Anda di halaman 1dari 3

Teori pembelajaran Sosial Albert Bandura

Tingkah laku devian juga dikaitkan dengan tingkah laku agresif. Teori pembelajaran sosial yang
diperkenalkan oleh Bandura juga sesuai digunakan untuk menerangkan tingkah laku devian dalam
kalangan pelajar. Bandura (1967), percaya bahawa bertindak dalam sosial adalah sebahagian proses
operan. Ibu bapa akan memberikan ganjaran yang berbentuk peneguhan apabila anak mereka
melakukan sesuatu yang baik dan akan mengekalkan denda atau hukuman jika mereka membuat
kesalahan. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak memilih model yang membolehkan mereka
mendapa sanjungan dan pujian. Tetapi jika model yang dilihat itu tidak mendapat pengiktirafan atau
dibenci, maka proses peniruan tidak akan berlaku. Justeru itu, tingkah laku devian dipelajari daripada
persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media masa. Dan konsep kendiri
individu.

Dalam kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa tingkah lau devian bukanlah disebabkan ciri-ciri semula
jadi sebaliknya melihat tingkah laku devian ini akibat dipelajari daripada persekitaran. Ini bermakna,
penggunaan teori pembelajaran adalah teori yang terbaik dapat menerangkan permasalahan ini.
menurut Badura (1977), terdapat empat kompenan utama untuk pembelajaran pemerhatian yang
berkesan, iaitu:

i) Proses Pemerhatian

Bandura (1977) menegaskan bahawa seseorang itu tidak akan berjaya membuat peniruan sekiranya
tidak memberi fokus atau perhatian. Fokus sebenarnya dikawal oleh ciri-ciri psikologi pemerhati seperti
keperluan dan minat mereka. Ini bermakna, seseorang remaja sebenarnya bertingkah laku devian
kerana dia tertarik dengan aksi devian dan seterusya remaja tersebut memberikan fokus akan
bagaimana utuk bertingkah laku devian.

ii) Proses Penahanan

setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menghafal atau mengingati sesuatu. Manusia
pada dasarya lebih mudah mengingati sesuatu yang berbentuk simbolik, objek atau gambar berbanding
perkataan. Bandura (1971), telah mencadangkan agar membina satu proses simbolik “ransangan
bersambungan” penggabungan dengan ransangan yang timbul bersama. Beliau bercadang agar “kod
bacaan” diigabunkan dengan rangsangan yang ditunjukkan. Ini kerana kanak-kanak yag berusia 5 tahun
tidak dapat apa yang dipelajari dalam betuk perkataan tetapi proses menjadi mudah apabila bayangan
visual diberikan dalam proses pembelajaran mereka. Perkara yang sama juga berlaku kepada pelajar.
remaja mungkin sukar untuk memahami atau membayangkan apakah itu devian tetapi mereka mudah
untuk memahami atau ‘menangkap’ ciri-ciri tingkah laku devian dengan mudah sekiranya bayangan
visual disertakan dalam pengalaman pembelajaran mereka.

iii) Proses Penghasilan Motor

untuk menghasilkan tingkah laku yang diingini, keperluan kemahiran tertentu adalahh penting.
Contohya, apabila seseorang remaja itu memilih untuk bertingkah laku devian maka remaja tersebut
perlu tahu bagaimana untuk bertingkah laku devian. Sekiranya remaja memilih untuk menjadikan
pergaduhan sebagai tingkah laku devian maka dia terlebih dahulu perlu tahu bagaimana untuk bergaduh
dengan orang lain. melalui pemerhatian, kanak-kanak dapat mempelajari cara bertindak balas yang baru
dan bersesuaian dengannya dan seterusnya akan berjaya sekiranya berlaku latihan dan pertumbuhan
fizikal (Badura, 1977).

iv) Proses Peneguhan dan galakan

Bandura dan beberapa pengkaji yang lain telah bersetuju mengenai perbezaan antara pemerolean dan
prestasi tidak balas baru. Individu yang memperoleh tidak semestinya akan menggunakan pengetahuan
tersebut. Prestasi dapat ditingkatkan sekiranya diberikan peneguhan dan perbezaan galakan.
Contohnya, individu yang bertingkah laku devian lazimnya diterima oleh rakan sebaya dan dianggap
sebagai hebat dalam kalangan remaja sendiri. Pengiktirafan yang diberikan oleh rakan sebaya apabila
bertingkah laku menyebabkan remaja semakin seronok dan gemar untuk melakukannya. Sebaliknya
sekiranya tidak mendapat pengiktirafan attau dibenci, lazimnya perkara tersebut akan diupakan atau
tidak dilakukan (Bandura, 1977).

Kesimpulannya, teori pembelajaran sosial menekankan persekitaran mempengaruhi bagaimana


seseorang itu bertingkah laku. Pengkaji percaya bahawa remaja bertingkah laku devian bukan
disebabkan keinginannya tetapi melalui proses perhatian dan peniruan tanpa menyedari bahawa bukan
semua perkara boleh dijadikan contoh. Kesannya wujudlah tingkah laku devian dalam kalangan pelajar.
pernyataan ini selaras dengan kenyataan Renfrew (1977), iaitu pemerhatian merupakan satu proses
pembelajaran tanpa melibatkan pengalaman lepas secara langsung.

Menurut Bandura (1977), seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain dan
menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.
persembahan ini akan dikawal dan diproses oleh penggabungan persekitaran dan kognitif melalui
motivasi yang diberikan. Di samping itu, kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas
meninton filem tingkah laku yang agresif. Mahmud (2001) menyatakan bahawa tingkah laku agresif
diplajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan
konsep kendiri individu.

Bandura (1997) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi persekitaran. Persekitaran
yang berubah akan mempengaruhi tingkah lakunya. Individu juga mempengaruhi kedua-dua tingkah
laku dan persekitaran. Bandura (1997) menyatakan walaupun terdapat interaksi antara individu,
persekitaran dan tingkah laku, setiap satu daripada komponen boleh dipiih mempengaruhi daripada
yang lain. perkara ini bermakna kepercayaan seseorang dapat dijadikan sebagai penentu ke atas
tindakan yang akan dilakukan oleh seseorang.

TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

Menurut Erikson (1963), manusia berkembang sepanjang hayat. Proses perkembangan yang dialami
menjurus kepada perkembangan identity. Erikson juga menyatakan bahawa individu akan mula
bermasalah apabila individu gagal untuk menangani krisis yang wujud. Erikson juga telah membahagikan
perkembangan manusia kepada beberapa peringkat. Alam remaja merupaka perigkat keempat iaitu
genital.
Erikson (1963) menyatakan bahawa pada waktu ini remaja mengalami kekeliruan identity. Remaja akan
berfikir untuk membina identity ego, rasa siapa seseorang itu dan peranan dalam tahap sosial. Krisis ini
merupakan identiti lawan kekeliruan peranan. Disebabkan remaja tidak mengenali diri mereka dan
masih mencari-cari identity. Maka untuk menyelesaikan masalah ini mereka akan mudah terpengaruh
dengan kumpulan yang popular. Menurut Crain (1992), dalam mencari pengajaran identity mereka
meletakkan diri mereka dan yang lain sebagai “ujian kesetiaan” mereka boleh bersikap kumpulan, tidak
boleh bertoleransi dan kejam dalam penyingkiran mereka yang berlainan.

Erikson (1963), menyatakan setiap individu beranggapan bahawa identity adalah sintesis daripada
identifikasi. Hal ini bermakna, identifikasi setiap individu diperlihatkan melalui kebolehan yang dimiliki.
Contohnya pandai bermain alat muzik, melukis, bermain bola atau cara berjalan. Kesemua kebolehan ini
sebenarnya akan membentuk identity ego. Bagi remaja, walaupun mempunyai identity tersebut, tetapi
ia tidak cukup lagi untuk membuat segala keputusan dan kebolehan. Contohnya seorang pelajar sekolah
menjadi harapan ibu bapanya untuk mendapatkan kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir
tahun. Di sekolah dia mempunyai ramai kaan yang berbeza latar belakang keluarga dan budaya. Di sini,
dia akan mengalami kekeliruan untuk memilih sama ada mengikut kemahuan keluarga atau memilih
untuk mnentang harapan keluarga dan bergaul dengan pelajar yang bermasalah. Jadi, sebelum
membuat sebarang keputusan, dia perlu memikirkan identifikasi dan mencipta identity baru.

Menurut Gill (1992), perkembangan keremajaan selaras dengan tugasan untuk mmbentuk pemilihan
identity kendiri yang unik. Ii bermakna, sekiranya remaja gagal dalam pembentukan identity ini makan
akan wujudlah kekeliruan dan kekecewaan maka mereka degan mudah akan terdedah kepada gejala
sosial contohnya terdapat sesetengah remaja yang mengikuti ideology sesat dalam membina fahaman
diri. kumpulan Punk atau skin head amat mudah dibezakan kerana mereka menggayakan pakaian yang
ketat, memakai tindik di telinga sebelah kanan dan memainkan muzik mental yang dikatakan sebagai
imej mereka. Kumpulan sesat ini lebih terdedah kepada tingkah laku devian seperti mengambil
minuman keras, terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti pil ecstasy dan pil kuda serta
mengamalkan seks bebas.

Banndura. (1963). Module 4 : Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran Teori Pembelajaran Social
(Bandura). (24 Julai, 2007)

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. Englewood Clffs. New Jersey: PrenticeHall

Erikson, E. (1963). Childhood and Society. New York: Norton.

Anda mungkin juga menyukai