Anda di halaman 1dari 1

PPPG3243 KAEDAH-KAEDAH FIQH

Jelaskan dalam satu halaman satu kaedah fiqh yang selalu anda praktikkan.

َّ ‫ ) ْاليَ ِقنُ ََل يُزَ ا ُل بِال‬yang


Satu kaedah fiqh yang sering saya praktikkan adalah kaedah kedua iaitu )‫ش ِك‬
bermaksud “Sesuatu yang telah sabit tidak akan hilang dengan sebab keraguan melainkan dengan
keyakinan yang sama kerana keraguan itu lemah serta tidak mampu menggoyahkan keyakinan
yang kuat” “keyakinan yang lalu tidak akan hilang dengan sebab syak yang mendatang.

Antara dalil yang berkaitan dengan kaedah ini ialah:

٢٨ ‫ۡٱل َح ِق ش َۡيا‬ َّ ‫ٱلظ ٍۖ َّن َوإِ َّن‬


َ‫ٱلظ َّن ََل ي ُۡغنِي مِن‬ َّ ‫َو َما لَ ُهم بِ ِهۦ ِم ۡن ِع ۡل ٍۖم ِإن يَتَّبِعُونَ ِإ ََّل‬

28. Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain
hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat
memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

Secara semula jadinya manusia itu memang tidak lari dari rasa syak, ragu-ragu atau tidak yakin
dalam sesuatu perkara. Mungkin tidak kerap atau bukan dalam semua perkara tetapi adakalnya
perasaan itu akan muncul. Kebiasaannya saya rasa ragu-ragu dalam hal perkara yang melibatkan
ibadah atau makan dan minuman.

Bagi perkara yang melibatkan ibadah, antara yang biasa saya hadapi dalam masalah syak ialah
bilangan rakaat ketika solat. Jika dirujuk pecahan kaedah yang pertama (‫)إنما ثبت بيقين َل يرتفع إَل بيقين‬
yang bemaksud “Adalah sesuatu yang sabit secara yakin tidak tergugat melainkan terdapat sesuatu
yang diyakini juga. Hukum bagi perkara yang diyakini kekal manakala syak yang datang kemudian
tidak akan menjejaskannya”.

Bila saya syak ketika dalam solat zohor samada saya dalam rakaat kedua atau ketiga, saya
hendaklah menambah lagi dua rakaat kerana yang diyakini adalah rakaat kedua. Maka untuk rakaat
ktiga dan keempat saya perlukan lakukan seperti biasa dan menganggap saya berada dalam rakaat
kedua.

Anda mungkin juga menyukai