Anda di halaman 1dari 47

NOTA BAB 1

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME


DI ASIA TENGGARA

TAJUK 1

SET 1 : IMPERIALISME
1A. DEFINISI / TAKRIF / MAKSUD / MAKNA
IMPERIALISME

SET 2 : NASIONALISME

1A. DEFINISI / TAKRIF / MAKSUD / NASIONALISME


SET 1 : IMPERIALISME

1A. DEFINISI / TAKRIF / MAKSUD / MAKNA IMPERIALISME

 Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya


dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
 Dengan lain perkataan, imperialisme bermaksud negara yang kuat menjajah negara-
negara yang lemah untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik, ekonomi dan sosial
 Perluasan kuasa bermula pada zaman tamadun Yunani dan Rom 800 S.M.
 Alexander The Great meluaskan kawasan takluknya dengan menguasai Parsi,
Mesir,Turkistan dan Samarkhan.
 Pada abad ke-15, kuasa Barat seperti Sepanyol dan Portugal mula menakluk wilayah
Asia dan Amerika Latin.
 Imperialisme Barat juga bertujuan untuk memenuhi keperluan perindustrian mereka
 Kuasa Barat yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Sepanyol, Portugal, Britain ,PerancIs
dan Belanda.

SET 2 : NASIONALISME
1A. DEFINISI / TAKRIF / MAKSUD / MAKNA NASIONALISME

 K.R. Minogue dalam bukunya bertajuk Nationalism sebagai ‘ satu aliran idea atau satu
bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik tertentu dan boleh
dialirkan dari segolongan elit kepada orang kebanyakkan’. Hal ini menerangkan
perkaitan hubungan fikiran manusia dengan tujuan yang mendorong sesaorang
bertindak khususnya untuk menjaga kepentingan bangsa.
 Hans Kohn dalam buku The Idea of Nationalisme pula mentakrifkan sebagai’ satu
keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan
mengiktiraf bangsa sebagai organisasi politik unggul serta bangsa sebagai punca segala
kehidupan budaya yang membina kesejahteraan. Juga semangat baru yang mendorong
sesaorang untuk melahirkan kesedaran dalam bentuk tindakan yang tersusun.
 Anthony D.Smith dalam bukunya Theories of Nationalisme merujuk kepada satu
pergerakan ideologi untuk mencapai dan memelihara pemerintahan sendiri atau
kemerdekaan sesuatu bangsa.
 J.S. Coleman dalam bukunya Nigeria: Background to Nationalisme mentakrifkan
nasionalisme sebagai perasaan-perasaan, kegiatan dan perkembangan organisasi
untuk pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah negara bangsa yang
wujud dengan taraf yang sama rata atau dalam satu sistem politik antarabangsa.

 Ringkasnya, nationalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap


bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri, menegakkan kedaulatan rakyat dan
menuntut kesetiaan ulung rakyat untuk disalurkan kepada negara bangsa. Hal ini
digambarkan menerusi perasaan cinta dan taat setia yang mendalam kepada tanah air
yang akhirnya mendorong keinginan serta keazaman untuk berjuang membebaskan
tanah air daripada pemerintahan kuasa asing.

TAJUK 2

SET 1 : IMPERIALISME

NOTA BAB 1
2A. FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME DI ASIA
TENGGARA
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
SET 2 : NASIONALISME

2A. FAKTOR-FAKTOR PENCETUS


NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
SET 1 : IMPERIALISME

2A. Faktor-faktor/Punca-Punca/Sebab-sebab Imperialisme di Asia Tenggara.

 Banyak sebab berlakunya imperialisme kuasa Barat di Asia Tenggara. Antaranya

termasuklah dari segi geografi, ekonomi dan politik.

 Dari segi geografi, kedudukan Asia Tenggara adalah strategik kerana terletak di

tengah-tengah jalan perdagangan antara China dan India.


 Penguasaan terhadap Asia Tenggara akan menjamin pasaran yang luas kepada kuasa-

kuasa Barat ini.

 Asia Tenggara juga mempunyai tanah yang subur dan kaya dengan pelbagai bahan

mentah seperti bijih timah dan kayu jati.

 Selain itu, imperialisme juga berlaku disebabkan oleh kepesatan sektor perindustrian

akibat Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17.

 Hal ini membolehkan mereka mengeluarkan berbagai-bagai hasil perkilangan secara

besar-besaran.

 Kesannya, masyarakat Eropah memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak

secara berterusan/konsisten.

 Penghasilan barangan yang banyak ini menyebabkan mereka memerlukan kawasan

pasaran yang baru seterusnya mendorong perluasan kegiatan penjajahan/imperialisme

yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.

 Negara China dan India menjadi sasaran utama penjajahan Barat kerana berpotensi

untuk dijadikan pasaran yang luas bagi barangan Eropah.

 Asia Tenggara pula menjadi pilihan kerana kekayaan bahan mentahnya.

 Di samping itu, perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan turut

menyumbang kepada kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara.

 Penciptaan kapal berkuasa wap, pembukaan Terusan Suez dan penciptaan telegraf

memberikan faedah yang besar kepada kuasa Barat.

 Penciptaan dan penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang lebih

banyak dibawa di samping mempercepat perjalanan antara Barat dengan Timur.

 Sementara itu, pembukaan Terusan Suez pula telah memendekkan jarak perjalanan

antara Timur dengan Barat dan menjadikan perjalanan lebih selamat serta menjimatkan

kos.
 Penciptaan telegraf pula membolehkan kuasa-kuasa imperialis Barat memberikan

arahan kepada para pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.

 Teknologi telegraf ini turut membolehkan ahli-ahli perniagaan di Barat berhubung

dengan wakil-wakil mereka di Timur menjadikan urusan perniagaan lebih mudah

seterusnya menyebabkan peningkatan dalam kegiatan perdagangan antarabangsa.

 Semakin luas tanah jajahan sesebuah kuasa Barat, semakin tinggi sanjungan yang

diperoleh kuasa-kuasa Barat tersebut. Hal ini menimbulkan persaingan antara kuasa

Barat.

 Akibatnya, negara-negara Asia Tenggara menjadi mangsa kegiatan imperialisme Barat.

Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan sesebuah kuasa

Barat.

 Kuasa-kuasa Barat seperti British dan Belanda mendakwa mereka lebih maju dan

bertamadun.

 Oleh yang demikian, mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke

arah kehidupan yang lebih baik.

 Antara slogan yang digunakan termasuklah beban orang putih yang digunakan oleh

British dan Belanda sementara Perancis pula menggunakan slogan tugas menyebarkan

tamadun.

 Mubaligh Kristian pula ingin menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di Tanah

jajahan.
SET 2 : NASIONALISME

2A. Faktor-faktor/Punca-Punca Kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara.

 Terdapat banyak faktor yang mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara .

Antara faktor-faktor tersebut termasuklah dasar penjajahan Barat , pengaruh agama ,

karya kesusasteraan , sistem pendidikan , kemunculan golongan intelektual , pengaruh

media massa, perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan serta

pengaruh luar.
Dasar Penjajahan Barat

 Dasar penjajahan Barat telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan

rakyat.

