Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT CHANGGANG

KERTAS KERJA HARI KANTIN DAN KOKURIKULUM TAHUN 2014

1.0 PENGENALAN

Hari Kantin dan Hari Kokurikulum merupakan acara sekolah yang diadakan seacara bersama buat julung kalinya.
Hari Kantin dan Hari Kokurikulum ini merupakan salah satu aktiviti yang sihat bagi mengumpul dana sekolah
bagi aktiviti Kelab dan Persatuan Akademik sekolah. Selain itu, Hari Kantin dan Hari Kokurikulum
juga dapat mengeratkan silaturahim dan menzahirkan semangat kekitaan antara semua warga Sekolah SMK
Bukit Changgang bersama ahli kelab dan persatuan akademik masing-masing. Hal ini demikian kerana melalui
Kelab dan Persatuan adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu,
dalam melahirkan sebuah sekolah yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Kantin dan Hari Kokurikulum
juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan
,pihak pentadbiran, golongan akademik, serta murid-murid . Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari
Kantin dan Hari Kokurikulum ini adalah bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah
antara warga SMK Bukit Changgang. Antara pengisian dalam Hari Kantin dan Kokurikulum ini meliputi aspek
keusahawanan, disiplin dan kemasyarakatan . Adalah menjadi harapan setiap warga SMK Bukit Changgang
agar sambutan Hari Kantin dan Kokurikulum kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya
mencapai objektifnya.

2. 0 RASIONAL
Hari Kantin dan Hari Kokurikulum adalah kesinambungan aktiviti kokurikulum secara terancang dan sistematik
demi kecemerlangan pelapis generasi akan datang.

3. 0 OBJEKTIF
3.1 Objektif utama diadakan Hari Kantin dan Hari Kokurikulum adalah untuk memberikan pendedahan kepada
para pelajar mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasi pembelajaran yang telah dipelajari di dalam
kelas. Melalui usaha ini pelajar dapat merancang bagaimana hendak menjalankan perniagaan dan membuat
perkiraan untung rugi.
3.2 Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan menjana
nilai kepimpinan yang cemerlang dalam diri pelajar sebagai insan kamil yang mampu menyumbangkan
kepada rakan sebaya, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
3.3 Membentuk sahsiah, bakat, minat, kemahiran dan disiplin pelajar dalam semua lapangan yang disertai.
3.4 Memupuk minat mendalam di dalam bidang Keusahawanan dan Kelab/Persatuan Akademik.
3.5 Melahirkan semangat kerjasama yang erat antara warga sekolah, dan pihak luar demi memantapkan
generasi yang akan datang.

4. 0 ANJURAN
Unit Kokurikulam SMK Bukit Changgang

5.0 TEMA
Cadangan tema Hari Kantin ialah ‘SEDEKAH SAMBIL BERBELANJA´

6. 0 PERINCIAN PROGRAM
6.1 Tarikh : 10 Mei 2014 (SABTU)
6.2 Tempat : Kawasan parkir guru dan kedai koperasi
6.3 Anggaran Bil Peserta : 1700 (Berdasarkan bilangan pelajar dan guru)

7.0 KUMPULAN SASARAN


Semua warga SMK Bukit Changgang
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : Puan Hjh Sakinah Bt Shaari


Pengerusi : Puan Puan Liza Bt Mohamad Idris
Naib Pengerusi I : Puan Hanam Bt Musa
Naib Pengerusi II : Encik Anuar Bin Mohd Tajudin
Penyelaras Hari Kantin : Puan Robuna Bt. Haron
Penyelaras Hari Kokurikulum : Puan Badariah Bt Abidin
Setiausaha : Puan Monaliza Bt Ramli
: Puan Rohaniza Bt Ibrahim
Bendahari : Puan Noor Shuhada Bt Ramli (Bendahari PIBG)
Puan Dzaharah Bt Mat Yusof
Urusetia : Semua Guru

Jawatankuasa Kecil (Pelaksana)

