Anda di halaman 1dari 1

SKRIP BERCERITA TAHAP 1

TAJUK : PUTERI AMANI


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat
sejahtera. Pada hari ini saya ada satu kisah yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah Puteri
Amani. Dengar betul-betul ye kawan-kawan.

Kisahnya bermula apabila disuatu pagi, raja mengajak Puteri Amani menunggang kuda di sebuah padang rumput. Ini adalah
kali pertama Puteri Amani diajak menunggang kuda di luar istana.
“hari ini hari pertama saya menunggang kuda di luar istana, tak sabar rasanya hati ni” bisik Puteri Amani dalam hatinya.
“Puteri Amani, ayahanda telah lama menunggu ni. Cepatlah.”

“Ya ayahanda, saya datang!” kata Puteri Amani gembira. Puteri Amani memilih kudanya yang bernama Darin. Mereka keluar
pagi itu sambil ditemani oleh beberapa pengawal istana. Mereka melalui sebuah jambatan yang di bawahnya mengalir air
sungai yang sangat jernih.

Dalam perjalanan itu, hati Puteri Amani begitu berkobar-kobar. “saya sudah tidak sabar untuk menunggang kuda di padang
rumput itu, ayahanda.” Kata Puteri Amani kepada ayahandanya dengan perasaan gembira.

“sabar wahai puteriku, Raja menenangkan anaknya itu. “sebentar lagi kita akan melalui kawasan hutan yang sangat tebal
sebelum kita tiba di padang rumput itu. Ayahanda mahu kamu lebih berhati-hati.” Pesan raja kepada Puteri Amani.
“Baik ayahanda, saya tak takut.” Kata Puteri Amani.

Apabila mereka memasuki kawasan hutan tebal itu, tiba-tiba muncul seekor beruang dari arah tepi Puteri Amani. Darin
yang masih muda sangat takut dan berlari tidak tentu arah. Puteri Amani terpaksa berpaut kuat pada kudanya supaya tidak
jatuh. Darin terus berlari tanpa arah. Setelah kepenatan, akhirnya Darin memperlahankan lariannya. Ketika itu Puteri Amani
cuba menenangkan kudanya itu. “Bertenang Darin, bertenang. Beruang itu sudah tiada.” Kata Puteri Amani sambil
mengusap kepala Darin.

Apabila Darin sudah berhenti, Puteri Amani melihat sekeliling. “Astaghfirullah, kita dah sesat Darin. Kita dah jauh terpisah
dengan dengan raja dan pengawal.” Hutan itu begitu luas, agak sukar mereka mencari jalan pulang.

Ketika mencari jalan pulang, Puteri Amani terjumpa sebatang sungai. “Bukankah sungai ini melalui istana? Tetapi
bagaimana jika ada buaya?” Fikir Puteri Amani ragu-ragu. Namun, dia tetap memberanikan dirinya mengikut arus sungai
itu. “Bismillah, dengan namamu Ya Allah lindungilah pencarian jalan pulang ku ini.” Bisiknya.

Malam pun tiba dan hutan menjadi menjadi sunyi sepi sehinggakan Puteri Amani dapat mendengar bunyi serangga dan riak
air. Namun Puteri Amani masih buntu mencari jalan pulang. Mujurnya malam itu bulan purnama. Maka malam yang gelap
itu diterangi dengan dengan begitu indah sekali.

“Bagaimana sekarang ni Darin, hari makin lewat malam. Adakah patut kita menunggu bantuan atau meneruskan
perjalanan?” Kata Puteri Amani kepada kudanya itu. Puteri Amani berasa sangat takut. Dia duduk berehat sambil berdoa
kepada Allah. Tiba-tiba, kelihatan asap di langit. “Asap, mungkin itu petunjuk daripada ayahanada!” Teriak Puteri Amani.
Puteri Amani memberanikan diri menunggang Darin menempuh kegelapan hutan ke arah asap itu.

Puteri Amani begitu yakin bahawa asap itu adalah petanda daripada ayahnya. Di tengah-tengah perjalanan Puteri Amani
masih berasa takut. Namun, dia tetap cuba memberanikan dirinya. “Saya tidak harus berasa takut, pasti itu ayahanda!”
Katanya meyakinkan dirinya.

Betullah sangkaan Puteri Amani. Apabila di tiba di punca asap itu, kelihatan ayahnya dengan beberapa orang pengawal
istana sedang membuat unggun api. “Puteriku, kamu sudah pulang. Kamu berjaya keluar daripada hutan yang sangat tebal
itu. Kamu sungguh berani wahai puteriku.” Puji ayahnya.

Akhirnya setelah kejayaan Puteri Amani keluar daripada hutan yang tebal itu, mereka semua pun pulang ke istana dengan
hati yang sangat gembira dan bersyukur. Dengan berkat keberanian Puteri Amani, dia telah terselamat daripada sesat di
dalam hutan yang tebal itu.

Ha... kawan-kawan, seronok tak cerita tu. Kita haruslah menjadi seorang yang berani dan kuat. Kawan-kawan jangan mudah
takut. Ingat ye, Allah sentiasa ada dengan kita dan pasti membantu selagi kawan-kawan terus berdoa dan berusaha.

Sekian saja daripada saya, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai