Anda di halaman 1dari 13

KEM KEPIMPINAN

PEMIMPIN PELAJAR
2017

TARIKH:

13 – 15 FEBRUARI 2017
(ISNIN – RABU)

TEMPAT:

PUSAT KOKURIKULUM
BUKIT MERTAJAM

ANJURAN BERSAMA:

Pusat Sumber Az-Zahrawi


Kelab Pusat Sumber Sekolah
Lembaga Pengawas Sekolah
Unit Bimbingan & Kaunseling
Unit UDK SMKTHO
Unit HEM SMKTHO
Pusat KoKurikulum Bukit Mertajam
1. Nama Program

Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2017

2. Pendahuluan

Merupakan program rutin yang memberi pendedahan kepada para pemimpin


pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin
yang boleh diteladani. Ia juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap
kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin
pelajar disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin.
Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga perlu disampaikan supaya
mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan lebih
berkesan lagi.

3. Tujuan Program

3.1 Menyediakan pelajar agar dapat bersedia dengan jawatan yang


disandang.
3.2 Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan
berkesan kepada pemimpin pelajar sekolah tahun 2017.
3.3 Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan
kepada kumpulan yang dipimpin.
3.4 Menanamkan nilai tanggungjawab.
3.5 Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab dalam kalangan
peserta serta mempunyai nilai hormat menghormati yang tinggi sesama insan.

4. Objektif

4.1 Memperkukuhkan kesediaan pemimpin pelajar untuk memimpin.


4.2 Pemimpin pelajar tahu dan sedar cara gaya kepimpinan yang baik dan sesuai
untuk digunakan sebagai pemimpin.
4.3 Sebagai pemimpin mereka perlu sedar ciri-ciri pemimpin yang perlu ada pada
diri agar mereka boleh dihormati dan diteladani.
4.4 Pelajar dapat memimpin dengan penuh keyakinan.
4.5 Pelajar sedar potensi yang ada dalam diri mereka untuk bergelar sebagai
pemimpin pelajar.

5. Matlamat

Melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat, bermotivasi


tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam
pelbagai tugas kepimpinan.

6. Sasaran

Pemimpin Pelajar
Pengawas Sekolah : 40 orang
Pengawas Pusat Sumber Sekolah : 40 orang
Pengawas Koperasi : 10 orang
UDK : 15 orang Jumlah : 105 orang
7. Jangkamasa

3 hari 2 malam

8. Tarikh

13 – 15 Februari 2017 (Isnin – Rabu)

9. Tempat

Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam

10. Penilaian dan program susulan

10.1 Penilaian semasa program dijalankan oleh pengendali dan urusetia kursus.
10.2 Melalui borang-borang penilaian kursus.
10.3 Maklumbalas daripada Pengetua/Guru/Ibu Bapa.

11. Anggaran Perbelanjaan dan Sumber Kewangan

SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN


Makanan
Unit Kokurikulum
RM5008.50 (RM 47.70 x 105 orang) RM5008.50
RM1000.00 Token fasilitator RM 1000.00
PIBG
( 30 orang )
Kontigensi RM 300.00
RM 4200.00 Tag Nama, Pen, RM 1050.00
Fail, Sijil Penyertaan,
Buku Nota dan Bahan
Pelajar
Cetakan
(RM40 x 105
(RM 10.00 x 105)
orang)
Penceramah (2) RM400.00
Modul LDK (RM20 x RM2100.00
105)
Hadiah & cenderahati RM350.00
RM600.00 Pengangkutan RM600.00
Unit Kokurikulum
RM300 x 2)
JUMLAH RM 10 808.50 JUMLAH RM 10 808.50

Disahkan oleh:

………………………………….
(AHMAD EZZAT BIN ISMAIL)
Pengetua
SMK Tun Hussein Onn
12. Tentatif Program

Sila rujuk Lampiran 1

13. Jawatankuasa Pengelola Dan Pelaksana Program

Sila rujuk Lampiran 2

14. Senarai Nama Pemimpin Pelajar 2017

Sila rujuk Lampiran 3

15. Senarai Peralatan Yang Perlu Dibawa

Sila rujuk Lampiran 4

15. Penutup

Diharap Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2017 ini dapat dimanfaatkan


sepenuhnya oleh semua pemimpin pelajar untuk dijadikan panduan semasa
bertugas di sekolah seterusnya dapat menjadikan SMK Tun Hussein Onn
cemerlang daripada segi disiplin.

Disediakan oleh:

………………………………….
(NORLIDA BT MOHD MAHUDIN)
Penyelaras
Kem Kepimpinan Pemimpin Muda 2017

Disemakkan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………. ………………………………….
(ZULKARNAIN BIN RAMLI) (AHMAD EZZAT BIN ISMAIL)
PK HEM Pengetua
SMK Tun Hussein Onn SMK Tun Hussein Onn
Bil Perkara
Peserta
4293.00
90 x RM47.70
Pegawai
1 Makan/minum 715.50
15 x RM47.70
Guru
715.50
15 x RM47.70
7 kotak
Mineral water 63.00
RM9.00 x 7
Sijil 100 x RM2.00 200.00
Tag nama, Fail, pen, buku nota 85 x RM4.00 340.00
T shirt 90 x RM18.00 1620.00
Penceramah 2 x RM200 RM400.00
Dobi (bermalam) Guru (8 x RM5.00) RM40.00 Kutip dari guru
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR
SMK TUN HUSSEIN ONN
TAHUN 2017

HARI ISNIN
(13 FEBRUARI 2017)

7.30 pagi - Pelajar Berkumpul di Sekolah


7.40 pagi - Taklimat ringkas Penyelaras Program
8.00 pagi - Bertolak ke Pusat Kokurikulum
9.00 pagi - Tiba di Pusat Kokurikulum
9.15 pagi - Taklimat Kem (Pegawai Kokurikulum)/ Penginapan
9.30 – 10.30 pagi - Aktiviti 1 (Pusat Kokurikulum)
10.30 – 11.00 pagi - Kudapan
11.00 – 12.30 tgh - Aktiviti 2 (Pusat Kokurikulum)
12.30 – 2.30 ptg - Makan Tengah hari / Persiapan diri / Solat Zohor
2.30 – 4.30 ptg - Aktiviti 3 (Pusat Kokurikulum)
4.30 - 5.00 ptg - Solat Asar
5.00 – 6.45 ptg - LDK 1 – Di Dewan
6.45 – 7.30 mlm - Makan Malam & Persiapan diri
7.30 – 9.30 mlm - Solat Magrib/Tazkirah/Solat Isyak
9.30 – 11.30 mlm - LDK 2 – Di Dewan
11.30 mlm - Kudapan/Tidur

HARI SELASA
(14 FEBRUARI 2017)

5.30 – 7.00 pg - Tazkirah /Solat Subuh


7.00 – 8.00 pg - Protokol Pagi (Doa, Nyayian : Negaraku, lagu Negeri Pulau
Pinang, Lagu Sekolah, Ikrar)
Senaman pagi
8.00 – 8.30 pg - Sarapan Pagi/Persiapan Diri
9.30 – 10.30 pagi - Aktiviti 4 (Pusat Kokurikulum)
10.30 – 11.00 pagi - Kudapan
11.00 – 12.30 tgh - Aktiviti 5 (Pusat Kokurikulum)
12.30 – 2.30 ptg - Makan Tengah hari / Persiapan diri / Solat Zohor
2.30 – 4.30 ptg - Aktiviti 6
4.30 - 5.00 ptg - Solat Asar
5.00 – 6.45 ptg - LDK 3 – Di Dewan
6.45 – 7.30 mlm - Makan Malam & Persiapan diri
7.30 – 9.30 mlm - Solat Magrib/Tazkirah/Solat Isyak
9.30 – 11.30 mlm - LDK 4 – Di Dewan
11.30 mlm - Kudapan/Tidur
HARI RABU
(15 FEBRUARI 2017)

5.30 – 7.00 pg - Tazkirah /Solat Subuh


7.00 – 8.00 pg - Protokol Pagi (Doa, Nyayian : Negaraku, lagu Negeri Pulau
Pinang, Lagu Sekolah, Ikrar)
Senaman pagi
8.00 – 8.30 pg - Sarapan Pagi/Persiapan Diri
8.30 – 10.30 pg - Aktiviti 7
10.30 – 10.45 pg - Kudapan
10.45 – 12.30 tgh - Rumusan Kem (Penyelaras Program) & Majlis Penutup
12.30 – 1.30 ptg - Makan tengahari
1.30 petang - Solat Zuhur
2.00 ptg - Majlis Penutup / Bertolak balik ke SMKTHO

Nota :
Ketika pelajar muslim solat di surau (waktu maghrib dan subuh), pelajar non-muslim
akan berada di dewan untuk sesi aktiviti kerohanian/motivasi.
Lampiran 2
JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR 2017

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi
En Ahmad Ezzat Bin Ismail
Pengetua

Timbalan Pengerusi
En Zulkarnain Bin Ramli
PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi
En Yusri Bin Yusof
PK Pentadbiran

Pn Siti Zubaidah Binti Abdul Hamid


PK Kokurikulum

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penyelaras
Pn Norlida Bt Mohd Mahudin

Kem Komandan
Cik Hamizah Bt Hamid (K)

Urusetia dan Pendaftaran Makanan


Pn. Siti Norina Bt Alias Pn Norlida Binti Mohd Mahudin
Pn. Sollehah Binti Saidin

Penginapan & Peralatan Bengkel Kerohanian/Tazkirah


Pn Noorazura Binti Azmi Ustazah Analiza Binti Yaakub(K)
Pn Sumathi A/P I.P. Shanmugam
Keselamatan/Kecemasan/Disiplin En. Zulkifli Bin Mansor
En Akbar Bin Abu Bakar (K)
En Mohd Yatim B Ramli
En Abu Bakar Bin Jusoh Pengurusan LDK
Cik Hamizah Bt Hamid (K)
Perakam Peristiwa/Dokumentasi Pn Nor Azimi Binti Kasim
En Khairudin Bin Ismail
Riadah
Kebersihan Cik Mazni Binti Ismail
En Samsudin Bin Jaafar
Lampiran 3
SMK TUN HUSSEIN ONN
SENARAI NAMA PEMIMPIN PELAJAR 2017

NO. KAD BAHAGIA


BIL NAMA PENGAWAS KELAS
PENGENALAN N
PENGAWAS SEKOLAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Lampiran 4

Alatan Keperluan Peribadi Yang Perlu Dibawa Peserta


1. Pakaian riadah / sukan sekolah
2. Pakaian harian / biasa
3. Baju T aktiviti warna gelap (lengan panjang untuk perempuan)
4. Pakaian solat
5. Kasut (getah) aktiviti darat / air
6. Selipar ( Untuk kegunaan dalam dorm ke surau atau bilik air)
7. Berus dan ubat gigi serta sabun mandi
8. Alatan peribadi / pakaian dalam
9. Tuala mandi
10. Alat tulis seperti pen, buku nota dan lain-lain
11. Ubatan peribadi
12. Lampu suluh (lengkap bateri)

Barang-barang Yang Dilarang Untuk Dibawa Peserta.


1 Rokok, mancis, peralatan tajam (pisau, gunting,) dan lain-lain
2 Handphone, tablet, laptop, notebook dan yang seumpama denganya.
3 Radio, Walkman, alat-alat muzik dan yang seumpama dengannya.
4 Barang kemas dan wang yang banyak
5 Pakaian yang seksi dan mencolok mata
6 Minuman keras dan makanan tidak halal
7 Seterika dan pemanas air

Sekiranya para pelajar ada membawa mana-mana barang


larangan, barang-barang tersebut akan diambil dan disimpan
oleh urusetia program.

Sila pastikan keselamatan peralatan individu anda dan dibawa


bersama pulang semuanya setelah tamat program.

Pihak urusetia program tidak bertanggungjawab terhadap


sebarang kehilangan barang/peralatan .

Anda mungkin juga menyukai