Anda di halaman 1dari 18

1

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Halaman pengakuan 1

Penghargaan 3

Soalan kursus 4

Pengenalan kepada cabaran dan isu semasa dunia 5-6

Isu konflik agama di Afrika Tengah 6-8

Kelebihan isu yang dipilih 8-10

Kelemahan isu yang dipilih 10-12

Refleksi 13

Bibliografi 14

Lampiran 15-18
2

HALAMAN PENGAKUAN

“ SAYA MENGAKU BAHAWA TUGASAN INI ADALAH HASIL PENA SAYA SENDIRI
KECUALI MAKLUMAT DAN RINGKASAN YANG TELAH SAYA NYATAKAN SECARA
KHUSUS SUMBERNYA”

NAMA PELAJAR : NADRI BIN GASPOR

NOMBOR KAD PENGENALAN : 960719-12-5559

TANDATANGAN :
3

PENGHARGAAN

Bismillahirohmanirahim , pertama sekali bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus Cabaran dan Isu Semasa
dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Shamrin Bin Surip kerana membimbing
saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan–rakan sekelas saya
yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara
langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Akhir kata
daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini
dirahmati Tuhan.

Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai
seorang bakal guru untuk lebih memahami pengaplikasian nilai-nilai murni dalam
matapelajaran Sejarah dalam pengajaran seandainya telah ditempatkan kelak.
4

SOALAN

Berdasarkan mana-mana SATU petikan rencana (bahan bercetak), laskan kelebihan


dan kelemahan isu yang dipaparkan dalam konteks pembangunan (sosionekonomi
politiko) di Malaysia. Pemilihan isu dalam rencana adalah bebas dan keratan tersebut
hendaklah dilampirkan.
5

PENGENALAN KEPADA CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), cabaran bermaksud


mempertikaikan, mempersoalkan, ajakan untuk berlawan, sesuatu (unsur, faktor, dan
sebagainya) yang mecabar dan menguji kemampuan sesuatu organisasi dan lain-lain.
Isu pula bemaksud persoalan pokok. Mankala semasa pula bemaksud pada ketika
yang sama, sewaktu, pada ketika itu, yang menarik perhatian, dari masa (zaman ) yang
diperkatakan. Dunia pula bermaksud bumi dan segala yang terdapat di permukaannya,
perihal hidup, kehidupan, bidang, lapangan, bahangian dunia, dan lapangan.
Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat(2005) cabaran dan isu semasa dunia ialah sesuatu perkara yang menguji
kemampuan kita dan perkara pokok yang berlaku pada masa kini.

Subjek cabaran dan isu semasa dunia merupakan subjek yang berkaitan dengan
cabaran dan isu-isu yang sedang melanda dunia. Sama ada yang berkaitan dengan isu
sosial, ekonomi, dan politik. Cabaran dan isu-isu semasa dunia haruslah kita ketahui
untuk menambah dan memperluaskan pengetahuan kita agar cabaran dan isu-isu yang
melanda negara-negara lain tidak berlaku di negara kita. Kita haruslah mengambil
iktibar dan teladan agar isu-isu global seperti isu Israel menyerang Gaza yang banyak
mengorbankan rakyat dan menjurus kerugian harta benda supaya perkara tersebut
tidak terjadi di negara kita. Dengan mengetahui cabaran dan isu-isu yang sedang
melanda dunia, kita akan dapat merancang ataupun menjana strategi untuk mengatasi
kekangan yang sedang melanda dunia. Malah kita akan dapat mengetahui keadaan
politik di dunia. Tambahan lagi, informasi seperti keadaan ekonomi dunia akan akan
dapat kita ketahui. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membantu kita untuk
bersedia menghadapi kegawatan ekonomi. Sebagai tamsilan, apabila kita mengikuti
perkembangan ekonomi global, secara tidak langsung kita akan dapat mengetahui
sama ada ekonomi negara sedang mengalami penurunan ataupun kenaikan.
6

Sebagai kesimpulannya, kita haruslah mengetahui cabaran dan isu semasa


dunia agar kita dapat menpersiapkan diri untuk menghadapi apa-apa yang akan berlaku
sama ada daripada aspek ekonomi, politik, dan sosial.

