Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan Aplikasi Digital

Kelebihan aplikasi digital berbentuk gamifikasi untuk topik “Sistem Endomembran” adalah seperti berikut:

i. Dari segi reka bentuk aplikasi, maklumat yang dipaparkan adalah tersusun dan imej serta audio yang
digunakan menarik dan tidak membosankan pengguna.
ii. Butang seperti “Next”, “Back” dan “Play” menggunakan perkataan yang ringkas dan mudah difahami serta
mesra pengguna.
iii. Dari segi informasi, aplikasi digital ini dapat memberikan pengetahuan dan memudahkan pengguna untuk
mengingati topik “Sistem Endomembran”
iv. Cara permainan dijelaskan dalam bentuk arahan mudah, ringkas dan senang untuk difahami oleh pengguna.
v. Aplikasi digital berbentuk gamifikasi ini dapat menarik minat pelajar dengan menerapkan elemen permainan
dalam pembelajaran.
vi. Tahap permainan yang sukar untuk membuatkan para pelajar berusaha mendapatkan ganjaran.
vii. Aplikasi digital berbentuk gamifikasi ini boleh diakses menggunakan pelbagai peranti seperti komputer,
telefon pintar, tablet dan sebagainya.

Kekurangan Aplikasi Digital

Kekurangan aplikasi digital ini yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

i. Permainan hanya merangkumi subtopik “Rough endoplasmic reticulum” dan “Golgi apparatus” tidak
merangkumi subtopik lain seperti “Smooth endoplasmic reticulum” , “Lysosome”, “Vacuoles” dalam topik
“Sistem Endomembran”.
ii. Pergerakan karakter dan butang pergerakan yang terhad.

Anda mungkin juga menyukai