Anda di halaman 1dari 55

Cadangan Aktiviti dan

Kemahiran Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya
dalam Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia

Tahun

2
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk 1 : Mengenali Pengguna Jalan Raya


Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 7.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.7.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya yang ditunjukkan pada


poster dengan bahasa yang sesuai.

2) membaca perkataan yang disenaraikan dengan sebutan yang betul.

3) menyebut jenis-jenis pengguna jalan raya yang berbeza.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 18 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am


Kosa kata – pejalan kaki
– penumpang kereta
– pembonceng motosikal
– penunggang motosikal
– pemandu kereta
– penumpang pengangkutan awam
– penunggang basikal
– pengguna kerusi roda

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT – KB : menghubung kait
– TKP : visual ruang

Media Pengajaran : • Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya )


• Media 1.2 ( Kad imbasan gambar dan perkataan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 1 ( Mengenal pasti dan menulis ayat berkaitan pengguna jalan raya )
• Aktiviti 2 ( Mengenal pasti pengguna jalan raya yang terlibat dalam
satu-satu perjalanan )
• Aktiviti 3 ( Mengisi tempat kosong dengan nama pengguna jalan raya
yang betul )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

17
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Mengenali Pengguna Jalan Raya

1. Murid melihat poster jalan raya (Media 1.1) dan Media 1.1
menyatakan perkara-perkara yang terdapat dalam Poster Pengguna Jalan
poster tersebut. Raya

2. Murid berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya


yang dilihat dalam poster dan menyebutnya berdasarkan
kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru.
(Contoh : berjalan kaki = pejalan kaki,
menunggang basikal = penunggang basikal)

3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan Media 1.2


diberikan kad imbasan (Media 1.2). Kemudian Kad imbasan gambar
murid membaca perkataan mengikut kumpulan. dan perkataan

4. Murid mengukuhkan lagi pengetahuan mereka dengan Buku Aktiviti ( Aktiviti 1 )


melengkapkan aktiviti 1 dan 2.
Buku Aktiviti ( Aktiviti 2 )

5. Murid melengkapkan aktiviti 3 sebagai pemulihan Buku Aktiviti ( Aktiviti 3 )


dan pengayaan.

18
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk 2 : Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza


Kemahiran : Fokus Utama : 2.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.7.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bercerita tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.

2) menulis perkataan berkaitan pengguna jalan raya.

3) menjelaskan semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada sesuatu masa
dan keselamatan pejalan kaki adalah penting.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 25 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am


Kosa kata – pimpin tangan
– tali pinggang keledar
– bebendul jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – rasional
KBT – TKP : interpersonal
– Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada

Media Pengajaran : • Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 4 ( Melengkapkan peta minda untuk perjalanan yang selamat
ke sekolah )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

24
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza

1. Murid melihat poster (Media 1.1) yang dipamerkan. Media 1.1


Murid bersoal jawab berkaitan dengan pengguna jalan Poster Pengguna Jalan
raya yang terdapat dalam poster. Raya

2. Murid bercerita tentang pengalaman mereka menjadi


pengguna jalan raya yang berbeza dalam perjalanan
mereka ke sekolah.
Contohnya, mereka berjalan kaki ke kereta dan menjadi
penumpang untuk ke sekolah. Kemudian setelah
sampai di sekolah mereka keluar dari kereta dan
berjalan ke dalam kawasan sekolah.

3. Murid menjelaskan dalam setiap perjalanan, mereka


boleh menjadi tiga pengguna jalan raya yang berbeza
dan nyatakan tentang keselamatan diri mereka.

4. Murid bersoal jawab tentang aspek keselamatan yang


perlu difikirkan dalam setiap perjalanan berdasarkan
peta minda.
• Apakah aspek keselamatan yang perlu anda fikirkan?
• Apakah perlakukan yang selamat sebelum, selepas
dan antara perjalanan itu?

Pimpin tangan – minta bantuan orang dewasa


Pejalan Lihat kereta yang mengundur – lihat kanan, kiri,
kaki kanan dan belakang
Perhatikan kenderaan
yang lalu-lalang
Penumpang sebelum keluar

Pakai tali
pinggang keledar
Pejalan
Jangan ganggu kaki
Masuk dari pemandu
bebendul jalan

Tunggu orang dewasa untuk


membantu anda keluar dari
kereta ke bebendul jalan

5. Murid diminta melengkapkan aktiviti 4 – aktiviti ini boleh Buku Aktiviti ( Aktiviti 4 )
dibincangkan dalam kumpulan kecil sebelum dicatatkan
ke dalam buku aktiviti.

25
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk 3 : Semua Orang Pejalan Kaki


Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 7.2.2, 7.2.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan lima langkah melintas dengan betul menggunakan perkataan


dan frasa yang jelas.

2) menulis perkataan dan ayat tunggal tentang langkah-langkah melintas


jalan raya yang betul dengan tulisan yang cantik.

3) menyatakan lima langkah melintas dengan selamat.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 28 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata kerja


Kosa kata – berhenti
– melihat
– mendengar
– berfikir
– berwaspada

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Muzik


Nilai – kerjasama
KBT – KB : menyusun maklumat

Media Pengajaran : • Media 1.3 ( Lirik lagu “Melintas Jalan” )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 5 ( Menyenaraikan lima langkah melintas dengan penerangan


yang betul )
• Aktiviti 6 ( Menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

27
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

3 Semua Orang Pejalan Kaki

1. Murid menyanyikan lagu “Melintas Jalan” (Media 1.3). Media 1.3


Lirik lagu “Melintas Jalan”
2. Murid menyatakan lima langkah melintas dengan
selamat berdasarkan lirik lagu.

3. Murid melakukan simulasi prosedur melintas jalan


dengan selamat.
• Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi orang
dewasa dan kanak-kanak yang hendak melintas
jalan raya.
• Murid lain boleh menjadi pemerhati dan menilai sama
ada lima langkah melintas dilakukan dengan betul.

4. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.


• Mengapakah kita perlu melintas dengan orang dewasa?
• Mengapakah kita berhenti sebelum melintas?
• Di manakah kita perlu berhenti?
• Apakah yang perlu kita lihat sebelum melintas?
• Arah manakah yang perlu kita lihat?
• Apakah yang perlu kita dengar sebelum melintas?
• Bagaimanakah bunyi dapat membantu kita melintas
dengan selamat?
• Apakah yang kita fikirkan sebelum melintas?
• Apakah yang perlu kita fikirkan sebelum mula melintas?
• Mengapakah kita perlu berwaspada semasa melintas?
• Apakah yang mungkin berlaku?

5. Murid menulis ayat tunggal yang betul dengan tulisan Buku Aktiviti ( Aktiviti 5 )
yang cantik (Aktiviti 5 dan Aktiviti 6)
Buku Aktiviti ( Aktiviti 6 )

28
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk 4 : Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 3 (i)
PKJR : 1.7.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan topik yang diberi.

2) menulis ayat dalam bentuk perenggan berdasarkan gambar bersiri.

3) menyatakan perlakuan yang selamat di tempat letak kereta.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 33 – 34 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat tunggal dan ayat majmuk


Kosa kata – mengundur
– bernyala
– kaki lima
– tempat letak kereta

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhemah
KBT – TKP : visual ruang
– Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada

Media Pengajaran : • Media 1.4 ( Poster Tempat Letak Kereta )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 7 ( Menulis semula ayat yang diberi berdasarkan gambar )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

32
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

4 Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta

1. Murid melihat gambar ilustrasi kawasan tempat letak Media 1.4


kereta (Media 1.4) dan bersoal jawab dengan rakan Poster Tempat Letak
berkaitan gambar tersebut dengan bimbingan guru. Kereta

• Siapakah pengguna jalan raya yang berkongsi


tempat letak kereta?
4 Hampir semua jenis pengguna jalan raya – pemandu,
penunggang motosikal, pejalan kaki

• Apakah bahaya yang boleh dihadapi oleh pejalan kaki


di kawasan tempat letak kereta?
4 Kenderaan sentiasa mengundur di tempat letak
kereta dan pemandu mempunyai tahap penglihatan
yang terhad terhadap pejalan kaki dan kenderaan
yang berada di belakangnya.
4 Kebiasaannya tidak terdapat laluan pejalan kaki dan
tiada tempat yang selamat untuk menunggu semasa
masuk dan keluar dari kereta.

• Bagaimanakah anda boleh mengetahui bahawa


sebuah kereta sedang mengundur?
4 Dengar bunyi enjin dan sensor undur.
4 Lampu mengundur bernyala.
4 Kereta mengundur perlahan-lahan.

• Dari arah manakah kenderaan akan datang


di kawasan tempat letak kereta? Bagaimanakah
anda boleh mengetahuinya?

• Adakah semua pemandu melakukan perkara yang


sepatutnya semasa berada di kawasan tempat letak
kereta? Apakah yang anda boleh jangkakan?

• Apakah yang anda harus lakukan jika anda melihat


ibu bapa anda sedang menunggu di dalam kereta
ketika keluar dari sekolah?

2. Jika berkesempatan, bawa murid keluar ke kawasan


tempat letak kereta dan lakukan demonstrasi berikut;

• prosedur masuk dan keluar dari kereta di kawasan


tempat letak kereta
• prosedur selamat ketika melintas di kawasan tempat
letak kereta
• mengenal pasti kereta mengundur di kawasan
tempat letak kereta (lampu undur, sensor undur)

( Beri keutamaan kepada aspek keselamatan dan pastikan


semua prosedur dilaksanakan sebelum aktiviti di atas
dijalankan.)

33
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

3. Jika aktiviti luar kelas tidak dapat dilakukan, bahagikan


kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan murid
dikehendaki berbincang cara mereka boleh menjaga
keselamatan di tempat letak kereta.
Contoh:
• Tunggu hingga kereta berhenti sepenuhnya sebelum
membuka pintu.
• Lihat sekeliling untuk melihat jika ada kenderaan yang
bergerak sebelum membuka pintu.
• Berhati-hati semasa membuka dan menutup pintu.
• Tunggu orang dewasa datang dan membantu anda
keluar dari kenderaan.
• Pimpin tangan orang dewasa apabila berjalan
di tempat letak kereta.
• Jika ibu bapa menunggu anda di dalam kereta
yang berada dalam keadaan diparkir, berdiri
di kaki lima dan tunggu sehingga mereka datang
menjemput anda.

4. Murid dibimbing untuk menyusun pernyataan dan Buku Aktiviti ( Aktiviti 7 )


menulis (Aktiviti 7) tentang ciri-ciri keselamatan semasa
berada di kawasan tempat letak kereta berdasarkan
maklumat yang diberikan.

5. Murid membuat rumusan bahawa mereka perlu


mengamalkan langkah-langkah keselamatan
di kawasan tempat letak kereta, sama seperti ketika
berada berdekatan dengan jalan raya. Hal ini kerana
kenderaan boleh bergerak dengan laju dari semua arah
yang sukar untuk dijangka.

34
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk 1 : Patuhi Peraturan Jalan Raya


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 4.1 Aras 2 (ii)
PKJR : 3.1.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) mengemukakan pendapat tentang kepentingan mematuhi peraturan


jalan raya dengan bahasa yang betul.

2) menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.

3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada


pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 38 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat perintah


Kosa kata – peraturan
– situasi
– berbahaya
– memimpin

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berwaspada
KBT – KB : membanding beza
– TKP : interpersonal

Media Pengajaran : • Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 8 ( Menyusun perkataan menjadi pernyataan yang betul dan
membina ayat )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

37
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Patuhi Peraturan Jalan Raya

1. Guru berbincang dengan murid tentang kepentingan


peraturan, contohnya:
• di sekolah
• di rumah

2. Murid menyatakan kepentingan mematuhi peraturan


dan mengaitkannya dengan peraturan jalan raya;
• memastikan semua selamat.
• memastikan kita tidak membahayakan orang lain.

3. Murid menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan Media 2.1


poster (Media 2.1). Poster Peraturan
Jalan Raya
4. Murid berbincang tentang kesan yang mungkin berlaku
sekiranya peraturan tidak dipatuhi berdasarkan
poster.

5. Murid menyenaraikan contoh peraturan jalan raya


berkaitan dengan melintas.
Contoh:
• Mengamalkan lima langkah melintas.
• Melintas dengan orang dewasa.
• Pimpin tangan orang dewasa sebelum melintas.
• Menggunakan lintasan pejalan kaki.

6. Murid menyenaraikan peraturan jalan raya yang perlu


dipatuhi oleh pembonceng motosikal dan penumpang.

7. Guru meminta murid menyiapkan aktiviti 8. Buku Aktiviti ( Aktiviti 8 )

8. Guru menerangkan dan memberi penekanan tentang


peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi supaya lebih
selamat semasa di jalan raya.

38
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk 2 : Amalkan Peraturan Jalan Raya


Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 3.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster dengan menggunakan


ayat yang betul.

2) menulis karangan pendek berdasarkan tajuk.

3) membezakan peraturan jalan raya untuk pengguna jalan raya yang berbeza.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 42 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat majmuk


Kosa kata – pejalan kaki
– penumpang kereta
– pembonceng motosikal

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berwaspada
KBT – KB : membanding beza
– BCB : perbincangan

Media Pengajaran : • Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya )


• Media 2.2 ( Kad pernyataan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 9 ( Memadan peraturan jalan raya dengan pengguna jalan raya
yang betul )
• Aktiviti 10 ( Menulis karangan tentang pengguna dan peraturan jalan raya )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

41
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Amalkan Peraturan Jalan Raya

1. Guru mempamerkan Media 2.1 dan meminta murid Media 2.1


menyenaraikan peraturan jalan raya berdasarkan media Poster Peraturan Jalan
tersebut. Raya

2. Beberapa orang murid melakonkan perlakuan yang


selamat di jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam
poster.

3. Murid lain meneka lakonan tentang peraturan


jalan raya yang ditunjukkan dan jenis pengguna yang
terlibat.

4. Setiap kumpulan akan memilih set kad pernyataan Media 2.2


berdasarkan kumpulan pejalan kaki, penumpang kereta Kad Pernyataan
dan pembonceng motosikal.

5. Wakil kumpulan diminta menyatakan maklumat yang


diperolehi di hadapan kelas.

6. Murid melengkapkan aktiviti 9. Buku Aktiviti ( Aktiviti 9 )

7. Murid menulis karangan berdasarkan aktiviti 9 Buku Aktiviti ( Aktiviti 10 )


( Pilih satu pengguna jalan raya )

42
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk 3 : Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 7.1 Aras 2 (i)
PKJR : 3.1.4

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan


jalan raya.

2) membaca ayat dan memadankan gambar situasi peraturan jalan raya


yang dibincangkan dengan betul.

3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada


pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 47 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata perintah


Kosa kata – jangan
– tunggu
– sila

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berwaspada
KBT – KB : membanding beza
– TKP : interpersonal

Media Pengajaran : • Media 2.3 ( Kad imbasan gambar )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 11 ( Padankan gambar situasi dengan peraturan yang sesuai )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

46
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

3 Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu

1. Murid bersoal jawab tentang peraturan jalan raya yang Media 2.3
perlu diamalkan berdasarkan kad imbasan gambar Kad imbasan gambar
(Media 2.3).
• Tempat letak kereta/ – tunggu sehingga
pusat beli-belah orang dewasa membuka
pintu dan memimpin anda
• Hentian bas – jangan melintas jalan sehingga
bas telah meninggalkan
hentian bas
• Kawasan perumahan – jangan bermain di laluan
kenderaan
– beri perhatian kepada
kenderaan yang mengundur.
• Perjalanan dari rumah – mematuhi peraturan jalan raya
ke bandar
• Ketika membonceng – sentiasa memakai topi keledar
walaupun jarak perjalanan
yang dekat.

2. Murid menyenaraikan jawapan pada papan tulis


mengikut kategori yang telah dibincangkan.

3. Murid membaca dan memadankan gambar situasi Buku Aktiviti ( Aktiviti 11 )


dengan peraturan yang dibincangkan. (Aktiviti 11)

47
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk 4 : Patuhi Peraturan Jalan Raya


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 3.1.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan


jalan raya dengan ayat yang betul.

2) menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik.

3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada


pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 51 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am, ayat perintah


Kosa kata – jejantas
– tali pinggang keledar
– kereta
– topi keledar
– bebendul jalan
– lintasan pejalan kaki
– hentian bas

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berwaspada
KBT – KB : membanding beza
– TKP : interpersonal

Media Pengajaran : • Media 2.4 ( Poster Pekarangan Sekolah )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 12 ( Menulis ayat perintah tentang peraturan sebagai


penumpang kenderaan )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

50
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

4 Patuhi Peraturan Jalan Raya

1. Murid meneliti poster (Media 2.4) dan bersoal jawab Media 2.4
tentang hubung kait peraturan jalan raya yang terdapat Poster Pekarangan
dalam poster dengan frasa yang diberi. Sekolah
Contoh perkataan atau frasa adalah seperti:
• Warden lalu lintas (dengar dan patuhi)
• Jejantas (guna jika ada)
• Tali pinggang keledar ( sentiasa pakai apabila berada
di dalam kereta )
• Masuk dan keluar dari kereta (bebendul jalan)
• Melintas (gunakan lima langkah untuk melintas
dengan selamat)
• Orang dewasa (berpimpin tangan dengan orang
dewasa untuk melintas)
• Menghadap lalu lintas (berjalan menghadap lalu lintas
jika tidak terdapat laluan pejalan kaki)
• Topi keledar (pakai dengan betul dan kancingkan)
• Lima langkah melintas dengan selamat
(gunakan lintasan pejalan kaki)
• Hentian bas (jangan bermain di sekitar hentian bas)

2. Murid berbincang tentang peraturan jalan raya yang


diguna pakai semasa turun dan naik dari kenderaan
di sekolah.
Buku Aktiviti ( Aktiviti 12 )
3. Murid menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik
dalam aktiviti 12.
Contoh:
• Ikut arahan warden trafik.
• Gunakan tempat melintas atau jejantas.
• Jangan berlari semasa melintas.
• Amalkan lima langkah melintas.

51
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk 1 : Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan


Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2) menamakan papan tanda dan mewarnakan dengan betul.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat


dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda


jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 56 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – perkataan dan frasa


Kosa kata – persimpangan
– selekoh
– bonggol
– jalur derum
– dibenarkan berpusing balik
– had laju

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berdisiplin
hemah tinggi
KBT – KB : menjana idea
membanding beza
mencirikan
– TKP : verbal linguistik, visual ruang

Media Pengajaran : • Buku Bergambar

Buku Aktiviti : • Aktiviti 13 ( Mewarna dan menamakan papan tanda jalan )


• Aktiviti 14 ( Mengenal pasti sistem jalan raya dan mencari perkataan
berkaitan )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

55
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

1. Murid menyatakan pelbagai papan tanda yang terdapat


di kawasan sekolah.

2. Bersoal jawab tentang maksud papan tanda yang


disebut oleh murid.

3. Murid membaca perkataan dan frasa yang ditunjukkan. Buku Bergambar


(Senarai perkataan atau frasa berdasarkan aktiviti 13)

4. Murid berbincang tentang perbezaan antara:


• papan tanda
• isyarat
• penanda jalan

5. Murid diperkenalkan dengan papan tanda, isyarat dan


penanda jalan yang lain seperti:
• lorong motosikal sahaja
• lampu isyarat di hadapan
• jalur derum
• bonggol
• had laju
• dibenarkan berpusing balik
• selekoh

6. Bersoal jawab tentang maksud dan tujuan papan


tanda, isyarat dan penanda jalan yang dipelajari.
• Kepada siapa papan tanda, isyarat dan penanda
jalan ditujukan?
• Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

7. Murid mewarna dan menulis nama papan tanda Buku Aktiviti ( Aktiviti 13 )
jalan pada ruang yang disediakan.
(Aktiviti 13 dan 14) Buku Aktiviti ( Aktiviti 14 )

56
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk 2 : Kategori Papan Tanda Jalan


Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i), (ii)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2) menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dengan


tulisan yang kemas dan cantik.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat


dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda


jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 60 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk


Kosa kata – pematuhan
– wajib
– amaran
– larangan
– panduan
– lintasan
– melintas
– respons

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berdisiplin
– hemah tinggi
KBT – KB : menjana idea
membanding beza
mencirikan
– TKP : verbal linguistik

Media Pengajaran : • Buku Bergambar

Buku Aktiviti : • Aktiviti 15 ( Membina ayat mengunakan frasa dan mewarna )


• Aktiviti 16 ( Menulis mesej bagi setiap sistem jalan raya yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

59
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Kategori Papan Tanda Jalan

1. Murid membaca dan menyatakan maksud perkataan Buku Bergambar


dan frasa pelbagai pengguna jalan raya yang
terdapat dalam buku bergambar.

2. Murid mendengar penjelasan guru tentang tanda


jalan mengikut kategori pematuhan (wajib dan larangan),
amaran dan panduan.

3. Murid dibahagi kepada kumpulan pengguna jalan raya


yang berikut:
• Pejalan kaki
• Pemandu
• Penunggang motosikal
• Penunggang basikal
Setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan tanda jalan
mengikut tiga kategori tersebut berdasarkan bahan
Buku Bergambar.

4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

5. Murid melakar satu papan tanda jalan bagi kategori


pematuhan (wajib dan larangan), amaran dan panduan.

6. Murid menulis ayat tunggal berdasarkan frasa yang Buku Aktiviti ( Aktiviti 15 )
berkaitan papan tanda, isyarat dan penanda jalan.
Murid melengkapkan aktiviti 15 dan 16. Buku Aktiviti ( Aktiviti 16 )

60
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk 3 : Ambil Langkah Bijak


Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa dengan


sebutan yang jelas.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan frasa yang diberi.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat


dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda


jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 64 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata majmuk, ayat tunggal/ayat majmuk


Kosa kata – perlakuan
– bijak
– langkah
– tindakan
– berhemah

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berdisiplin
berhemah
KBT – KB : menjana idea
membanding beza
mencirikan
– KMD : meramal
– TKP : verbal linguistik
visual ruang

Media Pengajaran : • Buku Bergambar

Buku Aktiviti : • Aktiviti 17 ( Menamakan dan menulis penerangan ringkas fungsi sistem
jalan raya yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

63
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

3 Ambil Langkah Bijak

1. Murid menyenaraikan dan membaca nama dan


maksud papan tanda, isyarat dan penanda jalan
yang telah dipelajari.

