Anda di halaman 1dari 9

Definisi 

Sains
Kata sains berasal dari bahasa latin ” scientia ” yang berarti pengetahuan.

berdasarkan webster new collegiate dictionary definisi dari sains adalah


“pengetahuan yang diperolehmelalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan
yang melingkupi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya
didapatkan dan dibuktikan melalui metode ilmiah. Sains dalam hal ini merujuk kepada
sebuah sistem untuk mendapatkan pengetahuan yang dengan menggunakan pengamatan
dan eksperimen untuk menggambarkan dan menjelaskan fenomena – fenomena yang
terjadi di alam .

pengertian sains jugamerujuk kepada susunan pengetahuan yang orang dapatkan melalui
metode tersebut. atau bahasa yanglebih sederhana, sains adalah cara ilmu pengetahuan
yang didapatkan dengan menggunakan metode tertentu.

Sains dengan definisi diatas seringkali disebut dengan sains murni, untuk
membedakannya dengan sains terapan, yang merupakan aplikasi sains yang ditujukan
untuk memenuhi kebutuhan manusia. ilmu sains biasanya diklasifikasikan menjadi dua
yaitu :

- Natural sains atau Ilmu pengetahuan Alam


-  Sosial sains atau ilmu pengetahuan sosial

berikut ini adalah contoh dari begitu banyak pembagian bidang – bidang sains, khususnya
natural sains atau IPA
 BIOLOGI (Biology) : Anatomi,biofisika,genetika, Ekologi, Fisiologi, taksonomi,
virulogi, zoologi, dll

 KIMIA (Chemistry) : Kimia Analitik, Elektrokimia, Kimia organik, kimia


anorganik, ilmu material, kimia polimer, thermokimia
 Fisika (Physics) : Astronomi, fisika nuklir, kinetika, dinamika, fisika material,
optik, mekanika quantum, thermodinamika
 Ilmu Bumi (Earth Science) : Ilmi lingkungan, geodesi, geologi, hydrologi,
meteorologi, paleontologi, oceanografi.

Rabu, Oktober 01, 2008


Definisi Teknologi Dan Maksud Sains

Definisi Sains dan Teknologi


Adakah kita benar-benar memanfaatkannya?
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Dunia hari ini mampu berkembang pesat kerana penghargaan manusia terhadap kepentingan sains dan
teknologi. Manusia kini sudah boleh bergerak pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain,
mendapatkan sesuatu hasil dengan lebih berkesan daripada tanaman dan ternakan, mengubati penyakit
kritikal, menghantar maklumat dan menerokai angkasa lepas. Namun, kita dapati, tidak semua teknologi
ciptaan manusia itu benar-benar membawa kebaikan. Di manakah silapnya teknologi manusia sehingga
mendatangkan kesan buruk ke atas alam sekitar?

Maksud Teknologi dan Penjelasan Berkaitan Dengannya.


Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi
manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian.

Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu dianggap lebih baik berbanding
yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4 dianggap lebih pantas berbanding pemproses
mikro Pentium 3 dan sebelumnya.

Maksud Sains dan Huraiannya


"Sains merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains
datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti
proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya
mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya.

Pada dasarnya, semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita. Terdapat tiga komponen
utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian, Mencari Keseragaman, dan Pembentukan Teori dan
Hukum.

Teknologi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Portal Teknologi

Hubungan antara Islam dengan sains dan teknologi adalah


ibarat isi dan buku, tidak dapat dipisahkan kerana sama-sama mempunyai peranan dan
sumbangan yang penting dalam membina tamadun manusia. Sains dan teknologi
membawa kemajuan, kemudahan dan keselesaan, manakala Islam pula memimpin
manusia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Sains wujud daripada perasaan ingin tahu manusia terhadap alam sekelilingnya dan
merupakan salah satu cabang utama ilmu pengetahuan yang dapat digunakan untuk
meningkatkan keimanan. Sungguhpun Islam telah memberikan garis kasar terhadap
kaedah dan jawapan kepada banyak persoalan sains, namun ianya masih memerlukan
pengkajian yang mendalam untuk membuktikan kebenarannya. Atas sebab inilah maka
Islam sangat menuntut umatnya mencari, mengembang dan menguasai ilmu pengetahaun.

Teknologi pertengahan abad ke-20: teknologi angkasa lepas.

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan
dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip
sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat
sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan
produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal
kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian


tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta
menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

SAINS DAN TEKNOLOGI

Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang
telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Nabinya, dan tidak terkecuali juga ilmu sains
dan teknologi. Oleh itu ilmu sains dan teknologi yang diterima oleh Islam adalah ilmu
yang dipimpin dan disuluh oleh Nur Ilahi, kerana hanya dengan itu ilmu tersebut tidak
akan bersifat menindas dan menganiaya makhluk lain.

Sebenarnya, di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi
yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan
mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan
makna yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah
sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Jika tidak mutiara Al Quran itu
tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat
manusia.

Berdasarkan kepada hakikat inilah maka umat Islam perlu mengambil manfaat
daripadanya dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk
menjalankan pengkajian yang bersifat empirikal dan saintifik. Sekiranya ini dapat
dilaksanakan, maka tidak syak lagi zaman kegemilangan Islam dapat dikembalikan dan
Islam sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan tamadun dan kekuatan
ummah.

PEPERANGAN YANG BERLAKU DI DUNIA


BANYAK MEMBAWA KEMUSNAHAN
Oleh : Leng Siong Cheng ( Tingkatan U6SB)

Semenjak kewujudan semua kehidupan, terutamanya manusia, persaingan selalu berlaku. Apabila
berlaku persaingan yang terlalu sengit, niat untuk melenyapkan kehadiran pesaing lain akan mula bermain
di pemikiran manusia secara automatik. Dengan itu, konflik dan pembunuhan berlaku melibatkan dua pihak
dengan tujuan menghapuskan lawan. Senario itu mungkin terkawal sekiranya keadaan tersebut hanya
melibatkan dua orang sahaja. Apa pula yang akan berlaku sekiranya keadaan itu melibatkan sekumpulan
orang ramai, yang siap siaga dengan peralatan canggih untuk membunuh musuh masing-masing?
Sebenarnya, yang disebutkan di atas itu merupakan definisi jelas bagi “peperangan” atau dalam bahasa
Inggerisnya, “war”.

Peperangan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita . Setiap masa, peperangan berlaku di mana-
mana sahaja, tanpa mengira tempat, waktu, keadaan dan cuaca. Antara contoh peperangan yang
disenaraikan oleh para pengkaji sejarah ialah Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang
Teluk dan yang terkini pencerobohan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat. Peperangan sudah menjadi
kebiasaan dalam tamadun kita kerana ini adalah sebahagian daripada sejarah kita. Namun, apa yang kita
peroleh semasa dan selepas peperangan hanyalah suatu jenis kemusnahan berskala besar.

Peperangan, tidak kira skalanya, mesti akan melibatkan nyawa yang terkorban. Berdasarkan
laporan media, kita mendengar beratus-ratus nyawa melayang begitu sahaja. Itu hanya khabar tentang
kematian orang awam, apakah yang terjadi kepada askar-askar yang berjuang untuk negara masing-
masing? Angka sebenarnya tidak kurang dahsyat berbanding orang awam. Sebagai contoh, pembunuhan
besar-besaran di Nanjing semasa Perang Dunia Kedua. Lebih 10 juta rakyat dan askar China yang mati
terkena bom, dibedil peluru berpandu, ditembak, diperkosa lalu dibunuh oleh askar-askar Jepun. Dalam
kalangan mereka yang mati, terdapat juga kanak-kanak yang menjadi magsa peperangan. Kanak-kanak ini
ada yang mati, cacat, dan ada yang trauma seumur hidup mereka. Peperangan sememangnya memberi
impak negatif yang besar terhadap golongan ini yang digelar masa depan bangsa sehingga ada yang
kecacatan moral akibat desakan masyarakat dan kehilangan kasih sayang daripada orang tersayang yang
mati dalam peperangan.