 Pengenalan sistem birokrasi Barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan

dalam pentadbiran moden dan mengekalkan rakyat dalam ekonomi tradisional .

 Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.

Bagi orang tempatan, perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan

juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian penduduk

tempatan terhadap British.

 Dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah pula telah menindas penduduk

peribumi. Penduduk dipaksa menjadi buruh dan menyebabkan timbul rasa tidak puas

hati dalam kalangan rakyat tempatan.

 Contohnya Sistem Polo dan Sistem Tanaman Paksa.

 Pihak penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial yang ketara antara mereka dan

penduduk tempatan. Pihak penjajah menganggap mereka berada dalam kelas

tersendiri.

 Mereka hanya berdampingan sesama mereka dan golongan elit tempatan seperti

bangsawan dan pegawai kerajaan berpendidikan Barat.

 Selain itu dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran turut menyebabkan

penguasaan imigran dalam ekonomi hingga menimbulkan rasa gusar di hati penduduk

tempatan.

Pengaruh agama
 Selain itu, kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ialah pengaruh agama. Agama

telah menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh

kebudayaan Barat serta agama Kristian.

 Contohnya, Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan

Persatuan Belia Buddha di Burma pada peringkat awal gerakan nasionalisme di Asia

Tenggara bukan sahaja membuktikan peranan agama sebagai alat perpaduan

malahan turut mengiktiraf golongan agama sebagai pencetus nasionalime.

 Sementara itu, agama Kristian yang telah diperkenalkan oleh Sepanyol telah

menyatukan rakyat Filipina untuk menentang Sepanyol kerana penganut Kristian

tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut Kristian yang berbangsa Sepanyol.

Karya kesusasteraan

 Faktor seterusnya ialah kemunculan karya kesusasteraan yang menyampaikan mesej

kesengsaraan dan kekecewaan masyarakat tempatan terhadap penjajah.

 Karya-karya ini secara tidak langsung telah membangkitkan kesedaran bangsa dan

semangat cinta akan tanah air.

 Antara contoh karya kesusasteraan yang membangkitkan semangat nasionalisme

adalah seperti novel Noli Me Tenggere karya Jose Rizal di Filipina telah menjadi

pencetus dan inspirasi gerakan nasionalisme Asia Tenggara.

 Di Indonesia pula, antara cerpen yang menimbulkan semangat nasionalisme ialah

cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar sangat

berpengaruh kepada penduduk Indonesia.

 Sementara itu, di Tanah Melayu novel Pak Sako iaitu Putera Gunung Tahan telah

berjaya menimbulkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.


Sistem Pendidikan

 Sistem pendidikan juga merupakan antara faktor yang pencetus nasionalisme. Hal ini

berlaku disebabkan sikap penjajah yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam

menyediakan kemudahan pendidikan dengan bertindak mengutamakan sekolah yang

menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar .

 Seterusnya penjajah juga memberikan pendidikan pada peringkat rendah sahaja dan

terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.

 Sebagai contoh, di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan pendidikan tersendiri dan

diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap pilih kasih Belanda ini adalah

bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan rakyat tempatan.

 Pengenalan pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di Burma pula telah menjadi

ancaman terhadap sekolah Buddha.

 Lepasan sekolah vernakular di Tanah Melayu pula sukar mendapat pekerjaan

berbanding lepasan sekolah Inggeris.

Kemunculan Golongan Intelektual

 Kemunculan golongan intelektual turut menjadi pencetus kepada semangat

nasionalisme. Hal ini kerana mereka merupakan golongan yang telah melanjutkan

pelajaran di Barat dan di Asia Barat dan terdedah dengan idea falsafah Barat dan Islam.

 Pengalaman mereka telah menyedarkan golongan ini bahawa pihak penjajah tidak

mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri.

 Golongan ini akhirnya memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.

Perkembangan Media Massa


 Perkembangan media massa seperti akhbar dan majalah turut berperanan ke arah

menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

 Akhbar dan majalah mempunyai keupayaan untuk menyebarkan idea-idea nasionalis

dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.

 Sebagai contoh, akhbar yang berpengaruh di Vietnam ialah Tribune Indigene sementara

antara akhbar yang berpengaruh di Tanah Melayu pula termasuklah Al-Ikhwan, Majlis

dan Warta Malaya.

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

 Kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara turut dipengaruhi oleh

perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan.

 Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf telah membantu memudahkan hubungan

dalam kalangan nasionalis.

 Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api dapat menghubungkan kawasan-kawasan

yang sebelum ini terpisah.

 Hasilnya, rakyat dan para pemimpin lebih mudah bertemu dan membincangkan idea-

idea nasionalisme.

Pengaruh Luar

 Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 telah

membuka mata para nasionalis di Asia Tenggara kerana kemampuan sebuah negara

kecil mengalahkan negara besar.

 Begitu juga perjuangan Mahatma Gandhi di India dalam menentang British telah

memberikan inspirasi kepada para nasionalis di negara-negara Asia Tenggara untuk

menentang penjajahan Barat di negara masing-masing.


 Hal ini membuktikan bahawa pengaruh luar turut mencetuskan nasionalisme di Asia

Tenggara.

TAJUK 3
SET 1 NOTA BAB 1
KEMUNCULAN DANBIROKRASI
3A. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
BARAT NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
SET 2

3A. TAHAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DI


ASIA TENGGARA
I. TAHAP PERTAMA
II. TAHAP KEDUA

3B. PERBANDINGAN TAHAP PERKEMBANGAN


NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
SET 1 : IMPERIALISME
3A. JELASKAN CIRI – CIRI BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA

Filipina

 Di Filipina, Sepanyol memperkenalkan pentadbiran berpusat dengan Gabenor Janeral


sebagai pemerintah tertinggi.

 Ketua Datuk Bandar berperanan sebagai Pentadbir Wilayah.

 Sementara itu, Gabenor kecil dilantik sebagai Pentadbir Bandar.

 Pada peringkat tempatan, barangay-barangay daerah-daerah kecil disatukan di bawah


Sistem Encomienda yang diketuai oleh encomiendero

 Encomiendero berperanan menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan


penduduk barangay
 Di bawah sistem ini, para penduduk Filipina dikenakan cukai yang tinggi dan kerahan
tenaga.

Indonesia
 Di Indonesia pula, penjajah Belanda memperkenalkan pentadbiran berpusat yang
diketuai oleh Gabenor Jeneral
 Pentadbiran di peringkat tempatan dikendalikan oleh para pembesar tempatan di
bawah pengawasan pegawai Belanda.
 Beberapa buah Jabatan Kerajaan turut ditubuhkan. Misalnya Jabatan Pelajaran dan
Jabatan Pertanian
 Dewan Tempatan turut ditubuhkan oleh Belanda dan berperanan sebagai penasihat
pentadbiran Belanda tetapi tidak mempunyai kuasa perundangan
 Penubuhan Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat dan dianggap sebagai langkah ke
arah kemerdekaan.

Burma
 Di Burma, British meletakkan Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pemerintah tertinggi a
 Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 turut
diperkenalkan
 Kedatangan penjajah Barat menyaksikan pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok
(Pegawai Bandaran)
 Undang-undang barat juga diperkenalkan mengakibatkan fungsi raja sebagai penaung
sami Buddha diambil alih oleh undang-undang Barat
 Selain itu, Majlis Perundangan diperkenalkan malahan, beberapa jabatan kerajaan
misalnya Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran juga
ditubuhkan.

Indochina
 Di Indochina, Perancis memperkenalkan kerajaan pusat dengan penubuhan Union
Indochinoise / Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja.
 Laos menyertainya pada 1904
 Diketuai oleh Gabenor Janeral
 Leftenan Janeral sebagai sebagai pemerintah wilayah/jajahan /naungan
 Dibantu oleh Residen Janeral dan Residen Wilayah
 Semua rang undang-undang di Indochina diluluskan oleh Parlimen Perancis
 Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu
membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga

Tanah Melayu
 Di Tanah Melayu , British telah menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
menjadi Negeri Selat

 Pemerintah tertinggi Negeri Selat ialah Gabenor

 Gabenor dibantu oleh residen kaunselor bagi ketiga –tiga negeri tersebut

 Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan,
British memperkenalkan Sistem Residen

 Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu Kedah, Kelantan, Trengganu, Perlis dan Johor
British memperkenalkan Sistem Penasihat

 Residen dan Penasihat British diletakkan dibawah Gabenor Negeri-Negeri Selat

 Tugas utama residen dan penasihat British adalah menasihati Sultan dalam semua
perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

 Brirtish memperkenalkan sistem kehakiman Barat

 Melaksanakan sistem pengutipan cukai tanah dan hasil hutan

 Pentadbiran negeri dibahagikan kepada beberapa daerah

 Penubuhan balai polis untuk mengawal keselamatan

 Peranan raja dan pembesar Melayu terjejas hanya berkuasa dalam agama dan adat
istiadat

 Pentadbiran pada peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan


SET 2 : NASIONALISME

3A. Jelaskan Perkembangan Nasionalisme / Tahap Perkembangan Nasionalisme / Ciri-ciri


Nasionalisme di Asia Tenggara

(i) Tahap perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara secara umum.


Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua tahap.

Tahap Pertama

 Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat


setempat dan tidak berorganisasi.
 Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan
nasionalisme.
 Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang
berpendidikan Barat dan Asia Barat.
 Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan
dan taraf hidup mereka dibaiki.
 Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.

Tahap Kedua

 Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal


 dan berorganisasi.
 Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana
gagal.
 Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta
berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat yang mana
mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap bangsa
dan negara.
 Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya
membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

3B. Perkembangan Nasionalisme Tahap 1 dan 2 mengikut negara

Perkembangan Nasionalisme di Filipina

Gerakan nasionalisme di Filipina merupakan gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat
dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.

Tahap Pertama

 Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang
mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan
Barat.

 Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina diberikan hak
yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina diberikan
kebebasan bersuara.

 Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindakbalas Sepanyol, Jose Rizal telah
menubuhkan LIga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak Kerajaan Sepanyol
melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
 Kerajaan Sepanyol berasa terancam dan menangkap Jose Rizal dan membuangnya ke
Dapitan di Mindanao.

 Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.

 Walaupun gerakan dakyah ini berakhir tetapi telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang
lebih radikal pada tahap kedua.

Tahap Kedua

 Gerakan ini bermula apabila Parti Katipunan yang ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah
memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol.

 Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai


kemerdekaan melalui revolusi.

 Kartipunan telah menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada
rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut.

 Pada tahun 1896, Kartipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan


pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. Kartipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum
mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.

 Aguinaldo telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Berjaya mengusir Sepanyol
pada tahun 1898. Penyingkiran Sepanyol telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat
terhadap Filipina.

 Pengisyhtiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan oleh
Amerika. Dengan itu, revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901

 Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio


Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan selepas partinya iaitu Parti Nasional
menang dalam pilihanraya pada tahun 1907.

 Pada tahun 1930-an, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui


perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih
liberal.

Perkembangan Nasionalisme di Indonesia

Gerakan nasionalisme di Indonesia gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat dibahagikan
kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua.

Tahap Pertama
 Para nasionalis di Indonesia memberikan sepenuh tumpuan terhadap isu-isu pendidikan.
Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.

 Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan
Penulisan Seorang Puteri Jawa. Karya ini telah mendedahkan kemunduran rakyat
Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda

 Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk


menubuhkan perhubungan yang lebih tersusun.

 Selain itu Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini. Matlamat
pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman
sekularisme Barat serta agama Kristian.

 Seterusnya pertubuhan ini turut membina banyak sekolah, klinik dan masjid .

Tahap Kedua

 Gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal


Sarikat Islam(SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI).

 Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia walaupun
dengan cara kekerasan.

 PNI di bawah pimpinan Soekarno berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.

 Belanda bertindakbalas menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan


mengharamkan PNI.

Perkembangan Nasionalisme di IndoChina

Tahap Pertama

 Gerakan nasionalisme tahap pertama di IndoChina tertumpu di Vietnam yang dipelopori


oleh golongan Bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka berjuang
memulihkan sistem pemerintahan beraja

 Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di


kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini, iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu
gerakan revolusi tetapi gagal

 Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan
pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau
kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH telah diharamkan oleh Perancis
Tahap Kedua

 Kegagalan parti-parti politik sederhana mendapatkan kerjasama Perancis telah membawa


kepada Gerakan nasionalisme yang lebih radikal

 Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan
Parti Komunis Vietnam (PKV) yang bersifat radikal

 Perancis bertindak menangkap pemimpin VNQDD dan menjatuhkan hukuman bunuh


terhadap Nguyen Thai Hoc manakala Ho Chi Minh pemimpin PKV telah melarikan diri ke
Hong Kong

 Sikap keras Perancis ini telah menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak
sederhana dibawah pimpinan Maharaja Bao Dai

 Segala usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat malah, baginda juga dilarang
melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

 Akhirnya, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan dilantik menjadi
Presiden Vietnam Utara

Perkembangan Nasionalisme di Burma / Myanmar

Tahap Pertama

 Gerakan nasionalime tahap pertama di Burma dicetuskan oleh golongan sami Buddha dan
golongan elit berpendidikan barat.

 Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 yang
bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan dikalangan rakyat
Burma

 Persatuan Belia Buddha menggunakan isu Kasut untuk membangkitkan semangat


nasionalime dikalangan rakyat Burma

 Menjelang tahun 1916 Persatuan Belia Buddha dikatakan lebih bersifat radikal dibawah
pimpinan U Ba Pe

 Pada tahun 1920 pemimpin-peminpin Persatuan Belia Buddha telah menubuhkan Majlis
Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma yang lebih radikal.

Tahap Kedua

 Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma dikatakan muncul hasil dari Laporan montagu
Chelsford yang mengatakan Burma masih belum bersedia untuk berkerajaan sendiri.
 Pada tahun 1920 berlakunya revolusi pelajar yang membawa kepada cadangan/tuntutan
penubuhan sebuah Universiti untuk mereka.

