Anda di halaman 1dari 10

Tempat menarik johor

Banggunan Sultan Ismail

 Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor,Ia
terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru, Malaysia,Bangunan ini telah dibina di
antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940 kerana kerajaan
kolonial British mencuba untuk menyelaraskan pentadbiran negeri, Ia telah
dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.Ia juga merupakan
bangunan tertinggi di Malaya semasa zaman sebelum Merdeka . Di Johor Bahru
sendiri, ia berdiri tidak dicabar sebagai bangunan tertinggi di bandar sehingga
selesai Menara Merlin pada tahun 1970an.

Pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah berpindah ke Kota Iskandar.


Terdapat rancangan untuk menukar bangunan ke dalam muzium.

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia adalah Taman Tema Legoland pertama di Asia dan yang ke enam di
dunia. Taman tema ni terletak di Nusajaya dan dibuka pada 15 September 2012. Ada
pelbagai roller coaster, permainan interaktif dan pertunjukkan di sini.

Taman tema Legoland ni sebenarnya terbahagi kepada 2 bahagian: Dry park –


menempatkan semua roller coaster dan Wet park – taman tema air.
Waktu buka taman tema Legoland adalah dari pukul 10.00 a.m. sehingga 6.00 p.m.. Kalau
hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, dry park akan ditutup pukul 8.00 p.m. tetapi
wet park masih ditutup pada pukul 6.00 p.m.

Laman web:http://www.legoland.com.my/

Danga Bay (Teluk Danga)

Terletak di tepi pantai yang dahulunya di kenali sebagai Pantai Lido,Ia betul-betul berada di
hadapan Istana Bukit Serene. Danga Bay telah dibangunkan oleh kerajaan negeri untuk
menjadi tempat rekreasi untuk penduduk JB dan telah melalui pelbagai transformasi.

Di pesisir pantai Danga Bay ada beberapa buah kapal layar mewah dan ‘cruise ship’.
Cruise ship akan membawa penumpang di sepanjang Selat Tebrau. Ada juga perkhidmatan
basikal untuk pengunjung sewa pada kadar yang berpatutan. Jadi boleh digunakan untuk
berjalan-jalan di sekitar Danga Bay.

Danga Bay sangat sesuai dilawati pada waktu malam. Pada masa inilah Danya Bay
menjadi ‘hidup’ kerana semua lampu-lampu dan tempat menarik lain di buka. Ada juga
taman tema kecil yang menempatkan beberapa permainan kecil seperti ‘Merry Go Round’
dan keretapi, sesuai untuk anak-anak kecil. Sebuah ‘Petting Zoo’ juga dibuka untuk anak-
anak melihat binatang peliharaan dengan lebih dekat. (Sumber: Google)

SANRIO HELLO KITTY TOWN, NUSAJAYA, JOHOR

http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town
sumber: Sumber: http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town

Sanrio Hello Kitty Town Malaysia terletak di Puteri Harbour Nusajaya Johor, kawasan yang
juga terletaknya Legoland Malaysia. Tempat ini merupakan salah satu tempat pelancongan
yang menarik di Negeri Johor. Ia terletak tidak berapa jauh daripada Taman Tema
Legoland Malaysia yang juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati di Malaysia.
Apa yang menarik di dalam Sanrio Hello Kitty Town?

Tea Cup’s Ride

Permainan ini ialah permainan fizikal yang mana anak-anak duduk di dalam sebuah cawan
besar, then cawan tersebut akan bergerak mengelilingi tempat tersebut. Cawan itu sendiri
boleh berputar jika dipusing stereng yang terletak di tengah-tengah cawan tersebut.

Wishful Studio

Di studio ini pengunjung boleh belajar menghias biskut Hello Kitty. Biskut ini boleh terus
dimakan selepas dihias.

Hello Kitty House

Hello Kitty House ini adalah rumah Hello Kitty. Ianya dihias dengan begitu indah
bertemakan warna pink. Rumah ini seperti rumah yang betul dengan dibahagikan kepada
beberapa ruang seperti ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik mandi dan lain-lain lagi. Terdapat
juga gambar-gambar hiasan berupa potret Hello Kitty di dinding rumah.

Wishful Studio

Membuat barang kemas dan ambil gambar dengan pakaian kostum


Di sini anak-anak anda akan diajar cara menghias rantai Hello Kitty. Rantai yang sudah
siap terhias nanti boleh terus dibawa pulang.

Friendship Land

Permainannya di friendship lebih agresif. Kanak-kanak bermain dengan bebola plastik.


Mereka boleh menembak dan sebagainya dengan menggunakan bebola plastik dan alat
yang di sediakan untuk menembak. anak-anak anda pasti akan menyukai permainan ini.

Black Wonder

Permainan ini ialah permainan menguji minda. Misinya adalah untuk menyelamatkan Hello
Kitty dan Dear Daniel yang telah diculik dan di kurung di dalam gua itu. Pengunjung akan
diberi sebuah lampu yang juga digunakan untuk check point di satu-satu tempat.
Pengunjung juga diberi soalan untuk dicari jawapannya di dalam gua yang gelap dan dibina
seperti gua penjara zaman silam.