Peperangan turut memusnahkan harta benda, sama ada harta benda awam mahupun harta benda
persendirian. Banyak harta benda seperti bangunan, jalan, landasan kereta api, lapangan terbang,
pelabuhan, jambatan dan sebagainya lenyap begitu sahaja ekoran kemaraan tentera penceroboh. Selain itu,
harta benda seperti ternakan, tanaman, alat pengangkutan, hutan juga musnah akibat peperangan yang tidak
munasabah. Harta benda ini merupakan kemudahan dan nadi kehidupan masyarakat di sesuatu tempat.
Tidak hairan salah satu kesan sampingan peperangan ialah kebuluran dan kadar inflasi yang meningkat.
Masyarakat setempat tidak mampu untuk membeli barang keperluan. Ramai yang terpaksa menjadi
perompak, pencuri, pelacur dandan terlibat dalam pelbagai kebobrokan sosial semata-mata untuk mencari
rezeki hidup. Di Malaysia semasa tahun

1941 hingga 1945, ramai perempuan yang terpaksa menggadai maruah


mereka kepada askar-askar Jepun semata-mata ingin hidup. Apa daya mereka, hanya itu yang dapat
dilakukan demi memastikan nadi terus berdenyut !

Selain itu, peperangan juga mengundang kepada kemusnahan tamadun. Tamadun- tamadun
seperti tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus, dan Inca yang pernah menjadi tersohor dan agung pada suatu
ketika dahulu, termusnah pada akhir zaman mereka akibat peperangan. Segala baik dan buruk yang terbina
semasa tamadun tersebut hilang bersekali dengan kemusnahan tamadun tersebut. Banyak ilmu, teknologi
dan ajaran yang baik dicipta oleh mereka yang arif dalam tamadun tersebut dianggap anasir-anasir buruk
oleh pihak yang menceroboh lalu dihapuskan tanpa mengira nilainya menyebabkan manusia hari ini
kehilangan banyak khazanah yang agung, seterusnya membawa kepupusan sesuatu bangsa. Mengapakah
manusia boleh berbuat apa-apa sahaja untuk menghalang kepupusan spesies haiwan tetapi tidak terhadap
kepupusan sesuatu bangsa?

Walaupun begitu, peperangan juga telah membawa satu kebaikan kepada kita, iaitu kemajuan
teknologi. Banyak teknologi seperti bom berkuasa tinggi, alat perang seperti kereta kebal, jet pejuang,
kapal terbang, dan sistem komunikasi yang lebih baik telah dicipta akibat desakan peperangan. Teknologi
ini tidak semestinya membawa kemusnahan kepada manusia, tetapi dapat juga membantu kita. Sebagai
contohnya, teknologi nuklear merupakan teknologi penting dan sistem penjana kuasa elektrik. Kod Morse
yang merupakan sistem telegraf semasa Perang Dunia Kedua banyak membantu menyelamatkan dunia
kerana hal ini menyukarkan pihak Pakatan Paksi untuk mentafsir informasi tentera Bersekutu. Selain itu,
tanpa terciptanya teknologi perang, nyawa seseorang askar mungkin hanya akan melayang begitu sahaja.
Dengan itu, sumbangan peperangan juga amat besar kepada kita. Persoalannya, adakah peperangan sesuatu
perkara yang berbaloi? Berdasarkan kemusnahan yang dibawa melebihi apa-apa yang disumbang, maka
peperangan hanya satu pertelingkahan manusia yang bodoh dan kejam.

Kesimpulannya, peperangan harus dielakkan kerana jalan penyelesaian boleh tercapai melalui
jalan perundingan. Sudah banyak yang kita kehilangan ekoran perbuatan nenek moyang kita yang tidak
munasabah. Oleh itu, janganlah kita menghilangkan apa- apa yang masih kita ada pada hari ini dan
belajarlah daripada sejarah peperangan itu sendiri kerana sejarah pasti mendewasakan kita.

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri
supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut sekali perintahnya dan meninggalkan
segala larangannya, maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah
bekalan, sebaik-baik bekalan itu ialah bertaqwa kepada Allah.

