Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2018

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod:SCES3083 Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 2


Ambilan: Jun 2016
Nama Kursus: Kumpulan: Sains
MEKANIK DAN TERMODINAMIK

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Laporan amali
- Amali 1 18 Februari 2018 22 Februari 2018
- Amali 2 25 Februari 2018 1 Mac 2018
- Amali 3 4 Mac 2018 8 Mac 2018

2. Penulisan Esei
11 Mac 2018 1 April 2018
- 1200 patah perkataan
3. Kuiz 11 April 2018 -

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menerangkan konsep dan prinsip-prinsip asas dalam mekanik dan termodinamik
(C2,PLO1)
2. Mengaplikasikan konsep-konsep Mekanik dan Termodinamik dalam menyelesaikan
masalah berangka (C3, PLO1)
3. Mengaplikasikan konsep-konsep Mekanik dan Termodinamik serta kemahiran
saintifik, sikap saintifik dan nilai murni yang relevan dalam amali (C4, A5, PLO1,
PLO2, PLO3,CTPS2)
4. Membincangkan dengan kritis konsep Mekanik dan Termodinamik dalam kehidupan
seharian secara bertulis menggunakan rujukan pelbagai sumber maklumat (C5,
PLO1,PLO3, PLO6, CTPS3, LL1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:
1. Menulis laporan lengkap bagi tiga amali yang dilaksanakan (C4, A5, PLO1, PLO2,
PLO3, CTPS2)
2. Menjawab soalan kuiz dengan mengaplikasikan konsep-konsep Mekanik dan
Termodinamik (C3, PLO1)
3. Menghasilkan penulisan esei sepanjang 1200 patah perkataan dengan
membincangkan secara kritis sama ada bagi konsep Gerakan Membulat, Bendalir
atau Hukum Termodinamik dalam kehidupan seharian berdasarkan rujukan yang
releven daripada pelbagai sumber maklumat (C5, PLO1,PLO3, PLO6, CTPS3, LL1).
PENGENALAN

Pengetahuan ilmu fizik serta aplikasinya dalam kehidupan seharian amat penting bagi memberi
kefahaman bagaimana pengetahuan fizik diperolehi. Selain pengetahuan, pelajar perlu
menguasai kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni yang diperoleh semasa
melaksanakan amali. Pelajar juga perlu dilatih untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai
sumber yang berwibawa bagi memastikan pengetahuan fizik mereka sentiasa terkini. Menerusi
penulisan esei, mereka perlu menggunakan kemahiran berhujah secara kritis bagi menjelaskan
fakta yang diperoleh.

Dalam kerja kursus ini, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. LAPORAN AMALI (50%)


Tugasan ini mengukur keupayaan anda mengaplikasikan konsep-konsep Mekanik dan
Termodinamik serta kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni yang relevan melalui
amali.
Tajuk amali adalah seperti berikut:

Amali 1 : Daya dan Gerakan


Amali 2 : Momentum dan Perlanggaran
Amali 3 : Suhu dan Haba

Arahan tugasan:

1. Rancang dan laksanakan amali seperti dalam Lampiran 1, 2, dan 3. Perancangan kerja
amali memerlukan anda melakukan tugas-tugas seperti mencari maklumat mengenai latar
belakang amali, menentukan tujuan amali dan membina hipotesis yang sesuai, tentukan
pembolehubah yang terlibat, merancang peralatan yang diperlukan serta prosedur
menjalankan pemerhatian serta menentukan kaedah merekod dan menganalisis data yang
sesuai.

2. Pelaksanaan kerja amali memerlukan anda menjalankan pemerhatian, mengumpul dan


merekod data, mengambil kira aspek-aspek ketepatan data dan langkah berjaga-jaga serta
mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni yang relevan.

3. Tulis laporan amali mengikut format yang mengandungi butiran berikut:


 Pengenalan
 Tujuan, hipotesis, pembolehubah
 Peralatan dan bahan, susunan peralatan
 Prosedur
 Keputusan / data
 Analisis data
 Perbincangan dan kesimpulan

Kerja amali dilakukan secara berkumpulan manakala penulisan laporan adalah secara
individu. Penekanan diberikan terhadap kaedah analisis data yang terperinci dan tepat
serta perbincangan amali berdasarkan dapatan dan teori. Justifikasi perlu diberikan bagi
dapatan yang tersasar daripada nilai teori.