ISU SOSIAL YANG BERLAKU DI AFRIKA TENGAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), isu ialah perkara pokok manakala
sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat. Isu sosial yang sedang
melanda di Afrika Tengah ialah isu keagamaan iaitu pembunuhan penduduk Afrika
Tengah yang beragama Islam oleh penduduk Afrika Tengah yang beragama Kristian.
Afrika tengah ialah sebuah negara republik yang menolak institusi beraja dan negara itu
diketuai oleh Presiden. Afrika Tengah turut dikenali sebagai Central African Republic
(CAR) atau dalam Bahasa Melayu ialah Republik Afrika Tengah. Negara ini berada di
gugusan benua Afrika. Manakala, populasi penduduknya ialah 4.525 juta orang.
Menurut statistik, 25 % penduduknya adalah beragama Kristian Protestan, 25 %
Kristian Katolik, 15 % beragama islam, dan 35 % masih beragama nenek moyang.

Selepas merdeka daripada jajahan Perancis pada tahun 1960, CAR menghadapi
rampasan kuasa. Pada Mac 2013, kumpulan Seleka, terdiri daripada kumpulan militan
Muslim utara CAR, Chad dan Sudan telah melakukan penggulingan ke atas Presiden
Bozize atas sebab tidak puas hati dengan kerajaan Bozize yang mengabaikan
kebajikan komuniti Muslim di utara CAR. Maka dengan itu, ketua kepada penggulingan
kerajaan Bozize iaitu Michel Djotodia mengangkat sumpah menjadi Presiden. Dia
merupakan Presiden Muslim pertama di negara itu. Walaubagaimanapun, harapkan
pagar, pagar makan padi. Pelbagai jenayah kemanusiaan terhadap masyarakat yang
beragama Kristian pula dilakukan terutamanya di ibu kota CAR iaitu Bangui.

Tidak lama selepas itu, pada September 2013,Presiden Michel Djotodia


membubarkan kumpulan militan Seleka dan ahlinya diserap masuk ke tentera CAR.
Namun, ada di antara ahlinya yang ingkar dan membantah untuk meletakkan senjata.
Mereka ini digelar Ex-Seleka. Pada ketika itulah, warga Kristian CAR bangun untuk
membalas dendam terhadap perbuatan kumpulan Seleka lalu mereka mewujudkan
kumpulan militan anti-Balaka atau sinonimnya ialah anti-Pedang. Keadaan bertambah
buruk apabila mereka tidak mengiktiraforang Islam sebagai warganegara CAR dan
ornag Islam mesti dihapuskan. Sehingga hari ini, negara jiran, Chad telah menerima
7

lebih 70 ribu pelarian CAR yang melarikan diri dari negara Afrika Tengah dan beribu-
ribu orang islam telah terkorban.

Faktor utama yang dilihat berlakunya konflik ini adalah kerana tindakan melulu
menghukum sendiri atau terma Inggerisnya ialah lynching. Kedua-dua belah pihak, iaitu
Seleka dan anti-Balaka sama-sama menghukum sendiri sehingga tercetuslah
pembunuhan dan eksodus mega di sana. Oleh kerana ahli keluarga Kristian dibunuh
oleh kumpulan Seleka, maka kesemua minoriti orang islam yang tidak bersalah turut
terpalit kesalahan yang sama walaupun mereka hanyalah perempuan dan bayi. Mereka
iaitu orang yang beragama Islam mesti dihalau dan dihapuskan menurut anti-Balaka.

Pelbagai misi ketenteraan pengaman dari negara luar telah hadir untuk
membantu ketegangan yang berlaku. Antaranya ialah African Union, United Nation dan
Europian Union. Perancis juga turut menghantar tenteranya yang dikatakan untuk
membantu dalam misi keamanan di CAR namun sebaliknya berlaku. Banyak video
dimuat naik di laman Youtube merakam perbuatan tentera-tentera Perancis di sana.

Pada 8 Mac 2014, Muhammad Said Ismail, salah seorang pemimpin orang Islam
di CAR dan bekas penasihat Presiden CAR, mengatakan bahawa Perancis yang
membuat fitnah antara muslimin dan kristian di Afrika Tengah.

