Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

31250 TANJUNG RAMBUTAN

PERAK DARUL RIDZUAN

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TAHUN III SEMESTER I

CASE STUDY

Osteomyelitis

NAMA :

NO I/C :

NO. MATRIK :
PENEMPATAN :

NAMA PENGAJAR :
ISI KANDUNGAN M/S

PENGENALAN 1
PENYATA MASALAH 1
PENCARIAN LITERATUR 2
PERBINCANGAN DAN HUJAH 3-6
RUMUSAN 7
SUMBER RUJUKAN 8
PENGENALAN

Osteomyelitis adalah jangkitan tulang yang disebabkan oleh keadaan ini yang jarang berlaku,
tetapi boleh memberi kesan yang serius. Jangkitan bakteria tulang boleh merebak dari aliran
darah ke tulang.
Osteomyelitis boleh dialami oleh semua peringkat umur. Pada kanak-kanak, ia biasanya
berlaku pada tulang panjang, seperti kaki atau lengan, sedangkan pada orang dewasa,
osteomielitis biasanya berlaku di tulang pinggul, kaki atau tulang belakang.
Jangkitan tulang ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan berkembang dalam 7-10 hari (akut) atau
berkembang untuk masa yang lama (kronik). Sekiranya osteomielitis tidak dapat dirawat, ia
boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Lokasi sering berlaku Osteomielities

 Hujung distal femur

 Hujung proksimal tibia

 Kedua hujung humerus, radius & ulna

 Turus vertebra (dewasa)

PENYATAAN MASALAH

 NAMA : KHALIL BIN ABDULLAH


 NO. PENDAFTARAN :
 UMUR : 40 TAHUN
 JANTINA :LELAKI
 BANGSA :MELAYU

Seorang pesakit datang ke klinik orthopedic mengadu sakit pada bahagian luka kaki kiri
lamanya. Pesakit tersebut sebelum ini pernah mengelami kepatahan terbuka. Di kawasan luka
tersebut terdapat pengumpulan nanah ,merah ,bengkak serta panas. Pesakit juga mengadu
merasa sakit di bahagian tulang kaki tersebut dan sudah mengalami demam selama 4 hari
PENCARIAN LITERATUR

Osteomyelitis adalah infeksi dari jaringan tulang yang mencakup sumsum dan atau kortek
tulang dapat berupa eksogen (infeksi masuk dari luar tubuh) atau hemotogen (infeksi yang
berasal dari dalam tubuh). (Reeves, 2001:257).

Osteomyelitis adalah infeksi substansi tulang oleh bakteri piogenik (Overdoff, 2002:571).

Sedangkan menurut Bruce, osteomyelitis adalah infeksi pada tulang yang disebabkan oleh
mikroorganisme.

Osteomyelitis biasanya merupakan infeksi bakteri, tetapi mikrobakterium dan jamur juga
dapat menyebabkan osteomyelitis jika mereka menginvasi tulang (Ros, 1997:90).

Menurut Price (1995:1200). Osteomyelitis adalah infeksi jaringan tulang.

Osteomyelitis akut adalah infeksi tulang panjang yang disebabkan oleh infeksi lokal akut atau
trauma tulang, biasanya disebabkan oleh escherichia coli, staphylococcus aureus, atau
streptococcus pyogenes (Tucker, 1998:429).

Jadi pengertian osteomyelitis yang paling mendasar adalah infeksi jaringan tulang yang
mencakup sumsum atau kortek tulang yang disebabkan oleh bakteri piogenik. Osteomyelitis
dapat timbul akut atau kronik. Bentuk akut dicirikan dengan adanya awitan demam sistemik
maupun manifestasi lokal yang berjalan dengan cepat. Osteomyelitis kronik adalah akibat dari
osteomyelitis akut yang tidak ditangani dengan baik (Price, 1995:1200).

Osteomyelitits adalah satu penyakit yang tidak berjangkit, namun boleh merebak ke kawasan
yang lain jika tidak menjaga kawasan luka dengan baik dan tidak mendapatkan rawatan dengan
segera.( Kamil, 2006)
PERBINCANGAN

Kebanyakan kes osteomielitis disebabkan oleh bakteria staphylococcus, sejenis


kuman biasa dijumpai pada kulit atau di dalam hidung.

Kuman boleh memasukkan tulang dalam pelbagai cara, termasuk:

Melalui salur darah. Kuman di bahagian-bahagian lain badan contohnya,


dari pneumonia atau jangkitan saluran kencing boleh bergerak melalui saluran
darah ke tempat yang lemah dalam tulang. Pada kanak-kanak, osteomielitis
paling biasa berlaku di kawasan-kawasan yang lebih lembut, yang dipanggil
plat pertumbuhan, sama ada pada akhir tulang panjang lengan dan kaki.

Dari jangkitan berhampiran. Luka tusukan yang teruk boleh membawa


kuman jauh di dalam badan . Jika apa-apa kecederaan dijangkiti, kuman
boleh merebak ke tulang yang berhampiran.

Kepatahan atau luka terbuka. Kepatahan yang menyebabkan tulang


terpututs dua serta tusukan tulang tersebut menembusi kulit
mengakibatkan kuman mudah untuk merebak secara terus.

Tanda-tanda dan gejala osteomielitis termasuk:

Demam atau menggigil


Cepat marah atau keletihan pada anak-anak muda
Sakit di kawasan jangkitan
Bengkak, panas dan kemerahan seluruh bahagian yang jangkitan
PeringkatKejadianOsteomielities

1. Peringkat kerada

 Berlaku perubahan kepada luka. Berlaku inflamasi akut disebabkan baketria penyebab
dengan kongesi vascular serta berlaku pembentukan cecair berek sudat.Tekanan intra
osseous menyebabkan kesakitan. Gangguan aliran darah berlaku dan
menyebabkanberlaku thrombosis vaskular.

2. PembentukanNanah (Supurrasi)

 Selepas hari kedua dan ketiga nanah terbentuk. Abses dalam tulang dan
merebak ke permukaan abses subperiosteal. Abses akan merebak semula ke
dalam tulang dan ke dalam tisu lembut. Bagi kanak- kanak infeksi merebak
melalui fisis atau efifisis sendi dan abses keluar melalui periosteum sendi.
Bagi orang dewasa abses akan merebak melalui kanal medulari.

3. Nekrosis

 Berlaku tekanan intra osseous menyebabkan statis dan thrombosis infektif


pada vascular menyebabkan gangguan bekalan darah seterusnya berlaku
nekrosis pada tulang.Penghasilan Eksotoksin dan enzim leucosis akan
menggalakan pemusnahan tisu
KESAN-KESAN

Komplikasi Osteomyelitis adalah kematian sel tulang. Jangkitan pada tulang boleh
menghalang pengaliran darah ke tulang tersebut dan menyebabkan kematian sel tulang tersebut
akibat tidak mendapat nutrisi dan oksigen yang mencukupi. Selain itu boleh juga
mengakibatkan septik artritis. Ini kerana sesetengah kes,jangkitan pada tulang boleh merebak
ke bahagian sendi tulang.

Selain itu boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut. Hal ini sering berlaku pada
kanak-kanak. Pada kanak-kanak kawasan yang sering mengalami jangkitan adalah pada
bahagian kawasan lembut atau dipanggil sebagai tapak pertumbuhan, tidak kira sama ada pada
tulang panjang pada lengan mahupun kaki. Tumbesara yang normal mungkin terjejes
dengan adanya jangkitan kuman pada tulang. Akhir sekali, boleh mengakibatkan kanser kulit.
Jika jangkitan pada luka tersebut berlaku pengumpulan nanah, kawasan disekeliling nanah
tersebut mengalami risiko yang tinggi untuk berlaku kanser.

CARA RAWATAN

Rawatan untuk osteomyelitis kronik merupakan rawatan yang panjang dan memerlukan
kesabaran di samping melibatkan kos perubatan yang agak tinggi.

Pembedahan

Pesakit juga perlu melalui beberapa siri pembedahan untuk memastikan agar jangkitan kuman
dihapuskan sepenuhnya dari dalam tulang.Proses rawatan termasuklah rawatan menggunakan
antibiotik khusus secara intravena. Organisma khusus yang menjadi punca jangkitan perlu
dikenalpasti terlebih dahulu untuk menentukan jenis antibiotik yang sesuai digunakan.
Lazimnya rawatan antibiotic berterusan selama 6 minggu (minimum).
Rawatan pembedahan melibatkan mencuci luka dengan membuang tisu-tisu dan sel-sel
tulang yang telah mati kerana sel-sel mati merupakan medium yang sesuai untuk dijangkiti
kuman.Sekiranya kerosakan tulang adalah sangat ketara dan luas, maka rawatan ‘bone
transport’ dengan menggunakan ‘Ilizarov fixator’ boleh dicadangkan kepada pesakit setelah
berbincang secara rapi dengan pakar ortopedik. Rawatan mungkin akan memakan masa selama
enam bulan hingga bertahun lamanya.Oleh itu, sokongan ahli keluarga adalah penting dalam
memastikan agar tekanan dan stres dapat dielakkan dan jika perlu, rawatan pakar psikiatrik
adalah dicadangkan.

Kesan penggunaan antibiotik dan ubat tahan sakit dalam jangka masa panjang pula, ubat-
ubat yang diberikan telah menjalani kajian dan ujian mendalam.Oleh itu dapatkanlah nasihat
pakar yang memberikan ubat-ubat berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut kesan
pengambilannya dalam jangka pendek atau jangka panjang. Pemakanan antibiotik secara tidak
teratur boleh menyebabkan organisma yang menyebabkan jangkitan tidak dapat dihapuskan
sepenuhnya dan pada masa yang sama bolehmenghasilkan organisma yang mempunyai
ketahanan (resistant) kepada antibioticberkenaan. Pembentukan ketahanan ini akan
menyebabkan antibiotik yang lebih kuat dan mahal terpaksa digunakan untuk merawat pesakit.
RUMUSAN

Secara kesimpulannya, penyakit osteomilitis ini adalah bukan penyakit berjangkit. Ia


sering berlaku disebabkan penjagaan luka yang tidak sempurna selepas mengalami kepatahan
terbuka, ulcer diabetik dan sebagainya. Kawasan yang mengalami jangkitan boleh merebak
lebih luas lagi jika tidak di bersihkan dengan sempurna, pengumpulan bakteria tersebut boleh
menjangkiti tulang. Rawatan yang sewajarnya diberikan kepada pesakit adalah pemberian
antibiotik yang bersesuaian kepada pesakit. Jika berlaku pemgumpulan nanah, insisi dan
pengairan perlu dilakukan bagi membuang nanah tersebut bagi mengelakkan jangkitan menjadi
bertambah teruk. Selain itu toilet and dressing perlu di lakukan setiap hari pada kawasan luka
yang mengalami jangkitan tersebut bagi mengelakkan berlakunya jangkitan sekunder.
SUMBER RUJUKAN

1. Habif TP, ed. Clinical Osteomyelitis. 5th ed. Philadelphia, Pa: Mosby
Elsevier;2009:chpat 15.
2. iaz JH.Bone. In: Mandell GL, Bennett JE, Dolin R, eds. Mandell, Douglas, and
Bennett's Principles and Practice of Infectious Diseases. 7th ed. Philadelphia, Pa:
Churchill Livingstone Elsevier;2009:chap 294.
3. Chosidow O (2006). Bone Disesase New England Journal of Medicine, 354(16):
1718-1727.
4. Johnstone P, Strong M (2008).osteomyelitis,

Anda mungkin juga menyukai