Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU

KARANGAN

BAHAGIAN A (30 markah)


- 5 perenggan ( 1 pend, 3 isi, 1 pen)
- Patah perkataan (tips: 2 muka surat tetapi muka surat ke-2 hanya separuh sahaja)
-Guna isi-isi yang diberikan, boleh guna isi sendiri TETAPI JANGAN tinggalkan semua isi YANG
DIBERIKAN DALAM SOALAN
-perlu ada peribahasa sekurang-kurangnya 1 PERIBAHASA
-DALAM PERENGGAN ISI perlu ada ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas
-p/s: Karangan berpelengkap yang saya berikan hanya PANDUAN. Anda boleh menggunakan ayat
sendiri yang gramatis.

BAHAGIAN B (100 markah)

-7 perenggan (1 pend, 5 isi, 1 pen)


-perlu ada peribahasa sekurang-kurangnya 1 peribahasa
- 6 ayat 1 perenggan (ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, kesan 1, kesan2, ayat penegas)
- TAJUK KARANGAN: 1) ULASAN – DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT
2) WAWANCARA
3) PENDAPAT
4) BERPANDU

KOMSAS

- Anda perlu memahami jalan cerita dan ingat peristiwa-peristiwa dalam cerpen/sajak/gurindam
- Soalan 1: Jawapan ada dalam petikan tetapi PERLU TUKAR AYAT MENJADI AYAT YANG
GRAMATIS BUKAN BAHASA PERBUALAN HARIAN (2 markah)
-Soalan 2: KBKK – cari 3 isi jawapan beserta huraian. (3 markah)
-Soalan 3: - berdasarkan aspek, TEMA, PERSOALAN, WATAK PERWATAKAN, LATAR TEMPAT, LATAR
MA SYARAKAT, NILAI DAN PENGAJARAN
- 1 aspek berdasarkan petikan, 1 aspek lagi secara keseluruhan
- perlu ada FAKTA + CONTOH , FAKTA + CONTOH = 4 markah
- perlu TULIS KEHENDAK SOALAN DALAM JAWAPAN. Contoh:
Latar masyarakat dalam petikan di atas ialah masyarakat yang penyayang. Buktinya,…..
(NYATAKAN PERISTIWA)…. Selain itu, latar masyarakat berdasarkan keseluruhan
cerpen ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, …(NYATAKAN
PERISTIWA)…
-TAJUK KOMSAS: 1) BEBERAPA PETUA HIDUP
2) BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
3) CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
4) HIPERTENSI
5) GERHANA MANUSIA
6) BUKAN GILA
RUMUSAN dan PEMAHAMAN

- 4 perenggan
- Perenggan 1 (PENDAHULUAN – 2 MARKAH)
Rumusan membincangkan …………(TUKAR KATA KUNCI PERTAMA)……………………… dan ………(SALIN
KATA KUNCI KEDUA)………………………
@
Petikan membincangkan ………………………..( TUKAR KATA KUNCI PERTAMA)….. di Malaysia.

Faktor/sebab/punca
Langkah/cara/tindakan
kepentingan/kelebihan/manfaat
Kesan/akibat

-Perenggan 2 (ISI TERSURAT – 12 MARKAH)


-cari 6 ISI dalam petikan berdasarkan kehendak KATA KUNCI PERTAMA
Antara ………..(kata kunci pertama yang telah ditukar tadi) ialah/adalah …………
- JANGAN GANDAKAN PERKATAAN SELEPAS ‘ANTARA’ kerana ‘antara’ sudah membawa maksud
banyak
contoh: Antara faktor-faktor (SALAH)

-Perenggan 3 (ISI TERSIRAT – 4 MARKAH)


Cari 2 ISI sendiri!!!!

-Perenggan 4 (PENUTUP – 2 MARKAH)


-Kesimpulannya, semua pihak mestilah ……………….