Beliau menyatakan dalam rancangan Without Borders di Al-Jazeera bersama dgn


pengacara Ahmed Mansour,Dewan Keamanan memutuskan tentera Afrika dengan
bantuan pasukan Perancis memasuki Afrika Tengah untuk menjaga keamanan. Akan
tetapi pasukan Perancis telah melucuti senjata muslim dan membiarkan senjata di
tangan kaum kristian. Beliau mengatakan lagi bahawa kaum Kristian telah mengoyak
Al-Quran, membunuh ratusan muslimin dalam kalangan wanita dan orang tua dan
menghancurkan lebih dari 350 buah Masjid dengan bantuan tentara salib Perancis.

Dek kerana kegagalan Michel Djotodia menangani konflik ini, beliau ditekan oleh
ketua-ketua daerah dan akhirnya meletak jawatan. Dan bermula sejak itu, Catherine
Samba-Panza mengambil alih jawatannya sebagai Presiden interim. Beliau yang
berkedudukan neutral menyeru kumpulan ex-Seleka dan anti-Balaka untuk
8

menghentikan konflik tersebut. Namun ada yang berpendapat beliau adalah boneka
Perancis kerana beliau pernah melanjutkan pelajaran di negara Perancis.

Sebagai kesimpulannya, kita seharusnya mengambil iktibar daripada kekangan


yang dihadapi oleh rakyat negara Afrika Tengah ataupun CAR yang menghadapi isu
sosial berkaitan dengan perbezaan agama yang telah menyebabkan pembunuhan
berlaku. Oleh itu, kita haruslah tidak mengambil tindakan sendiri dalam isu keagamaan
sebaliknya menyelesaikannya masalah keagamaan mengikut undang-undang yang
telah ditetapkan oleh kerajaan.

KELEBIHAN ISU YANG DIPILIH

Isu yang melanda negara Afrika Tengah ataupun CAR ialah isu keagamaan yang
telah menyebabkan pembunuhan berlaku. Orang Islam di negara Afrika Tengah telah
dibunuh oleh militan Kristian atau dikenali sebagai anti-Balaka. Pembunuhan oleh anti-
Balaka merupakan pembalasan mereka terhadap orang Islam di Afrika Tengah kerana
semasa pemerintahan Presiden Michel Djotodia, ramai orang Afrika Tengah yang
beragama kristian telah dibunuh.

Antara kelebihan isu yang dipaparkan terhadap pembangunan negara Malaysia


daripada aspek sosial ialah rakyat di negara ini akan memperolehi kesedaran terhadap
impak negatif apabila berlaku permasalahan agama yang menyebabkan pembunuhan
berlaku. Hal ini secara tidak langsung akan dapat menyebabkan hubungan dalam
kalangan rakyat di negara Malaysia bertambah erat dan kukuh walaupun menganuti
agama dan kepercayaan yang berlainan. Hal ini terjadi kerana timbulnya kesedaran
tentang keburukan konflik agama dalam kalangan rakyat di negara Malaysia. Malahan,
wakil-wakil daripada agama yang berbeza akan turut menganjurkan beberapa sesi
perbincangan ataupun forum untuk membicarakan tentang isu-isu keagamaan yang
berlaku di negara Malaysia dan cara-cara ataupun alternatif untuk menyelesaikan
masalah tersebut agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti rusuhan agama
yang akan memberikan kesan buruk terhadap bangsa, masyarakat, agama, dan
negara. Selain itu, ramai masyarakat daripada seluruh dunia akan mengagumi rakyat
Malaysia yang bersikap bertimbang rasa dan tidak menyingung perasaan orang lain
khususnya dalam yang berkaitan dengan agama. Hal ini secara tidak langsung akan
dapat sikap retis dalam hal agama iaitu bersikap tidak menyukai ataupun benci kepada
9

penganut agama lain. Malahan masyrakat di negara Malaysia akan mengetahui


keburukan konflik agama yang akan menggugat keamanan yang selama ini telah
dipelihara. Oleh yang demikian, negara Malaysia akan berada dalam keadaan yang
aman dan sentosa serta kehidupan rakyatnya akan berada dalam kelompok yang
selesa.