 Gerakan nasionalisme di Burma juga berlaku setelah wujudnya gerakan Golongan Sami
Buddha melalui Majlis AM Sangha Sametggi yang membawa kepada tercetusnya
Pemberontakan Saya San

 Pemberotakan Saya San telah diketuai oleh Saya San yang merupakan bekas Pongyi dan
pemimpin di Tharawaddy.

 Kebangkitan semangat nasionalisme di Burma juga berlaku setelah munculnya Liga


Antipemisahan yang mengatakan pemisahan dengan India akan melambatkan
kemerdekaan Burma

 Pengenalan Perlembagaan Burma pada tahun 1935 memberi ruang kepada rakyar Burma
untuk menubuhkan kerajaan sendiri

 Begitu juga kewujudan Golongan Thakin (siswazah university ) telah menuntut


kemerdekaan Burma melalui penubuhan Parti Dobawa Asiayone pada tahun 1935

 Parti Dobama Asiayone tersebut dipimpin oleh Aung San, Kyam Nein dan U Nu dengan
mengelarkan diri mereka sebagai “Tuan”.

 Akhir sekali, kemenangan Dr Ba Maw dalam pilihan raya pada tahun 1937 telah
membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Burma.

Perkembangan Nasionalisme di Thailand

Tahap Pertama

 Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di
Asia Tenggara yang bersifat antipenjajah

 Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puas hati rakyat
tempatan terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja
berkuasa mutlak.

 Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah


melahirkan golongan intelek di Thailand.

 Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah
kepada idea-idea Barat seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja
berperlembagaan
 Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan
beraja mutlak telah menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.

 Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat
tidak berpuashati.

 Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul
Songram pada 1932.

 Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem
raja berkuasa mutlak.

Tahap Kedua

 Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puashati rakyat terhadap
cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina

 Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand.
Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk
menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas orang Siam.

 Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang
untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China

 Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga
diharamkan.

 Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu
perdagangan dan perusahaan.

 Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja

 Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud
negeri atau tanah yang bebas.

 Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-


orang Siam kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak
dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.

 Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya
pendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis.
Menyatukan wilayah-wilayahnya di IndoChina dan Tanah Melayu.
NOTA BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
TAJUK 4 NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
SET 1 : IMPERIALISME

4A. Pengenalan sistem birokrasi Barat di Asia


Tenggara merupakan tipu muslihat kuasa barat.

SET 2 : NASIONALISME
4A. Kewibawaan pemerintah berjaya memelihara
kemerdekaan Thailand sehingga menimbulkan
perasaan bangga rakyat terhadap negara.

4B. Walaupun tidak pernah dijajah, gerakan


nasionalisme turut berlaku di Thailand.

3A. TAHAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DI


SET 1 : IMPERIALISME
4A. Pengenalan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara merupakan tipu muslihat kuasa
barat.

 Menguasai ekonomi tanah dengan menjalankan sistem tanaman paksaan.


 Penguasaan sistem pentadbiran tanah jajahan .
 Memudahkan mereka meluaskan pengaruh
 Mengekalkan kuasa/pengaruh politik di tanah jajajhan.
 Mendapatkan cukai /pendapatan
 Memperolehi buruh yang murah melalui kerahan tenaga.
 Menyebarkan agama Kristian
 Meluaskan tanah jajahan /kawasan jajahan
 Menyebarkan budaya barat
 Menguasai jabatan kerajaaan/biro
 Menghapuskan kuasa pembesar/sistem pentadbiran tradisional.
 Memperkenalkan undang-undang barat
 Pemimpin tempatan kehilangan kuasa
 Merampas tanah di tanah jajahan.
SET 2 : NASIONALISME

4A. Kewibawaan pemerintah berjaya memelihara kemerdekaan Thailand sehingga


menimbulkan perasaan bangga rakyat terhadap negara.

 Pemerintah Thailand telah memainkan peranan yang penting sehingga berjaya


memelihara kedaulatan negara dan menimbulkan perasaan bangga rakyat Thailand
terhadap negara mereka
 Usaha-usaha pemodenan pentadbiran yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan Raja
Chulalongkorn berjaya menghalang kuasa Barat untuk menguasai pentadbiran dalam
negara Thailand

Peranan Raja Mongkut

 Raja Mongkut telah memperkenalkan birokrasi Barat dalam pentadbiran negara


 Baginda telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
kerajaan dan melatih pegawai-pegawai tempatan
 Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain
 Penasihat kastam dibawa dari Amerika Syarikat
 Penasihat ketenteraan dibawa dari Perancis

Peranan Raja Chulalongkorn

 Raja Chulalongkorn pula telah memperkenalkan Majlis Penasihat , Majlis Mesyuarat


Tertinggi dan Kabinet Menteri
 Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara

 Pembaharuan yang dilakukan oleh kedua-dua raja tersebut berjaya mengekalkan


kemerdekaan Thailand
 Selain itu, muncul golongan pentadbir dalam birokrasi moden berdasarkan tahap
pendidikan
 Walau bagaimanapun pemerintah seterusnya lemah dalam pentadbiran sehingga
menyebabkan berlaku Revolusi Thai yang telah menamatkan sistem pemerintahan raja
berkuasa mutlak
 Seterusnya Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan

Peranan Phibul Songgram

 Phibul Songgram merupakan Perdana Menteri Thailand


 Beliau telah berjaya mengukuhkan perasaan bangga rakyat Thailand terhadap negara
dengan
 Beliau telah melakukan beberapa perubahan dalam pemerintahan ekoran perasaan
tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina
 Beliau telah meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan
ekonomi oleh orang Cina dan bertindak membubarkan sekolah Cina dan akhbar Cina
 Beliau juga menggalakkan penduduk peribumi untuk menceburi bidang ekonomi
 Beliau telah menetapkan hanya penganut agama Buddha sahaja yang boleh memegang
jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan
 Beliau bertindak menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas
pada tahun 1939
 Langkah ini telah menyemarakkan lagi gerakan nasionalisme rakyat Thailand
 Seterusnya, beliau berjaya memelihara kemerdekaan Thailand melalui kerjasama
dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua
 Semasa pemerintahan beliau, beberapa wilayah Thailand di IndoChina dan di Tanah
Melayu telah berjaya dikembalikan

4B. Walaupun tidak pernah dijajah, gerakan nasionalisme turut berlaku di Thailand

 Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara


 kerana Thailand berjaya mengekalkan kedaulatannya
 Gerakan nasionalisme di Thailand adalah kerana rasa tidak puas hati rakyat tempatan
terhadap penguasaan politik oleh kerabat raja dan penentangan terhadap raja berkuasa
mutlak
 Hal ini kerana perkembangan sistem pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan
Raja Chulalongkorn yang telah berjaya melahirkan golongan intelek
 Golongan intelek ini telah mendapat pendidikan Barat di seberang laut dan telah
terdedah dengan fahaman liberal, sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan
 kefahaman mereka terhadap idea demokrasi menyebabkan mereka berpendapat
bahawa sistem pemerintahan beraja mutlak adalah penghalang kepada pembentukan
negara Thai moden
 Tambahan pula, Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melakukan pelbagai
perubahan ke arah pentadbiran demokrasi Barat
 Pada masa yang sama, rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran Raja
Vajiravudh yang turut mempunyai sikap boros
 Ketidakpuasan hati rakyat telah mewujudkan penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932
 Parti Rakyat ini ditubuhkan oleh Nai Pridi Panamyong dan Field Marshall Phibul
Songram
 Pada tahun 1932, Parti Rakyat tersebut telah melancarkan revolusi yang akhirnya
berjaya menamatkan sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak di Thailand

NOTA BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA

TAJUK 5
SET 1 : IMPERIALISME

5A. Pada pendapat anda, apakah penjajahan


bentuk baru yang boleh menggugat
kedaulatan Negara di Asia Tenggara?
5.
SET 2 : NASIONALISME

5A. Sejauhmanakah keberkesanan sistem


pentadbiran negara dapat mewujudkan
sebuah negara yang berdaulat.

5B. Cadangkan usaha-usaha untuk


mengekalkan kemerdekaan negara kita.
SET 1 : IMPERIALISME

5A. Pada pendapat anda, apakah penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat
kedaulatan Negara di Asia Tenggara?

5A. Pada pendapat anda, apakah penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat
kedaulatan Negara di Asia Tenggara?

 Pada pendapat saya, antara penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat
kedaulatan Negara di Asia Tenggara antaranya ialah banyak filem asing
ditayangkan di Negara Asia Tenggara berbanding filem tempatan.
 Tayangan filem asing ini mempunyai tarikan budaya masyarakat asing yang boleh
merosakkan akhlak rakyat tempatan.
 Contohnya filem dari Barat yang memaparkan unsur kelucahan yang melampau
yang tidak sesuai dengan budaya dan nilai-nilai murni agama masyarakat
setempat.
 Penerapan budaya asing tanpa disedari ke dalam masyarakat Asia Tenggara,
terutamanya budaya negatif yang merosakkan akhlak anak-anak remaja di negara
Asia Tenggara.
 Budaya negatif ini disebarkan melalui filem, majalah, internet dan lain-lain lagi.
 Antara budaya asing yang diserap oleh anak remaja ialah cara berpakaian yang
tidak sopan dan tidak sesuai dengan budaya murni masyarakat Asia Tenggara yang
terkenal dengan kesopanan dan kelembutan dalam kehidupan seharian.
 Penerapan budaya negatif ini member natijah yang buruk ke atas anak remaja,
masyarakat dan negara Asia Tenggara.
 Penjajahan bentuk baru yang ketiga pula ialah campur tangan negara luar dalam
hal ehwal politik negara, campur tangan ini boleh menggugat keamanan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara.
 Campur tangan negara luar ini biasanya melibatkan kepentingan peribadi negara
luar tersebut, sama ada untuk menunjukkan kuasa atau untuk menundukkan
negara yang menjadi mangsa.
 Contohnya ialah tindakan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan sahaja merugikan negara malah
langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya memusnahkan keharmonian yang
telah dipupuk selama ini.

SET 2 : NASIONALISME

5A. Sejauhmanakah keberkesanan sistem pentadbiran negara dapat mewujudkan sebuah


negara yang berdaulat.

 Pemerintah yang bijaksana dan berwibawa dapat mengekalkan negara yang berdaulat.
 Pemerintah berupaya menguruskan pentadbiran dengan tersusun dan bersistematik.
 Kebijaksanaan pemimpin dapat menguruskan pentadbiran tanpa pertumpahan darah.
 Contohnya Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan negara dengan memiliki
pemerintah yang sangat berkeyakinan dan berwibawa sehingga dapat mengekalkan
kemerdekaan dan kedaulatan negara.
 Misalnya Raja Mongkut yang telah menerima 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai
jabatan-jabatan dalam pentadbiran.
 Pemodenan dalam pentadbiran juga merupakan faktor penting dalam mengekalkan
negara yang merdeka dan berdaulat.
 Mampu menerima dan mengikut perubahan semasa bagi memantapkan sistem
pentadbiran.
 Dapat menghalang gerakan atau ancaman daripada luar dengan mudah.
 Misalnya Raja Chulalongkorn yang memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
Mesyuarat Tinggi dan Kabinet Menteri.
 Sehingga memunculkan golongan baru berdasarkan tahap pendidikan.
 Pentadbiran yang memelihara hak dan kepentingan rakyat.
 Mampu mengekalkan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah.
 Mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap sebarang isu yang ditimbulkan.
 Sebagai contoh Phibul Songram yang meluluskan undang-undang bagi menyekat
cengkaman ekonomi orang Cina di Thailand demi menjaga kebajikan dan hak rakyat.
 Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukan sahaja memerlukan kesetiaan
rakyat, malah sistem pentadbiran sesebuah negara juga perlu diperkukuhkan bagi
memelihara keharmonian yang telah dicapai.
 Perpecahan dan perbalahan rakyat yang berlaku adalah hasil daripada kepincangan
sistem pentadbiran yang akhirnya menghancurkan sesebuah negara.
5B. Cadangkan usaha-usaha untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita.

 Antara usaha-usaha bagi mengekalkan kemerdekaan negara ialah menghayati Rukun


Negara Malaysia.
 Iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan yang terakhir Kesopanan dan
kesusilaan.
 Apabila masyarakat Malaysia menghayati dan melaksanakan kelima-lima prinsip Rukun
Negara ini diharap ia membantu mengekalkan kemerdekaan negara Malaysia
 Usaha kedua pula ialah, Memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat, Kita perlu
mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang
berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
 Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya
dikritik.
 Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan
yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan
dihargai.
 Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
 Usaha ketiga pula ialah, Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan
dihormati Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati
sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara
dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang
sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.
 Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu
tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.
 Akhir sekali ialah Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah
negara.
 Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertoleransi antara masyarakat.
 Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia.
 Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk
bangsa atau kaum sendiri.
 Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa
atau agama.
 Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat
memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan
silaturahim.
 Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan.
 Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk
kesenangan semua pihak.
 Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan
berinteraksi dengan mudah.
 Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara.
 Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadab
atau kurang ajar.

NOTA BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA

TAJUK 6
SET 1 : IMPERIALISME

6A. Kesan penjajahan bentuk baru kepada


masyarakat hari ini

6B. Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh


negara kita selepas kemerdekaan

SET 2 : NASIONALISME

6A. Huraikan cabaran untuk mengekalkan


kemerdekaan negara.

6B. Mengapakah semangat patriotism


masyarakat hari ini semakin luntur?
Berikan penjelasan

SET 1 : IMPERIALISME
6A. Kesan penjajahan bentuk baru kepada masyarakat hari ini.

 Kesan penjajahan bentuk baru ialah negara tidak stabil disebabkan berlakunya
perebutan kuasa dan jawatan.
 Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara.
Contohnya kepimpinan kerajaan Iraq yang dibantu oleh Amerika syarikat.
 Pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah
negara.
 Oleh itu, mereka terpaksa mengikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam
sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di Iraq yang ingin menguasai
pengeluaran minyak.
 Kesan dalam bidang ekonomi pula negara kaya akan meluaskan penguasaan ekonomi
di negara yang lemah.
 Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan pelaburan.
 Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara
sedang membangun.
 Selain itu kehilangan jati diri bangsa.
 Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan, fahaman
liberalisme, seks bebas dan dadah.
 Penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah
dan media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan
dadah dalam masyarakat kita hari ini.
 Keamanan negara akan tergugat disebabkan kebebasan bersuara tanpa ada sikap
menghormati dan mematuhi undang-undang negara.
 Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat
kestabilan negara.
 Oleh itu, perpaduan antara kaum akan runtuh.
 Fahaman individualisme mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri
 Masalah perkauman mengakibatkan masyarakat tidak menghormati agama, bahasa dan
budaya kaum lain
 Ini akan meruntuhkan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di negara kita.

