Anda di halaman 1dari 1

Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!

ByDhia KamilaPosted on September 26, 2014 Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!

CARA SOLAT TAUBAT

Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-
mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel
di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik?
Bukankah Allah sedang ingin membantu kita?

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika Allah gerakkan hati kita untuk mencari panduan dan cara
solat taubat, sudah tentu ini satu langkah kecil untuk perubahan yang lebih besar.

Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur.
Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang
pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina
berulang-ulang kali.

Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada
yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan
perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta
dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu
banyak jika mahu disenaraikan disini.

Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah.
Apa yang kita perlu buat ialah ikhlaskan hati dalam memohon ampun pada Allah. Tidak cukup dengan
itu, perlu belajar cara solat taubat agar kita rasa lebih dekat dengan Allah.

Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download sebahagian cara solat taubat
atau keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini

Anda mungkin juga menyukai