Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN MEMPELAJARI BAHASA ASING PADA USIA KANAK-KANAK

* Artikel ini disunting dari Dr. Eka Sari MSc Alumni Pediatrica, SpA, GAMA, domiciled in Mulheim an der Ruhr, Germany.
Dalam era globalisasi ini, amat wajar sekiranya ibubapa memikirkan bahawa mempelajari bahasa asing
amat penting pada kanak-kanak. Semakin awal proses pembelajaran ini berlaku, semakin baik bagi
seseorang kanak-kanak menguasai bahasa tersebut. Kini kita dapati para ibu bapa bersemangat
menyekolahkan anak-anak mereka ke tadika, montessari, preschool, kindergarten dan pelbagai jenis
sekolah di peringkat permulaan anak-anak yang menekankan bahasa asing terutama bahasa Inggeris.
Hakikatnya, pada usia berapakah paling sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu mempelajari bahasa
asing? Berikut merupakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kemampuan belajar kanak-kanak:

1. Mempelajari bahasa merupakan proses semulajadi pada setiap kanak-kanak

Dalam jangkamasa perkembangan seorang bayi, mereka mampu mengeluarkan 700 jenis
bunyi atau babbling pada usia 6 bulan. Ia dapat menyerap hingga 2000 kosakata dari keadaan
sekelilingnya pada usia 4 tahun. (Kotulak,1996).

2. Kemuncak usia kanak-kanak mempelajari bahasa asing

Berdasarkan kajian, seseorang kanak-kanak memiliki satu tempoh masa kemuncak dalam
mempelajari bahasa asing. Kajian menunjukkan bahawa ia berlaku pada tempoh 3 tahun
pertama dan berakhir pada usia 6-7 tahun. Hal ini mempunyai kaitan dengan fungsi
perkembangan otak kanak-kanak pada waktu ini. Setiap anak yang sihat akan lahir dengan 100
billion sel otak dan setiap sel ini dapat menghubungkan 20 000 sel antara satu sama lain.
Seberapa banyak sel yang berhubung adalah bergantung kepada rangsangan persekitarannya.
(Diamond, 1988; Ornstein, 1984, 1986). 50% kemampuan belajar akan terbentuk dalam usia 1
tahun pertama dan 30% selanjutnya terbentuk sehingga usia 8 tahun berikutnya. Kesimpulan
yang dapat diambil dari fakta ini bahawa dalam tahun-tahun pertama kehidupan seorang
kanak-kanak akan membentuk laras pembelajaran (learning pathways) yang penting di dalam
otak (Bloom, 1964). Teori ini dapat dibuktikan di sebuah sekolah di Sweden yang merupakan
salah satu negara multilingual yang mana ditemui seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dapat
bertutur dalam 3 bahasa dengan fasih (Dryden & Vos, 1997).
Kajian lain pula mendapati bahawa kemuncak usia mempelajari bahasa asing ini berlaku
sehingga mereka melewati usia remaja. Inilah masa yang terbaik untuk mempelajari bahasa
asing. Ketika usia 12 tahun ke atas, otak mereka bagaikan span yang dapat menyerap
segalanya. Selain itu, dalam tempoh ini juga beberapa proses asas dalam diri seseorang
manusia akan terbentuk seperti proses berfikir, berbahasa, penglihatan, sikap, kecenderungan,
minat, bakat dan lain-lain lagi. Setelah melalui kemuncak usia ini maka tempoh penyerapan
segala proses asas akan berhenti dan otak mula terbentuk dengan sempurna. (Kotulak, 1996).

3. Kelebihan menguasai lebih dari satu bahasa

Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang mempelajari lebih dari satu bahasa akan lebih
kreatif, menunjukkan kemampuan lebih baik dalam menyelesaikan permasalahan kompleks
dan mendapat markah yang tinggi dalam ujian dan peperiksaan. Sekiranya kanak-kanak sudah
mula mempelajari bahasa asing maka mudah baginya untuk menguasai dan memahami
struktur bahasa asing yang lain. Kanak-kanak ini juga lebih berani dan yakin untuk
berkomunikasi dengan orang lain.

4. Adakah kanak-kanak akan keliru?

Kenyataan-kenyataan di atas meskipun dikatakan otak anak bersifat plastis dan mudah
mempelajari banyak hal, beberapa pakar mencadangkan agar kanak-kanak diberi waktu yang
cukup bagi seseorang kanak-kanak untuk menguasai satu bahasa sebelum memperkenalkan
bahasa yang kedua, ketiga dan seterusnya supaya mereka tidak melalui masa keliru untuk
mengekspresikan sesuatu.

Secara umum kaedah mempelajari bahasa kedua dapat dipecahkan kepada dua iaitu secara simultan
(simultaneously) atau sekuensial (sequentially) (McLaughlin et al., 1995; Tabors, 2008).

