Anda di halaman 1dari 9

SAINS TINGKATAN 5 2018

Bab 1 Mikroorganisma Dan Kesannya Kepada Manusia

Sub Topik 1.1 Pengelasan Mikroorganisma

1. Mikroorganisma adalah organisma seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
2. Terdapat 5 jenis mikroorganisma iaitu bakteria, virus, alga, kulat and protozoa.
3. Bakteria
Ciri-ciri Penerangan
Rajah

a)Jenis Organisma unisel.


b) Saiz 0.2 µm – 10 µm.
c) Pemakanan Autotrofik, parasit, saprofit.
d) Pembiakan Aseks– Belahan dedua.
Seks – Konjugasi.
e) Bentuk kokus, basilus, vibrio, spirilum.
f) Habitat Udara, air, tanah, makanan.

4. Virus
Ciri-ciri Penerangan
Rajah

Virus deman selsema Virus bakteriofaj

a)Jenis Benda bukan hidup, bukan tumbuhan, bukan haiwan.


b) Saiz 0.02µm – 0.4 µm.
c) Pemakanan Parasit.
d) Pembiakan Membiak di dalam sel hidup.
e) Bentuk Sfera, batang, kubik, berudu.
f) Habitat Hidup dalam sel hidup.

1|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

5. Protozoa
Ciri-ciri Penerangan
Rajah

a)Jenis Organsima unisel.


b) Saiz 5µm – 250 µm.
c) Pemakanan Parasit, autotrofik.
d) Pembiakan Aseks – Belahan dedua.
Seks – Konjugasi.
e) Bentuk Sfera, tidak tetap.
f) Habitat Sungai, kolam, longkang, laut, tempat berair.

6. Alga
Ciri-ciri Penerangan
Rajah

Spirogira (Berfilamen) Klamidomonas

a)Jenis Organisma unisel atau multisel. (mempunyai klorofil)


b) Saiz 1µm – 10000 µm.
c) Pemakanan Autotrofik. (Menjalankan fotosintesis)
d) Pembiakan Akseks – Belahan dedua, fragmentasi, pembentukan spora.
Seks – Konjugasi.
e) Bentuk Sfera, bujur, berfilamen.
f) Habitat Sungai, kolam, longkang, laut, tempat berair.

7. Fungi
Ciri-ciri Penerangan
Rajah

Mukor Yis

a)Jenis Organisma unisel atau multisel. (Tidak mempunyai klorofil)


b) Saiz 10 um – 100 um.

2|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

c) Pemakanan Parasit, Saprofit.


d) Pembiakan Aseks – Pertunasan (Yis)
Pembentuk spora. (Mukor)
Seks – Konjugasi.
e) Bentuk Sfera, Jalingan berfilamen.
f) Habitat Tempat yang gelap dan lembap termasuklah bahan yang reput.

Paper 1 :Objective Question


Kertas 1 : Soalan Objektif

1. Which diagram shows an algae?


Rajah manakah yang menunjukkan alga?

2. Which is the smallest microorganism?


Mikroorgansisma yang manakah adalah paling seni?

A. Algae B. Fungi C. Virus D. Bacteria


Alga Kulat Virus Bakteria

3. Diagram 1 shows a type of microorganism.


Rajah 1 menunjukkan sejenis mikroorganisma.

Diagram 1
Rajah 1

Which group does this microorganism belongs to ?


Dalam kumpulan manakah mikroorganisma ini?

A. Fungi B. Virus C. Bacteria D. Protozoa


Kulat Virus Bakteria Protozoa

3|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

4. Which microorganism carry out photosynthesis?


Mikrooganisma yang manakah menjalankan fotosintesis?

A. Algae B. Virus C. Bacteria D. Fungi


Alga Virus Bakteria Kulat

5. Which microorganism reproduces through binary fission?


Mikroorganism yang manakah membiak melalui belahan dedua?
A. Virus B. Mucor C. Amoeba D. Yeast
Virus Mukor Ameba Yis

Sub Topik : 1.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma.

1. Faktor-faktor

Nutrien Nilai pH Suhu Kelembapan Cahaya

2. Nutrien
a) Mikroorganisma memerlukan nutrien untuk pertumbuhan dan pembiakan.
a) Mikroorganisma saprofit – hidup atas bahan organik yang mati atau reput.
b) Mikroorganisma parasit – hidup atas organism yang hidup.
c) Mikroorganisma autotrof – dapat membuat makanan dengan menjalankan
fotosintesis.

3. Nilai pH
a) pH 7 atau pH neutral adalah paling sesuai untuk mikroorganisma tumbuh.
b) Medium berasid atau pH < 7 adalah tidak sesuai untuk mikroorganisma
tumbuh.
Medium beralkali atau pH > 7 adalah tidak sesuai untuk mikroorganisma tumbuh.

4. Suhu
a) Suhu 37ᵒc adalah suhu yang paling sesuai untuk mikroorganisma tumbuh.
b) Suhu 0ᵒc, mikroorganisma menjadi tidak aktif, tidak sesuai untuk tumbuh.
c) Suhu 50ᵒc atau lebih tinggi, mikroorganisma dapat dibunuh.
d) Suhu 120ᵒc , spora mikroorganisma dapat dibunuh.

4|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

5. Kelembapan
a) Di tempat yang berair dan lembap (Kelembapan Tinggi), mikroorganisma
tumbuh dengan baik.
b) Di tempat yang kering (Kelembapan rendah), mikroorganisma tidak dapat
tumbuh.
c) Di tempat yang kering (Kelembapan rendah), mikroorganisma membentuk
spora.

