Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh
dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati
para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “ Singa yang Sombong”.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan.
Yang terdengar fikir-fikirkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa
yang sombong. Badannya yang besar dan kuat
menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah
mengadakan satu perjumpaan. Mereka
berbincang bagaimana untuk menewaskan singa
yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang
Kancil bangun dan bersuara.
“ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita
sekarang semakin terancam. Semakin lama,
semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa
singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-
sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan
singa itu.
“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan
yang lain.
“ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang
Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “
Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba
menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa
sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
“Selain saya, siapakah yang berani
menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang
berani menentang Singa, marilah kita sama-sama
menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata
Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni
rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan
antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat,
mereka tenampak Singa masih tidur di bawah
pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri
Singa.
“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar
engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan
dengan berani.
“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya
Singa itu sambil ketawa.
“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku
kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat
menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab
Tebuan penuh semangat.
“ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata
Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi
Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama
kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan
mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia
masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu.
Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin
beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan
Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati
kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan
orang yang kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah.
3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.
Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik
jangan disangka anak, besar jangan disangka
bapa... akal yang cerdik dan semangat kental
dapat mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai