Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda
hidup dengan alam sekitar. Perkataan ini dicipta oleh pakar biologi Jerman dan pengikut
Darwin pada tahun 1866 Ernst Haeckel dari perkataan Greek (oikos beerti "rumah"
dan logos beerti "sains"). Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk
kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling
hubungan dalam kalangan kumpulan organisma itu sendiri. Penanaman sawit akan
menjadikan ekologi satu sistem rantai makanan kepada hidupan di sekitarnya. Ianya akan
memberikan banyak manfaat kepada alam sekitat

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa
maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada
terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang
melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada
fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena
fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi
Marsuku, 2002). Kawasan penanaman kelapa sawit yang menghijau merupakan satu kawasan
alam sekitar yang amat indah. Kelapa sawit terdiri daripada
dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam
pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis guineensis, berasal
dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit Amerika, Elaeis
oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia adalah tanaman utama di
Malaysia pada masakini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit
di Malaysia pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975.
Pada masa ini Negeri Sabah merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362
juta ha atau 29.7%) diikuti oleh Sarawak (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan Johor (0.712
juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah
di Pulau Pinang iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas
2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2%
dimajukan oleh Skim Kerajaan (FELDA - 675,167 ha, RISDA- 80,262 dan FELCRA-
160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194
hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.
Proses penanaman semula pokok sawit dibuat di antara julat umur 25 hingga 30 tahun
berdasarkan kepada kadar produktiviti pokok. Pokok yang kurang produktiviti mungkin akan
menjalani proses penanaman semula pada umur yang lebih awal. Ringkasnya penanaman
semula pokok sawit adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar produktiviti pokok sawit.
Semua ini adalah hasil usaha keras para peneroka. Peneroka adalah panggilan atau istilah
yang digunakan bagi merujuk pada peserta di tanah rancangan.Pasangan bagi peneroka
ialah penerokawati yakni isteri kepada peneroka. Meskipun istilah 'peneroka' yang membawa
maksud 'memulakan' atau 'merintis' digunakan. namun. Contohnya peneroka di Felda
pertama iaitu Lurah Bilut sahaja yang memperlihatkan para peserta melakukan semua kerja
penerokaan. Manakala di tanah rancangan Felda yang dibuka selepas itu, setiap peserta telah
disediakan rumah yang telah siap untuk diduduki serta kira-kira 10 ekar ladang yang telah
ditanami getah atau sawit.

Anda mungkin juga menyukai