- Simultaneous Second Language Learning.

Kaedah ini meliputi proses pembelajaran bahasa kedua secara serentak atau pada masa yang sama.
Kaedah ini hanya sesuai pada kanak-kanak usia kurang dari 3 tahun ketika mereka berada dalam
persekitaran lebih dari satu bahasa. Misalnya dalam keluar seorang anak mempunyai ibu yang bertutur
dalam Melayu manakala ayahnya bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebelum usia 6 bulan, bayi dapat
belajar dua bahasa dengan kemampuan yang sama. Hal ini kerana bayi mampu mewujudkan sistem
bahasa dalam otaknya secara terpisah namun kekuatannya hampir sama dengan apa yang
didengarinya. Sistem terpisah ini mampu menjadikan seseorang kanak-kanak itu belajar lebih dari dua
bahasa tanpa keliru. Akan tetapi setelah usia 6 bulan, kanak-kanak akan mula menyedari tentang
perbezaan bahasa dan mula memilih salah satu bahasa untuk dituturkan. Hal ini menunjukkan bahawa
ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memilih bahasa yang sesuai dan seimbang kerana
anak akan mula menguasai dan menggunakan kosakata bahasa yang kerap didengarainya. (Espinosa,
2008; Kuhl, 2004).

- Sequential Second Language Learners

Kaedah sekuensial pula adalah cara belajar dimana seseorang kanak-kanak sudah terbiasa dan telah
menguasai satu bahasa kemudian diperkenalkan dengan bahasa kedua. Tidak seperti kaedah belajar
secara simultan, kaedah sekuensial ini dapat terjadi pada bila-bila masa oleh beberapa faktor seperti
sikap dan motivasi seseorang kanak-kanak. Semakin tinggi motivasi mereka untuk belajar bahasa baru
maka akan semakin baik hasilnya.

5. Kaedah memperkenalkan bahasa asing kepada kanak-kanak.

Ada 6 peringkat utama proses pembelajaran terhadap otak kanak-kanak iaitu belajar melalui
penglihatan, suara, rasa, sentuhan, bau dan praktikal (Dryden & Vos, 1997). Mereka juga turut belajar
melalui pendengaran, peniruan dan praktika . Maka sebagai ibu bapa kita boleh memilih kaedah
permainan, lagu dan sebagainya. Perkara yang paling penting adalah kanak-kanak dapat belajar
dengan cara yang menyeronokkan, tidak dipaksa dan bukan merupakan beban bagi anak. (Jensen,
1994; Dryden & Vos, 1997).

Meskipun seseorang kanak-kanak secara semulajadi memiliki kemampuan lebih dalam


mempelajari bahasa, orang dewasa juga mampu mempelajari bahasa dengan baik. Berbekalkan
motivasi, semangat dan usaha yang tinggi tidak mustahil bagi seseorang individu di kalangan dewasa
mampu menguasainya. Kesimpulannya, proses pembelajaran bahasa asing secara ajukan haruslah
bermula dalam lingkungan usia 3 tahun pertama kehidupan anak.
Kemuncak usia anak menguasai bahasa asing ialah 3 – 7 tahun sehingga usia remaja iaitu 12 tahun.

Luangkan waktu yang secukupnya untuk anak agar mereka dapat menguasai bahasa pertama
dengan cekap sebelum memperkenalkan bahasa yang kedua, ketiga dan seterusnya supaya mereka
tidak keliru. Bila ingin mengajarkan lebih dari satu bahasa pada anak, pastikan proses pembelajaran
berlaku secara gembira dan menyeronokkan bukan secara terpaksa. Gunakan pelbagai aktiviti seperti
permainan,lagu, buku cerita sewaktu memperkenalkan bahasa asing kepada anak anda.

RUJUKAN
1. Bloom, B.S. (1964). Stability and Change in Human Characteristics. New York: Wiley.
2. Diamond, M. (1988). Enriching Heredity. New York: Macmillan.
3. Dryden, G. & Vos, J. (1997). The Learning Revolution. Auckland, NZ: The Learning Web.
4. Espinosa, L. (2008). Challenging common myths about young English language learners.
5. Foundation for Child Development Policy Brief, Advancing PK-3.
6. Jensen, E. (1994). The Learning Brain. San Diego: Turning Point for Teachers.
7. Kotulak, R. (1996). Inside the Brain. Andrews and McMeel.
8. Kuhl, P. K. (2004). Early language acquisition: Cracking the speech code. Nature Reviews
Neuroscience, 5 (11), 831-843.
9. McLaughlin, B., Blanchard, A., & Osanai, Y. (1995). Assessing language development in
bilingual preschool children. NCELA Program Information Guide Series, 22.
10. Ornstein, R. (1984). The Amazing Brain. Boston: Houghton Mifflin.

Anda mungkin juga menyukai