Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

“ SEPINGGAN KASIH, SECANGKIR SAYANG”

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan…. SEPINGGAN KASIH SECANGKIR SAYANG itulah tajuk cerita saya.

Ada seorang gadis yang bernama Zara.Zara tinggal bersama ibu dan kakak-kakak tirinya

Kayla dan Sofea. Pada setiap hari , Zara disuruh oleh ibu tirinya untuk membuat kerja rumah

seperti mengemop lantai, mencuci baju, mengemas rumah dan banyak lagi.

Pada suatu hari , keluarga Zarra dijemput oleh raja ke istana untuk majlis tari-menari.

Kakak-kakak tiri Zara teruja untuk pergi ke istana. Zara terdengar perbualan mereka. Pada

malam itu, Zaralah yang menyiapkan ibu dan kakak-kakak tirinya. Selepas habis menyiapkan

mereka, Zarapun bertanya kepada ibu tirinya, “ Mak cik, bolehkah saya pergi bersama mak cik?”

Apa kau Tanya, aku nak gelak,( Ha,ha,ha,haaa)


Jangan berangan nak pergi istana
Di sana bukannya tempatmu
Baik kau duduk di rumah

Kasar sungguh jawapan ibu tirinya. Zara menangis . Apabila ibu dan kakak-kakak tirinya

keluar, Zarra termenung di luar rumah. Tiba-tiba ada seorang tua dengan pakaian lusuh datang

“ Nak , boleh berikan pakcik air? Pak cik dahaga sangat.”

Zara berasa amat kasihan melihat orang tua itu. Dia terus ke dapur lalu membawa sepinggan

kuih dan segelas air. Orang tua itu dapat merasakan ada perkara sedih yang berlaku kepada

Zara.

“ Nak, siapa namamu dan kenapa kamu sedih ?”


“Saya Zara. Saya teringin ke istana tapi ibu tidak benarkan”

Org tua itu berlalu pergi sambil berkata, “Janganlah kamu bersusah hati, anakku. Orang yang

berhati mulia seperti kamu pasti mendapat balasan yang baik.”

Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan Zara. Lalu membawa Zara pergi dan

berhenti di sebuah pasaraya yang mewah. Zara terpinga-pinga.Tanpa membuang masa , Seorang

wanita menyiapkan Zara bak seorang puteri.

Jagalah dirimu,

Pulang sebelum waktu,

Ingatlah Zara jaga adabmu

Kerana dirimu sangat beharga….

Zara dinasihati agar pulang sebelum lewat malam…tak elok tau kawan-kawan… anak gadis

pulang lewat malam.

Zara pun berkata, “ Baiklah kakak, Saya akan menepati janji . Terima kasih kakak.”

. Sebaik saja Zara menjejakkan kakinya ke dalam istana, semua orang termasuklah putera

raja terpegun dengan kecantikannya.Putera Raja pun menari bersama Zara.

Ting! Ting! Ting! Zara terkejut lalu berlari ke arah kereta mewah yang sedang

menunggunya. Putera Raja mengejarnya, malangnya tidak dapat. Zara tercicir sebelah anting-

antingnya.Putera Raja pun memerintahkan pengawal, “Pengawal , esok pergi cari siapa yang ada

sebelah anting-anting ini. Kalau siapa yang ada, beta akan mengahwininya.”

Keesokan harinya, Putera raja telah mencari satu kampung, malangnya tidak berjumpa.Putera

Raja tiba di rumah Zara. Lalu putera raja berkata kepada ibu tiri Zara,
“ Mak cik, adakah anting-anting ini kepunyaan anak makcik? Jika ya, tunjukan sebelah lagi,”

Tiba-tiba, putera raja ternampak satu kilauan. Rupa-rupanya kilauan itu datangnya dari

anting-anting yang ada dalam kocek baju Zara yang bersembunyi di balik pintu. Zara terus

dibawa ke istana. Ketika melihat Raja, Zara terkejut kerana itulah orang tua yang pernah

dibantunya.

“ Kerana sepinggan kuih dan segelas air pemberian anakanda Zaralah, beta jatuh kasih

ibarat “ SEPINGGAN KASIH, SECANGKIR SAYANG” . Hati anakanda sangat mulia. Dengan ini

beta mengisytiharkan perkahwinan putera raja beta dengan Zara.”

Akhirnya Zara dan putera raja disatukan dalam majlis yang gilang-gemilang

Kawan-kawan dalam hidup ini, kita hendaklah sentiasa berhati mulia . Hulurkan bantuan

kepada yang memerlukan . Ingat ye kawan-kawan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan

sekali.

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai