Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN TINDAKAN

Amalan Penulisan Laporan Aplikasi Teori Berdasarkan PT2M+Te


Oleh : Rashidi bin Hamzah

1.0 ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menambahbaik Amalan Penulisan Aplikasi Teori Dalam
Laporan Sesi Kaunseling Praktikum Guru Pelatih. Kajian ini melibatkan pelatih yang menjalani
praktikum seramai 5 orang di sekitar Negeri Perlis. Pelatih ini sedang menjalani praktikum fasa
2 (semester 1 tahun 4), yang terdiri daripada guru pelatih Bimbingan dan Kaunseling ambilan
Jun 2015. Fokus kajian ini adalah meningkatkan Amalan Penulisan Aplikasi Teori Dalam
Laporan Sesi Kaunseling Praktikum Guru Pelatih dengan menggunakan kaedah PT2M+Te .
Kaedah yang telah digunakan dalam tinjauan awal adalah kaedah pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen iaitu borang penilaian PR1. Berdasarkan tinjauan awal yang telah dijalankan,
didapati peserta peserta kajian amat lemah dalam penulisan laporan sesi samada sesi individu
atau kelompok terutama sekali bahagian aplikasi teori. Punca masalah ini berlaku adalah
disebabkan gagal memberi perhatian yang spesifik teori yang digunakan terhadap kes yang
dikendalikan. Oleh itu, bagi mengatasi kekangan yang dihadapi ini, satu formula akronim
diperkenalkan iaitu PT2M+Te supaya pelatih dapat menulis laporan aplikasi teori dengan
mudah dan tepat. Data-data kajian telah dikumpulkan dan ditriangulasikan melalui tiga jenis
kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen . Hasil analisis dapatan kajian
yang dijalankan pula mendapati peserta kajian lebih berminat kepada PT2M+Te dalam
menghasilkan laporan penulisan aplikasi teori selepas sesi kaunseling dilaksanakan. Secara
keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa PT2M+Te yang dihasilkan dalam kajian tindakan
ini memberi impak positif dan dapat meningkatkan penulisan laporan sesi secara mudah dan
berfokus. Dalam kajian seterusnya, pengkaji bercadang untuk memberi penekanan kepada
pembinaan format tiga ruang iaitu pandangan teori terhadap manusia dan perkaitan dengan kes
dalam bentuk talian.

2.0 REFLEKSI
Pengkaji merupakan penyelia praktikum semenjak daripada tahun 2013 sehingga kini masih
melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh tanggungjawab demi memastikan produk

1
guru bimbingan dan kaunseling mempunyai kualiti sebagaimana piawaian yang digariskan oleh
MQA dan Lembaga Kaunseling Malaysia menurut Akta 508, 1998.
Setelah dilantik oleh pihak IPGKP sebagai penyelia praktikum, pengkaji diberi taklimat khas
berkaitan prosedur bidang tugas penyeliaan klinik praktikum. Penyeliaan praktikum hendaklah
dilaksanakan secara bertema. Bertema maksudnya adalah berfokus kepada bidang atau bahagian
tertentu yang hendak diberi bimbingan. Menggunakan amalan profesional berasaskan Nexus
Theory iaitu merapatkan koloborasi antara penyelia praktikum, guru pembimbing dan guru
pelatih.
Kajian ini dilakukan terhadap guru pelatih praktikum program ijazah sarjana muda perguruan
dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Mereka ini telah melalui fasa 1 dan sedang menjalani
fasa 2. Guru pelatih perlu melalui pengalaman berasaskan sekolah sebelum menjalani
praktikum. Terdapat praktikum 1, praktikum 2 / internship1 dan internship 2 .

2.1 Refleksi Penyeliaan


Beberapa pengalaman telah dilalui oleh pengkaji dalam usaha melaksanakan praktikum.
Praktikum pertama ambilan tersebut iaitu pada Jun – Nov 2017, manakala praktikum 2 pada Jun
– Nov 2018. Sepanjang masa membuat penyeliaan praktikum pengkaji mendapati guru pelatih
tidak dapat menulis laporan sesi kaunseling dengan tepat dan betul, malah beberapa kali telah
ditegur tetapi masalah yang sama masih berulang. Bahagian yang menjadi masalah besar dalam
laporan tersebut ialah aplikasi teori. Menurut Noresah et al. (2005), ‘teori’ bermaksud pendapat
yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara ataupun prinsip-prinsip am atau asas-
asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. Dalam bidang kaunseling
pula, teori boleh digambarkan sebagai ‘penunjuk arah’ kepada kaunselor dalam menjalankan
peranan mereka dengan berkesan. Setelah diamati guru pelatih tidak memahami teknik menulis
dengan betul. Mereka tidak menulis aplikasi teori tetapi hanya menulis nama teori sahaja. Oleh
itu, pengkaji menyedari bahawa sesuatu perlu dilakukan agar guru pelatih dapat menulis dengan
betul. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan maka reputasi pengkaji akan dipertikaikan.
Pengkaji perlu fokus perkara ini kerana mungkin suatu hari nanti guru pelatih yang tamat
pengajian akan memohon sebagai kaunselor berdaftar. Merujuk kepada Akta 508(1998),
Lembaga Kaunseling Malaysia proses mendaftar mereka perlu menduduki temuduga oleh panel
yang dilantik. Semakan fail pengurusan perkhidmatan kaunseling yang meliputi jumlah jam