Dari segi politik pula, keadaan politik di negara Malaysia akan berada dalam
keadaan yang baik dan stabil disebabkan kerajaan akan berusaha menyelesaikan
permasalahan keagamaan yang berlaku di negara kita dengan berlandaskan keadilan
tanpa kehadiran unsur bias ataupun sikap pilih kasih. Kerajaan akan menguatkuaskan
undang-undang terhadap apa-apa jenis kesalahan yang dilakukan sama ada pelaku
adalah orang Islam ataupun beragama lain. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan keadaan politik negara berada dalam keadaan yang stabil dan dinamik.
Hal ini demikian kerana, tidak berlaku maslah seperti perasaan tidak puas hati terhadap
pentadbir negara walaupun pentadbir negara tersebut adalah beragama islam.
Seterusnya, pembangunan negara Malaysia dapat diberikan tumpuan yang
sepenuhnya kerana pentadbiran negara adalah berda dalam keadaan yang stabil
disebabkan keadaaan negara yang aman ataupun selamat tanpa berlaku peperangan
sama ada di dalam negara itu sendiri ataupun yang melibatkan negara. Hal ini secara
tidak langsung akan dapat memastikan negara Malaysia dapat mencapai status negara
maju pada tahun 2020 kelak. Tambahan lagi, jika berlaku rasa tidak puas hati antara
agama yang dianuti oleh rakyat negara Malaysia, mereka akan menggunakan saluran
yang betul untuk menyatakan rasa tidak puas hati tersebut seperti membicarakannya di
persidangan parlimen ataupun melaporkannya kepada pemimpin negara melalui wakil
rakyat yang telah dipilh oleh rakyat melalui pilihan raya. Negara Malaysia juga akan
menjadi sebagai sebuah negara contoh dan disegani oleh negara-negara lain iaitu
walaupun negara Malysia didiami oleh pelbagai suku kaum seperti kaum Melayu, kaum
Cina, dan kaum India tetapi negara Malaysia masih berada dalam keadaan yang aman.
Malah rakyat yang mendiaminya juga mampu untuk memeberikan fokus terhadap
ekonomi mereka sendiri. Oleh itu, kestabilan politik negara adalah terjamin dan dapat
dikekalkan.

Daripada sudut ekonomi pula, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada


pelbagai bangsa, agama, dan budaya akan berusaha untuk mengelakkan permusuhan
agama yang akan memberikan impak terhadap pembangunan ekonomi negara. Hal ini
secara tidaka langsung ekonomi negara akan terus maju dan mampu bersaing di
peringkat yang lebih tinggi. Seterusnya, mereka akan menyedari permusuhan agama
yang berlaku di CAR tidak seharusnya berlaku di negara Malaysia agar kegiatan
10

ekonomi masyarakat di negara Malaysia tidak terganggu dan hasil ekonomi seperti
sayur-sayuran, kelapa sawit, getah, hasil industri tidak akan musnah akibat daripada
permusuhan yang berlaku. Dengan itu, negara Malaysia akan dikenali dan disegani
terutamanya dalam bidang ekonomi. Hal ini secara tidak langsung akan dapat
menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mendominasi ekonomi
global. Dengan itu, banyak negara-negara asing akan melabur dalam kegiatan ekonomi
yang dilaksanakan di dalam negara kita. Hal ini akan dapat menambah keuntungan
dalam pendapatan negara dan kerajaan akan dapat melaksanaka banyak projek seperti
pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman dan projek memperlebarkan jalan raya di
kawasan bandar untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak. Projek-projek ini
dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Hal ini
akan dapat memudahkan rakyat untuk melakukan aktivti ekonomi mereka dengan
penyediaan kemudahan jalan raya. Mereka akan mudah untuk mengangkut hasil
ekonomi mereka untuk dipasarkan di kawasan bandar kerana dengan kemudahan jalan
raya, ia akan dapat mempercepat perjalanan mereka untuk memasarkan hasil ekonomi
mereka seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah rakyat di neara ini akan dapat
mengambil pengajaran daripada isu pembunuhan kerana perbezaan agama yang
berlaku di negara Afrika Tengah ataupun CAR.

Sebagai kesimpulannya, kita haruslah mengelakkan isu pembunuhan kerana


perbezaan agama yang berlaku di negara Afrika Tengah daripada berlaku di negara
kita agar keadaan negara kita akan kekal aman dan damai.