Bil. Jawatankuasa Nama Guru Perincian Tugas


1. Pengurus Gerai 1. Baktini Bt Sawawi (Pagi) Menentukan tapak gerai .
Guru Pembimbing Kelab/Persatuan 2. Narimah Bt . Abd. Mutalib Membuat undian dengan
Akademik (Petang) guru pembimbing.
Melabelkan nombor gerai.
2. Pertandingan/Permainan
i) Futsal 1.Mohd Ghazali B Mohd Zailani Membuat promosi pertandingan
(Pagi) yang dijalankan.
2. Mohd Zairul B Md Noor Menentukan tarikh dan masa
( Petang) pertandingan.
3. Shahrul Nizam bin Che Zakaria Menjalankan pertandingan pada
tarikh yang ditetapkan.
ii) Bola Tampar 1. Aznam B Tukiaman Mematuhi peraturan pertandingan
2. Dayang Nurhafizah Bt Adrah bagi menentukan pemenang.
(pagi) Menyediakan borang yang
3. Azman B Daud diperlukan.
4. Sophia Hanim Bt Mohd Husin Melantik 2 orang hakim yang arif
(petang) dan sesuai bagi setiap permainan
5. Farah Anis bt Abd Rahman Menyediakan bahan dan peralatan
yang diperlukan.
iii) Bola Jaring 1.Mazlila Bt Talhis ( Pagi) Menyediakan anggaran
2.Zalina bt Awang perbelanjaan .
3.Haziroh Bt Hashim ( Petang)
4.NurAzwani bt Abd Aziz

iv) Petaque (Terbuka) 1. Nor Maimy Bt Che Mat (Pagi)


2. Nor Arshida Bt Shahar (Petang)

v) Hias Cup Cake 1. Haslini Bt Mat (K)


ITerbuka) 2. Nurhasanah Bt Che Mat
vi) Pertandingan tarik 1. Abdul Rahman B Mohd
teh

vii) Gubahan Tembikai 1. Ramala Bt Abu Bakar (K)