6B. Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita selepas kemerdekaan

 Pemimpin negara dapat mentadbir negara mengikut acuan sendiri melalui pelbagai
program pembangunan ekonomi dan sosial
 Perpaduan dan hubungan antara kaum dapat dipupuk melalui program integrasi
nasional
 Pelaburan asing di negara ini meningkat kerana kewujudan politik yang stabil
 Rakyat dapat menikmati kemajuan ekonomi tanpa bergantung kepada kuasa barat
 Kestabilan politik lebih terjamin hasil daripada kecekapan pemimpin berwibawa
 Rakyat mampu berdaya saing diperingkat global melalui penghasilan produk halal untuk
pasaran antarabangsa yang telah membuka peluang perniagaan kepada usahawan
Malaysia
 Semangat setia negara telah dipupuk dalam kalangan rakyat seperti pelaksanaaan
PLKN dan gagasan 1 Malaysia
 Penciptaan dan penemuan baharu dalam bidang pertanian, perindustrian dan
pembuatan telah menggalakkan lagi pembangunan R&D
 Sistem pendidikan Negara bertaraf dunia dengan penubuhan sekolah bestari, sekolah
wawasan dan sekolah cluster
 Penubuhan koridor raya multimedia (MSC) telah meningkatkan penggunaan ICT dalam
pelbagai bidang
 Taraf hidup masyarakat meningkat kerana peluang pekerjaan yang disediakan dalam
pelbagai bidang
 Pemodenan dalam bidang pertanian seperti penggunaan teknologi moden telah
meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.
 Kejayaan dalam bidang sukan seperti pencapaian atlet dalam sukan KOMANWEL,
sukan SEA dan sukan paralimpik

SET 2 : NASIONALISME

6A. Huraikan cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan negara.

 Cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita adalah berlakunya keruntuhan


akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya.
 Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan
pembangunan negara terbantut.
 Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana
mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.
 Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan
negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.
 Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara
kerana ada antara pendatang ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak
berkuasa di negara mereka.
 Wujudnya masalah perpaduan kaum yang akan menyebabkan negara kucar-kacir dan
membawa kepada campurtangan kuasa luar di negara kita..
 Negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan kerana kekurangan
senjata moden untuk menjaga keselamatan dari ancaman musuh.
 Cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu dalam
kalangan generasi muda hari ini.
 Masyarakat kita juga terpengaruh dengan dakyah atau ideologi yang memecahbelahkan
perpaduan kaum seperti Daesh, IS dan sebagainya.
 Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh
mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat
dalam kumpulan itu.
 Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang-
undang negara boleh mengancam keselamatan negara
 Campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan
Negara
 Kesukaran memupuk nilai-nilai patriotiesme dikalangan generasi muda masa kini.

6B. Mengapakah semangat patriotisme masyarakat hari ini semakin luntur?


Berikan penjelasan

 Semangat nasionalisme semakin luntur kerana sebahagian besar rakyat tidak pernah
mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman
penjajah.
 Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok
Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain- lain lagi.
 Selain itu, mereka dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai. Keadaan ini
menyebabkan mereka leka dan lalai dalam menghayati semangat cinta kepada negara.
 Penyalahgunaan teknologi moden dan canggih yang dinikmati seperti kemudahan
internet dan media sosial menyebabkan semangat nasionalisme semakin berkurangan.
 Negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat
pesat. Kesannya, kemewahan dan kesenangan hidup yang dialami inilah yang
mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan luntur semangat nasionalisme
dalam diri mereka.
 Kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam
kalangan rakyat Malaysia.
 Bacaan ikrar yang dilafazkan hanya sekadar dibibir tanpa menjiwainya yang
menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur.
 Kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme iaitu mengutamakan
keseronokan yang bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak dan seks bebas
sehingga menolak agama.
 Keasyikan dengan keseronokan ini menyumbang kepada kurangnya semangat
nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia.
TAJUK 7
 Kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri berbanding
dengan kepentingan kepada negara.
 Pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistic menyebabkan rakyat
SETmemikirkan
sibuk 1 : imperialisme
hal masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat dan negara.
 Fahaman politik yang berbeza juga penyumbang kepada semangat patriotisme semakin
luntur.
7A. Bagaimanakah
 Fanatik terhadap pegangan cara
ideologiuntuk mengatasi
parti masing-masing ancaman
mendorong mereka lebih
imperialisme
mengutamakan kepentinganbentuk
agenda baru?
peribadi daripada mengutamakan kepentingan
negara.
 Pengaruh media sosial dan internet di kalangan rakyat terutama golongan muda yang
7B. Cadangkan
menyebarkan sesuatu langkah-langkah bagi mengatasi
isu dan cepat mempercayai, contohnya isu berkaitan
cabaran
kepemimpinan yang
negara, yangdihadapi
belum terbuktioleh Malaysia untuk
kebenarannya.
 Telah menimbulkan kebencian terhadap pemimpin khasnya dan negara amnya sehingga
menjadi sebuah negara yang stabil dan kuat
terhakis semangat nasionalisme di kalangan rakyat.
di kekeluargaan
 Institusi persada antarabangsa
yang kurang memainkanbagi menghadapi
peranan mereka dalam proses
menyemaipenjajahan bentuk
semangat patiotisme baru?
kepada anak-anak
 Kurang publisiti dalam media massa tentang kepentingan semangat nasionalisme

NOTA BAB 1
7C. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil
untuk menghalang campur tangan kuasa barat
dalam pentadbiran negara?
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME
7D. Jelaskan DIdihadapi
cabaran yang ASIA TENGGARA
oleh Malaysia
dalam mengekalkan kedaulatan negara dan
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

SET 2 : NASIONALISME
7A. Cadangkan langkah-langkah untuk memupuk
semangat nasionalisme dalam kalangan generasi
muda hari ini? /Cadangan merealisasikan hasrat
pemupukan semangat nasionalisme yang
berterusan.
SET 1 : IMPERIALISME

7A. Bagaimanakah cara untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk baru?

