Anda di halaman 1dari 3

Tersebutlah kisah..

Satu cerita..
Cerita bermula
Kisah di rimba…
Singa dan nyamuk punya cerita…
Cerita kesombongan membawa kesulitan….

Hai..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Yang dihormati.. barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana
Barisan guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi
sekalian…

Saya… Nur Aisyah Syamimi binti


dari Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Pendok, Jeli
Kelantan
Kawan-kawan…
Mahu dengar cerita saya???
Hari ini saya ingin menyampaikan cerita haiwan di
rimba iaitu Singa dan nyamuk..
SINGA DAN NYAMUK

Seekor singa merungut dan menderam kepada seekor


nyamuk yang asyik terbang berlegar di kepalanya
ketika dia cuba melelapkan mata.

“Pergi kamu dari sini sebelum aku memijakmu dengan


kakiku,” ngaumnya.
“Aku tidak takut padamu,” kata nyamuk memperolok-
olokkannya.
“Kamu mungkin digelar Raja Rimba, tetapi
aku lebih kuat daripada kamu. Aku juga boleh
membuktikannya. Mari berlawan dan lihat siapa
menang” singa pun bersetuju.

Nyamuk dengan pantas menjunam ke arah


singa dan menggigitnya bertalu-talu di hidung dan
telinganya.
Ketika cuba memijak nyamuk itu, singa tercakar diri
sendiri dengan kukunya yang
tajam, sehingga berdarah.
“Cukup” dia akhirnya menjerit
“Cukuplah! Kamu menang”

Tanpa sebarang kecederaan, nyamuk terbang pergi. Dia


bercakap besar tentang kejayaannya menggalahkan
singa kepada sesiapa yang ingin mendengar. Dia terlalu
leka bercakap besar, sehinggalah terperangkap pada
sarang labah-labah yang terbentang antara pokok-
pokok.
Ketika labah-labah kecil bergegas ke
arahnya, nyamuk meronta-ronta di sarang yang
memerangkapnya dengan kuat.
“Aduh… sakitnya..”
“Aku berlawan dan berjaya mengalahkan haiwan paling
gagah, hanya untuk menjadi habuan haiwan yang lebih
kecil daripada aku,” keluhnya.

Kawan-kawan…
Pengajaran yang kita dapat daripada cerita singa dan
nyamuk ini adalah:
Kita janganlah sombong dengan kelebihan kita, kerana
setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangannya
masing-masing. Kesombongan hanya akan membawa
kesulitan. Sekian.. terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai