Anda di halaman 1dari 7

ARCHANA A/P SELVARAJOO

GP 06372
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

b) Pentadbiran Ujian Psikologi Kerjaya ( 10%)

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan
memberikan perasaan puas dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang
tetap serta terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat , tahap
ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh
membawa perubahan kepada dirinya , orang lain dan bidang yang diceburi. Pekerjaan
dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan dan identiti
keperibadian seseorang (Muhd Mansur dan Siti Nordinar,1989). Seseorang itu mestilah
mempunyai kesedaran kerjaya setelah tamat persekolahan. Kesedaran kerjaya merupakan
kesedaran tentang perhubungan antara kendiri dengan pendidikan, mengenali kelompok
pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu pilihan. Oleh itu , kesedaran kerjaya
merupakan pengetahuan tentang konsep dirinya dan pelbagai aspek dunia pekerjaan seperti
jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan faedah-faedah yang diperoleh daripada
sesuatu pekerjaan (Fadale , 1974)

Membuat pemilihan antara pilihan – pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang
berkembang bertahun-tahun lamanya. Tidak terdapat satu titik atau tanda yang menentukan
kerjaya seseorang. Terdapat banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan
terhadap bidang pilihan pada masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu
pekerjaan. Kekeliruan tentang pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan
menimbulkan masalah kepada pemilihan kerjaya. Pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah
menengah sering menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Masalah-masalah yang
sering dihadapi ialah berkaitan tidak dapat membuat keputusan, kurang maklumat tentang diri
dan kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya yang dipilih, kurang minat untuk merancang dan
tidak mampu menyelesaikan masalah.Masalah-masalah ini berkait rapat dengan kurangnya
kematangan kerjaya (Rohany 2003). Masalah kurang kematangan kerjaya ini akan memberi
kesan kepada pelajar-pelajar apabila berada di institusi pengajian tinggi, institusi latihan
kemahiran dan dalam bidang pekerjaan. Hampir setiap pelajar akann mencari pekerjaan
setelah dia menamatkan pelajaran atau latihannya. Pekerjaan yang diceburi bergantung
kepada jenis pendidikan , jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperoleh semasa di
sekolah. Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan jenis
pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan pekerjaan akan
ARCHANA A/P SELVARAJOO
GP 06372
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya yang dipilih dan melakukan pekerjaan
tersebut dalam keadaan terpaksa (Suradi ,1996).

Terdapat beberapa teori kerjaya yang dihasilkan untuk membantu seseorang membuat
pilihan kerjaya mengikut minat sendiri. Bagi menyempurnakan tugasan matapelajaran
perkembangan kerjaya, saya telah memilih untuk membincang mengenai teori ‘Career
Decision Self Efficacy’ . Teori ini telah dipelopori oleh Albert Bandura pada tahun 1970-an.
The concept of self efficacy is the focal point on Albert Bandura’s social cognitive theory. By
means of the self system, individuals exercise control over their thoughts, feelings and
actions. Among the beliefs which an individual evaluates the control his/ her actions and
environment, self-efficacy beliefs are the most influential predictor of human behaviour. Ini
bermakna, efikasi kendiri merupakan aspek yang mempengaruhi tingkah laku seseoran
individu ke arah persekitarannya. Menurut teori ini efikasi kendiri merupakan aspek yang
cukup penting dalam merealisasikan pencapaian yang cemerlang dan membanggakan dalam
segenap lapangan yang dipelopori oleh pelajar. Ia didefinisikan sebagai kepercayaan individu
terhadap dirinya sendiri untuk menghasilkan sesuatu tugasan atau tanggungjawab dengan
baik dan berkesan (Bandura, 1977).

Efikasi kendiri ialah jangkaan seseorang bahawa dia telah bertingkah laku seperti
yang diperlukan untuk menghasilkan atau mencapai sesuatu natijah (Bandura, 1977). Ia
diertikan sebagai keyakinan terhadap sesuatu keupayaan untuk menyusun dan melaksanakan
kognitif, tingkah laku dan kemahiran sosial yang diperlukan untuk kejayaan terhadap sesuatu
tugas (Schunk, 1991; Bandura, 1986; Jerusalem & Hesslig, 2009).

Teori efikasi kendiri ini menyatakan bahawa tingkah laku yang bermotivasi tinggi
adalah merujuk kepada proses kognitif secara sedar, membabitkan keupayaan untuk
menjangka matlamat dan ganjaran, penggunaan pertimbangan, penilaian dan penetapan
keputusan.Teori ini menerangkan tentang aras keyakinan individu terhadap kemampuan
untuk melaksanakan tugasan tertentu (Bandura, 1997). Menerusi teori ini, konsep reciprocal
determinism, iaitu kitaran interaksi antara kognitif, persekitaran dan tingkah laku
membolehkan individu mempelajari persekitarannya untuk menghasilkan tingkah laku yang
diperlukan berdasarkan kepada pengetahuan terdahulu yang dimiliki.
ARCHANA A/P SELVARAJOO
GP 06372
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Dalam teori efikasi, jangkaan terhadap efikasi berbeza daripada jangkaan terhadap
hasil atau natijah. Jangkaan efikasi bermaksud individu percaya bahawa mereka akan berjaya
membentuk tingkah laku yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu natijah, sebaliknya
jangkaan terhadap natijah berkaitan dengan agakan bahawa tingkah laku akan menghasilkan
suatu natijah tertentu. Sebagai contoh, pelajar boleh mempercayai tingkah laku tertentu akan
menghasilkan natijah tertentu yang dijangka tetapi mereka mungkin tidak mempercayai
bahawa mereka boleh melaksanakan tingkah laku yang akan menghasilkan sesuatu natijah.

Bandura (1977) menyatakan bahawa individu yang mempunyai efikasi kendiri yang
tinggi dijangkakan dapat bekerja dengan lebih tekun dan rajin walaupun berada dalam situasi
kesusahan berbanding mereka yang ragu-ragu terhadap kebolehan mereka. Teori ini yang
telah diperkembangkan yang mencakupi jangkaan keupayaan untuk mengawal aktiviti-
aktiviti individu seperti yang melibatkan pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang
(Schunk, 1991). Schunk (1989) membincangkan bagaimana keberkesanan diri memainkan
peranan yang penting semasa pembelajaran akademik. Pada permulaan aktiviti, kepercayaan
pelajar tentang keupayaan mereka adalah berbeza-beza. Motivasi mereka untuk belajar
dipertingkatkan apabila mereka membuat kemajuan dalam pembelajaran dan dapat
menguasai pelbagai kemahiran yang diajarkan kepada mereka.
Bandura juga telah menghasilkan satu inventori yang mempunyai 25 item di mana ia
akan mengukur efikasi kendiri yang dimiliki oleh seseorang individu. Bagi memenuhi
tugasan ini, penulis telah menjawab inventori ini dan menginterprestasi data yang diperoleh
dengan berpandukan skala kiraan skor.

CAREER DECISION SELF-EFFICACY – SHORT FORM (CDSE-SF)

ARAHAN: Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti dan berhati-hati, sila tandakan jawapan ANDA yang
sesuai. Tandakan jawapanANDA denganmenanda (√).

1= Tidak Yakin; 2 = Sedikit Yakin; 3 = Sederhana Yakin; 4 = Yakin; 5 = Sangat Yakin

Sejauh manakah ANDA YAKIN untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dengan jayanya :
Bil Perkara 1 2 3 4 5

1. Menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan bidang


pekerjaan yang anda minati.
2. Mempertimbangkan dan memilih satu matlamat kerjaya utama berdasarkan kepada senarai
matlamat kerjaya utama yang sesuai dengan potensi diri anda.
3. Membuat perancangan tentang matlamat kerjaya untuk lima tahun akan datang.

4. Menentukan langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya pencapaian akademik anda


tidak dapat memenuhi syarat kelayakan matlamat kerjaya yang anda pilih.
ARCHANA A/P SELVARAJOO
GP 06372
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bil Perkara 1 2 3 4 5

5. Menilai kebolehan anda dengan tepat.

6. Mempertimbangkan dan memilih satu pekerjaan daripada satu senarai pekerjaan yang
sesuai dengan potensi diri anda.
7. Menentukan langkah-langkah yang perlu diambil oleh anda bagi memastikan matlamat
kerjaya yang telah dipilih dapat dicapai dengan jayanya.
8. Akan terus berusaha dengan penuh gigih mencapai matlamat kerjaya utama anda
walaupun anda mengalami pelbagai dugaan, rintangan dan cabaran.
9. Menentukan jenis pekerjaan yang paling unggul bagi anda untuk diceburi.

10 Mengetahui tentang hala tuju sesuatu pekerjaan untuk sepuluh tahun yang akan datang.

11 Memilih sesuatu kerjaya yang bertepatan dengan cara gaya hidup anda.

12 Menyediakan resume dengan baik.

13 Mengubah matlamat kerjaya utama anda sekiranya anda tidak menyukainya walaupun
ianya pilihan utama anda.
14 Memastikan dan memutuskan apakah nilai anda terhadap sesuatu pekerjaan.

15 Mendapatkan maklumat tentang purata pendapatan tahunan bagi seseorang yang


menceburi dalam sesuatu pekerjaan tersebut.
16 Membuat satu keputusan tentang pilihan kerjaya dan kemudian tidak berasa bimbang sama
ada pilihan itu betul atau salah.
17 Mengubah pekerjaan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pekerjaan yang anda
ceburi.
18 Anda amat memahami tentang diri anda bahawa anda tidak bersedia untuk berkorban bagi
mencapai matlamat kerjaya anda.
19 Bercakap dengan seseorang yang telah pun bekerja dalam bidang pekerjaan yang anda
juga minati.
20 Memilih matlamat kerjaya utama yang benar-benar tepat dan sesuai dengan minat anda.