2. Rozalinda Bt Talib

viii) Teka Kacang 1.Adiba Bt Mahmor


2.Pn Suzila bt Mohamed

3. Pertandingan Gerai Terbersih / Ceria 1. Nurul Azamiah Bt Misban (K) Menyediakan borang dan
Pertandingan Gerai Paling 2. Ku Suriati Bt Ku Ali @ Ku Johari menentukan kriteria pemarkahan.
Laris/Kutipan Tertinggi 3. Siti Fadzila bt Haris Berhubung dengan guru
pembimbing gerai dan bendahari
untuk menentukan gerai yang
mendapat kutipan tertinggi.
4. Cabutan Bertuah 1. Ruby Normala Bt Abdul Rasol (K) Memilih individu yang akan
2. Nor Suhana Bt Khamis membuat cabutan bertuah.
Menyediakan bekas untuk
memasukkan kupon.
Berhubung dengan pengacara
majlis untuk membuat
pengumuman cabutan bertuah.
Menguruskan penyampaian hadiah
kepada nama yang terpilih.
5. Siaraya & Peralatan 1.Nasrullah B Abdullah Menyiapakan PA Sistem dan
2.Saiful Rafizan B Jamil menentukan tempat yang sesuai.
3.Azlan Saljadi Berhubung dengan guru gerai
(Dibantu oleh Pelajar) peralatan yang diperlukan.
Menentukan jumlah kerusi dan
meja yang diambil oleh pelajar.
Memastikan peralatan yang
dipinjam dipulangkan dalam
keadaan baik
6. Kupon Tingkatan 5 Menghantar kupon untuk diriso.
1.Hjh, Zawiah Bt Kamad (K) Mengecap nombor siri dan cap
2.Hafsah Bt A. Dadi sekolah.
Tingkatan 4 Mengedarkan kupon kepada guru
1. Suhaya Bt Sahlan (K) tingkatan mengikut jumlah dan
2.Mastura Bt Hasbullah nombor siri.
Tingkatan 3 Menyediakan borang penyerahan
1.Suriani Bt Sabran (K) kupon untuk ditandatangani oleh
2. Mohamada Bt Sini kather guru tingkatan.
Tingkatan 2 Menentukan jumlah kupon
1. Tan Hui Teng (K) tambahan dan mengedarkan
2.Tuan Suriana Bt Tg Mohammad kepada petugas di booth kupon.
Tingkatan 1
1. Haliza Bt Hashim (K)
2. Sirom Bt Jamino
(dibantu oleh Cikgu praktikal)
7. Pinjaman Modal/ 1.NoorShuhada Bt Ramli (K) Menyediakan borang yang sesuai
Bendahari Kutipan Kupon 2.Noor Faezah Bt Mamat untuk urusan pinjaman dan
3. Dzaharah Bt Mat Yusof (K) pemulangan modal.
4.Hayati Bt Mat Derus Menerima wang kutipan jualan
kupon dan merekodkan jumlah
mengikut tingkatan.
Menyimpan wang kutipan di dalam
peti besi atau bank.
8. Bendahari Jualan Tapak/Deposit 1. Hasnita Bt Ishak (K) Menyediakan borang yang sesuai .
2. Zarinah Bt Talib Mengutip wang jualan tapak
daripada guru pembimbing.
(RM20)
Mengutip wang deposit.(RM10)
Mengembalikan wang deposit
kepada guru pembimbing
sekiranya JK kebersihan berpuas
hati dengan tahap kebersihan tapak
yang disewa.
9. Jualan Kupon (Booth) Nor Nazura Bt Mokhlas Membuka booth di tempat
Nor Syahida Bt Ahmad strategik .
Rahani Bt Muda Mendapatkan kupon daripada JK
(Dibantu oleh guru praktikal) Kupon.
Menjual kupon dan membuat
promosi dari semasa ke semasa.
10. Jualan Kupon (Pelajar) Penyelaras Tingkatan (1,2,3,4 dan 5) Memastikan semua pelajar
(K) membeli kupon.
Guru Tingkatan Mengutip wang jualan kupon
daripada pelajar.
Memasukkan keratan muka
depan kupon ke dalam kotak
Cabutan Bertuah bagi pelajar yang
membeli kupon RM10 dan lebih.
Menyerahkan kupon kepada
pelajar sehari sebelum hari
kejadian. (elakkan plagiat) atau
pada hari kejadian
Menyerahkan wang kutipan
kepada bendahari.
11. Jualan Kupon Staf 1.Aisyah Bt Mengedarkan kupon kepada staf
Mengutip wang jualan kupon dan
menyerahkannya kepada
Bendahari
12. Jumble Sale 1. Kamaliah Bt Dawami (K) Mempromosi dan mewar-warkan
2. Norizah Bt Ismail kepada warga sekolah.
3. Azirah Bt Abd Razak (K) Mengumpulkan barang-barang
4. Shabariah Bt Zakaria yang disumbangkan oleh guru dan
pelajar.
Menyediakan booth untuk aktiviti
jumble sale.
13. Kebersihan 1. Zawin Najihah Bt Dawam (K) Menyediakan plastik sampah dan
2. Norjalilah Bt Hamzah meletakkannya di tempat yang
3. Salmah Bt Ghani sesuai.
4 Nur Azmah Bt Mahfudz Memastikan plastik sampah yang
penuh digantikan dengan plastik
baharu.
Memastikan penyewa tapak
membersihkan tapak masing-
masing.
Memaklumkan kepada urus setia
gerai yang tidak bersih .
14. Keselamatan/ Kecemasan 1.Nur Azlina Bt Jaafar Menentukan kawasan larangan
2. Nursuhaila Bt Salleh pelajar
Mengambil tindakan segera dan
bantuan awal sekiranya terdapat
kes kecemasan.
Menyediakan ‘first aid kita’.
15. Disiplin 1. Ismail B Hashim Mengawal disiplin pelajar
2. Aishah Bt Hasan sepanjang acara berlangsung.
3. Shahrulyati Bt Shahrudin Memastikan tidak berlaku
4. Zaninuddin B Ahmad sebarang kejadian yang tidak
diingini.
Memastikan pelajar mematuhi
etika berpakaian

16. Fotografi 1. Jamaluddin B Hashim Merakam gambar semua aktiviti


2.. Nur Shafawati Bt Hamzah yang dijalankan.
Menyerahkan gambar kepada JK
Dokumentasi.

17. Hadiah & Cenderamata 1.Sazlina Bt Mohd Sidin Menyediakan hadiah untuk acara
(K) pertandingan.
2.Salparas Bt Talib Berhubung dengan penyelaras
3.Suzana Bt Ramli untuk menentukan bentuk hadiah.
4.Rozita Bt Che Him cenderamata dan kos.

