Anda di halaman 1dari 3

Sumber : http://herbadantumbuhan.blogspot.co.id/2012/12/khasiat-daun-kaduk_14.

html

Family : Piperaceae

Genus : Piper

Species : Piper sarmentosum

Piper sarmentosum Scientific classification Alam: Plantae (unranked): Angiosperms


(unranked): Magnoliids Order: Piperales Family: Piperaceae Genus: Piper Species: P.
sarmentosum Binomial name Piper sarmentosum Roxb. Nama Lain: (Thailand) cha plu (ชาพลู ้ ),
(Laos) phaki leu tatau pakee lerd (ຜັກອີີ່ເລີດ), (Melayu) pokok kadok, Karuk, Sirih Tanah, Kado-
kado. (Vietnam) Piper lolot – bolálốt, (Cina)Jiaju., xi ye qing wei teng, qingju, (Indonesia)
Bakik, kado-kado, sirih tanah, sirih duduk, akar bugu, mengkadak. Bahagian Kegunaan
Tumbuhan: Batang, Kulit, Daun, biji Negara Asal: Malaysia, Borneo & Pokok Kaduk atau nama
saintifiknya Piper sarmentosum roxb berasal dari keluarga Piperaceae merupakan tumbuhan
yang banyak terdapat di ASIA.

Pokok Kaduk / karuk adalah tumbuhan herba tumbuh melintang di daratan (terrestrial),
tidak berbulu (glabrous) memiliki cabang-cabang panjang yang menjalar (procumbent)
berukuran ketinggian 0.3-0.8 m. Keseluruhan bahagian Pokok kaduk muda mempunyai debu-
debu halus apabila muda, berjantina berasingan (dioecious). Daun nya biasa, berselang-seli,
lembut dan bentuk jantung (cordate). Ukuran daun kira-kira 5 hingga 10 cm lebar dan 7-15 cm
panjang.
Daunnya berwarna hijau dan bentuknya menyerupai seakan-akan daun Sirih tetapi
berbeda dengan pokok sirih, Daun bagian rendah biasanya berbentuk bujur telur (ovate),
bagian atas daun agak melonjung bujur atau ovate-oblong, di bagian pangkal berbentuk
membujur hampir lunjung (ovate–cordate). Warna daun hijau gelap dengan batang halus
(petiol) berukuran 2.5-5 cm panjang Pokok kaduk mudah dibedakan melalui
cabang ranting buah yang merentasi tanah tanpa akar (procumbent) yang besar, gempal,
berbuah manis bila matang. Buah berry-nya berbentuk bujur (obovoid), 1.5 cm x 1 cm dan
rasanya manis.

Rasa manis dari buah ini sama seperti dengan buah masak berduri Elaeocarpus
(Elaeocarpus serrate) . Rasa daun kaduk lebih lembut di banding daun sirih walaupun bau nya
masih sedikit tajam.Pokok kaduk lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah
oleh kebanyakan daripada masyarakat kita, dan mungkin tidak ramai di antara kita yang sedar
bahawa pokok kaduk, berfungsi bukan sekadar hiasan semata-mata, ia lebih dari itu. Cara
pembiakannya melalui anak benih atau keratan batang. Air rebusan dari akar pokok ini dapat
melawaskan kencing dan mujarab untuk merawat demam malaria dan bagi melegakan batuk,
selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

PENGEDARAN SECARA GEOGRAFI Pokok kaduk mudah ditemui di beberapa bahagian


China Selatan, Fujian, Guangdong, Guangxi, Guizhou, Hainan, Xizang, Yunnan, atau di negara-
negara Asia seperti Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Vietnam dan sejauh
kepulauan Andaman.

PENGGUNAAN DALAM MASAKAN Daun kaduk biasanya dijualsecara ikatan dan dimakan
secara ulaman. • Dalam masakan Thai (Thai cuisine), daun kaduk digunakan sebagai pembalut
miang-kham, sejenis makanan ringan (snek) tradisional, ia juga merupakan salah satu daripada
bahan untuk kari Kaeng-khae dari Thailand Utara. • Dalam masakan Laos (Laotian cuisine), ia
adalah sebahagian daripada ramuan salad. • Dalam masakan Melayu (Malay cuisine), ia diracik
untuk dimakan sebagai ulaman, jenis salad orang Melayu. PENGGUNAAN DALAM
PENGOBATAN TRADISIONAL Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia.
Analisa kimia menunjukkan daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah
pokok kaduk didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial. Daun kaduk
diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk
merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru,
apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan
sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat
demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot. Akar daun kaduk adalah
ubat berkesan untuk batuk, asma, Keradangan pleura, lapisan paru-paru dan kulat pada kulit jari
kaki (fungoid dermatitis). Ia dikunyah untuk menghentikan kesakitan gigi. Suku Karen di
Thailand mengambil daun kaduk sebagai makanan sumber kandungan terbaik tempatan untuk
beta karotena dan vitamin C. Daun nya juga digunakan sebagai tonik pencernaan, karminatif,
ekspektoran, ejen anti-hyperglycemic dan ejen anti-malaria. Air rebusan dari keseluruhan
tumbuhan juga digunakan secara tradisional untuk merawat pesakit kencing manis.

Anda mungkin juga menyukai