Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ YAYASAN FELDA

VISI KOLEJ YAYASAN FELDA

Melahirkan generasi muda FELDA yang cemerlang dan unggul dengan memupuk budaya
keusahawanan yang tinggi melalui latihan kemahiran yang berkualti.

MISI KOLEJ YAYASAN FELDA

i. Menyediakan infrastruktur latihan /pembelajaran yang lengkap/moden dan tenaga pengajar


bertauliah/profesional untuk kecemerlangan pelatih.
ii. Memberi latihan/pembelajaran dengan adil kepada semua pelatih untuk memajukan
potensi.
iii. Melahirkan pelatih berkualiti,berintegriti dan berdaya saing.
iv. Melahirkan insan yang cemerlang dan unggul dari segi pembentukan sahsiah diri melalui
aktiviti kerohanian dan spiritual yang dianjurkan.

Pelajar yang berjaya menamatkan kursus dalam bidang kemahiran akan menerima
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
dan Sijil Intensif Bahasa Inggeris dari City & Guilds, United Kingdom.

SYARAT PERMOHONAN

i. Warganegara Malaysia berumur 16 hingga 30 tahun.


ii. Bujang.
iii. Sihat tubuh badan.
iv. Tiada rekod jenayah.

KEISTIMEWAAN KYF
i. Latihan kemahiran menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan (NOSS), Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
ii. Bimbingan kerohanian dan pelbagai aktiviti kolej.
iii. Asrama dilengkapi dengan katil, tilam, almari dan keperluan asas yang lain.
iv. Sumbangan yang dikenakan adalah berpatutan mengikut jenis kursus.

1
KOLEJ YAYASAN FELDA

v. Menekankan kepada kehendak dan keperluan anak muda dalam mempelajari ilmu
kemahiran.
vi. Memberikan penekanan kepada pendidikan berkonsep sepanjang hayat dan mampu
membentuk kemahiran tertentu berasaskan TVET. Sasaran untuk melahirkan bilangan
pekerja mahir yang terlatih, tetapi mampu mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan
kemahiran yang diperolehi.
vii. Menerusi penawaran kursus-kursus teknikal dan kemahiran vokasional, KYF telah banyak
memberi peluang kepada belia-belia khususnya anak-anak warga Felda dan peneroka
memperolehi kemahiran yang mampu memberikan peluang pekerjaan dalam pelbagai
sektor.

2
KOLEJ YAYASAN FELDA

KOLEJ YAYASAN FELDA PAHANG

- Kolej Yayasan Felda Pahang atau dahulu dikenali sebagai Kolej Integrasi Ilmu Felda (KINI)
merupakan salah satu daripada kolej-kolej yang telah ditubuhkan oleh FELDA yang bertujuan untuk
memberi latihan kemahiran kepada Generasi Baru FELDA yang lebih berpotensi dalam bidang
kemahiran berbanding bidang akademik.

- Secara asasnya pengurusan Kolej terletak di bawah pengurusan Yayasan FELDA yang
bertanggungjawab di dalam aktiviti kebajikan dan amal bagi FELDA dan juga Kumpulan Syarikat
FELDA.

- Kolej ini telah memulakan operasinya secara rasmi pada Julai 2006. Pada 22 Jun 2012 secara
rasminya Yayasan Felda telah membuat penjenamaan semula dan dikenali sebagai Kolej Yayasan
Felda Mempaga, Pahang.

- Dari segi logistik, Kolej ini terletak di dalam kawasan penempatan Feldajaya Mempaga yang turut
menempatkan pusat pentadbiran Felda Wilayah Mempaga. Terdapat 37 bilangan tanah rancangan
Felda.

- KYF Pahang menawarkan kursus kemahiran dalam bidang hospitaliti di peringkat Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). Pada Januari 2014, KYF Pahang telah menaiktaraf kursus ke peringkat Diploma
Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 iaitu bagi Kursus Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan
Makanan serta Kursus Pengurusan Bahagian Makanan & Minuman. Kolej telah mendapat
pengiktirafan lima bintang oleh JPK sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2011, 2015 dan 2017.

3
KOLEJ YAYASAN FELDA

- Pada peringkat awal penubuhan Kolej, kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i. Bakeri Tahap 1 dan 2


ii. Tiketan Tahap 1
iii. Kulinari tahap 1
iv. Pramusaji Tahap 1
v. Atendan Bilik Tahap 1 & 2
vi. Pembantu Kaunter Hadapan Tahap 2

- Kolej ini terdiri daripada 6 orang kakitangan pengurusan dan 10 orang tenaga pengajar Felda D’Saji
Sdn. Bhd.

KURSUS YANG DITAWARKAN

- Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

BIL KURSUS TEMPOH


1 Diploma Pengurusan Bahagian Makanan & Minuman 15 Bulan
Tahap 4 (Termasuk 3 Bulan Praktikal)
2 Diploma Perkhidmatan Penyediaan & Pembuatan 15 Bulan
Makanan Tahap 4 (Termasuk 3 Bulan Praktikal)
3 Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 3 12 Bulan
4 Operasi Servis Makanan & Minuman Tahap 3 12 Bulan
5 Operasi Kaunter Hadapan Tahap 3 12 Bulan
6 Pembuatan Pastri Tahap 3 12 Bulan
7 Operasi Pengemasan Tahap 3 12 Bulan
8 Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 2 6 Bulan
9 Operasi Servis Makanan & Minuman Tahap 2 6 Bulan
10 Pembuatan Pastri Tahap 2 6 Bulan

4
KOLEJ YAYASAN FELDA

KOLEJ YAYASAN FELDA NEGERI SEMBILAN

- Kolej ini telah memulakan operasinya secara rasmi pada 9 Julai 2007. Pada 2013, secara rasminya
Yayasan Felda telah membuat penjenamaan semula sebagai Kolej Yayasan Felda Kampus Raja
Alias, Negeri Sembilan.

- Dari segi kedudukan, Kolej ini terletak di dalam kawasan penempatan Feldajaya Selatan Raja Alias
yang turut menempatkan pusat pentadbiran Felda Wilayah Raja Alias serta hanya kira-kira 15 km
perjalanan ke bandar Bahau. Terdapat 52 bilangan tanah rancangan Felda.

- Pada hari ini, Kolej telah melatih hampir 2388 orang pelatih daripada Generasi Baru FELDA.

- Manakala dari segi bilangan kakitangan pengurusan pula, ketika ini Kolej mempunyai seramai 5
orang kakitangan pengurusan dan 11 orang tenaga pengajar.

KURSUS YANG DITAWARKAN

BIL KURSUS TEMPOH


1 Penyeliaan Dan Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 3 12 Bulan
2 Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3 12 Bulan
3 Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 2 6 Bulan
4 Pengurusan Pejabat Tahap 2 6 Bulan
5 Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 2 6 Bulan
6 Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 1 6 Bulan

5
KOLEJ YAYASAN FELDA

7 Intensif Bahasa Inggeris


3 Bulan
(Kejasama Dengan City & Guild, London)
8 Pembantu Dialisi Tahap 1 6 Bulan

KURSUS PEMBANTU DIALISIS DI KOLEJ YAYASAN FELDA NEGERI SEMBILAN

1. OBJEKTIF
Menjalankan Kursus Pembantu Dialisis di Kolej Yayasan Felda (KYF) Negeri Sembilan bagi
menggantikan Kursus Asas Penjagaan Kesihatan.

2. LATAR BELAKANG

Kursus Pembantu Dialisis merupakan bidang kemahiran baru yang diperkenalkan kepada belia
dan beliawanis diseluruh negara. Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian
Sumber Manusia (KSM) akan memberikan panduan dan penilaian sijil kemahiran mengikut tahap
yang dipelajari. Lepasan kursus ini berpeluang mendapat pekerjaan di Pusat Dialisis, pembantu
di farmasi dan tenaga pengajar.

3. RASIONAL

Mesyuarat Jawatankuasan Akademik kali ke-3 pada 7 Ogos 2018 mencadangkan kursus
berkaitan kesihatan yang perlu mendapat pengiktirafan daripada badan tertentu seperti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau Kementerian Sumber Manusia (KSM).

4. PILIHAN

Bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang dikehendaki pihak pentadbir telah mendapatkan
silibus Kursus Pembantu Dialisis yang dikeluarkan oleh JPK, KSM. Pendedahan mengenai
rawatan dialisis, peralatan terkini dan alat-alatan penting dan perlu disediakan seperti yang
dinyatakan didalam NOSS untuk membantu pelajar menimba ilmu pengetahuan, ilmu rawatan
pesakit kegagalan buah pinggang dan bersedia sebagai seorang pekerja Pembantu Dialisis.

5. TINDAKAN DAN GARIS MASA

Dianggarkan dua (2) bulan masa diperlukan untuk melatih tenaga pengajar sedia ada dan
pembekal bahan bagi memulakan sesi pengajian tahun 2019.

6. RISIKO DAN MITIGASI

6
KOLEJ YAYASAN FELDA

Kelebihan menjalankan Kursus Pembantu Dialisis dapat memberi pendedahan dan latihan amali
sebagai Pembantu Dialisis yang sebenar dengan menjalani latihan praktikal di Pusat hemodialisis
Felda (PHF). Selain itu ia dapat meningkatkan keyakianan diri pelajar dan menyemai minat yang
lebih mendalam dalam bidang kesihatan.

Program latihan berasaskan NOSS / Standards yang dibangunkan dengan kerjasama pihak
industri yang pasti memenuhi kehendak pekerjaan. Pilihan program latihan yang luas meliputi
pelbagai sektor industri sesuai dengan minat dan potensi individu.

7. PANDANGAN PENTADBIR

Kursus Pembantu Dialisis dijalankan di KYF Negeri Sembilan bagi menggantikan Kursus Asas
Penjagaan Kesihatan dengan tempoh pembelajaran seperti yang dianjurkan oleh pihak JPK.
Kursus baru ini mampu memberi peluang pekerjaan yang amat luas dalam industri perubatan
dialisis di serata tanahair.

Anda mungkin juga menyukai