Anda di halaman 1dari 5

Perancangan Akademik

JKA 218
ISU-ISU SOSIOLOGI DAN
ANTROPOLOGI

Sidang Akademik 2018/2019


KELAS SIDANG VIDEO & KURSUS INTENSIF

Sidang Video Tarikh Masa

1
2
3
Kursus Intensif
4
5
6
Tarikh dan masa sidang video ini perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang
Akademik 2018/2019 yang telah dihantar kepada pelajar.

-1-
JKA 218/4 - ISU-ISU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI

PENGENALAN

Perancangan akademik ini memberi maklumat-maklumat penting tentang kursus ini agar anda dapat
mengatur perancangan pembelajaran dengan teliti dan berkesan. Perancangan akademik ini
menerangkan perkara-perkara berikut:

• Objektif kursus
• Skop kursus
• Struktur pengajaran
• Pendekatan Pembelajaran
• Struktur penilaian kursus

OBJEKTIF KURSUS

Kursus ini bertujuan membolehkan pelajar meninjau dan memahami pelbagai isu sosial masyarakat
setempat atau masyarakat manusia umum secara ilmiah. Pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai
perspektif dan teori asas sosiologi dan antropologi untuk memahami isu-isu sosial secara sistematik,
rasional dan kritis. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada pelbagai isu social yang menjadi tema kajian
ahli sosiologi dan antropologi. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan akan dapat:

• Mengenalpasti komponen subjektif dan objektif dalam sesuatu isu sosial;


• Menerangkan isu sosial dengan menggunakan teori-teori sosiologi dan antropologi;
• Menggunakan teori-teori sosiologi dan antropologi untuk menganalisis isu-isu sosial.

SKOP KURSUS

Skop kursus ini merangkumi topik-topik berikut:

1. Perspektif dan teori klasik dan semasa dalam bidang sosiologi dan anthropologi seperti
Fungsionalisme, Strukturalisme, Interpretivisme, Pasca-strukturalisme/Pasca-modernisme,
Feminisme dan sebagainya.

2. Isu-isu sosial yang akan dibincangkan termasuk: permodenan dan perubahan sosial, perlapisan dan
ketidaksamaan sosial, perbandaran, sosialisasi, keetnikan dan ras, keagamaan, penyakit dan
kesihatan, gender dan seksualiti, penyelewengan dan pengawalan sosial, media massa dan
sebagainya.

STRUKTUR PENGAJARAN

Aktiviti pengajaran utama kursus ini adalah melalui tiga flatform yang utama:

1. eLearn@pppjj: Di sini anda akan mengikuti aktiviti-aktiviti pengajaran berikut:


a. e-kuliah dan e-modul yang dimuatnaik ke eLearn@pppjj.

-2-
b. Forum perbincangan di dalam eLearn@pppjj.
c. Bahan bacaan/rujukan tambahan lain yang dimuatnaik ke eLearn@pppjj.
2. Sidang Webex (6 sidang).
3. Kursus Intensif.

Jadual Sidang Webex

Enam kelas sidang video akan dijalankan oleh Pengurus Kursus. Pembelajaran anda di PPPJJ dibantu
dengan berbagai cara. Salah satu daripada cara formal ialah menerusi sidang video. Bilangan sidang
video adalah berbeza mengikut kursus. Anda akan terlibat dalam sepuluh pertemuan, tiga sebelum
dan tiga selepas Kursus Intensif.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN

1. Log masuk portal eLearn@pppjj sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk bahan pengajaran
terkini sama ada e-Kuliah atau bacaan/rujukan tambahan.

2. Sertai forum perbincangan dalam portal eLearn@pppjj untuk berbincang dengan pengurus
kursus atau sesame pelajar. Forum juga penting untuk anda mengikuti perkembangan kursus
semasa dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan pembelajaran anda.

3. Meruangkan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu untuk mengikuti e-kuliah, membaca modul


dan/atau menyediakan tugasan.

STRUKTUR PENILAIAN KURSUS

Pelajar akan dinilai menerusi kerja kursus dalam bentuk tugasan esei, pernilaian berterusan dan
peperiksaan akhir.

Tugasan Berpasangan : 20%


Penilaian berterusan : 20%
Peperiksaan akhir : 60%

Tarikh akhir penghantaran tugasan : 14hb Disember 2018


Tarikh penilaian berterusan (semasa Kursus Intensif) : Jan/Feb 2019*
Tarikh peperiksaan akhir : Jun 2019*
*Tarikh yang sebenar akan diumumkan kelak.

