Anda di halaman 1dari 2

Laporan Kokurikulum Ping Pong Minggu ke-11

Pada 26 Ogos, iaitu minggu ke-11 bagi interaksi permainan ping pong, kami
telah belajar asas kejurulatihan permainan ping pong dengan pensyarah pembimbing
kami, En. Mohamad Yusoff Bin Ali.

Seperti biasa, sebelum memulakan aktiviti, kami akan memulakan pemanasan


badan. Pemanasan badan pada hari ini dipimpin oleh Saudara Adrian Chai Pin Jian.
Selepas pemanasan badan, En. Yusoff pun menerangkan tentang asas kejurulatihan
permainan ping pong seperti strategi permainan, teknik latihan dan program latihan.

Pertama sekali, pensyarah menerangkan strategi permainan ping pong dengan


menunjukkan contoh supaya kami lebih mudah memahami. Strategi permainan
seperti mengalahkan lawan. Jika kami baru pertama kali mengenal lawan kami perlu
cuba mengetahui kelemahannya pada saat sedang bermain dengannya, manakala
jika kami sudah tahu dan mengenal sebelumnya lawannya, gunakanlah kelemahan
tersebut untuk mengalahkan lawan. Pensyarah juga menerangkan bahawa jika kami
bermain tembakan yang sama berkali-kali, lawan kami lebih mungkin untuk
membiasakan diri mereka, dan mampu mengenalpasti mereka. Jadi, kami harus
mencuba untuk mengubah kelajuan dan arah memukul bola kami.

Selain itu, pensyarah juga menerangkan teknik latihan yang boleh digunakan.
Antaranya ialah latihan kemahiran “Top Spin”. Pensyarah menunjuk cara seperti
pemain berlatih secara berpasangan dan akan main pada satu sisi meja sahaja.
Dengan ini, pemain dapat melakukan kemahiran dengan teknik yang betul dan pemain
dikehendaki memukul bola balik ke pasangannya berulang-ulang sekurang-
kurangnya 20 kali.

Di samping itu, pensyarah juga menerangkan bahawa teknik latihan banyak


bola boleh dilaksanakan dalam latihan kemahiran ping pong. Pensyarah menunjuk
cara dengan memberikan latihan banyak bola. Setiap pemain diberi peluang
menerima 30 biji bola pukulan dan akan diberi bola dalam 1 sisi yang ditetapkan.

Seterusnya, kami telah dibahagikan dibahagikan dalam kumpulan


berpasangan. Setiap pasangan perlu membuat latihan tentang teknik latihan yang
diterangkan oleh En. Yusoff tadi. Apabila terdapat kumpulan yang tidak dapat
menguasai teknik tersebut, pensyarah pun mengajar dan membetulkan cara
bermainnya. Selepas itu, kami pun berbincang bersama-sama tentang program
latihan ping pong yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran pemain.
Antara hasil perbincangan ialah kem latihan ping pong, kejohanan ping pong,
pertandingan persahabatan ping pong dan kursus kemahiran ping pong oleh jurulatih
atau pemain terkenal.

Seterusnya, sebelum interaksi permainan ping pong pada hari ini tamat, kami
diberi masa untuk meneruskan latihan bagi memperbaiki mana-mana teknik yang
masih lemah dan yang tidak dapat dikuasai. Setelah cukup masa interaksi, kami pun
bersurai.

Laporan disediakan oleh, 28 Ogos 2013

( Bea Shu Hui, Nur Syakirah Binti Mohammad Roslan)

Guru Pelatih,

PendidikanPrasekolah 2,

IPG Kampus Sultan Mizan

Besut, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai