Anda di halaman 1dari 1

Contoh Format Syarahan Spontan MTQ

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


‫الرحِ يم‬
‫الرحْ َم ِن ه‬ ِ ‫بِس ِْم ه‬
‫َّللا ه‬

Sekalung Apresisasi buat peneraju acara,


Kombinasi kehakiman berpaksikan kebenaran,
Penjaga masa yang setia menjunjung prinsip Al-Asr,
seterusnya muslimin-muslimat tunggak kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengarkanlah, Rasulullah S.A.W Qudwah Keluarga Gemilang

Hadirin dan hadirat sekalian, sebelum kaki mengorak langkah, sebelum lidah menyusun bicara, berikan
saya sedikit masa,

Syarahan saya pada hari ini Rasulullah S.A.W Qudwah keluarga gemilang

Hadirin, Rasulullullah S.A.W dapat ditakrifkan sebagai utusan daripada Allah S.W.T untuk dijadikan
contoh buat seluruh umat manusia.

Manakala frasa qudwah keluarga gemilang dapat ditakrifkan sebagai ikutan atau contoh yang boleh
diteladani oleh seluruh keluarga di muka bumi ini.

Maka jelaslah, Rasulullah S.A.W qudwah keluarga gemilang.

Saudara dan saudari,

Rasulullah mampu membentuk akhlak yang mulia.

Akhlak sememangnya berperanan penting dalam kehidupan. Tanpa akhlak runtuhlah masyarakat,
punahlah Negara.

Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W menjadi qudwah hasanah atau keluarga itu sebagai ikutan
pembentukan individu muslim yang mempunyai akhlak yang kukuh dalam diri.

Firman Allah S,W.T DALAM Surah Al- Qalam ayat 4 :

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

Sesungguhnya engkau (Muhammad S.A.W) memiliki pekerti yang agung

Hadirin hadirat,

Kita jadikan contoh, wujud pelbagai program seperti Imam Muda dan Ustazah pilihan membuktikan
akhlak yang dipupuk oleh keluarga yang cemerlang mampu membentuk insan yang penuh cemerlang,
maka lahirlah Imam Muda Asyraf. Hal ini membuktikan qudwah Rasulullah S.A.W mampu membentuk
akhlak yang mulia.

Anda mungkin juga menyukai