2. PENULISAN ESEI (30%)

Tugasan ini memerlukan anda menghasilkan penulisan esei secara kritis mengenai tajuk yang
diberikan berdasarkan rujukan daripada pelbagai sumber yang relevan. Panjang esei adalah
1200 patah perkataan.
Arahan tugasan:

1. Kumpul dan analisis maklumat daripada pelbagai sumber rujukan berkaitan satu
daripada konsep-konsep berikut:
 Gerakan Membulat dan Putaran
 Bendalir
 Hukum Termodinamik

2. Bincangkan bagaimana konsep itu diaplikasikan dalam teknologi yang memberi


sumbangan besar dalam kehidupan harian manusia. Huraikan prinsip kerja teknologi
tersebut dengan fakta yang jelas berkaitan konsep fizik di atas. Bincangkan juga isu atau
kekurangan yang wujud pada aplikasi teknologi berkenaan. Grafik atau illustrasi yang
sesuai juga boleh disertakan.

3. Senaraikan sekurang-kurangnya dua jenis sumber rujukan yang relevan dan


berkredibiliti (jenis-jenis sumber rujukan ialah buku, jurnal, majalah, artikel surat khabar dan
rujukan internet) yang telah anda gunakan. Bilangan rujukan tidak kurang daripada 8.
4. Esei yang ditulis harus menunjukkan keaslian hasil kerja anda. Penulisan berbentuk
“copy-paste” semata-mata tidak diterima.

* Tugasan ini dinilai dari segi penguasaan isi kandungan yang tepat dan relevan dengan
topik, kemahiran mengumpul maklumat dan kemahiran berfikir secara kritis.
* Tugasan ini membawa markah penuh sebanyak 40 markah. Sila rujuk rubrik pemarkahan
yang disediakan.
Penulisan esei adalah secara individu.

3. KUIZ (20%)

Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz merangkumi;


1. Penerangan konsep dan prinsip-prinsip asas dalam mekanik dan termodinamik
2. Aplikasi konsep-konsep mekanik dan termodinamik dalam menyelesaikan masalah
berangka

Masa menjawab adalah satu jam.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Semua penulisan hendaklah ditaip menggunakan tulisan jenis ‘Arial’ bersaiz 11 dengan
langkau 1.5 baris, margin 1 inci keliling.
2. Setiap tugasan hendaklah dinyatakan dengan jelas sumber rujukan yang ditulis mengikut
gaya APA.
3. Serahkan hasil tugasan secara berasingan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
4. Maklumat di muka hadapan adalah seperti berikut:
 Nama pelajar
 Kumpulan
 Angka giliran
 Nombor kad pengenalan
 Kod dan nama kursus
 Tajuk tugasan
 Nama pensyarah
 Tarikh serahan
5. Amalan plagiat boleh dikenakan tindakan tegas termasuk digagalkan.
6. Tugasan ini membawa 100 markah dengan wajaran 60% daripada keseluruhan pentaksiran
kursus.
7. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
 Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
 Bukti-bukti, bahan-bahan dan “citation” yang dapat menyokong hujah-hujah
dikemukakan.
 Keseluruhan isi dan pengolahan yang menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
 Format dan organisasi laporan yang jelas dan koheren.
 Penulisan akademik menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritis dan analitis.
 Persembahan yang menarik dan inovatif.
 Menunjukkan kolaborasi dan komitmen yang amat tinggi.

Disediakan oleh Disemak oleh

(Dr. Rahimawati binti Abd. Rahim) (Dr. Hjh. Amani Binti Abdullah Mubarak)

Penyelaras Kursus SCES3033 Pakar Bidang (SME)


Jabatan Sains Jabatan Sains
IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Darulaman

Disahkan oleh Ketua Jabatan

( )
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Angka Giliran :


Kod : SCES3083 Nama Kursus : MEKANIK DAN TERMODINAMIK
Pensyarah :
Tarikh Hantar : Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan

Tanda tangan Pelajar : Tarikh

Anda mungkin juga menyukai