Tugasan Berpasangan – Esei (20%)

Tujuan esei:
a. Menguji kebolehan pelajar untuk membezakan pandangan common sense dan pandangan
sosiologi dan antropologi melalui imaginasi sosiologi C. Wright Mills (1959).
b. Membolehkan pelajar mengenalpasti komponen subjektif dan objektif dalam sesuatu isu sosial
dan menerangkan isu sosial dengan menggunakan teori-teori sosiologi dan antropologi;

-3-
Arahan Esei
1. Tugasan adalah dalam bentuk berpasangan. Tiada tugasan dibenarkan dalam bentuk individu.
Sumbangan setiap pelajar mesti disenaraikan.
2. Pilih satu wayang gambar.
3. Kenalpasti satu isu sosial utama dalam wayang gambar terpilih.
4. Kandungan Esei

Bahagian Pertama • Pengenalan

Bahagian Kedua • Bincangkan wayang gambar pilihan melalui kanta mata biasa (common
sense) dengan isu sosial utama yang dikenalpasti.
(Pelajar hanya boleh membincangkan satu isu sosial sahaja.)
• Contoh: Huraikan pandangan peribadi anda mengenai isu ras-etnisiti
dalam wayang gambar American History X (1998)?

Bahagian Ketiga • Bincangkan isu sosial utama wayang gambar pilihan dengan imaginasi
sosiologi (C. Wright Mills, 1959).

Bahagian Keempat • Kesimpulan

Format Esei

1. Jumlah perkataan: 2500 patah perkataan


2. Font: Times New Romans
3. Saiz Font: 12
4. Perenggan: Ditaip selang dua baris
5. Format rujukan: APA

Contoh:
o Jurnal: Steinberg, R.J., & Figart, D.M. (1999). Emotional labor since the managed heart.
The Annals of the American Academy of Political and Social Science, 561(1), 8-26.
o Buku: Dora, M. T. (2000). Peminggiran Sosial: Keluarga Melayu Termiskin Bandar.
Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.
o Laman web: Nobelprize.org. (2013). Nominations by Nobel Laureates. Dicapai 19hb
September, 2013, dari
http://www.nobelprize.org/nomination/literature/laureates_nominations.html

AMARAN

• Pelajar yang didapati plagiat, atau salin daripada mana-mana sumber i.e. tugasan pelajar lain akan
digagalkan (pihak menyalin dan pihak memberi salinan).
• Wikipedia dan blogspot tidak akan diterima sebagai isi kandungan penulisan. Sekiranya pelajar
didapati menyalin daripada sini pelajar akan digagalkan.
• Data/statistik terkini (daripada laman web rasmi kerajaan) boleh digunakan. Rujukan mesti
disertakan.
-4-
• Tulisan akademik daripada laman web rasmi boleh digunakan. Rujukan mesti disertakan.
• Sebarang penulisan yang dibenarkan dan dirujuk mesti memberi sumber rujukan.

Tajuk Wayang Gambar:

Fight Club (1999) – R-Rated American History X (1998) – R-Rated


A Bug’s Life (1998) – G-Rated American Beauty (1999) – R-Rated
Mona Lisa Smile (2003) – PG-13-Rated Boyz in the Hood (1991) – R-Rated
Boys Don’t Cry (1999) – R-Rated

Peperiksaan Penilaian Berterusan (20%)

Peperiksaan ini akan diadakan semasa minggu Kursus Intensif 2019. Anda perlu membaca modul,
mengikut sidang webex dan membuat ulangkaji @elearning sebagai persediaan. Format Peperiksaan
Berterusan adalah berbentuk kombinasi soalan pendek dan soalan esei.

Peperiksaan Akhir (60%)

Dalam peperiksaan akhir, para pelajar perlu buktikan keupayaan para pelajar dengan segala konsep
dan ilmu yang dipelajari berdasarkan contoh dan isu-isu semasa. Format Peperiksaan Akhir adalah
berbentuk kombinasi soalan pendek dan esei.

Rujukan Utama

1. Giddens, A. (2007). Sociology (5th ed.). UK: Polity.


2. Goldthorpe, J. E. (1985). An Introduction to Sociology (3rd ed.). UK: Cambridge University Press.
[jalingan ebook: http://ebooks.cambridge.org/ebook.jsf?bid=CBO9780511557880]

MUSTAHAK: Anda perlu menghubungi pengurus kursus anda apabila anda menghadapi sebarang
kesulitan dalam memenuhi keperluan pelajaran/pernilaian kursus anda, ini adalah tanggungjawab
pelajar.

Pengurus Kursus : Dr Bok Guat Im


Alamat : Bilik 6, Kabin B
Universiti Sains Malaysia
118000 Pulau Pinang
Telefon : 04 653 5918
E-mel : guatim@usm.my

~ SELAMAT BELAJAR ~

-5-

Anda mungkin juga menyukai