6. Cahaya
a) Dalam keadaan gelap, mikroorganisma tumbuh dengan aktif.
b) Dalam keadaan becahaya, mikroorganism tidak dapat tumbuh.
c) Dalam keadaan becahaya, hanya alga dapat hidup dengan menjalankan
fotosintesis.

Paper 1 :Objective Question

Kertas 1 : Soalan Objektif

1. What is the optimum temperature for the growth of bacteria that can cause
diseases?
Apakah suhu optimum untuk pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan
penyakit?
A. 0 ᵒC B. 5 ᵒC C. 37 ᵒC D. 100 ᵒC

2. Diagram 1 is a graph showing the relationship between the number of colonies


and temperature.
Rajah di bawah menunjukkan hubungan antara bilangan koloni bakteria dan
suhu.

Diagram 1
Rajah 1

5|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

What is the optimum temperature for the growth of the bacteria?

Berapakah suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria itu?

A. 0 ᵒC B. 30 ᵒC C. 35 ᵒC D. 60 ᵒC

3. What is the optimum temperature for the growth of the bacteria that cause human
disease?
Apakah suhu optimum bagi pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit
manusia?
A. 0 ᵒC B. 25 ᵒC C. 37 ᵒC D. 60 ᵒC

4. Meat that is kept in the fridge retains its freshness because


Daging yang disimpan dalam peti sejuk dapat dikekalkan kesegarannya kerana

A. The enzymes are destroyed.


Enzimnya telah dimusnahkan.
B. The microorganisms are killed.
Mikroorganisma telah dimusnahkan.
C. The activities of microorganisms increase.
Aktiviti mikroorganisma meningkat.
D. The growth rate of microorganisms is slowed down.
Kadar pertumbuhan mikroorganisma diperlahankan.

5. Table 1 below shows the result of an experiment to study the effect of temperature
on the growth of bacteria.
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen untuk mengkaji kesan suhu terhadap
pertumbuhan bacteria.

Temperature ( ᵒC) Size of bacteria colony after


Suhu ( ᵒC ) 24 hours (mm)
Saiz koloni bakteria selepas
24 jam ( mm)
5 2
15 5
25 8
35 11
60 3

Table 1
Jadual
What is the most suitable temperature for the growth of bacteria?
Apakah suhu yang paling sesuai bagi pertumbuhan bakteria?

A. 5 ᵒC B. 15 ᵒC C. 35 ᵒC D. 60 ᵒC

6|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

Paper 2 :Sructure Question

Kertas 2 : Soalan struktur

1. In an experiment, a bacteria Basillus subtilis is cultured in a petri dish containing


nutrient agar for five days at 37 ᵒC.
Dalam suatu eksperimen, bakteria Basillus subtilis dikulturkan dalam piring petri
yang mengandungi agar nutrien selama lima hari pada suhu 37 ᵒC.

The result of the experiment is shown in the table 1.


Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 1.

Day Number of bacteria colonies


Hari Bilangan koloni bakteria
1 8
2 15
3 19
4 21
5 22
Table 1 Jadual 1

a) Using data in the table 1, draw a graph of the number of bacterial colonies
against time.
Dengan menggunakan data dalam Jadual 1, lukis graf bilangan koloni
bakteria melawan masa.

[ 2 mark ]

[ 2 markah ]

7|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

b) What is the relationship between the number of bacterial colonies and time?
Apakah hubungan antara bilangan koloni bakteria dengan masa?
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
[1 mark]
[ 1 markah ]

c) Predict the number of bacterial colonies produced on the 6th day.


Ramalkan bilangan koloni bakteria yang terhasil pada hari ke-6.
…………………………………………………………………………………
[1 mark]
[ 1 markah ]

2. Diagram 2 shows an experiment to study the effect on pH on the growth of bacteria.


Rajah 2 menunjukkan satu epksperimen untuk mengkaji kesan pH ke atas
pertumbuhan bakteria.

Diagram 2 Rajah 2

After two days, the appearance of the mixture in each test tube is observed. Table 2 shows the
result of the experiment.

Selepas dua hari, keadaan campuran dalam setiap tabung uji diperhatikan. Jadual 2
menunjukkan keputusan eksperimen.

Test tube pH Value Cloudiness of mixture


Tabung uji Nilai pH Kekeruhan campuran
P Acid (pH less than 7) Slightly cloudy
Asid (pH kurang daripada 7) Kurang keruh
Q Alkali (pH more than 7) Slightly cloudy
Alkali (pH lebih daripada 7) Kurang keruh
R Neutral (pH 7) Very cloudy
Neutral (pH 7) Sangat keruh
Table 2
Rajah 2

8|PTFJ 2018
SAINS TINGKATAN 5 2018

a) State the variables in this experiment.


Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.

(i) Manipulated variable


Pembolehubah dimanipulasikan
………………………………………………………………………………..
[ 1 mark ]
[1 markah]
(ii) Constant variable
Pembolehubah dimalarkan
………………………………………………………………………………..
[ 1 mark ]
[ 1 markah ]
b) Based on the Table 2,
Berdasarkan jadual 2,

(i) what is the best condition for the growth of bacteria?


apakah keadaan paling sesuai untuk pertumbuhan bakteria?
………………………………………………………………………………….
[ 1 mark ]
[ 1 markah ]

(ii) state the inference that you can make.


nyatakan inferens yang dapat anda buat.
………………………………………………………………………………….
[ 1 mark ]
[ 1 markah ]

c) Based on the experiment, state the operational definition for the growth of bacteria.
Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definasi secara operasi bagi pertumbuhan
bakteria.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
[ 1 mark ]
[ 1 markah ]

9|PTFJ 2018

Anda mungkin juga menyukai