Saudara-saudara sidang Jumaat

Untuk membuktikan ketaqwaan kita terhadap Allah S.W.T , marilah kita menerima
hakikat kedatangan Rasulullah s.a.w kerana baginda adalah satu-satunya nabi akhir
zaman. Penutup rasul2rasul kurniaan Allah S.W.T . Firman Allah S.W.T yang bermaksud
: Kalau kamu kehendaki nescaya kami bangkitkan pada setiap kampung ini seorang rasul
yang memberi  pengajaran : (Al-Furqan: 51)
Namun begitu bagi manusia akhir zaman cukup dengan seorang rasul iaitulah nabi
aMuhammad s.a.w . Namanya telah diisytiharkan oleh nabi-nabi di zaman dahulu.
Kedatangannya membawa kitab  Al-Quran Al-Karim. Cahaya yang menerangi seluruh
alam laksana terbitnya matahari maka lampu-lampu tidak berguna lagi. Maka begitulah
kitab-kitab yang dahulu di mansuhkan dan semua ajaran hendaklah ditinggalkan.

Walaupun demikian terdapat dikalangan manusia yang menolak petunujuk Allah S.W.T
termasuk dikalangan penduduk Mekah, pimpinan-pimpinan dan orang-orang tua mereka
yang melihat peristiwa kelahiran nabi Muhammad s.a.w, melihat akhlaknya yang mulia,
kebijaksanaan akalnya yang luar biasa. Tetapi mereka tetap juga menolak ajaran nabi
Muhammad s.a.w. Firman Allah : “Dan mereka berkata: Jika kami mengikuti petunjuk
bersama kamu, niscaya kami akan diusir dari negeri kami. Dan apakah Kami tidak
meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci) yang aman, yang
didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh- tumbuhan) untuk
menjadi rezki (bagimu) dari sisi Kami?. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(Al-Qasas : 57)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah:

Begitulah kejahilan dan kejahatan yang ditunjukkan oleh pemimpin Mekah. Mereka
menunjukkan engkar mereka terhadap Al-Quran yang dibawa oleh nabi s.a.w dengan
menuduh sekiranya petunjuk Al-Quran diikut huru haralah negara Mekah, akan susahlah
kehidupan, akan berlakulah bencana dan berbagai kesusahan.

Mereka tidak menyedari bahawa Allah S.W.T meletakkan mereka dibumi Mekah yang
kering kontang, tiada kebun dan buminya tidak subur tetapi manusia membawa semuanya
itu dari seluruh pelosok dunia sejak dibuka di zaman Nabi Ibrahim a.s sehingga hari ini.
Itu membuktikan bahawa rezeki dan keberkatan adalah kurniaan daripada Allah S.W.T.

Adapun mereka yang degil dan keras kepada itu menolak Nabi Muhammad s.a.w
daripada menegakkan ajaran yang dating daripada Allah S.W.T sehingga memaksa
Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah.

Penduduk-penduduk Madinah dikalangan Aus dan Khazraj telah beriman kepada Allah
S.W.T, Allah S.W.T melahirkan kepada mereka seorang rasul dan menjadikan umat yang
paling besar dan berjaya memimpin dunia.

Umat yang pertama menjadi contoh dan teladan kepada seluruh manusia sehingga
menundukkan kuasa-kuasa besar dizamannya dan kegemilangan  Islam berterusan
selepas itu beberapa abad.

Marilah kita menyedari hakikat yang di alami oleh umat Islam di hari ini. Umat Islam
tidak lagi dianggap umat yang terbaik bahkan disenaraikan sebagai umat dunia ketiga.
Umat yang papa dan hanyut dikalangan umat-umat yang lain. Apakah puncanya dan
sebabnya.

Marilah kita membuat perhitungan dan menilai diri dengan seadil-adilnya. Tidak lain dan
tidak bukan perkara itu berlaku apabila umat islam meninggalkan petunjuk yang dibawa
oleh nabi Muhammad s.a.w. Ketahuilah bahawa bangsa-bangsa yang dianggap maju pada
hari ini hanya dianggap maju dari segi kebendaan semata-mata.

Namun mereka telah kehilangan punca diluar daripda batas-batas kemanusiaan.


Kerosakkan dan kemusnahan telah dianggap suatu perkara yang baik dan sebilangan
perkara yang baik dikira buruk. Amanah dikhianati manakala pengkhianat telah dianggap
sebagai pemegang amanah yang sebenar. Begitulah kecelaruan hidup dalam dunia pada
hari ini.