KELEMAHAN ISU YANG DIPILH

Antara kelemahan isu keagamaan yang berlaku di negara Afrika Tengah dalam
konteks pembangunan negara Malaysia daripada aspek ekonomi ialah rakyat Malaysia
kemungkinan akan meniru cara militan di negara Afrika Tengah untuk menimbulkan isu
keagamaan yang akan menggugat keamanan di negara Malaysia yang telah lama kita
kecapi. Apabila isu keagamaan di negara Afrika Tengah berlaku di negara kita, maka
ekonomi negara turut mengalami kejatuhan ataupun kebejatan yang akan
menyebabkan keadaan negara menjadi tidak teratur kerana kemunduran daripada
aspek ekonomi tersebut akan menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan.
Maka, pentadbiran negara tidak dapat berjalan dengan lancar. Sebagai tamsilan,
apabila rakyat negara Malaysia sedang berbalah akibat daripada isu keagamaan, maka
kegiatan ekonomi turut terhenti kerana rakyat sibuk memperjuangkan agama masing-
masing tanpa menghiraukan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan. Bagi mereka
11

yang tidak menyertai perbalahan tersebut, mereka akan berasa takut untuk
menjalankan kegiatan ekonomi kerana keselamatan mereka berada dalam keadaan
yang tidak selamat. Hal ini secara langsung akan menyebabkan kegiatan ekonomi yang
dijalankan tidak dapat dilakukan seperti biasa. Selain itu, banyak kegiatan perindustrian
seperti industri automobil, industri petroleum, industri perlombongan, dan industri
pemprosesan bahan seperti bahan makanan akan terhenti. Hal ini demikian kerana,
industri-industri tersebut ketiadaan tenaga kerja manusia untuk menjalankan kegiatan
industri mereka. Masyarakat pula sedang sibuk memperjuangkan agama masing-
masing tanpa menghiraukan sedikit pun tentang ekonomi negara yang semakin
menurun.

Manakala, daripada segi politik pula ialah rakyat di negara Malaysia akan meniru
cara militan muslim di negara Afrika Tengah yang menggunakan kekerasan terhadap
pentadbiran kerajaan Bozize yang diterajui oleh presiden Bozize. Militan muslim atau
pun Seleka yang diketuai oleh Michel Djotodia melakukan pembunuhan terhadap orang
bukan islam iaitu individu negara Afrika Tengah yang beragama Kristian kerana mereka
berpendapat kerajaan Bozize mengabaikan kebajikan orang islam. Hal ini
menyebabkan militan muslim berusaha untuk melakukan kudeta ataupun penggulingan
kerajaan. Mereka seharusnya menggunakan saluran-saluran yang betul untuk
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Malah, rakyat di negara Malaysia akan
melakukan kudeta apabila mereka berasa corak pentadbiran negara adalah bersifat
pilih kasih. Apabila pemberontakan ataupun penggulingan kerajaan berlaku, maka
negara akan berada dalam keadaan kacau bilau dan mudah untuk diserang oleh
musuh. Negara malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen iaitu kerajaan yang memerintah negara adalah dipilih oleh rakyat itu sendiri
melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Parti-parti yang bertanding pula
terdiri daripada pelbagai parti seperti PAS, PKR, dan BN. Apabila parti BN menjadi parti
yang akan membentuk karajaan maka parti-parti lain yang berasa pemerintahan
kerajaan BN adalah bersifat pilih kasih akan berusaha menggulingkan kerajaan yang
memerintah dengan melaksanakan pelbagai penentangan seperti pembunuhan yang
kejam seperti yang berlaku di negara Republik Afrika Tengah ataupun dalam bahasa
inggeris ialah Central African Republic ataupun singkatannya iaitu CAR.

Seterusnya, kesan isu perbalahan agama yang berlaku di negara Afrika Tengah
daripada aspek sosial pula ialah rakyat di negara ini akan terpengaruh dengan isu
hangat yang berlaku di negara Afrika Tengah iaitu perbalahan antara masyarakat yang
beragama Islam dan masyarakat yang beragama Kristian. Apabila berlaku salah faham
antara masyarakat Islam dan masyarakat Kristian di negara ini, mereka akan
12

