Anda di halaman 1dari 3

SMK RAJA PUAN MUDA TENGKU FAUZIAH PERLIS

LAPORAN TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL


TAHUN 2014
1. PENDAHULUAN

Pendidikan Moral di sekolah member tumpuan kepada usaha memupuk


kekuatan kerohanian dan moral murid melalui pemahaman,
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang
terdapat dalam agama,tradisi dan adat resam pelbagai kaum di Negara
ini. Tumpuan sebegini membolehkan murid membina satu panduan
hidup untuk menjadi insan yang bermoral dan mempunyai tanggung
jawab moral dalam segala keputusan serta tindakan yang diambil.

2. OBJEKTIF PANITIA

-Mempertimbangkan pemahaman mengenai struktur organisasi,fungsi


dan tugas panitia di sekolah
-Mempertingkatkan kerjasama dan muafakat semua guru Pendidikan
Moral dalam perancangan perlaksanaan, penyeliaan dan
pemantauan keberkesanan semua program panitia.
-Menggembleng tenaga guru Pendidkkan Moral dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti Panitia
-Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah,
kekangan dan hambatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat pelajar-pelajar.
-Berusaha mempertingkatkan pendokumentasian data/maklumat
berkaitan dengan Pendidikan Moral di sekolah.
-Merancang dan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam ujian
bulanan.

3. VISI PANITIA

Membina generasi pelajar yang harmonis, bermoral dan bersahsiah


tinggi dalam kehidupan dan pendidikan.
4. MISI PANITIA

-Dapat melahirkan guru-guru Pendidikan Moral yang mempunyai


kepakaran yang tinggi
-Mengurangkan peratusan gagal di kalangan pelajar yang lulus
dalam peperiksaan SPM mata pelajaran Pendidikan Moral bagi
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
-Dapat mencapai sasaran kelulusan 70% dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral bagi Sijil Pelajaran Malaysia.

5. AKTIVITI TAHUN 2014

Aktiviti-aktiviti tahunan yang dirancang dalam takwim sekolah


dapat dilaksanakan mengikut jadual

a. MESYUARAT PANITIA
Tempoh/Masa : Awal Januari,awal Julai dan Oktober
Objektif : Merancang aktiviti tahunan untuk Panitia
Berbincang masalah PdP dan cara
Mengatasinya
Sasaran : Guru Pendidikan Moral

b. BENGKEL MORAL
Tempoh/Masa : Bulan Februari dan awal March
Objektif : Memberi pendedahan kepada pelajar
aspek bidang dan Nilai Pendidikan Moral
dan pembinaan Kerja Kursus
Sasaran : Tingkatan 4 dan 5

c. LAWATAN
Tempoh/Masa : Bulan Mei
Objektif : Meningkat kemahiran membuat perancangan
tentang lawatan dan member pengetahuan
yang baru tentang proses penyediaan program
aktiviti luar
d.SAMBUTAN KEMERDEKAAN
Tempoh/Masa : Bulan Ogos
Objektif : Menyemarak semangat patriotic
Sasaran : Semua warga sekolah

e. BULAN MORAL/SOPAN SANTUN


Tempoh/Masa : Bulan Julai
Objektif : Menyemai sikap saling hormat menghormati
Sasaran : Semua murid

6. CARTA ORGANISASI

PENGERUSI
Pn Hajah Azizah bt Jafar
( PENGETUA )

TIMBALAN PENGERUSI
En Che Ayob b Mat zain
(PENOLONG KANAN 1 )

NAIB PENGERUSI
Ustazah Noor Hafizah bt Hj Othman
(GURU KANAN KEMANUSIAAN)

KETUA PANITIA
En Ghazlimi b Ghazali

SETIAUSAHA
Cik Fadzilah bt Saad

Anda mungkin juga menyukai