18. Banner & Bunting 1. Ismadi B Hashim Menempah banner dan bunting
2. Aznam B Tukiaman yang sesuai dengan aktiviti dan
majlis.
Menggantung banner dan bunting
di tempat yang sesuai.
19. Juruacara 1.. Zainila Bt Zainuddin - Perasmian Mengendalikan majlis mengikut
atur cara yang ditetapkan.
Hari Kejadian Berhubung dengan penyelaras
1. Mohd Ghazali B Mohd Zailani untuk mendapatkan maklumat .
2. Anida Bt Ayeb Memastikan info dapat
disampaikan kepada semua warga
sekolah.
Memastikan suasana yang ceria
dapat diwujudkan pada hari
berkenaan.
Mengendalikan aktiviti
‘permintaan lagu’ oleh warga
sekolah.
20. Jemputan Agensi Luar Jabatan Bomba Berhubung dengan pihak yang
Nor Azwin Bt Sulaiman berkaitan .
Haliza Bt Hashim Menyediakan surat rasmi kepada
Jabatan Kesihatan agensi yang diundang.
Suhaila Menyediakan tempat yang sesuai
See Teng Teng untuk aktiviti yang akan dijalankan.
Melayan dan merai tetamu agar
mereka berasa selesa.
21. Dokumentasi 1. Nor Khairiah Bt Husain Mendaptkan bahan dokumentasi
2. Norliza Bt Mohd Nor daripada Ketua JK Hari Kantin dan
Hari Kokurikulum
Membuat laporan mengikut
format yang telah ditetapkan.
Menyerahkan laporan kepada
Penyelaras untuk disemak.
22. Promosi 1.Zadariah Bt Ismail Membuat promosi kepada pelajar
2. Rijaha B Shahzinan dari semasa ke semasa.
3. Samsiah Bt Salleh Meminta kelab/persatuan yang
4. Ahmad Rafizi B Ab Kadir berniaga mempromosikan gerai
masing-masing.

9.0 SUMBER KEWANGAN


9.1 Pinjaman PBG (modal) – RM100 – RM200
9.2 Sewa Tapak - RM20
9.3 Duit Kokurikulum

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1. Jualan Kupon Pelajar 1749 X RM5.00 = RM 8745.00

2. Jualan Kupon Guru 106 X RM20.00 = RM 2120.00


3. Jualan Kupon Staf Pejabat 11 X RM10.00 = RM 110.00
4. Sewaan Tapak 30 X RM20.00 = RM 600.00
JUMLAH BESAR RM11575.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Kertas A4 Warna 5 rim X RM15.00 = RM 75.00
2. Pencetak Nombor 5 unit X RM 10.00 = RM 50.00
3. Hadiah Pertandingan
4. Plastik Sampah 10 bungkus X RM4.00 = RM40.00
5. Banner 1 unit X RM75.00 = RM75.00
Bunting 3 unit X RM40.00 = RM 120.00
6. Hadiah hakim
JUMLAH BESAR
10. 0 TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi - Pelajar berhimpun di Dataran Budi


- Guru Kelas mengambil kehadiran
8.00 pagi - Persiapan Jualan Gerai ( 6 orang pelajar , 1 orang guru)
8.10 pag I - Ucapan Pengetua
8.30 pagi - Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
9.00 pagi - Lawatan Puan pengetua dan YDP PIBG
9.15 pagi - Pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Demonstrasi Memadam Kebakaran ( Wakil JB&P)
9.10 pagi - 12.30 pagi - Jualan Gerai Acara Permainan/
12.30 tgh - Pengemasan
1.00 ptg - Bersurai

11.0 PENGISIAN PROGRAM


i) Aktiviti untuk Murid /Guru
ii) Gerai Jualan
iii) Teka kacang
iv) Cabutan Bertuah
v) Pertandingan Gerai Terbersih/Ceria
vi) Pertandingan Gerai Yang Mendapat Untung Paling Banyak

12.0 PENUTUP
Pihak Sekolah begitu berharap agar Hari Kantin dan Hari Kokurikulum ini dapat dilaksanakan dengan sebaik
mungkin dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Melalui keuntungan yang diperoleh daripada hasil jualan
sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah. Setinggi penghargaan
dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan program ini. Sama-samalah kita mengamalkan konsep ‘Bersedekah Sambil Berbelanja’

Anda mungkin juga menyukai