Jika dapat menjawap semua soalan, kita dikira telah berjaya melepaskan Hello Kitty dan
Dear Daniel. Sebelum keluar kita akan diberi sijil menandakan kita telah berjaya di dalam
misi tersebut.Permainan ini agak menaik kerana ia menguji minda. Ia memerlukan
penglibatan ibubapa untuk memudahkan menyelesaikan soalan misteri yang diberi.

Persembahan daripada Hello Kitty

Dalam beberapa jam sekali pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian dan tarian oleh
Hello Kitty, Dear Daniel dan penari-penarinya. Pelbagai tarian yang dipersembahkan
termasuk tarian Rusia, Koboi Arab dan lain-lain.

Di depan Friendship Land terdapat satu tempat makan yang dinamakan CinnamoRoll Cafe,
Ibubapa dan anak-anak yang merasa lapar dan penat bermain di dalamnya bolehlah
berehat seketika di kafe ini sambil mengisi perut dan menghilangkan dahaga.

Harga Tiket Hello Kitty boleh disemak di laman web:

http://www.playtime.com.my/hello-kitty-town

Bertandang ke sini cukup santai kerana ianya terletak di dalam bangunan dan berhawa
dingin.,Cuaca panas maupun hujan tidak menjadi isu di sini. Ibubapa pula boleh duduk
bersantai sambil melihat anak-anak bermain daripada jauh kerana tidak risau anak akan
pergi jauh.
Antara Pulau Pulau Cantik & Menarik Di Johor:

7 Pulau Bahagian Utara


Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Gual, Pulau Rawa, Pulau Hujung, Pulau Tengah dan
Pulau Besar
8 Pulau Bahagian Selatan
Pulau Tinggi, Pulau Apil, Pulau Mentigi, Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu
Kukus dan Pulau Sibu Hujong
3 Pulau di Bahagian Timur
Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Aur

SENI

Muzik[sunting | sunting sumber]


Ghazal merupakan kesenian tradisional yang popular dewasa ini. Pada permulaannya, ini disebut
sebagai ‘gamat’ yang bererti nyanyian dan beriuh rendah berasal dari Tanah Arab.
Pada abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa
bangsawan Johor yang berulang-alik Riau mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kepada
Sultan Johor pada ketika itu di Teluk Belanga, Singapura.
Perkembangan ghazal di Johor dikaitkan dengan Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh
Bin Perang. Semasa membuka daerah baru, beliau turut memperkenalkannya di rumah penghulu
dan hari keramaian tertentu.
Ghazal terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do (Gendang). Kemudian
ini ditambah dengan beberapa alat yang sesuai seperti gitar, kecapi
Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik lain seperti ukeleli dan
sebagainya. Oleh kerana terlampau mengganggu serta menghilangkan silau dan lemah lembut
lagu Melayu maka alat itu dibatalkan.
Pada 2003, muzik Ghazal telah dimartabatkan oleh Datuk Sharifah Aini menerusi konsert solo beliau
iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini yang diiringi oleh penari-penari Warisan
Johor. Beliau yang merupakan anak kelahiran Johor begitu kagum dengan keindahan dan keunikan
muzik Ghazal tersebut.

Tarian kuda kepang[sunting | sunting sumber]


Kuda kepang merupakan permainan tradisi yang digemari oleh Johor, terutamanya Jawa. Ia berupa
patung anyaman yang berbentuk kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh anyaman atau kulit
yang dicorakwarnakan supaya lebih menarik.
Lazimnya 1 kumpulan mempunyai 10~15 penari. Salah seorang bertindak sebagai ketua (dayang).
Pada awal, gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal.
Tarian ini biasanya ditunjukkan di majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana sewaktu
menyambut orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan.
Menurut kepercayaan, ia dikuasai oleh kuasa ghaib. Lantaran itu, 1 upacara perlu dilakukan
sebelum bermain. Jika gagal, sesuatu yang tidak diingini akan menimpa. Upacara ini bermula
dengan istiadat memuja roh. Setelah itu, bomoh akan menjampi untuk membuka gelanggang yang
biasanya berukuran 40inci dengan 60inci.
Zapin Johor[sunting | sunting sumber]
Salah satu tarian pergaulan yang utuh ialah tarian Zapin. Dari perspektif sejarah perkembangan,
zapin yang menular luas mengalami pengubahsuaian dari segi ragamnya yang nyata tradisional
sifatnya. Namun banyak genre zapin tradisional hanya tersebar ke daerah tentu dan satu genre
zapin yang dinamik dikatakan masih terdapat di Johor.
Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab) melihatkan bezanya dari
unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu berasal dari 1 kesenian Arab di bawah
Hadramaut.
1 hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan persaudaraan penari dan
pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan
rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.
nci.