2
kaunseling individu dan kelompok, pengetahuan tentang teori dan penulisan laporan sesi akan
diambilkira. Maka tindakan awal perlu dilakukan supaya mereka suatu hari nanti dapat menjadi
kaunselor berdaftar yang berkompetensi dan diikhtiraf ke mana sahaja mereka pergi termasuk
luar negara dalam memberi perkhidmatan secara profesional.

3.0 FOKUS KAJIAN


Kajian tindakan ini berfokus kepada meningkatkan penulisan aplikasi teori dalam borang
laporan sesi kaunseling. Laporan sesi adalah wajib dilakukan setelah sesuatu sesi kaunseling
dilakukan. Ia menjadi rujukan oleh guru kaunseling itu sendiri dan juga menjadi bahan bukti
yang jelas sekiranya melibatkan institut perundangan negara. Tatacara penulisan aplikasi teori
dapat menentukan samada seseorang guru pelatih tersebut menguasai apa yang dipelajari atau
pun tidak. Fokus kajian ini telah dipilih berdasarkan hasil tinjauan awal yang telah dijalankan.
Hasil daripada menjalankan ketiga-tiga teknik pengumpulan data awal ini, didapati isu ini sering
berlaku adalah disebabkan pelatih menulis dalam tergesa-gesa, tidak dapat memberikan
perhatian sepenuhnya dan tidak faham cara menulis.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


4.1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran penulisan laporan sesi kaunseling dalam kalangan guru pelatih
dengan cepat, betul dan jelas dengan kaedah yang mudah.
4.1 Objektif Khusus
Meningkatkan penulisan laporan aplikasi teori dalam kalangan guru praktikum bimbingan
dan kaunseling di sekolah rendah dengan menggunakan kaedah PT2M+Te .
4.2 Persoalan kajian
Bagaimanakah PT2M+Te dapat meningkatkan penulisan laporan aplikasi teori dalam
kalangan guru praktikum bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji terlibat secara langsung kerana ini merupakan amalan yang harus dilaksanakan sebagai
tenaga pengajar dan juga sebagai pembimbing dalam usaha untuk meningkatkan tahap
kompetensi untuk diri dan orang lain. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya
3
dan dunia disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang
ada dengan sepenuhnya, (Suradi Salim, 1996). Bimbingan akan sentiasa berlaku sepanjang
hayat demi memastikan ketekalan seseorang dalam bidang yang dipilih.

Peserta kajian terdiri daripada 5 orang lelaki yang melibatkan 5 buah sekolah rendah yang ada
di sekitar Negeri Perlis. Mereka telah menjalani praktikum fasa 1 dan sedang melalui praktikum
fasa 2. Semua peserta adalah dibawah seliaan pengkaji, di mana mereka diwajidkan melalui fasa
1 dan fasa 2 selama 24 minggu. Peserta kajian merupakan pelatih siswa pendidik Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dalam bidang major bimbingan dan kaunseling, manakala elektif pula
terdiri daripada Bahasa Melayu, RBT, Moral dan Bahasa Cina. Mereka ditempatkan di sekolah
yang tidak jauh daripada IPGKP iaitu tidak melebihi 25 km jauh. Pergerakan peserta ke sekolah
menggunakan kenderaaan sendiri iaitu kereta dan motosikal sendiri. Terdapat juga peserta
kajian yang menyewa bilik berhampiran sekolah sebagai persediaan mengurus masa ketika
praktikum.

6.0 PROSEDUR KAJIAN

6.1 Tinjauan Awal

Pemerhatian
Pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur terhadap peserta kajian setiap kali penyeliaan
dilakukan. Borang PR 1 disediakan oleh Unit Praktikum untuk membuat penyeliaan praktikum.

4
Rajah 1: Menunjukan laporan kaunseling individu dan kelompok berada pada
tahap 2 iaitu kelemahan yang perlu diberi perhatian dalam penulisan
aplikasi teori.

