Anda di halaman 1dari 12

PARFUM

Apa itu parfum ?

Parfum atau minyak wangi adalah wangian yang dihasilkan dari proses ekstraksi bahan-
bahan aromatik yang digunakan untuk memberikan aroma wangi bagi tubuh, objek benda
ataupun ruangan. Proses ekstraksi tersebut menghasilkan minyak esensial yang memiliki
aroma wangi yang sangat pekat. Kebanyakan parfum dihasilkan dari ekstraksi tumbuh-
tumbuhan seperti bunga, akar, daun atau kayu tapi ada juga yang berasal dari hewan seperti
musk (kasturi) yang dihasilkan dari kelenjar rusa, namun pada konteks nya di zaman
sekarang musk pada parfum sudah diganti dengan senyawa sintetik, kerana adanya
pelarangan keras atas perburuan rusa yang merupakan satwa yang dilindungi. Parfum yang
biasa dijual tidak terdiri dari sepenuhnya minyak sesensial murni, melainkan telah melewati
proses pencampuran dan pengenceran, campuran tersebut terdiri dari minyak esensial itu
sendiri, air destilasi dan alkohol.

“Parfum” berasal dari bahasa Latin yang berarti “through smoke” atau “melalui asap”. Salah
satu kegunaan parfum tertua yang ada didunia adalah untuk upacara keagamaan, pembakaran
dupa dan tanam-tanaman yang digunakan dalam pelayanan keagamaan, kemenyan dan mur
dikumpulkan dari pohon. Bangsa Mesir yang pertama untuk menggabungkan parfum ke
dalam budaya, kemudian di ikuti oleh bangsa Cina kuno, Hindu, Israel, Kartago, Arab,
Yunani, dan Roma. Penggunaan botol parfume di mesir dimulai sekitar 1000 SM.
Umumnya parfume diletakan di dalam gelas dan botol kaca.
Jenis-jenis parfum

1. Parfum de Toilette (Eau de Parfum)

Kadar Ketumpatan patinya mencapai 8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati
yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam. Ia mempunyai kandungan
alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan
pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.
2.. Eau de Toilette

Kadar Ketumpatan patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak
wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat
diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk
kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya
ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama
teman
3. Eau de Cologne

Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak
wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2
jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai
digunakan di bagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah
mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu
basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.
4. Splash Cologne

Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash. Ia
memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum , dengan campuran kurang dari
3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja. Wanginya tidak bertahan lama dan cepat
menguap, karena kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash
lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.
Sumber aromatik

Pokok bunga limau kemenyan

Tumbuhan

Tumbuhan telah lama digunakan dalam minyak wangi sebagai sumber minyak pati dan
aroma sebatian. Aromatik-aromatik ini biasanya merupakan bahan metabolik sekunder yang
dihasilkan oleh tumbuhan sebagai perlindungan daripada herbivora, jangkitan, serta menarik
perhatian pendebunga. Tumbuhan adalah sumber terbesar sebatian wangi yang digunakan
dalam pembuatan minyak wangi. Sumber-sumber sebatian ini boleh datangnya dari pelbagai
bahagian dari sesebatang tumbuhan. Tumbuhan boleh membekalkan lebih daripada satu
sumber aromatik: misalnya bahagian pucuk dan biji ketumbar mempunyai bau yang amat
berbeza dari satu sama lain; daun, bunga, dan kulit buah oren masing-masing merupakan
sumber petitgrain, neroli, dan minyak oren.

 Kulit kayu: Pokok yang kerap digunakan termasuk kayu manis dan cascarilla. Minyak
hasilan kulit akar sassafras juga digunakan sama ada terus atau disulingkan bagi
memperolehi bahan utamanya safrol yang digunakan untuk pembuatan sebatian wangian
yang lain.
 Bunga: Sumber bahan aromatik paling banyak dan kerap didapati; termasuk beberapa
spesies mawar dan melur, osmanthus, kemboja, semalu, harum sundal malam, narcissus,
scented geranium, cassie, pokok kasturi, limau dan kenanga. Putik
bunga cengkih kering turut kerap digunakan; begitu juga dengan vanila, sejenis bunga
anggerik yang perlu disenyawakan bagi menghasilkan lenggai yang kemudiannya
digunakan dalam pembuatan wangian.
 Buah: Buah yang kerap digunakan untuk mendapatkan bahan aromatiknya dari kulit buah
termasuk oren, limau dan limau nipis. Meskipun kulit limau gedang masih digunakan
bagi mendapat bahan aromatiknya, ia semakin banyak diganti secara komersil oleh bahan
gantian sintetik kerana bahan aromatik asal berbau apabila ia mereput disebabkan
kandungan sulfurnya.
 Daun dan ranting: lavender, patchouli, sej, Viola, rosmari, dan daun limau.
Kadangkalanya daun digunakan untuk membangkitkan rasa "segar" pada minyak wangi,
antara contohnya termasuk rumput kering dan daun tomato.
 Resin: digunakan sejak zaman dahulu kala secara meluas dalam setanggi dan kemenyan,
misalnya morhabshi.
 Akar, rizom dan bulba: termasuk Iris dan spesies keluarga halia.
 Biji: lobak merah, ketumbar, jintan, koko, buah pala, pelaga dan bunga lawang.
 Kayuan: gaharu, cendana, rosewood, araz, juniper dan pain; selalunya dalam bentuk
sulingan kering.

Haiwan

 Ambergris: Ketulan sebatian lemak teroksida yang berasal daripada keluaran paus
sperma. Ia seharusnya tidak dikelirukan dengan ambar yang digunakan dalam perhiasan.
Pemerolehan ambergris yang tidak membahayakan haiwan sumbernya, oleh itu sedikit
kontroversi yang wujud berkaitan bahan ini.
 Castoreum: Diperoleh dari kelenjar berbau beaver Amerika Utara.
 Musang: Juga dipanggil musang kasturi, ini diperolehi dari kelenjar berbau haiwan ini
atau spesies terdekat dalam keluarga Viverridae, yang berkaitan rapat dengan cerpelai.
Sebuah badan perlindungan bernama World Animal Protection pernah menyiasat kes
penangkapan musang Afrika yang dilakukan bagi tujuan ini.[2]
 Hyraceum: daripada najis membatu tinjaan hiraks batu (Procavia capensis).[3]
 Sarang lebah: Dari sarang lebah madu. Kedua-dua lilin lebah dan madu boleh
diekstrakkan dengan pelarut untuk menghasilkan satu larutan tulen. Lilin lebah turut
diekstrak dengan etanol yang memeruap untuk menghasilkan larutan tulen daripada
bahan ini.
 Kesturi: Asalnya berasal dari kelenjar terletak di antara alat kelamin dan pusat rusa
kesturi Himalaya (Moschus moschiferus) jantan, ia kini telah digantikan banyaknya oleh
bahan gantian sintetik yang kadangkalanya dikenali sebagai "kesturi putih" (white musk).
Tips pemakaian parfum supaya tahan lebih lama

Cara pakai dengan betul


1. Guna satu perfume pada satu masa

2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik,


oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi
waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

3. Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik.
Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point
utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:

1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki
Tips extra

1. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di
pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya
mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak
disebabkan oleh perfume tersebut.

2. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadapperfume, cuba gunakan bau yang lebih
ringan.

3. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih
lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru,
ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam
peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

4. Bau minyak atar agak kuat.Dan, kebanyakannya tahan lama. Sesuai untuk lelaki
RUJUKAN
1.https://alisyaperfume.wordpress.com/tips-pakai-perfume-minyak-wangi/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Minyak_wangi

Anda mungkin juga menyukai