ini turut memaparkan langkah gemalai dan penuh kesantunan masyarakat etnik
Orang Ulu.

Anda mungkin juga menyukai