Anda di halaman 1dari 3

BUTIR-BUTIR KECUAIAN PIHAK PLAINTIF PERTAMA

a) Gagal memberi perhatian atau sebarang perhatian dan/atau pertimbangan atau sebarang
pertimbangan terhadap kenderaan lain terutama motokar yang dipandu oleh Defendan
Pertama pada masa yang berkenaan, dan/atau

b) Menunggang motorsikal tanpa lesen menunggang motorsikal yang sah, dan/atau

c) Menunggang motorsikal dengan laju, cuai dan/atau merbahaya, dan/atau

d) Gagal mengelak dan/atau memberhentikan motorsikal yang ditunggang pada masa berkenaan
dan/atau mengambil langkah-langkah munasabah bagi mengelakkan perlanggaran dengan
motokar yang dipandu oleh Defendan Pertama, dan/atau

e) Gagal menggunakan kemahiran yang munasabah dalam penguasaan dan pengawalan


motorsikal yang ditunggang pada masa berkenaan, dan/atau

f) Gagal memberi amaran dan/atau sebarang amaran yang secukupnya kepada Defendan
Pertama akan kedatangannya, dan/atau

g) Gagal membenarkan Defendan Pertama untuk meneruskan perjalanannya dahulu, dan/atau

h) Mengakibatkan atau membenarkan motorsikal yang ditunggang berlanggar dengan motokar


yang dipandu oleh Defendan Pertama, dan/atau

i) Gagal memperlahankan motorsikal apabila menghampiri dan/atau sampi ke simpang


tersebut, dan/atau

j) Meletakkan Defendan Pertama dalam keadaan kecemasan dan tidak memberi sebarang
kesempatan kepada Defendan Pertama untuk mengelak kemalangan tersebut, dan/atau

k) Gagal menyedari lampu isyarat ke kanan yang telah diberikan oleh Defendan Pertama akan
niatnya untuk membelok ke kanan dari arah bertentangan, dan/atau
l) Gagal mengurangkan kelajuan setelah melihat motokar yang dipandu oleh Defendan Pertama
membelok ke kanan, dan/atau

m) Gagal mematuhi peraturan lalu lintas Akta ……………


BUTIR-BUTIR KECUAIAN PIHAK PLAINTIF KEDUA, SEBAGAI BAPA
DAN WAKIL LITIGASI KEPADA PLAINTIF PERTAMA

a) Gagal menjaga dan/atau mengawasi Plaintif Pertama dengan baik, dan/atau

b) Membenarkan dan/atau mengizinkan Plaintif Pertama menunggang motosikal di jalanraya


tanpa lesen menunggang motorsikal yang sah, dan/atau

c) Membenarkan dan/atau mengizinkan Plaintif Pertama menunggang motosikal di jalanraya


tanpa pengawalan yang sempurna, dan/atau

d) Membenarkan dan/atau mengizinkan Plaintif Pertama menunggang motosikal di jalanraya


tersebut apabila beliau tahu atau sepatutnya tahu Plaintif Pertama tidak mempunyai
pengetahuan/pengalaman yang cukup untuk menunggang motosikal tanpa mengawasinya,
dan/atau

e) Membenarkan dan/atau mengizinkan Plaintif Pertama menunggang motosikal tanpa


memastikan samada ia adalah selamat untuk berbuat demikian dan apabila pada hakikatnya
adalah tidak selamat dan memang bahaya untuk berbuat demikian, dan/atau

f) Gagal bertindak sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan munasabah semasa
semasa menjaga Plaintif Pertama.

Anda mungkin juga menyukai