Anda di halaman 1dari 2

Kepimpinan LMX,Kepimpinan dan Kepengikutan

Rumusan yang saya dapat daripada Teori ‘Leader Member Exchange’(LMX)


ialah saya mendapati bahawa dalam sesuatu organisasi ,pentingnya satu pendekatan
hubungan antara pemimpin dan pengikut yang mana sekiranya tiada hubungan yang
positif antara pemimpin dan pengikut,organisasi tersebut akan terus mundur dan tidak
akan maju kehadapan.Saya berpandangan bahwa teori LMX ini dapat membuatkan
pemimpin dapat menciptakan kumpulan dalaman (in-group) dan kumpulan luar
(out-group) yang menciptakan pengikut yang yang bertanggungjawab dan dapat
melakukan tugas yang diberi dengan sepenuhhatinya.

Selain itu,saya mempelajari juga fasa- fasa yang ada dalam teori LMX ini dimana
fasa pertama ialah ambil peranan.Fasa ini menjelaskan tentang peranan seseorang
pengikut dalam sesebuah organisasi dan pemimpin organisasi tersebut menilai kualiti
pengikut tersebut sama ada pengikutnya itu memberi komitmen yang sepenuhnya
dalam membuat sesuatu kerja ataupun membuat sesuatu kerja sambalewa sahaja.Ini
menunjukkan bahawa penelitian ini adalah usaha untuk melihat adanya hubungan
positif antara pemimpin dan pengikut sehingga dapat adanya hubungan yang terjalin
dan peranan pengikutnya dalam organiasi tersebut akan bertambah bagus.

Fasa kedua ialah membangunkan peranan,saya berpendapat bahawa setelah


pemimpin mengenali antara satu sama lain,mereka harus memperbaiki diri sendiri dan
meperbaiki diri orang lain juga dan seharusnya mereka mengetahui peranan yang
mainkan dalam organiasi tersebut.Kepercayaan dan kesetiaan haruslah mulai
terbangun kerana dengan kepercayaan dan kesetiaan ,pengikut akan mengambil
kesimpulan bahawa mereka harus membangun memainkan peranan masing-masing
dan tidak makan gaji sahaja.Sekiranya ada kesalahan yang dibuat oleh
pengikut,pemimpin haruslah membuat perundingan yang tidak formal dan tidak
berstuktur tentang peranan pengikut tesebut.Ia adalah salah satu cara untuk
membangunkan peranan masing-masing.

Dalam itu jugak,untuk membangunkan peranan kita boleh menerapkan diri kita
dengan akronim BOB yang daripada singkatan ‘Brand Orang Baik’.BOB terbahagai
kepada empat iaitu jasmani,emosi ,kogretif dan rohani.Dari segi jasmani,penamilan
seseorang itu seharusnya kemas,tidak kusut .tidak serabai dan semestinya bukan
macam orang gelandangan.Sebagai contoh,rambut seorang lelaki tidak seharusnya
menyerupai perempuan.Sekiranya daripada belakang,lelaki tersebut menyerupai
perempuan,ianya adalah haram.Pertuturan juga haruslah dijag dan bila orang kata dari
luaran dia jahat ,tapi dalaman dia baik itu sememangnya salah kerana apa yang kita
cakap datang daripada hati ,jika berkata yang tidak baik maka turunlah brand kita dan
akhir sekali perbuatan,perbuatan kita haruslah melambangakan ‘attitude’ seseorang
itu,seseorang itu seharusnya menjalankan tanggungjawab dan membuat sesuatu kerja
dengan ikhlas.

Seterusnya dari segi lain pula ialah emosi.Kita haruslah mengawal emosi kita,bila
ditimpa sesuatu musibah janganlah berputus asa kerana ‘Its just a bad day,not a bad
life’ .Kita mempunyai hari lain,mungkin hari tersebut kita ditimpa kesusahan ,tapi
hari itu bukan menentukan untuk hari seterusnya,bukan untuk kehidupan kita.

Kogretif pula,kita hendaklah menerapkan pelbagai ilmu yang bermanfaat kepada


diri kita dan janganlah jadi orang yang paling pandai didunia,tapi paling bodoh dalam
soal agama.Walau kita tidak pandai kita sekalipon,tidak salah mencuba kerana tiada
seorang pon didunia ini tidak mencari ilmu.Ilmu berbentuk pelbagai cara,kita sahaja
yang kena gerakkan diri untuk mencarinya.

Akhir sekali ,Rohani.Rohani kita mstilah dalam keadaan standard.Sekiranya kita


orang islam ,kita haruslah menjadi seorang yang universal yang menerima pendapat
dunia namun menerapkan soal agama dalam pendapat tersebut.Mengaitkan islam
dalam persoalan tersebut.Sekiranya kita berlainan agama,kita seharusnya berbuat
begitu juga dan mengikut ajaran masing-masing.Jangalah mengatakan Tuhan itu
tiada,Allah itu tiada.Kalau tiada ,siapa yang ciptakan manusia.Cuba bila kita cubit
tangan kita,rasa sakit tak?.Sakit tu kat mana?Boleh nampak tak?Begitu juga
Allah ,Allah itu ada dan dia sentiasa memerhati gerak geri kita.

Anda mungkin juga menyukai