Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKI SMK PERMATA JAYA 2011

1.0 PENGENALAN

Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar


Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai
matlamat di atas. Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung
di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu
didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu projek keusahawanan telah
dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas
yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan
kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

2.0 PROGRAM MASAKAN DAN KEUSAHAWANAN

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk
program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat
sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah
aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu
meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif. Menyedari kepentingan
pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk
memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan
komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen Keusahawanan telah
diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup di Sekolah Menenga. Berdasarkan usaha
tersebut Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Permata Jaya ingin membudayakan
keusahawanan di kalangan pelajar khas. Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan
melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup bermula pada tahun 2010.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan
kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas. Ia bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap
pelajar. Aktiviti, produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk
menonjolkan bakat dan kemahiran para pelajar pendidikan khas dalam menempuh cabaran
yang bakal mendatang.

4.0 OBJEKTIF

i. Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri, dan menyedari potensi
ke arah keusahawanan.
ii. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan
iii. Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan
cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
iv. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,
masyarakat dan sebagainya.
v. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-
pelajar khas.

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Bermula Jan 2010

6.0 TEMPAT

Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah ruang masakan kerana kedudukannya
yang strategik untuk pelajar pendidikan khas juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai
untuk aktiviti yang akan dijalankan.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Keperluan sasaran iaitu pelajar Pendidikan Khas yang berada dalam kumpulan MPV
Masakan dan Keusahawanan.Mereka ini yang akan menguruskan bilik yang dikhas untuk
aktiviti jual beli dengan dibantu oleh seorang guru.

8.0 SASARAN JUALAN

Pelajar pendidikan khas,pelajar aliran perdana ,guru-guru serta para pelawat dari sekolah-
sekolah yang lain.

9.0 PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:


a) Hasil Masakan
b) Barang makanan ringan seperti keropok,kerepek yang dibuat sendiri atau yang dibeli
secara borong dan dibungkus semula oleh pelajar pendidikan khas.
c) Mesin fotostat.

Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat
yang para pelajar pendidikan khas mampu bersaing dalam menghasilkan produk dan
mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak.Semua keuntungan hasil dari jualan
ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan pelajar dan keperluan para
pelajar pendidikan khas.

10.0 KEPERLUAN LOGISTIK YANG DIPERLUKAN SEGERA

a) Mesin Pengadun Doh

Keperluan segera untuk menghasilkan pelbagai produk jualan untuk Program MPV Masakan
dan Keusahawanan seperti donat, pizza, mi kuning, mi siput dan roti manis.
b) Peti Sejuk (peti sejuk sedia ada tidak lagi dapat digunakan untuk penyimpanan
makanan kerana bahagian sejuk beku telah rosak)

Keperluan segera untuk penyimpanan bahan-bahan sejuk beku, sayur-sayuran, mayonis,


bahan masakan yang telah dikisar dalam kuantiti yang banyak serta penyimpanan benih
cendawan (Projek Penanaman Cendawan)

11.0 PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah


dilantik untuk menjayakan program ini.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK PERMATA JAYA

Pengerusi : Pn. Hjh. Faridah Binti Kalam


Naib Pengerusi : Tn. Hj. Subari Bin jubri
Setiausaha : Pn Nor Rafidah Binti Abdullah
Bendahari : Cik Nurshuhaida Binti mohd. Salleh

AJK
Pn. Huzanah Binti Ya’cub (Pembantu Pengurusan Murid)
Pn. Norfadzhilla Binti Sa’don (Pembantu Pengurusan Murid)
Nurul Tasya Nabila Binti Anuar (Pelajar)
Mohd Saiful Nizam Bin Saikhoni (Pelajar)
Mohd Helmi Bin Tugiman (Pelajar)
Siti Norazilah Binti Suhairi (Pelajar)
Ee Qian Ting (Pelajar)

12.0 BATASAN / KEKANGAN UNTUK MENJALANKAN PROJEK

a) Mesin Pengadun Tepung

Ketiadaan mesin pengadun tepung menyukarkan proses pembuatan doh kerana terpaksa
bergantung dengan proses pembuatan secara manual sedangkan doh memerlukan masa
yang agak lama untuk dibiarkan sebelum boleh diuli untuk dibakar atau digoreng.

b) Peti Sejuk

Keadaan peti sejuk yang sudah tidak lagi boleh digunakan menyebabkan bahan-bahan
basah seperti sayur campur, mayonis, bahan sejuk beku dan sebagainya terpaksa dibeli
dalam kuantiti yang sedikit. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan kos bahan serta
guru terpaksa menyimpan sebahagian bahan masakan yang mesti disimpan dalam suhu
yang rendah di rumah masing-masing sekiranya belum habis digunakan pada hari
berkenaan.
13.0 ANGGARAN KOS
Bil. Perihal Barang Kuantiti Anggaran harga
1. Mesin Pengadun Doh (Flour Mixer) 1 Unit RM 1450.00
2. Peti Sejuk 2 Pintu (Toshiba) 1 Unit RM 1390.00
Jumlah RM 2840.00

14.0 RUMUSAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di


samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka. Semoga
program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan
terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru pendidikan khas.
Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap
keupayaan pelajar pendidikan khas ini. Selain daripada itu, ia juga merupakan salah satu
cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khasnya untuk pelajar yang kurang upaya
ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................ ..............................................
Nor Rafidah Binti Abdullah Tn. Hj. Subari Bin Jubri
(Setiausaha MPV Masakan dan Keusahawanan) (GPK Pendidikan Khas)

Disahkan oleh :

.............................................................

Anda mungkin juga menyukai