Malangnya  terdapat  dikalangan umat Islam sendiri yang mengaku bahawa mereka
adalah orang Islam dan penganut agama Islam, tetapi mereka bersikap seperti pemimpin-
pemimpin mekah dizaman Rasulullah yang menolak petunjuk Al-Quran Al-Karim.
Mereka berkata “kembali kepada Islam laksana kembali ke zaman mundur dan kembali
kepada Al-Quran laksana sengaja menempah kemunduran dan kemusnahan, akan
melesetlah segala ekonomi dan kehidupansekiranya mengikut halal dan haram
sebgaimana yang diperintaholeh Allah S.W.T.

Maka mereka menjadi umat islam yang bercelaru dimana mereka beramal dengan
muamalat Islam namun dalam masa yang sama mereka tidak berani mengharamkan riba
dan mengharamkan rasuah bahkan mereka menganggap mengharamkan riba, arak dan
menghapuskan premis-premis pelacuran dan maksiat akan menjejaskan pendapatan
ekonomi kerana mengahalang kedatangan pelancong yang memberi sumber pendapatan
kepada rakyat.

Lalu mereka beramal dengan ajaran islam yang direka oleh mereka sendiri, maka banyak
hukum-hukum daripada Allah dan Rasululullah dipermain-mainkan.

Marilah kita menyedari bahawa Allah S.W.T memerintah orang-orang yang beriman
supaya beramal dengan seluruh ajaran Islam. Beramal dengan sebahagian dan menolak
dengan sebahagian yang lain adalah langkah-langkah syaitan. Firman Allah : “Wahai
orang-orang Islam masuklah kamu ke dalam islam seluruhnya, dan janganlah kamu
mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang
nyata. (Al-Baqarah : 208)

Marilah kita menyedari merebaknya penyakit masyarakat laksan barah yang tidak boleh
diubati dengan undang-undang dan peraturan yang paling keras seperti membunuh
pengedar dadah, menyebat mereka yang merogol dan sebagainya, namun  jenayah dan
maksiat semakin merebak. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana kita meninggalkan
ubat yang diberikan oleh Allah S.W.T . Firman Allah S.W.T: “dan kami turunkan Al-
Quran itu menjadi penyembuh kepada penyakit dan rahmat kepada orang-orang yang
beriman, dan tidak menambahkan kepada mereka yang zalim melainkan kerugian
semata-mata. (Al-Israa’).

Mengapakah dalam suasana begitu hebat Al-Quran dibaca, dibuka sekolah-sekolah


tahfiz, tetapi penyakit-penyakit masyarakat terus merebak. Sebabnya mereka hanya
menulis ayat –ayat tetapi tidak beramal dengan isi kandungannya. Laksana mereka
mengambil ubat yang baik tetapi tidak dimakan.

Itulah hakikat umat Islam pada hari ini. Marilah kita menjadi umat yang sedar dan tidak
berputus asa, untuk terus bangkit bersama-sama dengan Islam bagi menegakkan Islam di
dalam diri kita dan tanahair yang tercinta ini. Dengarlah janji Allah S.W.T : “Dan Allah
telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-
amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka
bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan
sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk
mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam
ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada
mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir
sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (An-nur: 55)
< Sblm   Seterusnya >
PEPERANGAN YANG BERLAKU DI DUNIA
SAINS DAN TEKNOLOGI

Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk kepada
peraturan yang telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Nabinya, dan tidak
terkecuali juga ilmu sains dan teknologi. Oleh itu ilmu sains dan teknologi yang
diterima oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin dan disuluh oleh Nur Ilahi, kerana
hanya dengan itu ilmu tersebut tidak akan bersifat menindas dan menganiaya
makhluk lain.

Sebenarnya, di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan
teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka
yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung di dalamnya
mempunyai maksud dan makna yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan
direnungi, sebab Al Quran adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan
terpenting. Jika tidak mutiara Al Quran itu tidak akan menyerlah dan
memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat manusia.

Berdasarkan kepada hakikat inilah maka umat Islam perlu mengambil manfaat
daripadanya dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk
menjalankan pengkajian yang bersifat empirikal dan saintifik. Sekiranya ini dapat
dilaksanakan, maka tidak syak lagi zaman kegemilangan Islam dapat
dikembalikan dan Islam sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan
tamadun dan kekuatan ummah.

Anda mungkin juga menyukai