21 Mengenal pasti majikan-majikan, firma-firma dan institusi yang


berkemungkinanrelevendengankerjayapilihan anda.
22 Menerangkan jenis cara gaya hidup yang anda sukai untuk diamalkan.

23 Mendapat maklumat tentang prasiswazah dan siswazah.

24 Akan berjaya melalui proses temuduga bagi sesuatu pekerjaan.

25 Mengenal pasti beberapa bentuk kerjaya utama yang lain atau alternatif-alternatif kerjaya
yang munasabah dengan diri anda, sekiranya anda gagal mendapatkan kerjaya yang
pertama pilihan anda.

Sub skala Career Decision Self-Efficacy - (CDSE-SF)

Bil Sub skala Nombor Item


1. Mengenal diri 5, 9, 14, 18, 22
2. Maklumat pekerjaan 1, 10, 15, 19, 23
3. Matlamat pilihan 2, 6, 11, 16, 20
4. Perancangan 3, 7, 12, 21, 24
ARCHANA A/P SELVARAJOO
GP 06372
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5. Penyelesaian masalah 4, 8, 13, 17, 25

FORMULA PENSKORAN
SKOR X 5 =
TOTAL SKOR

PENTAFSIRAN SKOR

SUB SKALA (MENGENAL DIRI)

Nombor Item Skor (Jawapan)


5 5 ( sangat yakin)
9 4 ( yakin)
14 5 (sangat yakin)
18 5 (sangat yakin)
22 5 (sangat yakin)

SUB SKALA MAKLUMAT PEKERJAAN

Nombor Item Skor (Jawapan)


1 4 ( yakin)
10 5 (sangat yakin)
15 4 (yakin)
19 5 (sangat yakin)
23 5 (sangat yakin)

SUB SKALA MATLAMAT PILIHAN

Nombor Item Skor (Jawapan)


2 5 ( sangat yakin)
6 4 (yakin)
11 5 ( sangat yakin)
16 4 (yakin)
20 4 ( yakin)
ARCHANA A/P SELVARAJOO
GP 06372
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SUB SKALA MATLAMAT PERANCANGAN

Nombor Item Skor (Jawapan)


3 4 (yakin)
7 4 ( yakin)
12 4 (yakin)
21 5 ( sangat yakin)
24 4 (yakin)

SUB SKALA MATLAMAT PENYELESAIAN MASALAH

Nombor Item Skor (Jawapan)


4 4 (yakin)
8 4 (yakin)
13 4 (yakin)
17 5 (sangat yakin)
25 4 (yakin)

PENGIRAAN SKOR KENDIRI

111 X 5 = 4.4 (TINGGI)


125

Skala Likert yang mengukur dimensi tahap efikasi kendiri kerjaya, skor min 1.00
hingga 2.33 menunjukkan persetujuan dengan kenyataan adalah pada tahap yang rendah.
Skor rendah bermakna efikasi kendiri kerjaya subjek kajian berada pada tahap yang rendah
dan tidak baik. Bagi skor min 2.34 hingga 3.66 pula adalah menunjukkan bahawa persetujuan
pada tahap yang sederhana. Manakala skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan bahawa
persetujuan pada tahap yang tinggi.
ARCHANA A/P SELVARAJOO
GP 06372
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Interpretasi skor min CDSE-SF

Skor Interpretasi Tafsiran


Min Skor Min
1.00 Rendah Kurang keyakinan dalam membuat keputusan kerjaya dan cenderung
hingga mengelak dengan aktiviti-aktiviti kerjaya.
2.33
2.34 Sederhana Tahap keyakinan yang sederhana dalam membuat keputusan kerjaya.
hingga Berkemungkinan menghadapi konflik dalam membuat keputusan kerjaya.
3.66
3.67 Tinggi Berkeupayaan membuat keputusan kerjaya yang bermaklumat,
hingga bertanggungjawab dengan mengambil tindakan terhadap keputusan yang
5.00 dibuat dan melaksanakan tugasan kerjaya dengan melalui latihan dan
program-program yang sesuai

Setelah mengira skor ujian ini, saya mendapat skor min sebanyak 4.44 (Tinggi) . Ini
menunjukkan saya berkeupayaan membuat keputusan kerjaya yang bermaklumat,
bertanggungjawab dengan mengambil tindakan terhadap keputusan yang dibuat dan
melaksanakan tugasan kerjaya dengan melalui latihan dan program-program yang sesuai.
Saya dapat mengenali kelebihan dan kekurangan diri saya dalam mengambil tindakan semasa
menjalankan tugas.

Anda mungkin juga menyukai