PEMAHAMAN
Soalan 1 : tukarkan perkataan dengan perkataan yang sinonim / sama maksud (2 MARKAH)
Soalan 2: cari dalam PETIKAN (3MARKAH)
Soalan 3: KBKK (4MARKAH)
TATABAHASA

Pola ayat
- FN + FN [Amri seorang usahawan herba yang berjaya.]
- FN + FK [Amri telah melaksanakan pembaharuan yang drastik dalam syarikatnya.]
- FN + FA [Amri amat tabah menguruskan syarikatnya ketika keadaan ekonomi sangat gawat.]
- FN + FS [Amri ke Hulu Selangor untuk mengadakan lawatan ke taman herba.]

Jenis ayat
1) ayat penyata
2) ayat tanya
3) ayat seruan - ( Kata seru Wah,amboi, cis dan lain-lain ………………………. ! )
4) ayat perintah - ayat larangan (Jangan ………………………)
- ayat permintaan (Minta/Mohon……………….)
- ayat silaan (Sila/Jemput/Silalah/Jemputlah…………………….)
- ayat suruhan (…lah …………………………..)

Ayat aktif dan ayat pasif

-Apabila soalan melibatkan ayat aktif dan ayat pasif perkara PERTAMA YANG PERLU DIBUAT adalah
menentukan KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) subjek ayat sama ada KGND 1, 2 @ 3.
-Kemudian, kategorikan subjek sama ada KAEDAH 1 @ KAEDAH2.

KAEDAH 1:
Pertukaran ayat yang melibatkan Kata Ganti Nama Diri Ketiga (Baginda, mereka, beliau, dia,ia)
Kata kerja mengalami pertukaran imbuhan ‘me-‘ kepada ‘ di- oleh’
- ayat aktif – Amri telah melaksanakan pembaharuan yang drastik dalam syarikatnya.
- ayat pasif- Pembaharuan yang drastik telah dilaksanakan oleh Amri dalam syarikatnya.

KAEDAH 2:
Pertukaran ayat yang melibatkan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
(aku, saya,beta,patik,kami,kita,anda,awak,engkau,tuanku,kalian,kamu)
Kata kerja mengalami pengguguran imbuhan ‘me-‘
- ayat aktif – Patik menjunjung perintah Tuanku. / Anda dapat menyelesaikan masalah itu.
-ayat pasif – Perintah Tuanku patik junjung. / Masalah itu anda dapat selesaikan.

Ayat biasa dan ayat songsang


- Terbalikkan susunan subjek dan predikat sahaja.
- ayat biasa ( subjek + predikat) = Atan bekerja pada tiap-tiap hari.
-ayat songsang (predikat + subjek) – sebahagian predikat = Bekerja Atan pada tiap-tiap hari.
- keseluruhan predikat = Bekerja pada tiap-tiap hari Atan.
Ayat tunggal dan ayat majmuk
- ayat majmuk: Gabungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk menggunakan Kata Hubung
- ayat tunggal : Pisahkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal dengan menggugurkan Kata Hubung

- contoh kata hubung: apabila, agar, atau, bahawa, dan, hingga, jika, kecuali, kerana, lalu,
manakala, sambil, serta, semenjak, sementara, sungguhpun, supaya, walaupun, tetapi, baik –
mahupun, baik –baik, bukan sahaja- malah, entah- entah, jangan – pun , kian – kian, sama ada –
ataupun, sedangkan – inikan pula, semakin – semakin, seungguhpun –tetapi, walaupun –namun

Cakap ajuk dan cakap pindah


- cakap ajuk: perbualan harian, dialog
“ Bila abang kamu akan ke Jepun? kata Pak Mat kepada Samsul.
- cakap pindah: bertindak sebagai orang ketiga, penyampai berita
Pak Mat bertanya kepada Samsul tentang tarikh abangnya akan ke Jepun.

-Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu
diubah:

Cakap Ajuk Cakap Pindah


saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau
beta baginda
kami, kita mereka
anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya
dia dia
beliau beliau
mereka mereka
ini itu
itu itu
sini situ, sana, tempat itu
begini begitu
demikian ini demikian itu
sekarang masa itu, ketika itu
malam tadi malam semalamnya
semalam semalamnya
hari hari itu
ini esoknya, keesokan harinya, hari itu
esok

Anda mungkin juga menyukai