Anda di halaman 1dari 2

LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit cuba
mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan
berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan
trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan
kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang
dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan
mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin
diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya
diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang
jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara
ini. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini
juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang
acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang
tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

Gaya lompatan

Pada amnya terdapat tiga gaya lompatan iaitu :

Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam
acara ini.

Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.


Gaya tendang kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja

Fasa lompat jauh

Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti :

1. Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari
dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris
atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik
permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak
berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita
pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar.

2. Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya mencapai


kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit
untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan
mengangkat dada ke atas.

3. Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk
meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk
gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

4. Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan
kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke
belakang dan kemudian ke hadapan.

Rekod Dunia

Mike Powell telah mencipta rekod lompatan paling jauh yang tidak dapat dipecahkan
sehingga kini. Pada tahun 1991, Mike Powell telah berentap dengan musuh tradisinya
iatu rakan senegaranya, Carl Lewis dalam kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun.
Beliau terus membuat lompatan sejauh 8.95 meter.

Anda mungkin juga menyukai