menggunakan cara kekerasan iaitu saling bergaduh yang akan menyebabkan


kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Hal ini secara langsung akan
menyebabkan perpaduan yang selama telah dibina selama ini akan runtuh. Selain itu,
negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang huru-hara disebabkan pergaduhan
antara melibatkan masyarakat yang berbeza agama. Hal ini akan menyebabkan negara
menjadi mundur dan kemusnahan yang melampau kerana masyarakat negara Malaysia
sibuk bergaduh dan menghiraukan keadaan negara dan kesan negatif perbalahan
terhadap pembangunan negara. Tambahan lagi, apabila isu seperti di negara Afrika
Tengah turut berlaku di negara kita, maka bidang pendidikan akan turut mengalami
masalah dan tidak berjalan dengan lancar. Hal ini demikian kerana, kegiatan harian
persekolahan tidak dapat berjalan disebabkan keadaaan negara yang tidak aman dan
perintah berkurung yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memelihara keamanan di
negara ini. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan negara turut mundur
daripada aspek pendidikan. Di samping itu, kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat di
negara ini turut bertambaha disebabkan perbalahan yang berlaku antara masyarakat
daripada agama yang berbeza. Hal ini berlaku kerana, sumber ekonomi negara seperti
pertanian, perikanan, dan perindustrian tidak dapat berjalan seperti biasa kerana rakyat
negara Malaysia sedang sibuk memperjuangkan agama masing-masing.

Sebagai konklusinya, perbalahan akan menjejaskan negara sama ada daripada


aspek ekonomi, politik, dan sosial. Justeru kita haruslah berusaha mengelakkan
perbalahan dan menyelesaikan kekangan yang berlaku dengan cara berbincang.
13

REFLEKSI

Saya juga mula merasai kepentingan mengetahui cabaran dan isu-isu semasa dunia
kerana saya dapat pengajaran untuk memastikan negara tidak bergolak seperti yang
berlaku di negara Afrika Tengah. Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja
kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan
silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin
antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses
membuat tugasan kerja kursus ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-
rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan
dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan


bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan
cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi
dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan
tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat
pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Bukan itu sahaja , melalui kerja kursus ini juga saya mememahami apa yang
dimaksudkan dengan cabaran dan isu-isu semasa dunia dan definisi cabaran dan isu-
isu semasa dunia.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus Cabaran


dan Isu-Isu Semasa Dunia. Subjek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya
dan membuatkan saya lebih mencintai negara Malaysia yang tercinta ini serta lebih
mencintai profesion perguruan yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
14

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat . 2005 . Selangor . Dewan Bahasa dan Pustaka

http://id.wikipedia.org/wiki/Konflik_Republik_Afrika_Tengah_2012%E2%80%932013 .
Diakses pada 19/08/2014

http://profaziiumk.blogspot.com/2014/03/konflik-republik-afrika-tengah.html . Diakses
pada 19/08/2014

http://www.dakwatuna.com/2014/05/30/52301/republik-afrika-tengah-negara-dan-
konflik-yang-terlupakan/#axzz3Ax9hXD3q . Diakses pada 19/08/2014

http://www.voaindonesia.com/media/photogallery/konflik-sektarian-di-republik-afrika-
tengah/1866073.html . Diakses pada 20/08/2014
15

LAMPIRAN

Penulis : Palupi Annisa Auliani

Editor : Palupi Annisa Auliani

Sumber : Associated Press

MARKAS PBB, KOMPAS.com — Dewan Keamanan PBB, Kamis (10/4/2014), bersuara


bulat menyetujui pengiriman pasukan penjaga perdamaian ke wilayah yang dilanda
krisis Islam-Kristen, Republik Afrika Tengah. Sebanyak 12.000 tentara terbaik akan
dikirimkan ke negara itu pada 15 September 2014.

Konflik di Republik Afrika Tengah sudah meningkat menjadi konflik agama yang penuh
dengan pembunuhan, penyiksaan, dan kekerasan seksual. Sebanyak 10.000 tentara
dan 1.800 polisi dari PBB tersebut akan mengambil alih pengamanan wilayah itu dari
5.000 tentara Uni Afrika.

Saat ini sudah ada pula 2.000 pasukan terkuat Perancis yang berada di Afrika Tengah.
Mereka mendapatkan kewenangan untuk menggunakan segala cara yang diperlukan
dalam upaya meredam konflik di negara ini.

Pertanyaan besar yang menghadang pasukan perdamaian PBB adalah seberapa besar
tindakan yang dapat mereka ambil di wilayah tersebut. Menjaga warga sipil, terutama di
pedesaan Republik Afrika Tengah, sudah terbukti merupakan pekerjaan sulit, bahkan
hampir mustahil.