2. Murid melakukan aktiviti permainan kotak beracun Buku Bergambar


menggunakan buku bergambar.
• Murid memilih sekeping gambar dan
mempamerkannya kepada rakan sekelas.
• Murid lain membaca dan menyatakan maksud
papan tanda yang dipamerkan.
• Murid bersoal jawab tentang tindakan yang perlu
dilakukan berdasarkan papan tanda, isyarat dan
penanda jalan yang dipamerkan.

3. Beberapa orang murid menjalankan aktiviti simulasi


di dalam bilik darjah.
• Sekumpulan murid akan melakonkan watak sebagai
pengguna jalan raya.
• Beberapa orang murid memegang simbol dan
berperanan sebagai papan tanda jalan.
• Pengguna jalan raya akan bergerak melalui
stesen-stesen yang mempunyai papan tanda.

4. Murid lain memerhati tindakan pengguna jalan raya


yang melalui beberapa papan tanda dan isyarat serta
memberi respons terhadap aksi yang dilihat.

5. Murid melengkapkan aktiviti 17. Buku Aktiviti ( Aktiviti 17 )

64
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk 4 : Jom, Jalan-Jalan


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang
dilihat dengan menggunakan ayat yang betul.

2) menulis karangan berdasarkan isi-isi yang diberi.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat


dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda


jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 67 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk


Kosa kata – penanda jalan
– garisan kuning
– jalur derum
– lawatan
– perhatikan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berdisiplin
hemah tinggi
KBT – KB : menjana idea
mencirikan
– BCB : perbincangan

Buku Aktiviti : • Aktiviti 18 ( Mengenal pasti sistem jalan raya )


• Aktiviti 19 ( Menulis karangan tentang pemerhatian yang telah dilakukan )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

66
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

4 Jom, Jalan-Jalan

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Buku Aktiviti ( Aktiviti 18 )


• Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti luar bilik
darjah dan melengkapkan borang grafik yang
diberi (Aktiviti 18).

2. Setiap murid diminta memerhati dan mencatat papan


tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat.

3. Murid bersoal jawab tentang penanda jalan yang dilihat


semasa aktiviti lawatan dan berbincang secara asas
tentang fungsi penanda jalan tersebut.
Contoh:
• Garis putus-putus
• Garis lurus
• Garis berkembar
• Warna garisan putih dan kuning

4. Murid menulis karangan berdasarkan aksi Buku Aktiviti ( Aktiviti 19 )


pengguna jalan raya yang dilihat semasa melakukan
aktiviti luar kelas dengan bimbingan guru (Aktiviti 19).

67
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk 1 : Boleh Dilihat dan Lebih Selamat


Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 2.1.5, 4.3.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) berbual tentang tajuk yang dipelajari dengan menggunakan bahasa


yang sesuai.

2) membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi.

3) menyatakan sebab-sebab mereka sukar dilihat di jalan raya.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 72 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat tunggal


Kosa kata – perabot jalan
– jalur pemantul cahaya
– pakaian pemantul cahaya
– ves pemantul cahaya
– penyelenggara

Pengisian Kurikulum : Ilmu –Pendidikan Seni Visual



Sains

Kemahiran Hidup
Nilai –
berhati-hati
berdikari
rasional
KBT – KB : menjana idea
membuat kesimpulan
– TKP : intrapersonal

Media Pengajaran : • Media 4.1 ( Poster Kebolehlihatan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 20 ( Membina ayat dari perkataan dan frasa yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

71
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Boleh Dilihat dan Lebih Selamat

1. Seorang murid dipakaikan dengan baju berwarna hijau


dan seorang lagi berwarna putih.

2. Kedua-duanya diminta berdiri berhampiran dengan


pokok atau di hadapan papan hitam. Murid ditanya
dengan soalan:
• Siapakah yang paling mudah dilihat?
• Mengapakah dia mudah dilihat?

3. Murid diterangkan tentang konsep penyamaran yang


bermaksud berpadu dengan alam sekitar dan
menyebabkan sesuatu objek sukar untuk dilihat.

4. Murid berbual tentang faktor yang menyebabkan


pejalan kaki sukar dilihat di persekitaran jalan raya.

5. Murid menyatakan kepentingan bagi pengguna


jalan raya mudah dilihat supaya mereka lebih selamat.

6. Murid dipamerkan dengan poster (Media 4.1) dan Media 4.1


bersoal jawab tentang kebolehlihatan pemantul Poster Kebolehlihatan
cahaya dalam poster yang dilihat.

7. Murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan Buku Aktiviti ( Aktiviti 20 )


atau frasa yang diberi. (Aktiviti 20)

72
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk 2 : Cuaca dan Waktu


Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 4.3.2, 4.3.3, 2.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) mengemukakan pendapat berdasarkan eksperimen yang dilakukan.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan


pemerhatian yang dilakukan.

3) menyatakan keadaan cuaca dan waktu yang berbeza mempengaruhi


kebolehlihatan melalui uji kaji.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 76 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata adjektif, ayat tunggal/ayat majmuk


Kosa kata – cuaca
– waktu
– cahaya
– warna
– objek
– plastik lut sinar

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Sains


Nilai – berhati-hati
KBT – KB : menganalisis
membuat kesimpulan
– Konstruktivisme : mengembang idea

Media Pengajaran : • Media 4.2 ( Poster Hari Hujan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 21 ( Menulis kesimpulan berdasarkan pemerhatian )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

75
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Cuaca dan Waktu

1. Murid dipamerkan dengan Media 4.2 yang Media 4.2


menunjukkan gambar pejalan kaki melintas jalan raya Poster Hari Hujan
di kawasan yang gelap semasa hujan.

2. Dengan bimbingan guru, murid membincangkan kesan


cahaya dan cuaca terhadap kebolehlihatan pejalan kaki.
Contoh:
• cuaca mendung, jerebu dan hujan
• awal pagi dan lewat petang
• pakaian berwarna gelap
• aspek keselamatan semasa hujan
• pemandu kurang jelas penglihatan pada waktu hujan.

3. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan BBM


menjalankan uji kaji di bawah: Bahan-bahan untuk uji kaji
Kumpulan A
tidak disediakan.
Objektif :
Untuk menunjukkan kesan hari hujan terhadap kebolehlihatan Bahan uji kaji
pejalan kaki. a) Cuaca hujan:
Bahan :
• 2 biji gelas
1 gelas berisi air, 1 gelas kosong dan 1 objek seperti pensel
atau pemadam.
• Objek (pensel/pemadam)
Cara :
• Letakkan objek di hadapan gelas yang kosong dan lihat melalui
gelas dari sudut yang bertentangan.
• Kemudian, letakkan objek di hadapan gelas yang berisi air dan lihat
melalui gelas dari sudut yang bertentangan.
Kumpulan B
Objektif :
Untuk menunjukkan kesan pencahayaan dan waktu terhadap b) Waktu dan cahaya
kebolehlihatan pejalan kaki. • Plastik lut sinar
Bahan : berwarna
Sehelai plastik lut sinar tidak berwarna, sehelai plastik lut sinar berwarna,
• Plastik lut sinar tidak
1 objek seperti pensel atau pemadam.
Cara : berwarna
• Letakkan objek hadapan plastik lut sinar tidak berwarna dan lihat • Objek (pensel/pemadam)
dari sudut yang bertentangan dengan objek.
• Letakkan objek di hadapan plastik lut sinar berwarna dan lihat
menerusinya dari sudut yang bertentangan dengan objek.
Kumpulan C
Objektif:
Untuk menunjukkan kesan pakaian berwarna gelap terhadap c) Warna
kebolehlihatan pejalan kaki. • 1 helai baju T putih
Bahan:
• 1 helai baju T
Sehelai baju T putih dan sehelai baju T warna gelap.
Cara:
berwarna gelap
• Letakkan baju tersebut bersebelahan satu sama lain dan perhatikan • Sekeping kad putih
kedua-duanya dari jarak yang berbeza. (saiz manila kad)
• Lakukan pemerhatian dengan menggunakan latar belakang yang berbeza. • Sekeping kad warna
gelap (saiz manila kad)
4. Setiap kumpulan akan berbincang dan
mengemukakan hasil uji kaji kepada kelas.

5. Murid melengkapkan borang uji kaji dalam aktiviti 21. Buku Aktiviti ( Aktiviti 21 )

76
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk 3 : Perabot Jalan


Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 1.3.1, 1.3.2, 2.1.5, 4.3.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) memerihalkan tentang perabot jalan berdasarkan pemerhatian dan


maklumat yang diterima.

2) membina ayat tunggal menggunakan rangkai kata yang diberi.

3) menyatakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 80 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata majmuk, ayat tunggal


Kosa kata – peti surat
– pasu bunga
– lampu jalan
– tong sampah

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Seni Visual


– Kemahiran Hidup
Nilai – rasional
KBT – KB : menjana idea
– Konstruktivisme : mengembang idea

Media Pengajaran : • Media 4.3 ( Kad imbasan gambar )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 22 ( Melengkapkan perkataan )


• Aktiviti 23 ( Melengkapkan pernyataan dan mencari perkataan )
• Aktiviti 24 ( Membina ayat berdasarkan rangkai kata )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

79
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

3 Perabot Jalan

1. Murid melihat dan menamakan gambar perabot jalan Media 4.3


yang terdapat pada kad imbasan. Kad imbasan gambar

2. Murid dan guru bersoal jawab:


• Apakah perabot jalan? ( Murid menyenaraikan )
• Nyatakan kebaikan perabot jalan.
Contoh keselesaan, kemudahan, perhiasan
• Nyatakan keburukan perabot jalan.
Contoh:
i) Pejalan kaki akan terlindung jika saiznya hampir
sama dengan saiz perabot jalan.
ii) Warna pakaian pejalan kaki seakan-akan sama
dengan perabot jalan.
iii) Perabot jalan juga boleh menghalang
penglihatan pejalan kaki.

3. Murid dibawa ke persekitaran kawasan sekolah dan


menamakan perabot jalan yang ada.

4. Murid mengenal pasti perabot jalan yang mungkin


menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna
jalan raya yang lain atau sebaliknya.

5. Simulasi:
Beberapa orang murid diminta berdiri di belakang
mana-mana perabot jalan yang mungkin
menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna
jalan raya yang lain atau sebaliknya.

6. Murid menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan


pejalan kaki sukar dilihat.

7. Murid membuat kesimpulan daripada aktiviti simulasi.


Contoh: Pejalan kaki tidak boleh berada di belakang
perabot jalan yang boleh menghalang
mereka daripada dilihat.

8. Murid melengkapkan aktiviti 22 dan 23 dengan Buku Aktiviti ( Aktiviti 22 )


bimbingan guru. Buku Aktiviti ( Aktiviti 23 )

9. Murid membina ayat tunggal menggunakan rangkai Buku Aktiviti ( Aktiviti 24 )


kata (Aktiviti 24).

80
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk 4 : Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang Diletakkan


Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 5.1 Aras 2 (i)
PKJR : 4.3.1, 4.3.2, 2.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) berbual tentang perkara yang dipertontonkan dalam tayangan video dengan


menggunakan bahasa yang sesuai.

2) membaca kuat ayat-ayat yang diberikan dengan sebutan dan intonasi


yang betul.

3) menyatakan situasi bahaya yang boleh mempengaruhi kebolehlihatan di


antara dua buah kereta yang diletakkan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 86 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata adjektif


Kosa kata – cerun bukit
– berpadu
– but kereta
– saiz

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Sains


Nilai – berhati-hati
berdikari
KBT – KB : merumus
– BCB : bacaan mekanis

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap1


Segmen : ‘Kebolehlihatan’ ( 07.39 – 08.42 minit )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 25 ( Menulis kata-kata nasihat )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

85
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

4 Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang


Diletakkan

1. Murid dipertontonkan dengan tayangan video teknikal Video


serta menyenaraikan bahaya yang dapat dikenal pasti Kemahiran Asas
melalui tayangan video tersebut. Contoh : Keselamatan Jalan Raya
• Kanak-kanak melintas jalan di antara kenderaan. Tahap1 Segmen :
• Warna pakaian kanak-kanak kelihatan berpadu ‘Kebolehlihatan’
dengan keadaan sekeliling. ( 07.39 – 08.42 minit )
• Pemandu tidak nampak pejalan kaki melintas
di cerun bukit.
• Kanak-kanak kecil sukar dilihat.

2. Secara berpasangan, murid diminta berbual tentang


bahaya yang terdapat dalam video yang dipertontonkan.

3. Murid membaca kuat ayat-ayat yang telah disenaraikan


di atas secara kelas dan kumpulan.

4. Murid dibawa ke tempat letak kereta dan


mendemonstrasikan situasi berdiri di antara 2 buah
kereta yang diletakkan.

5. Murid membuat pemerhatian untuk memahami situasi


yang menyebabkan mereka terlindung di antara dua
buah kereta yang diletakkan.

6. Dengan bimbingan guru, murid berbincang dan


membuat kesimpulan berdasarkan keadaan bahaya
berdiri di antara dua buah kereta yang diletakkan.

7. Murid menulis kata-kata nasihat kepada pejalan kaki. Buku Aktiviti ( Aktiviti 25 )
(Aktiviti 25)

86
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk 1 : Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 2 (i)
PKJR : 1.1.1, 1.5.1, 7.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan jawapan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

2) membina sekurang-kurangnya dua ayat majmuk berdasarkan kosa kata


yang diberikan.

3) menyatakan bahawa jalan raya ialah tempat yang kompleks dan berbahaya.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 90 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat majmuk, kata adjektif


Kosa kata – jalan lurus
– jalan sempit, lalu lintas sehala
– lalu lintas dua hala
– jalan lebar
– pembahagi jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT – KB : membanding beza
– TKP : kinestetik

Media Pengajaran : • Media 5.1 ( Poster Pantun Nasihat )


• Media 5.2 ( Poster Blok Pertengahan )
• Media 5.3 ( Kad imbasan gambar dan kad imbasan perkataan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 26 ( Membina ayat majmuk berdasarkan situasi melintas )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

89
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya

1. Murid membaca serangkap pantun nasihat yang Media 5.1


dipamerkan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Poster Pantun Nasihat

2. Murid bersoal jawab tentang mesej pantun yang dibaca.

3. Murid menjawab soalan berkaitan mesej yang


terdapat dalam pantun.

4. Murid dipamerkan dengan ilustrasi persimpangan Media 5.2


“Blok Pertengahan” (Media 5.2) yang ada garisan lorong. Poster Blok Pertengahan
Murid diminta membayangkan mereka berdiri di X dan
hendak melintas ke Y. Murid bersoal jawab dengan
guru tentang:
• Arah datangnya kenderaan?
• Sebelum dan semasa melintas jalan, arah mana
pejalan kaki perlu perhatikan kenderaan?

5. Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis jalan raya Media 5.3


berdasarkan gambar dan kad perkataan Kad imbasan gambar
(Media 5.3) yang ditunjukkan oleh guru seperti: Kad imbasan perkataan
• Jalan sempit lalu lintas sehala
• Jalan sempit, lalu lintas dua hala
• Jalan lebar, lalu lintas dua hala
• Jalan lebar, lalu lintas dua hala dengan pembahagi jalan

6. Murid menjalankan aktiviti permainan “tag” dengan


bimbingan guru:
• Bawa murid ke luar kelas dan cari kawasan lapang
untuk mereka berlari.
(Jika ruang atau waktu tidak mengizinkan, memadai
dengan memanggil 2 atau 3 orang murid untuk
mendemonstrasikannya di dalam kelas)
• Lukis dua garisan selari untuk dijadikan contoh
jalan raya.
• Pilih beberapa orang murid untuk menjadi pasukan
‘pengejar’ dan ‘pelari’. Pasukan ‘pengejar’ akan
berdiri di antara dua garisan dan pasukan ‘pelari’ pula
berdiri secara rawak di tepi garisan.
• Apabila isyarat diberi, mereka akan cuba menyeberang
‘jalan’ sambil mengelak pasukan ‘pengejar’ dari
menyentuh mereka.
• Permainan ini dimainkan dua pusingan, satu dengan
‘jalan’ yang sempit dan satu lagi dengan ‘jalan’ yang lebar.

90
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

a) Jalan sempit:

b) Jalan lebar:

● pasukan ‘pelari’ ● pasukan ‘pengejar’

7. Di dalam kelas, bincangkan kesimpulan permainan dan


cabaran yang dilalui untuk menyeberang jalan:

• Apakah yang perlu dilihat atau diperhatikan oleh


setiap murid yang melintas jalan?
(pengguna jalan raya yang lain)
• Arah manakah mereka perlu lihat?
(sekeliling, termasuk belakang)
• Apakah langkah-langkah lain yang perlu diambil
semasa melintas?
(tidak terjatuh atau berlanggar dengan orang lain)
• Yang manakah lebih mudah untuk melintas sama ada
jalan lebar atau sempit? Mengapa?
• Adakah lebih mudah untuk melintas jika terdapat lebih
atau kurang ‘pengejar’ (sibuk/lengang) atau pasukan
‘pengejar’ berlari secara perlahan (laju/perlahan)?

8. Murid membuat rumusan dalam aktiviti 26. Buku Aktiviti ( Aktiviti 26 )

91
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk 2 : Mengimbas Lalu Lintas


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 2 (i)
PKJR : 7.3.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan maklumat kenderaan yang ditayangkan menggunakan


ayat yang betul.

2) menulis perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan.

3) menyatakan tujuan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko


dan bahaya.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 97 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata arah


Kosa kata – video
– mengimbas
– memerhati
– kenderaan
– melihat

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhati-hati
rasional
KBT – KB : mengitlak
– TKP : visual ruang

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1


Segmen: ‘Pengenalan’ ( 00.04-00.15 )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 27 ( Menjawab soalan berdasarkan video )


• Aktiviti 28 ( Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan
melengkapkan ayat yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

96
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Mengimbas Lalu Lintas

1. Murid melihat dan memerhatikan kenderaan yang Video


terdapat dalam Video Teknikal Tahap 1 yang Kemahiran Asas
menggambarkan pergerakan lalu lintas. Keselamatan Jalan Raya
Tahap 1
2. Murid menjawab soalan-soalan yang berikut: Segmen : “Pengenalan”
• Berapa banyakkah kenderaan yang kamu nampak? ( 00.04 - 00.15 minit )
• Apakah jenis kenderaan yang kamu nampak? atau
(contohnya kereta, lori, bas, motosikal) Iklan Televisyen
• Adakah kenderaan tersebut bergerak laju Keselamatan Jalan Raya
atau perlahan? (boleh didapati di
• Apakah warna kenderaan tersebut? www.panducermat.org.my)

3. Murid menulis hasil pemerhatian pada borang Buku Aktiviti ( Aktiviti 27 )


pengurusan grafik (Aktiviti 27).

4. Tayangkan video yang sama buat kali kedua kerana


kebanyakan murid mungkin belum dapat menjawab
semua soalan. Tanyakan apa lagi yang mereka lihat
(Anda akan dapati tontonan yang berulang kali membantu
murid melihat atau memerhati dengan lebih teliti).

5. Jika perlu tayangkan video buat kali ketiga supaya murid


dapat melihat dan menjawab semua soalan.

6. Murid berbincang sama ada mereka dapat melihat


perkara lain apabila memberi tumpuan dengan
memerhatikan kenderaan.

7. Murid diterangkan bahawa perkataan lain untuk melihat


kenderaan ialah mengimbas kenderaan.
• Mengimbas melibatkan bukan hanya melihat
kenderaan tetapi mencari petunjuk sama ada
kenderaan sedang bergerak laju dan boleh
membahayakan pejalan kaki.

8. Bincangkan akibat jika mereka tidak ‘nampak’ lalu lintas


semasa sedang ‘melihat’.

9. Murid menyiapkan aktiviti 28. Buku Aktiviti ( Aktiviti 28 )

97
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk 3 : Mencari Petunjuk


Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i)
PKJR : 7.2.6

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan petunjuk untuk mengenal pasti situasi sesebuah


kenderaan dengan bahasa yang betul.

2) membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.

3) menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk


mengumpul maklumat tentang lalu lintas.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 101 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am


Kosa kata – pemelahuan
– laluan
– deria
– petunjuk
– komunikasi

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Nilai – berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT – KB : membuat inferens
membanding beza
– TKP : interpersonal

Buku Aktiviti : • Aktiviti 29 ( Menjawab soalan berdasarkan gambar )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

100
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

3 Mencari Petunjuk

1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.


Contoh :
• Bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan
sedang bergerak? Deria manakah yang kita gunakan
untuk mengesan pergerakan kenderaan?
(lihat, dengar, sentuh, rasa, bau)
• Bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan itu
berada dalam keadaan melahu (enjinnya hidup
tetapi kenderaan tidak bergerak) atau sedang
bergerak?
• Bagaimanakah kamu tahu sama ada kenderaan
bergerak ke arah kamu atau menjauhi kamu?
• Mengapakah pentingnya mengetahui arah
pergerakan kenderaan bergerak?

2. Murid melakukan demonstrasi (melihat mata ke mata


dengan rakan). Lakukan aktiviti melontar dan
menyambut objek secara berpasangan.
• Pasangan yang pertama melontar tanpa rakannya
sempat untuk bersedia (membuat komunikasi mata ke
mata). Pasangan yang kedua melontar hanya apabila
mereka telah membuat komunikasi mata ke mata.

3. Murid diterangkan bahawa objek tersebut sukar untuk


disambut sekiranya tiada komunikasi mata ke mata.
• Kaitkan aktiviti ini dengan membuat komunikasi mata
ke mata sewaktu berada di persekitaran jalan raya.

4. Murid berbincang tentang kepentingan komunikasi


mata ke mata yang melibatkan semua pengguna jalan
raya.

5. Murid membina perenggan berdasarkan bahan Buku Aktiviti ( Aktiviti 29 )


rangsangan. (Aktiviti 29)

101
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk 4 : Pemerhatian Lalu Lintas


Kemahiran : Fokus Utama : 10.1 Aras 2 (i)
Fokus Sampingan : 1.2 Aras 1 (ii)
PKJR : 7.2.6

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan dengan


ayat yang gramatis.

2) menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan dengan menggunakan ayat


yang betul.

3) menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk


mengumpul maklumat tentang lalu lintas.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 104 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata adjektif


Kosa kata – pemerhatian
– terang
– gelap
– sibuk
– lengang

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT – KB : membanding beza
– BCB : perbincangan

Buku Aktiviti : • Aktiviti 30 ( Mencatatkan pemerhatian berdasarkan gambar yang diberi )


• Aktiviti 31 ( Memberi penerangan lalu lintas berdasarkan gambar yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

103
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

4 Pemerhatian Lalu Lintas

1. Murid dibawa ke luar bilik darjah untuk membolehkan


mereka memerhatikan lalu lintas.

2. Murid diminta memilih pasangan dan membuat catatan Buku Aktiviti ( Aktiviti 30 )
pemerhatian lalu lintas dan melengkapkan aktiviti 30.

3. Murid pulang ke kelas selepas memerhatikan lalu lintas


selama 10 minit dan mengadakan perbincangan
berkaitan dengan pemerhatian yang telah dilakukan.

4. Murid merekodkan jawapan berdasarkan soalan yang


berikut :
a) Di manakah pejalan kaki perlu melihat dan
memerhatikan lalu lintas?
b) Bilakah jalan raya lebih selamat?
c) Bilakah jalan raya paling tidak selamat?
• apabila lalu lintas datang dari segenap arah
• apabila awal/lewat hari dan semua orang sedang
melakukan perjalanan pergi/balik ke tempat kerja
atau sekolah pada waktu yang sama.
• apabila cuaca buruk
• apabila awal/lewat hari kerana keadaan pencahayaan

(Catatan : Pemerhatian tambahan juga boleh dilakukan


pada waktu yang lain untuk membuat perbandingan
lalu lintas pada waktu atau hari yang berbeza.)

5. Murid menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan.

6. Murid membina perenggan berdasarkan gambar. Buku Aktiviti ( Aktiviti 31 )


(Aktiviti 31)

104
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Tajuk 1 : Tali Pinggang Keledar


Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1(i)
PKJR : 6.1.1 , 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan memakai


tali pinggang keledar.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan


frasa yang diberi.

3) menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 108 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am


Kosa kata – tali pinggang keledar
– pita pelekat
– keselamatan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – kasih sayang
KBT – KB : menyusun maklumat
– BCB : mencatat nota
– TKP : kinestetik

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1


Segmen : “Tali pinggang keledar” ( 08.44 - 09.13 minit )

BBM : • Bahan-bahan untuk uji kaji ( tidak disediakan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 32 ( Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan
yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

107
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Tali Pinggang Keledar

1. Murid menonton tayangan video segmen Video


tali pinggang keledar. Kemahiran Asas
Keselamatan Jalan Raya
2. Murid berbincang dengan guru tentang video yang Tahap 1 Segmen :
ditonton dan menyatakan kepentingan memakai tali “Tali pinggang keledar”
pinggang keledar. ( 08.44 - 09.13 minit )

3. Murid menjalankan uji kaji untuk mendemonstrasi BBM


fungsi tali pinggang keledar. Bahan-bahan untuk uji kaji
• Anda memerlukan kereta mainan, anak patung dan tidak disediakan :
pita pelekat atau tali untuk dijadikan tali pinggang keledar. kereta mainan,
• Letakkan anak patung di atas kereta mainan. Minta anak patung dan
murid untuk menyampaikan pendapat tentang tali/pita pelekat/getah.
kesan kepada anak patung sekiranya kereta mainan
mengalami perlanggaran.
• Bincangkan dengan kelas tentang kesan-kesan
kecederaan akibat perlanggaran itu. Bayangkan
sekiranya perlanggaran tersebut benar-benar berlaku.
Apakah yang akan terjadi kepada anak patung
tersebut? (Uji kaji ini boleh diulang dengan
kelajuan yang berbeza dan perhatikan kesan yang
berlaku kepada anak patung.)
• Dengan menggunakan pita pelekat, tali atau getah,
ikatkan anak patung pada kereta mainan. Minta
murid menyampaikan pendapat apabila kereta mainan
mengalami perlanggaran. Beri tumpuan kepada
kemungkinan yang berlaku kepada anak patung.

4. Murid mengaplikasikan simulasi sebagai penumpang


kereta.

5. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk Buku Aktiviti ( Aktiviti 32 )
berdasarkan perkataan dan frasa yang diberi (Aktiviti 32).
• tali pinggang
• keselamatan
• memakai

6. Murid membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk


yang ditulis.

108
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Tajuk 2 : Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab


Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1(i)
PKJR : 6.1.1 , 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan menjadi


penumpang yang bertanggungjawab.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan


frasa yang diberi.

3) menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar dan mengetahui


perlakuan sebagai penumpang yang selamat dan bertanggungjawab.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 111 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat tunggal, ayat majmuk, imbuhan apitan


Kosa kata – perlakuan
– kecederaan
– pemakaian

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – kasih sayang
KBT – KB : membanding beza
– TKP : visual ruang

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1


Segmen : “Tali pinggang keledar” ( 08.44 - 09.13 minit )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 33 ( Membina ayat menggunakan perkataan dan frasa yang diberi )
• Aktiviti 34 ( Warnakan gambar yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

110
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab

1. Tayangkan Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Video


Raya Tahap 1. Guru dan murid bersoal jawab tentang Kemahiran Asas
tayangan video berkaitan dengan perkara-perkara yang Keselamatan Jalan Raya
dilakukan oleh penumpang yang bertanggungjawab. Tahap 1
Contohnya : Segmen :
• sentiasa memakai tali pinggang keledar “Tali pinggang keledar”
• pakai tali pinggang keledar dengan betul ( 08.44 - 09.13 minit )
• tidak mengganggu pemandu (tidak bermain dan
berdiri di dalam kereta, bercakap dan berbual dengan
suara yang kuat dan meminta pemandu menguatkan
bunyi muzik)

2. Murid mengemukakan pandangan berdasarkan


soalan-soalan yang diberikan oleh guru.
Contohnya:
• Apakah yang akan berlaku sekiranya penumpang
tidak memakai tali pinggang keledar?
(Kecederaan boleh berlaku sewaktu perlanggaran
atau apabila kereta berhenti secara tiba-tiba.
Keadaan ini membahayakan diri sendiri dan
orang lain.)

3. Murid membina ayat menggunakan perkataan


dan frasa yang diberikan.

4. Guru merumuskan isi pelajaran yang telah dibincang Buku Aktiviti ( Aktiviti 33 )
dalam aktiviti 33. Murid menyemak hasil
kerja untuk membuat pembetulan.

5. Murid mewarnakan gambar yang memaparkan Buku Aktiviti ( Aktiviti 34 )


penumpang memakai tali pinggang keledar ketika • Cadangan untuk kerja
berada di dalam kereta. (Aktiviti 34) rumah

111
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah

Tajuk 1 : Pengguna Jalan Raya yang Berhemah


Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i)
PKJR : 1.6.3, 1.6.4

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan perasaan berdasarkan topik dengan struktur ayat yang betul.

2) membina satu perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.

3) menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya


menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 116 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am


Kosa kata – berhemah
– berebut-rebut
– kerjasama
– memberi laluan
– menghormati
– berkongsi

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhemah
KBT – KB : menilai
membuat kesimpulan
menghubung kait
TKP : muzik

Media Pengajaran : • Iklan Televisyen “Upih”


• Media 7.1 ( Lirik lagu “Berhemah di Jalan Raya” )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 35 ( Menanda nilai murni yang terdapat dalam rakaman video
yang ditonton )
• Aktiviti 36 ( Menerangkan nilai murni yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

115
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Pengguna Jalan Raya yang Berhemah

1. Bersoal jawab dengan rakan tentang pengalaman Media 7.1


seharian dalam pelbagai situasi sebagai pengguna Lirik lagu “Berhemah di
jalan raya. Contoh: Jalan Raya”
• Apakah yang berlaku semasa kamu menaiki bas?
• Apakah perasaan kamu jika kamu ditolak
semasa menaiki bas?

2. Murid menonton rakaman iklan televisyen “Upih”. Murid Iklan Televisyen


menanda nilai murni pada senarai semak berdasarkan “Upih”
rakaman yang dilihat. (Aktiviti 35) Buku Aktiviti ( Aktiviti 35 )

3. Murid menyatakan nilai murni yang telah dikenal pasti


berdasarkan rakaman video iklan televisyen “Upih”.