 Cara untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk baru ialah dengan melahirkan
pemimpin negara yang bijak dan berwibawa.
 Seperti Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn, Bapa Keamanan dan
Tun Mahathir Mohamad, Bapa Pemodenan
 Selain itu, pihak kerajaan berjaya memajukan ekonomi negara ke peringkat
antarabangsa.
 Mengukuhkan pertahanan negara juga dapat mengelak daripada ancaman imperialisme
bentuk baru.
 Disamping itu,kestabilan politik boleh dicapai melalui pengamalan sistem demokrasi
berparlimen.
 Pelaksanaan dasar luar negara juga dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan
semua negara .
 Dasar berkecuali yang dilaksanakan oleh negara juga dapat membebaskan Malaysia
dari campur tangan mana-mana kuasa.
 Rakyat juga perlu mengamalkan semangat bersatu-padu dan saling menghormati
perbezaan agama, bahasa dan budaya kaum lain.
 Secara tidak langsung keaman negara dapat diwujudkan dan rakyat hidup harmoni.
 Warganegara juga perlu mengamalkan prinsip Rukun Negara untuk dijadikan pegangan
dan panduan sebagai ideologi negara.
 Hal ini juga berjaya mengukuhkan semangat patriotisme dan jati diri rakyat.

7B. Cadangkan langkah-langkah bagi menghadapi imperialisme/penjajahan bentuk baru?

 Langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah menjadi sebuah negara yang stabil dan
kuat dipersada antarabangsa dengan mengamalkan sikap integriti yang telus.
 Sehubungan itu setiap rakyat Malaysia haruslah amanah dalam menjalankan tugas.
 Secara tidak langsung perbuatan rasuah dapat dielakkan.
 Pihak kerajaan juga boleh mengukuhkan keselamatan negara.
 Dengan menguatkan pasukan keselamatan negara.
 Oleh itu penyertaan semua kaum dalam pasukan keselamatan hendaklah dipergiatkan
agar keselamatan negara bukan hanya menjadi tanggungjawab satu kaum sahaja.
 Pasukan keselamatan juga haruslah meningkatkan kawalan perairan negara.
 Seperti mengadakan rondaan di perairan secara berjadual.
 Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin perlu bekerjasama bagi
mengawal perairan negara agar tidak dibolosi oleh musuh.
 Pemantapan pendidikan kebangsaan harus ditekankan kepada semua peringkat.
 Hal ini bertujuan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang memahami aspirasi negara.
 Seperti pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara.

7C. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang campur tangan
kuasa barat dalam pentadbiran negara?

 Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang campur tangan kuasa barat
dalam pentadbiran negara ialah dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran
negara.
 Semua rakyat perlu mengamalkan semangat bersatu padu untuk mengukuhkan
semangat perpaduan semua kaum.
 Selain itu, menumpahkan taat setia kepada raja dan negara.
 Warganegara yang baik perlu mematuhi undang-undang negara.
 Rakyat Malaysia juga sentiasa mengamalkan prisip-prinsip Rukun Negara.
 Campur tangan kuasa barat juga boleh diatasi dengan memperkukuhkan kawalan
keselamatan negara dengan memantapkan sistem pertahanan negara.
 Komitmen yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia dalam melaksanakan dasar-
dasar negara dengan telus.
 Selain itu, rakyat perlu berwaspada dan patuh kepada agama agar tidak terpengaruh
dengan ancaman luar seperti IS
 Secara tidak langsung dapat menanam semangat cinta akan negara.
 Pihak kerajaan juga perlu mentadbir negara dengan cekap dan sistematik .
 Akhir sekali semua rakyat harus menghormati perlembagaan supaya negara kekal aman
dan makmur.

7D. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan
negara dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

 Cabaran untuk mengekalkan kedaulatan di negara kita adalah berlakunya keruntuhan


akhlak dalam kalangan masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya.
Kesannya negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan dan akan menyebabkan
pembangunan negara terbantut.
 Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut ialah generasi muda perlu
memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan agar tidak terjebak dengan gejala sosial.
 Cabaran seterusnya ialah jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kedaulatan
negara kerana mewujudkan perasaan tidak puas hati serta permusuhan antara kaum.
 Langkah-langkah untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum ialah dengan
penglibatan semua kaum dalam semua aspek ekonomi negara
 Cabaran setersnya ialah pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga
mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat kedaulatan negara kita.
 Langkah-langkah mengatasi pencerobohan sempadan ialah pihak kerajaan perlu
mengukuhkan sistem pertahanan negara agar tidak dapat dicerobohi oleh musuh.
 Cabaran seterusnya ialah kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat
keselamatan negara sebab ada antara pendatang ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
 Penguatkuasaan undang-undang berkaitan kemasukan pendatang asing tanpa izin
perlu diperketatkan dengan menghadkan jumlah pendatang asing.
 Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kedaulatan negara ialah masalah perpaduan
kaum. Sekiranya tidak wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa
kepada campurtangan kuasa luar di negara kita.
 Langkah mengatasi masalah perpaduan ialah semua rakyat perlu mengamalkan sikap
bertoleransi tanpa mengira kaum bagi mewujudkan kesejahteraan negara.
 Cabaran terakhir negara menghadapi ancaman penjajahan pemikiran dan cara hidup
gaya barat.
 Langkah untuk menghadapi ancaman penjajahan pemikiran dan cara hidup gaya barat
setiap warganegara perlu mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan dan
kebolehan sendiri tanpa terpengaruh dengan anasir negatif dari luar.

SET 2 : NASIONALISME

7E. Cadangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat nasionalisme dalam


kalangan generasi muda hari ini? / Cadangan merealisasikan hasrat pemupukan
semangat nasionalisme yang berterusan.

 Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme dalam


kalangan generasi muda ialah dengan membawa anak-anak melawat tempat-tempat
bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir Melaka dan muzium-muzium.

 Selain itu, Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman
dahulu membangunkan negara. Dengan cara ini, Ibu bapa boleh membelikan anak-
anak buku dan DVD yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.

 Sementara itu, Kementerian Pendidikan dapat memupuk semangat ini dengan


menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam
peperiksaan.

 Seterusnya, guru juga dapat menerapkan elemen patriotisme melalui mata pelajaran
seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya.
 Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan,
pidato, bahas dan pintomin pada bulan kemerdekaan.

 Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi pendidikan juga boleh menganjurkan
aktiviti-aktiviti patriotisme bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan seperti deklamasi
sajak, debat, perarakan dan lain-lain menerusi media cetak dan elektronik.

 Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen dapat membantu memupuk
semangat nasionalisme dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat
cintakan Negara. Contohnya filem Bukit Kepong dan Sarjan Hassan.

 Selain itu, biografi mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan
Tun V.T. Sambanthan yang diselitkan ketika iklan dilihat dapat menjentik hati kecil
masyarakat untuk mencontohinya.

 Antara cara lain yang dapat memupuk semangat nasionalisme ini ialah melalui contoh
dan teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
 Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani
isu-isu negara seperti kemiskinan, keselamatan dan lain-lain. Contohnya dalam
menangani isu keselamatan di Lahad Datu.

 Akhir sekali, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotisme akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat nasionalisme.
NOTA BAB
TAJUK 8 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
8A. IKTIBAR YANG DIPEROLEHI DARIPADA
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI
ASIA TENGGARA
SET 1 : IMPERIALISME

8A. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji

 Iktibar yang diperoleh daripada imperialisme Barat di Asia Tenggra ialah pemimpin
negara perlulah bijaksana dan bersifat tegas agar dapat menjamin kedaulatan negara.
Pemimpin sebegini mampu mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik
negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri. Kesannya negara
akan dipandang tinggi oleh negara luar.

 Selain itu, rakyat dan pemimpin hendaklah bersatu-padu bagi mengelakkan negara
daripada dijajah semula. Dengan bersatu padu, kita dapat mengukuhkan jati diri supaya
tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar. Kesannya, keamanan dan kesejahteraan
negara terjamin.

 Seterusnya, pemimpin hendaklah berpandangan jauh dalam menjalin hubungan dengan


negara luar agar tidak mudah terpengaruh dengan agenda kuasa besar dunia. Kita juga
perlu berwaspada dalam menerima perubahan khususnya muslihat yang dibawa oleh
kuasa besar. Kesannya, pemimpin sebegini mampu mengelakkan campur tangan kuasa
asing dan dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
 Semangat juang yang tinggi amat diperlukan bagi menjamin kedaulatan sesebuah
negara. Melalui semangat juang yang tinggi, sesebuah negara itu tidak sewenang-
wenangnya dapat diganggu gugat oleh kuasa asing yang sentiasa mencari peluang atas
kelemahan negara tersebut. Semangat juang ini diterjemahkan dengan mengukuhkan
jati diri supaya maruah agama, bangsa dan negara terus terpelihara dan tidak
dipandang rendah oleh negara luar serta tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif.

SET 2: NASIONALISME

8A. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji

 Iktibar yang diperoleh daripada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggra ialah


pemimpin negara perlulah bijaksana dan bersifat tegas agar dapat menjamin
kedaulatan negara. Pemimpin sebegini mampu mengelakkan campur tangan kuasa
asing dalam politik negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita
sendiri. Kesannya negara akan dipandang tinggi oleh negara luar.

 Selain itu, rakyat dan pemimpin hendaklah bersatu-padu bagi mengelakkan negara
daripada dijajah semula. Dengan bersatu padu, kita dapat mengukuhkan jati diri supaya
tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar. Kesannya, keamanan dan kesejahteraan
negara terjamin.

 Seterusnya, pemimpin haruslah berpandangan jauh dalam menjalin hubungan dengan


negara luar agar tidak mudah terpengaruh dengan agenda kuasa besar dunia. Kita juga
perlu berwaspada dalam menerima perubahan khususnya muslihat yang dibawa oleh
kuasa besar. Kesannya, pemimpin sebegini mampu mengelakkan campur tangan kuasa
asing dan dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
 Semangat juang yang tinggi amat diperlukan bagi menjamin kedaulatan sesebuah
negara. Melalui semangat juang yang tinggi, sesebuah negara itu tidak sewenang-
wenangnya dapat diganggu gugat oleh kuasa asing yang sentiasa mencari peluang atas
kelemahan negara tersebut. Semangat juang ini diterjemahkan dengan mengukuhkan
jati diri supaya maruah agama, bangsa dan negara terus terpelihara dan tidak
dipandang rendah oleh negara luar serta tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif.

 Kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara juga menuntut supaya kita menghargai dan
menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara supaya
perjuangan mereka tidak dulupai dan menjadi inspirasi untuk mencapai kejayaan. Tanpa
pengorbanan mereka kita tidak akan dapat mengecapi nikmat kemerdekaan. Kita
hendaklah sanggup berkorban dalam mempertahankan tanah air daripada penjajahan
kuasa asing.

NOTA BAB
TAJUK 9 1
 SET 1 : IMPERIALISME
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA
Pengetahuan TENGGARA
yang diperoleh

Nilai/ Unsur Patriotisme.

Ikhtibar

Harapan

6.
 SET 2 : NASIONALISME

Pengetahuan yang diperoleh

Nilai/ Unsur Patriotisme.

Ikhtibar

Harapan
SET 1 : IMPERIALISME

RUMUSAN

Pengetahuan yang diperoleh

 Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara yang utama ialah keperluan bahan
mentah bagi keperluan industri di Eropah.
 Pengenalan sistem birokrasi barat telah mengubah sistem politik,ekonomi dan social
negara –negara di Asia Tenggara
 Imperialis Barat telah menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pemerintahan
beraja dan kehilangan pengaruh pembesar
 ( Pilih mana-mana fakta dari soalan tugasan no.1 hingga no.4 )

Nilai/ Unsur Patriotisme

 Berkorban demi mencapai kemerdekaan tanah air


 Bersatu padu dalam masyarakat
 Beremangat waja
 Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan
 Menghargai dan mengenang jasa pemimpin yang menuntut kemerdekaan
 Sentiasa muhasabah diri
 Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab
 Tidak mudah berputus asa
 Sanggup mempertahankan maruah negara
 Bijak merancang strategi sebelum bertindak
 Berani berjuang

Ikhtibar

 Kita perlu memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi luar agar tidak
terjebak untuk memajukan diri
 Sentiasa berwaspada dan berhati-hati menerima pengaruh ,maklumat dari luar agar
tidak tertipu oleh mereka.
 Kita perlu bertindak tegas demi mempertahankan maruah dan hak negara

Harapan

 Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat mengukuhkan perpaduan dalam usaha
memajukan ekonomi Negara selaras dengan Dasar Transpormasi Nasional 50.
 Semoga pemimpin Negara menggunakan kebijaksanaan dalam menangani
sebarang masalah yang dihadapi untuk menjadikan Malaysia maju menjelang tahun
2050
 (mana-mana harapan yang munasabah )

SET 2 : NASIONALISME

RUMUSAN

Pengetahuan yang diperoleh

 Menjelaskan secara ringkas latar belakang gerakan nasionalisme di negara kita


 Penentangan berlaku sejak abad ke-19
 Dilakukan pemimpin dan rakyat tempatan
 Reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka
 Daripada dicerobohi dan dikuasai orang luar
 Contoh: Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap/ Mat Salleh
 Gerakan secara menyeluruh bermula pada awal abad ke -20

( Mana-mana rumusan daripada tugasan dari mana-mana tugasan no 1 hingga no 4)

Nilai murni / Unsur Patriotisme

 Nilai-nilai murni yang diperoleh melalui peristiwa nasionalisme di Asia Tenggara ialah
kita perlu berdisiplin untuk memastikan kejayaan.
 Ikhlas mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
 Sentiasa mematuhi peraturan dan undang- undang
 Mengamalkan kesopanan, bertatasusila dan berhemah tinggi
 Sering bertindak wajar
 Menghayati sifat amanah dan jujur dalam setiap urusan
 Berlaku adil dan bertimbang rasa
 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
 Menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
 Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
 Berbangga dengan sejarah negara

Ikhtibar

 Rakyat Malaysia seharusnya mempunyai semangat setia negara


serta cinta akan bangsa dan negara
 Sentiasa sedia berkorban untuk bangsa dan negara
 Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
 berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
 peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
 bersyukur sebagai warganegara Malaysia

Harapan

 Harapan supaya seluruh rakyat Malaysia mempunyai semangat kekitaan yang padu
dan berharmoni.
 Semoga sikap bertolak-ansur dan bertoleransi dan tolong-menolong sentiasa
dipupuk bagi mengelak berlaku perpecahan demi memastikan negara dapat
memacu pembangunan yang mampan.

( mana-mana jawapan munasabah )

Anda mungkin juga menyukai