Berukuran sebesar Texas di Amerika Serikat, banyak jalan di negara tersebut, yang
memerdekakan diri dari Perancis pada 1960, belum pernah mendapat perbaikan.
Banyak pula warga yang mengungsi, menyelamatkan diri dari kekerasan di negara itu,
ke daerah sabana.
16

Kekacauan di Afrika Tengah meningkat sejak kudeta terjadi pada Maret 2013. Saat itu,
kudeta dilancarkan kubu yang didominasi warga Muslim, Seleka. Mereka
menggulingkan rezim yang berkuasa dengan cara-cara brutal.

Anti-Balaka kemudian menyerang balik markas Seleka di Bangui pada 5 Desember


2013. Menyusul kehancuran pemerintahan yang hancur pada Januari 2014, Anti-Balaka
meningkatkan aksi kekerasan, memaksa warga Muslim melarikan diri dari kampung-
kampung mereka sendiri.

Di jalanan Bangui, ibu kota Afrika Tengah, unjuk rasa yang terjadi menjadi reaksi atas
rencana PBB itu. Cyrius Zemangui-Kette (25), pengangguran, mengatakan, pasukan
PBB seharusnya sudah dikirimkan jauh-jauh hari sebelumnya. Namun, ujar dia,
masyarakat internasional malah menjauh dan membiarkan situasi telanjur memburuk di
Afrika Tengah.

"Mereka mengatakan akan tiba pada bulan September," kata Kette. "Sampai saat itu,
banyak orang Afrika Tengah akan terus mati. Jadi, mereka datang untuk
menyelamatkan siapa?" Bentrokan antara kubu Islam dan Kristen di Dekoa yang
dimulai sejak Selasa (8/4/2014), misalnya, telah menewaskan tak kurang dari 30 orang.
Sebagian besar korban adalah warga sipil.

Berbicara di markas besar PBB di New York, Sekretaris Jenderal Ban Ki-moon
menyerukan diakhirinya pembunuhan. Adapun Menteri Luar Negeri Republik Afrika
Tengah, Toussaint Kongo- Doudou, mengatakan peletakan resolusi baru ini akan
memberikan jalan keluar negaranya dari krisis.

Perancis, bekas penjajah negara itu, memimpin mobilisasi dukungan internasional


untuk mengatasi krisis Afrika Tengah. Namun, duta besarnya, Gerard Araud,
mengatakan situasi di Afrika Tengah tetap seperti sebelumnya.

"Pasukan Uni Afrika yang didukung oleh tentara Perancis melakukan pekerjaan luar
biasa untuk melindungi penduduk sipil, tapi itu belum cukup," ujar Araud saat
17

pemungutan suara untuk resolusi baru PBB. "Resolusi yang baru saja kita adopsi
adalah titik balik penting."

Duta Besar AS Samantha Power juga memuji resolusi tersebut. "Saya pribadi bisa
membuktikan urgensi krisis untuk membawa keamanan lebih baik ke Republik Afrika
Tengah." Power berangkat ke Afrika Tengah setelah memimpin delegasi Amerika
Serikat mengikuti peringatan 20 tahun pembantaian massal di Rwanda, pembantaian
yang dia sebut telah mengajarkan harga dari sebuah kelambanan menghadapi
kemarahan massa.

Resolusi memuat pernyataan keprihatinan atas praktik pelanggaran hak asasi manusia
dan hukum internasional di negara itu. Kedua kelompok bersenjata juga harus
meletakkan senjata serta membebaskan anak-anak dari keharusan menjadi tentara di
kubu masing-masing. Dewan Keamanan meminta mandat yang kuat dan pemberian
kewenangan yang luas kepada pasukan PBB untuk memulihkan perdamaian dan
melucuti senjata. Tujuannya ialah agar penyelidikan pelanggaran HAM dan hukum
kemanusiaan dapat terungkap bersama penangkapan pelaku.

Selain itu, resolusi juga mendesak percepatan pemilu di Afrika Tengah, paling lambat
pada 15 Februari 2015. Philippe Bolopion, Direktur PBB untuk Human Rights Watch,
mendesak PBB dan negara-negara anggota untuk membuat PBB mempercepat
mengambil tindakan di lapangan. "Termasuk menyediakan pasukan yang dipilih dengan
pemeriksaan mendalam sehingga misi PBB itu sendiri tak kemudian terlibat dalam
dugaan pelanggaran."
18

Militan Kristian sedang menggigit kaki orang Islam yang telah mereka potong

Militan Kristian sedang menyiksa orang Islam

Anda mungkin juga menyukai