4. Murid menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang


berhemah. Murid bersoal jawab tentang kepentingan
menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

5. Murid membina ayat berdasarkan situasi dan nilai yang Buku Aktiviti ( Aktiviti 36 )
diberi pada lembaran kerja (Aktiviti 36) dengan
bimbingan guru.

6. Murid membaca lirik lagu yang dipaparkan dan


menyanyikan lagu “Berhemah di Jalan Raya”.

116
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah

Tajuk 2 : Berhemah di Jalan Raya


Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i)
PKJR : 1.6.3, 1.6.4

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan perasaan berdasarkan topik dengan struktur ayat yang betul.

2) membina satu perenggan ayat berdasarkan bahan rangsangan yang diberi


dengan ayat yang gramatis.

3) menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya


menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 121 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – imbuhan awalan, kata adjektif


Kosa kata – berhemah
– bersopan santun
– berdisiplin
– cermat
– laluan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhemah
KBT – KB : menilai
membuat kesimpulan
menghubung kait
BCB : perbincangan

Media Pengajaran : • Iklan Televisyen “Potong Q”


• Media 7.2 ( Poster Berkongsi Laluan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 37 ( Menulis karangan berdasarkan gambaran yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

120
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Berhemah di Jalan Raya

1. Bersoal jawab tentang kepentingan menjadi pengguna Buku Aktiviti ( Aktiviti 36 )


jalan raya yang berhemah berdasarkan bahan
rangsangan. (Rujuk Aktiviti 36)

2. Murid menonton rakaman iklan televisyen “Potong Q”. Iklan Televisyen


• Murid mengenal pasti perlakuan yang dilihat dan “Potong Q”
menyatakan akibat daripada perlakuan yang
ditunjukkan dalam iklan tersebut.

3. Murid dipamerkan dengan Media 7.2 dan bersoal jawab Media 7.2
berdasarkan situasi tersebut: Poster Berkongsi Laluan
• Apakah yang berlaku?
• Di manakah situasi ini berlaku?
• Siapakah yang perlu memberi laluan dahulu?
• Mengapa?
• Apakah yang akan berlaku jika kedua-duanya tidak
bertolak ansur?

4. Murid menyatakan perasaan dan cadangan untuk


mengelak risiko dan bahaya di laluan pejalan kaki.

5. Murid menulis karangan dalam perenggan pada Buku Aktiviti ( Aktiviti 37 )


lembaran kerja yang diberi dengan bimbingan guru.
(Aktiviti 37)

121
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat

Tajuk 1 : Melintas dengan Selamat


Kemahiran : Fokus Utama : 3.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 7.1 Aras 2 (i)
PKJR : 4.2.1, 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3, 7.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyampaikan maklumat menggunakan frasa dan ayat yang sesuai.

2) membaca ayat yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

3) menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian-bahagian jalan raya


yang selamat digunakan untuk melintas.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 126 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata kerja


Kosa kata – bebendul jalan
– orang dewasa
– langkah
– berwaspada
– bunyi

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhati-hati
KBT – KB : menyusun atur
– BCB : mencatat nota
– TKP : visual ruang

Media Pengajaran : • Media 8.1 ( Kad imbasan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 38 ( Menulis keputusan yang perlu diambil )


• Aktiviti 39 ( Menyusun ayat mengikut turutan yang betul )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran


dilaksanakan )

125
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

1 Melintas dengan Selamat

1. Murid diterangkan bahawa jalan raya ialah tempat yang


berbahaya dan perkara yang tidak dijangka boleh
berlaku walaupun di kawasan yang biasa dilalui.

2. Murid bersoal jawab untuk menyatakan arah yang


selamat untuk berjalan kaki.
Contohnya:
• berjalan mengikut arah yang bertentangan
dengan kenderaan

3. Murid diberi penerangan dengan jelas oleh guru tentang


kepentingan berjalan menghadap lalu lintas.

4. Murid melakukan sumbang saran tentang


bahagian-bahagian jalan raya yang boleh meningkatkan
keselamatan untuk melintas. Contoh :
• lintasan pejalan kaki (lintasan belang, lintasan
berlampu isyarat dan lintasan undan)
• jejantas
• pembahagi jalan
• bebendul
• persimpangan yang diselia/dikawal
• blok pertengahan yang membolehkan keadaan lalu
lintas dilihat dengan jelas dari semua arah

5. Murid dipamerkan empat kad imbasan (kad 1 - 4 yang Media 8.1


teratas) menggunakan Media 8.1. Kad imbasan

6. Murid menyusun atur kad-kad imbasan yang lain


untuk melengkapkan langkah-langkah melintas dengan
selamat (Media 8.1).

7. Murid membaca langkah-langkah melintas dengan


selamat yang telah dilengkapkan.

8. Murid melengkapkan aktiviti 38 dan 39. Buku Aktiviti ( Aktiviti 38 )


Buku Aktiviti ( Aktiviti 39 )

126
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat

Tajuk 2 : Langkah Cermat, Jiwa Selamat


Kemahiran : Fokus Utama : 3.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 7.2.1, 7.2.2, 7.2.3, 7.2.4

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan sesuatu maklumat mengikut keutamaan berdasarkan


lima langkah melintas jalan raya dengan selamat.

2) menulis karangan berpandukan isi-isi yang diberi.

3) menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian – bahagian jalan raya
yang selamat digunakan untuk melintas.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 131 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata kerja


Kosa kata – berhenti
– melihat
– mendengar
– berfikir
– berwaspada

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Nilai – berhati-hati / berwaspada
KBT – KB : menyusun atur
– BCB : mencatat nota
– TKP : visual ruang

Media Pengajaran : • Media 8.2 ( Poster Aliran Melintas dengan Selamat )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 40 ( Menulis karangan berdasarkan isi yang diberi )


• Aktiviti 41 ( Menjawab soalan berdasarkan gambar yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran kenderaan.dan pembelajaran


dilaksanakan )

130
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Media/BBM

2 Langkah Cermat, Jiwa Selamat

1. Murid meneliti Media 8.2 “Aliran Melintas dengan Media 8.2


Selamat” dan menyenaraikan lima langkah melintas Poster Aliran Melintas
dengan selamat iaitu: dengan Selamat
• berhenti
• melihat
• mendengar
• berfikir
• berwaspada

2. Murid membaca maklumat yang terdapat dalam carta


aliran (Media 8.2) dengan sebutan yang jelas.

3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk


melakukan simulasi cara melintas dengan selamat.

4. Kemudian murid meneliti dan berbincang tentang


langkah-langkah dalam dua situasi:
• sekiranya tiada tempat selamat untuk melintas
• sekiranya tiada kemudahan untuk melintas

5. Aktiviti di luar kelas:


• murid dibawa ke bahagian jalan raya untuk
mengaplikasi situasi sebenar melintas jalan raya di
bawah pengawasan guru dan petugas jalan raya.
( pastikan segala prosedur diurus terlebih dahulu )

6. Murid melaksanakan prosedur melintas jalan dengan


selamat dengan memimpin tangan guru atau petugas
jalan raya.

7. Murid diminta menyatakan perkara yang perlu dilakukan


sewaktu hendak melintas jalan dan sebab-sebab perlu
mengikut prosedur yang betul untuk melintas jalan.

8. Murid diminta mencatat hasil simulasi aktiviti di luar bilik Buku Aktiviti ( Aktiviti 40 )
darjah dengan bimbingan guru. (Aktiviti 40)

9. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan Buku Aktiviti ( Aktiviti 41 )


gambar (Aktiviti 41).

131

Anda mungkin juga menyukai