Temubual
Menurut Berg (2004), temubual ialah satu perbualan yang bermatlamat bagi mengetahui perkara
yang ada dalam minda orang lain. Pengkaji telah menjalankan temubual tidak berstruktur
bersama dengan peserta kajian berdasarkan masalah yang dihadapi untuk menulis laporan sesi
samada individu, kelompok dan bimbingan. Fokusnya adalah teori yang diaplikasikan.
Temubual Peserta Kajian
Peserta Kajian 1 “Tak faham macam mana nak tulis”
Peserta Kajian 2 “Tidak dapat memberi fokus kerana sibuk”
Peserta Kajian 3 “Tiada panduan, hanya ikut naluri”
Peserta Kajian 4 “Rasanya dah betul, tak yakin betul”
Peserta Kajian 5 “Nak hurai aplikasi teori kabur bila buat laporan”

Jadual 1 : Berdasarkan temubual peserta kajian tidak dapat


mencatat penulisan laporan pada ruang aplikasi teori.

Analisis Dokumen

5
Rajah 2 : Analisa dokumen jelas menunjukkan peserta kajian gagal menulis laporan aplikasi
teori dengan baik hanya mencatat nama teori sahaja. Gagal menghuraikan aplikasi
teori yang diamalkan.

Rentetan daripada permasalahan yang berlaku ini, pengkaji bertekad untuk mencari jalan
bagi meningkatkan amalan dan kemahiran pengkaji dalam menghasilkan teknik yang boleh
membantu guru pelatih yang sedang menjalani praktikum. Maka kaedah PT2M+Te dipilih agar
dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

6.2 Tindakan Kajian

Bagi merealisasikan kajian tindakan ini, pengkaji telah mengumpulkan peserta kajian untuk
diberi bimbingan bagaimana menulis laporan aplikasi teori dengan jelas dan betul menggunakan
kaedah PT2M+Te. Pada peringkat langkah pertama: Pengkaji membuat ulangkaji terhadap
peserta kajian berkaitan teori-teori yang telah dipelajari. Ulangkaji ini bertujuan untuk
mengimbas kembali penguasaan teori-teori dalam kalangan peserta kajian.

Peringkat langkah kedua: Pada peringkat ini pengkaji memperkenalkan formula PT2M+Te
untuk membantu menulis laporan pada bahagian teori yang diaplikasikan. Terlebih dahulu
pengkaji menerangkan maksud PT2M+Te .

PT2M + Te

PANDANGAN TEORI TEKNIK-TEKNIK


TERHADAP MANUSIA DALAM TEORI

Rajah 3 : Penggunaan kaedah PT2M+Te dalam penulisan laporan teori yang digunakan.

Pandangan teori terhadap manusia (PT2M) adalah sifat-sifat tabii teori tersebut terhadap
manusia. Contohnya menurut Ellis (1995), individu bermasalah kerana mereka berfikiran
secara tidak rasional.

6
A B C
Peristiwa Kepercayaan konsekuen

D
Mencabar kepercayaan
tak rasional
Rajah 4 : Contoh teknik yang digunakan dalam Rasional Emotif Behavior Terapi

Teknik mencabar (dispute) B (belief system) digunakan untuk merasionalkan individu yang
bermasalah.

Pada peringkat langkah seterusnya, peserta kajian dikehendaki menulis laporan sesi
kaunseling berfokus kepada teori yang diaplikasikan berpandukan kaedah PT2M+Te dengan
bimbingan pengkaji.

7.0 Dapatan Kajian

Cara Pengumpulan data berdasarkan pemerhatian berstruktur dilakukan oleh pengkaji


sendiri dengan menggunakan borang PR 1 yang disediakan oleh unit praktikum. Pengkaji telah
melakukan penilaian berkala sepanjang praktikum secara bertema atau berfokus.

Pemerhatian
Berdasarkan Penilaian PR 1 didapati peserta kajian menunjukkan perubahan pencapaian
daripada skala 2 kepada skala 4 dan 5.
Skala likert
Penilaian Borang PR 1(penulisan laporan sesi ) 1 2 3 4 5
Peserta Kajian 1 √
Peserta Kajian 2 √
Peserta Kajian 3 √
Peserta Kajian 4 √
Peserta Kajian 5 √

7
Jadual 2 : Menunjukkan penilaian tahap dalam penulisan laporan sesi (aplikasi teori)
kepada skala 4 dan 5.

Temubual
Kaedah Temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu
pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Temubual dilakukan
secara lisan dan jawapan direkod secara bertulis melalui rakaman kaset, video dan media
elektronik yang lain, Chua Yan Piaw (2010). Temu bual tidak berstruktur dilakukan terhadap
peserta kajian. Pengkaji juga menjalankan sesi temu bual kepada peserta kajian berdasarkan
soalan bertema.

