Anda di halaman 1dari 4

KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA PRASEKOLAH KERAJAAN, KEMAS DAN SWASTA :

MENGIKUT PERSEPSI IBU BAPA DI DAERAH KOTA KINABALU, SABAH

Oleh

WAN ROSMAWATI BINTI WAN MD ZAIN

1.1 Pernyataan Masalah

Kebelakangan ini dapat dilihat kecenderungan ibu bapa memilih


pusat-pusat pembelajaran prasekolah swasta sebagai pilihan bagi
menempatkan anak-anak mereka bagi menjalani proses pembelajaran awal
kanak-kanak walaupun kewujudan prasekolah kerajaan dan juga KEMAS
menepati populasi kanak-kanak tahun semasa. Kewujudan pusat
pembelajaran awal kanak-kanak swasta juga semakin rancak jika dilihat
pada masa kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang mengaplikasi
pelbagai teori pembelajaran awal kanak-kanak yang popular. Dengan ini,
kajian ini akan mengkaji perbandingan antara pusat-pusat pembelajaran
yang dibincangkan di atas mengikut persepsi ibu bapa. Kajian ini juga akan
berusaha untuk meninjau kelebihan dan juga kekurangan yang wujud yang
antara pusat-pusat pembelajaran ini.

1.2 Persoalan Kajian

i - adakah kurikulum yang ditawarkan oleh prasekolah kerajaan dan juga


KEMAS tidak setanding dengan kurikulum yang ditawarkan oleh pusat
pembelajaran awal kanak-kanak swasta ?

ii – adakah bahan bantu mengajar yang digunapakai oleh pusat


pembelajaran awal kanak-kanak swasta lebih berstruktur berbanding
prasekolah kerajaan dan KEMAS

iii – adakah hasil pembelajaran di pusat pembelajaran awal kanak-kanak


swasta lebih berhasil berbanding prasekolah kerajaan dan KEMAS
sehinggakan ianya menjadi pilihan ibu bapa masa kini

iv – apakah kelebihan-kelebihan yang ada pada pusat pembelajaran awal


kanak-kanak swasta yang membuatkan kecenderungan ibu bapa
memilihnya bagi memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka?
1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

i – untuk mengenalpasti latar belakang ibu bapa yang memilih pusat pembelajaran
awal kanak-kanak swasta untuk memenuhi keperluan pembelajaran awal anak-
anak mereka.

ii – mengenalpasti sebab-sebab yang menjadikan pusat pembelajaran awal kanak-


kanak swasta lebih menjadi pilihan ibu bapa pada masa kini

iii – menganalisis kelebihan-kelebihan setiap pusat pembelajaran yang dikaji


merangkumi semua aspek yang dituntut bagi keperluan dalam pendidikan awal
kanak-kanak

iv- menghuraikan keperluan ketiga-tiga pusat pembelajaran awal kanak-kanak yang


dikaji berdasarkan keperluan dalam pendidikan awal kanak-kanak

1.4 Metodologi Kajian

1.4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk bagi kajian yang akan dilaksanakan ini ialah


menggunakan pendekatan kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini pusat
pembelajaran awal kanak-kanak swatsa, prasekolah kerajaan dan KEMAS.

1.4.2 Lokasi Kajian

Lokasi kajian ini melibatkan pusta pembelajaran swasta awal

kanak-kanak swasta, prasekolah kerajaan dan KEMAS sekitar daerah Kota Kinabalu,
Sabah .

1.4.3 Sampel Kajian

Sampel kajian dipilih berdasarkan persampelan bertujuan.


1.4.4 Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan kaedah


Temubual yang bersifat formal dan juga tidak formal. Kaedah Temubual yang
dijalankan nanti juga melibatkan proses temubual berstruktur dan juga
temubual tidak berstuktur. Kaedah Kualitatif juga akan digunakan bagi proses
pengumpulan data. Selain itu, kajian perpustakaan juga akan dlaksanakan
bagi mengumpul data yang melibatkan rujukan kepada kajian-kajian lepas.
Kaedah Kuantitatif menggunapakai soal selidik juga akan turut dilaksanakan.

1.4.5 Pengananalisisan Data

Data yang dikumpul akan diproses menggunakan SPSS ( Statistic


Package for Social Science.

1.5 Limitasi Kajian

Kajian ini melibatkan ibu bapa yang menghantar anak ke pusat


pembelajaran awal kanak-kanak swasta, ibu bapa yang melilih prasekolah
kerajaan dan juga ibu bapa yang menjadikan pusat pembelajaran awal
KEMAS sebagai pilihan.

1.6 Tinjauan Literatur

Kecenderungan ibu bapa masa kini menghantar anak-anak bagi


mendapatkan proses pembelajaran awal kanak-kanak di pusat pembelajaran
swasta semakin lama semakin menjadi pilihan utama. Jika dilihat apa yang ditawarka
oleh prasekolah kerajaan mahupun KEMAS, tidak ada kekurangan malah kurikulum
dan juga penglibatan aspek lain seimbang dan menepati keperluan dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini dilihat menjadi satu ikutan pada masa kini di
kalangan ibu bapa tidak hanya kepada golongan berpendapatan tinggi sahaja.
Dapat dilihat juga, timbul persepsi yang berbeza di kalangan masyarakat bagi
1.7 Signifikan Kajian

Kajian ini penting bagi mencari jawapan kepada perkembangan semasa


pilihan ibu bapa berkenaan pusat pembelajaran awal kanak-kanak bagi anak
mereka. Kajian ini juga dapat menilai kelebihan-kelebihan mengikut pilihan ibu bapa.
Pada masa yang sama , kajian ini akan dapat merungkai keistimewaan setiap pilihan
pusat pembelajaran awal kanak-kanak yang dipilih oleh ibu bapa masa kini.

1.8 Rujukan

1. Kajian – kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Peringkat


Tadika atau Pra Sekolah, Imran Ariff Ariffin, Faizul Ab Kadir, Khadijah Ibrahim,
Rizwati Abd Halim dan Wan Zurianti Wan Abdullah ( Universiti Pendidikan Sultan
Idris ) 2010.
2. Keberkesanan Pendidikan Pra Sekolah KEMAS dan Swasta : Perbandingan
Mengikut Persepsi Ibu Bapa , Prof Madya Dr. Azizi Hj. Yahya , Jamaludin Ramli
( Universiti Teknologi Malaysia , Skudai, Johor )

Anda mungkin juga menyukai