Anda di halaman 1dari 2

1) Bulan apakah umat Islam menyambut hari raya puasa?

- bulan Syawal

2) Bilakah tarikh hari raya puasa? – 1 Syawal

3) Hari raya puasa dipanggil juga sebagai… Hari Raya Aidilfitri

4) Apakah yang dilakukan oleh umat Islam pada malam raya? – bertakbir

5) Apakah yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak pada malam bulan puasa atau
malam raya? – bunga api / mercun

6) Apakah yang selalu dilakukan oleh orang Islam pada pagi raya? – sembahyang
sunat hari raya / mandi sunat hari raya

7) Apakah yang dilakukan oleh orang Islam selepas sembahyang sunat hari raya? –
memohon ampun / bersalam-salaman dengan ahli keluarga / menziarahi kubur

8) Apakah hidangan wajib di pagi raya? – ketupat, lemang, rendang

9) Selain ketupat dan lemang, apakah hidangan wajib yang selalu disediakan? –
kuih raya

10) Berikan 2 jenis ketupat : ketupat palas, ketupat nasik

11) Ketupat palas dan lemang selalunya enak dimakan bersama …… (rendang /
serunding/ gulai)

12) Ketupat nasik dan nasik himpit selalunya enak dimakan bersama …… (kuah
kacang)

13) Daun apakah yang digunakan untuk membalot ketupat palas? – daun palas

14) Daun apakah yang digunakan untuk membalot ketupat nasik? – daun kelapa

15) Berikan 2 jenis rendang : rendang ayam, rendang daging

16) Berikan 3 jenis hidangan lain yang selalunya disediakan oleh umat Islam di pagi
raya? – soto, lontong, sate, bihun goreng, roti jala, mee kuah, laksa dll….

17) Apakah yang selalu diberikan oleh orang dewasa pada hari raya kepada kanak-
kanak? –duit raya

18) Apakah yang selalu dipasang di luar rumah pada malam bulan puasa? – pelita,
lampu liplap

19) Apakah yang perlu dibayar oleh orang Islam pada sebelum hari raya? – zakat
fitrah

20) Apakah pakaian yang dipakai oleh orang perempuan pada pagi raya? – baju
kurung
21) Apakah pakaian yang dipakai oleh orang lelaki pada pagi raya? – baju melayu

22) Berikan 3 jenis hidangan hari raya tradisional : bauhulu, dodol, kuih bangkit, kuih
siput, tapai

23) Berikan nama biskut raya popular yang bermula dengan huruf S… Semperit

24) Berikan nama biskut raya popular yang bermula dengan huruf T … Tart nenas

25) Berikan nama biskut raya popular bermula dengan huruf A … Almond London

26) Apakah yang sering dilakukan umat Islam sekiranya ingin menjemput tetamu
datang ke rumah? – open house

27) Apakah tajuk lagu raya popular yang dinyanyikan oleh Sudirman ? -Balik
kampong

28) Apalah tajuk lagu raya popular yang dinyanyikan oleh P Ramlee? -Dendang
Perantau

29) Apakah tajuk lagu raya popular yang dinyanyikan oleh Sharifah Aini? -Selamat
Hari Raya

30) Apakah tajuk lagu raya duet popular yang dinyanyikan oleh Hail Amir dan Uji
Rashid? – Seloka Hari Raya

31) Apakah lagu raya duet popular yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Elina? –
Suasana Hari Raya

32) Siapakah yang menyanyikan lagu Nazam Lebaran? -Siti Nurhaliza

33) Siapakah yang menyanyikan lagu Menjelang Hari Raya? -Dj Dave

34) Siapakah yang menyanyikan lagu Satu Hari di Hari Raya? -M Nasir

35) Apakah tajuk lagu raya popular yang dinyanyikan oleh Dayangku Intan? –
Senandung Hari Raya

36) Apakah tajuk lagu raya viral yang dinyanyikan oleh Dato Seri Vida? – Lavida
Raya

Anda mungkin juga menyukai