Zapin Johor[sunting | sunting sumber]


Salah satu tarian pergaulan yang utuh ialah tarian Zapin. Dari perspektif sejarah perkembangan,
zapin yang menular luas mengalami pengubahsuaian dari segi ragamnya yang nyata tradisional
sifatnya. Namun banyak genre zapin tradisional hanya tersebar ke daerah tentu dan satu genre
zapin yang dinamik dikatakan masih terdapat di Johor.
Di Johor, zapin yang dikenali dalam 2 bentuk (Zapin Melayu & Zapin Arab) melihatkan bezanya dari
unsur peradap tariannya. Pada realiti dua genre zapin itu berasal dari 1 kesenian Arab di bawah
Hadramaut.
1 hal menarik mengenai Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan persaudaraan penari dan
pemuzik serta sifat esprik decorps yang dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan
rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.

Baju Melayu Cekak Musang[sunting | sunting sumber]


Baju Melayu ialah pakaian tradisional lelaki melayu. Istilah Cekak Musang ini berhubung langsung
dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian
‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm)
melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang
bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan
Abu Bakar.

Baju Teluk Belanga[sunting | sunting sumber]


Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor
khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka
oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk
Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas
masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

Baju Kurung[sunting | sunting sumber]


Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada
bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek
serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah
membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara
Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa
dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju
kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-
ciri tersendiri.

MAKANAN

LAKSA JOHOR

MEE BANDUNG

MEE REBUS

LONTONG

TELUR PINDANG

NASI BERIANI

KACANG POL

OTAK2

ROTI JALA

NASI AMBANG

TEMPE

MI SIPUT

LONTONG GORENG

PISONG GORENG CICAH SAMBAL KICAP

Bahasa

JOM BELAJAR BAHASA ORANG JOHOR ♡


Air Tawo – Air Tawar
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Betok - Ikan puyu
Bobos - bocor
Buboh - letak
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik
Engko – Engkau
Esbok – Peti Sejuk
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Getol - Sekel kepala
Grobok – Almari
Hangen – angin
Hantor – hantar
Jajan – Makanan Ringan
Jerang - masak air/nasi
Jerih - Semput
Jotos - sekel (Aku jotos kepala engko kang)
Kang - nanti
Kejor – Kejar
Kerek - Eksen
Kolah - tempat simpan air
Koknai - Main kejar kejar
Kokot - ambil sampai habis
korang - engkau orang
Kosi – kerusi
Lantak - hentam keromo
Lapor – Lapar
Laymo - Limau
Lawo – cantik
Leceh - lambat (Leceh betullah ko ni)
Longgo - Longgar
Mancah - Menebas
Muor – Muar
Ngeteh – Minum air di kedai
Nonong - tanpa memperdulikan apa-apa pun (Orang tu nonong ajer)
Pasor – pasar
Pasor Lambak – Pasar Malam
pestol – pistol
Peygang- pegang
Sarap - Sarapan
Nyonyot - Hisap
Nor - betul (panjang nor cerita ni)
Pakkal - Nasib baiklah
Segor – segar
Selipor – selipar
Semangka - tembikai
Sengabong - Sungai Abong
Sila panggung - Duduk rilek
Sogame – sekolah agama
Sokkabor – Surat Khabar
Tanak - Masak
Tampor – tampar
Terpeleot - terseliuh
Tikor – tikar
Tombot - pelupusan sampah
Tualo – tuala

''Mari kita kenali Bahasa Melayu


loghat Johor yang seronok untuk
diketahui.... Umum sudah tahu,
orang Johor ni memang peramah
belaka dan sebab tu lah kalau sebut
jer orang Johor mesti dia ni....

(1) kuat sembang,


(2) kecoh sikit,
(3) riuh rendah,
(4) senang dapat kawan dan
(5) tak memilih kawan..

Manusia Johor merujuk kepada Johor Bahru sebagai Johor dan tidak JB. Kalau orang di negeri Johor sebut
Joh...or, ia bermaksud Johor Bahru (JB), bandar dan bukan Johor, negeri ini. Biasa digunakan oleh mereka
yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai umpamanya.

Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah berada di Johor, tak kira
di daerah mana. Jika penduduk tempatan kata nak pergi Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru.

Jangan pulak buat lawak bodoh berkata, "Eh, lu kan dah


ada kat Johor?" Atau lebih teruk lagi, jangan memandai nak tambah 'ekk' dengan soalan itu.

Penggunaan bunyi "ee" dalam setiap hujung suku kata "aaa" memang semua sudah maklum... Orang Johor
tak guna bahasa Baku... Ada juga suka kata akhir perkataan dibunyikan "oo" atau huruf O... Dan ini
contoh2 nya...

1. saya (saye)
2. puasa (puase)
3. raya (raye)
4. gembira (gembire)
5. belajar (belajo)
6. pagar (pago)
7. damar (damo)
8. pelantar (pelanto)
10. Johor (Joho)

Itu tak termasuk plak dengan


tambahan bunyi "ekk..." dalam
perbualan orang- orang Johor....
Perkataan "ekk..." lazimnya menggambarkan sesuatu
keadaan yang terlalu atau paling...
seperti ayat-ayat ini.

1. Rumah dia jauh betul ekkk..??


2. Cantik ekkk.. bandar Joho
skarang ??
3. Dia pandai betul ekk..??
x lupa gak perkataan NO....
contoh: jauh NO rumah kau ekk....

Anda mungkin juga menyukai