Temubual Peserta Kajian


Peserta Kajian 1 “kaedah ini memudahkan saya encik”
Peserta Kajian 2 “saya mendapat celek akal untuk tulis”
Peserta Kajian 3 “Ini sebagai panduan saya untuk menulis”
Peserta Kajian 4 “Saya yakin boleh buat dengan betul”
Peserta Kajian 5 “kaedah ini amat membantu”

Jadula 3 : Temubual dengan peserta kajian menunjukkan tindak balas yang positif
dengan kaedah ini.

Analisa dokumen

Analisis dokumen yang digunakan adalah dalam bentuk borang laporan. Semua peserta kajian
telah diberikan format laporan sesi kaunseling sebelum mereka menjalani amalan profesional
di sekolah. Penyeliaan dilakukan dengan menyemak laporan sesi yang telah dibuat untuk
dinilai dan diberikan bimbingan lanjut. Hasil semakan tersebut mendapati peserta kajian telah
mahir menulis laporan sesi kaunseling (teori yang diaplikasi) dengan baik dan memenuhi
kriteria.

8
PT2M+Te

Rajah 5 : Menunjukkan laporan sesi merujukan teori yang diaplikasikan selepas sesi
dilaksanakan. Peserta kajian dapat menulis dengan baik melalui kaedah PT2M+Te.

Hasil daripada analisis yang dilakukan dalam kajian ini, perkara yang dapat disimpulkan ialah
PT2M+Te ini berjaya membantu peserta kajian untuk menulis laporan sesi kaunseling
khususnya aplikasi teori dituliskan dengan betul, cepat dan tepat. Maksudnya peserta kajian
bukan hanya boleh melaksanakan kaunseling tetapi juga boleh membuat laporan mengikut
kriteria yang kehendaki. Siti Hajar Abd Azizi (2008´274) menyebut bahawa laporan ialah kertas
yang mengandungi khabar atau maklumat, Laporan ditulis bagi melaporkan sesuatu hal atau
perkara yang telah berlaku.
Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan melibatkan triangulasi kaedah iaitu pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian, pengkaji menggunakan borang PR 1 yang
merangkumi komponen interpersonal dan intrapersonal, perancangan pelaksanaan tindakan,
pengendalian sesi kaunseling, pengurusan dan pentadbiran, dan profesionalisme guru. Pengkaji
memberi fokus kepada komponen pengendalian sesi kaunseling yang mengandungi sub topik
penulisan laporan. Borang penulisan laporan pula mengandungi latar belakang klien, isu yang
dikemukakan, isu sebenar, teori yang diaplikasikan, rumusan dan refleksi kendiri. Berdasarkan
pemerhatian tersebut menunjukkan peserta kajian telah mencapai penilaian tahap 4 dan 5 iaitu
pencapaian baik dan sangat baik.

9
Seterusnya pengkaji mengadakan temubual dengan peserta kajian yang juga terdiri daripada
pelatih dibawah seliaan pengkaji. Hasil temubual tidak berstruktur yang dijalankan semasa
membuat penyeliaan praktikum, pengkaji mendapati peserta kajian meluahkan rasa senang dan
selesa untuk membuat laporan sesi. Peserta kajian menzahirkan rasa mudah untuk menulis teori
yang diaplikasikan dengan menggunakan kaedah PT2M+Te.
Pengkaji juga menyemak hasil penulisan laporan yang telah di buat oleh peserta kajian.
Semakan dokumen telah dilakukan semasa membuat penyeliaan dan rentasan cemerlang.
Keputusan mendapati peserta kajian telah dapat menulis dengan baik pada bahagian teori yang
diaplikasikan. Mereka menulis dengan menggunakan kaedah PT2M+Te. Pengkaji meneliti
penulisan tersebut dan mendapati memang bertepatan pandangan teori terhadap manusia dengan
kes yang telah dikendalikan termasuk teknik-teknik yang digunakan.
Secara keseluruhannya, pengkaji percaya bahawa peserta kajian dapat menggunakan
kaedah PT2M+Te ini untuk menghasilkan penulisan laporan aplikasi teori dengan baik, cepat
dan tepat. Kajian tindakan ini bukan sahaja dapat membantu saya dalam membuat penyeliaan
tetapi juga membantu pelatih dalam melaksanakan laporan sesi yang manatap.

berubah ke arah yang lebih positif sama ada dari segi tingkah laku dan juga akademik. Oleh itu,
modul Find Me Out sangat sesuai untuk digunakan untuk menyelaraskan ideal self dengan real
self peserta kajian. Modul ini dapat membina celik akal peserta kajian tentang punca
masalahnya. Pengkaji juga dapat membantu peserta kajian sehingga akhir tanpa berhenti di
separuh seperti yang telah dilakukan sebelum ini.

REFLEKSI KAJIAN
Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat banyak halangan yang perlu pengkaji hadapi
terutamanya pengurusan masa, bebanan tugas dan rutin tugasan harian. Pengkaji mengambil
masa yang lama untuk menyiapkan kajian ini, iaitu lebih kurang 12 minggu. Walau
bagaimanapun pengkaji perlu berusaha gigih bagi menjayakannya demi kebaikkan kepada diri
sendiri dan juga pendidik siswa guru. Setelah berjaya berusaha menjalankan kajian ini, pengkaji
dapat meneroka ilmu baharu seperti memahami dan mendalami ilmu kajian tindakan,
menambah dan menyebar luas pengetahuan dalam bentuk perkongsian. Pendekatan penulisan
laporan dengan menggunakan kaedah PT2M+Te memberi impak yang besar dalam usaha
menghasilkan laporan kaunseling yang berkualiti. Pengkaji berharap kaedah ini dapat memberi

10
manfaat kepada semua pihak. Secara umumnya saya berasa amat gembira dan sangat berpuas
hati kerana dapat membantu peserta kajian dengan Kaedah PT2M+Te.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Cadangan tindakan susulan selepas ini ialah pengkaji akan memperkenalkan kaedah ini untuk
diguna pakai kepada seluruh kaunselor-kaunselor yang ada sekitar negeri Perlis agar kaedah ini
dapat dikongsi bersama. Disamping itu juga sebagai usaha menyebarluaskan kaedah ini maka
pengkaji dengan suka rela akan menyertai pembentangan kepada mana-mana pihak yang
menganjurkan kajian penyelidikan.
Walau bagaimanapun pengkaji akan membuat penambaikan pada masa akan datang berkenaan
kaedah ini. Pengkaji akan cuba berusaha memasukkan kaedah ini dalam MyPorum sebagai
usaha membantu penyeliaan praktikum dan juga mereka yang akan menjalani praktikum pada
masa-masa yang akan datang.
Pengkaji juga akan cuba memikirkan kaedah penulisan laporan sesi kaunseling pada komponen-
komponen yang lain seperti penulisan pada latar belakang, isu, rumusan, refleksi dan rumusan.

RUJUKAN
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran bahasa melayu.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Baharom Mohamad & Iliyas Hashim. (2010). Teori & amalan kaunseling. Batu
Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ismail, H. (2011, September 14). kelebihan dan kekurangan terapi muzik. Retrieved from
kickstory.net:http://www.kickstory.net/2011/09/kelebihan-dan-kekurangan-terapi-
muzik.html
Lee, K.C., Ee, A.M., Suppiah Nachiappan., Taquddin Abd Mukti. (2012). Bimbingan
dan kaunseling kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Lisah. (2011). Penelitian teknik menyemak data dalam pelaksanaan penyelidikan
tindakan. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 5, 36-45. Retreived from
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2011
Meng, C. F. & Jaizah Mahamud (2011), Kajian tindakan : konsep & amalan dalam
pengajaran, Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Mizan Adiliah & Halimatun Halaliah. (1997). Kaunseling individu: Apa dan bagaimana
(2nd ed.). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad, Jamaludin Ramli. (2007). Kaunseling &
psikoterapi. Johor Bahru: Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Nadja Neruda’s. Teori keperibadian sihat menurut Carl Rogers Retreived from
https://nadjaneruda.wordpress.com/2015/03/21/teori-kepribadian-sehat-menurut-carl-
rogers/
Noriati Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah. (2012). Murid dan alam belajar.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11
Noriati Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah, Wan Kamaruddin. (2012). Teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sapora Sipon & Hapsah Yusof. (2013). Pengenalan kepada professional kaunseling
(2nd ed.). Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2012). Teori kaunseling dan psikoterapi (3rd ed.).
Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Suriawani Mohamad. Nota kajian tindakan Retreived from
https://www.academia.edu/6448303/Nota_kajian_tindakan
Sudamar Nur Ma’rufi. Teori Carl Rogers: Psikologi self Retreived from
http://www.slideshare.net/damarufi/psikologi-self
Zuraidah Abdul Rahman. (2004). Pengenalan kaunseling kelompok. IBS Buku
sdn.bhd

12
13

Anda mungkin juga menyukai