Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KOTA KINABALU SABAH

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

CASE STUDY

OSTEOMYELITIS

NAMA TOMMEY ULIN

NO. MATRIK BPP2019-0694

NO. KAD PENGENALAN 990325-12-5393

KLINIK ORTOPEDIK, HOSPITAL QUEEN


PENEMPATAN KLINIKAL
ELIZABETH 1, KOTA KINABALU

PPP AMBILAN JULAI 2019

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1. PENGENALAN 3
2. PENYATAAN MASALAH 4
3. PENCARIAN LITERATURE 5–6
4. PERBINCANGAN DAN HUJAH 7-9
5. PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 10
6. RUMUSAN 11
7. RUJUKAN 12

2
PENGENALAN
Osteomyelitis adalah jangkitan pada tulang dan juga dikenal sebagai radang
sumsum tulang. Jangkitan ini selalunya merebak melalui saluran darah atau bermetastasis
ke tisu berdekatan. Ia biasanya bermula pada tulang yang mengalami open wound lalu
terdedah kepada patogen asing dari luar. Bagi kanak-kanak pula, osteomyelitis memberi
kesan kepada tulang panjang seperti tulang kaki dan lengan dan bagi orang dewasa pula
selalunya cenderung menghidap osteomyelitis dalam tulang yang membentuk tulang
belakang (vertebra). Di samping itu, orang yang mempunyai penyakit diabetes melitus
juga boleh menghidap osteomyelitis terutamanya pada bahagian kaki jika mempunyai
diabetic foot ulcer. Hampir semua pesakit memerlukan pembedahan untuk membuang
bahagian tulang yang telah mati diikuti dengan rawatan antibiotik secara IV yang mana
juga akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Dalam kebanyakan kes, antara bakteria yang kerap menyebabkan penyakit ini
adalah dipanggil sebagai Staphylococcus Aureus. Rawatan yang diberikan kepada pesakit
biasanya akan memberi tumpuan untuk menghentikan jangkitan demi untuk memelihara
dan mengekalkan fungsi normal anggota tersebut. Dalam setiap kes pesakit yang
menghidap osteomyelitis, mereka akan dirawat dengan antibiotik, pembedahan, atau
kedua-duanya sekali jika keadaan pesakit sudah teruk.

Walaupun penyakit seperti radang sumsum tulang ini jarang sekali berlaku,
namun penyakit ini boleh memberi kesan yang serius terutama kepada penghidapnya.
Jangkitan bakteria tulang ini selalunya merebak melalui saluran darah dan kepada tulang.
Penyakit osteomyelitis ini berlaku pada setiap peringkat umur. Jangkitan tulang ini boleh
berlaku secara tiba-tiba dan berkembang secara akut atau berkembang dalam jangka masa
panjang atau kronik. Sekiranya osteomyelitis tidak mendapat rawatan yang betul dan
sempurna atau kurang kerjasama daripada pesakit terhadap rawatan, maka ia akan
menyebabkan kerosakan pada anggota secara kekal dan lebih teruk lagi menyebabkan
kecacatan.

Demi mengurangkan kadar kes ini, pentingnya pendidikan kesihatan diberi


kepada masyarakat tentang bahayanya penyakit ini, maka satu kajian telah dilakukan.

3
PENYATAAN MASALAH

Seperti yang kita ketahui, setiap penyakit berkemungkinan akan memberikan


prognosis yang kurang baik kepada penghidapnya. Penyakit osteomyelitis juga membawa
masalah dan menyusahkan penghidapnya. Antara beban yang dapat dilihat adalah pada
bahagian rawatannya. Contohnya, rawatan untuk osteomyelitis kronik memerlukan
rawatan yang panjang dan kesabaran di samping melibatkan kos perubatan yang tinggi.

Selain itu, penyakit ini juga mengakibatkan kecacatan. Perkara seperti ini akan
menurunkan kualiti hidup seseorang individu kerana perlu bergantung dengan orang lain
dan tidak mampu untuk berdikari. Disebabkan permasalahan penyakit ini, ia boleh
mengganggu kestabilan ekonomi dan sosial individu, keluarga mahupun masyarakat.

Untuk pengetahuan ramai, rawatan pembedahan selalunya melibatkan


pembuangan tisu-tisu dan sel-sel tulang yang telah nekrosis kerana sel-sel yang sudah
mati merupakan medium yang sangat sesuai dijangkiti kuman. Sekiranya kerosakan
tulang sangat ketara dan teruk, maka rawatan bone transport dengan menggunakan
Ilizarov fixator boleh dicadangkan kepada pesakit setelah berbincang secara rapi dengan
pakar ortopedik. Rawatan ini selalunya memakan masa selama enam bulan sehingga
bertahun lamanya.

Kesan penggunaan antibiotik dan ubat tahan sakit dalam jangka masa yang
panjang. Pemakanan antibiotik secara tidak teratur boleh menyebabkan organisma yang
menyebarkan jangkitan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya dan pada masa yang sama
boleh menghasilkan organisma yang mempunyai ketahanan (resistant) kepada antibiotik
berkenaan. Pembentukan ketahanan ini akan menyebabkan antibiotik yang lebih kuat dan
mahal terpaksa digunakan sebagai rawatan seterusnya.

Oleh hal yang demikian, suatu penambahbaikan perlu dilakukan bagi


mengelakkan kejadian penyakit ini dalam kalangan masyarakat.

4
PENCARIAN LITERATURE

Osteomyelitis bukanlah satu penyakit yang baru. Terdapat bukti bahawa penyakit
ini terdapat dalam rekod fosil yang telah diteliti oleh paleopathologists, iaitu individu
yang mempunyai kepakaran dalam penyakit purba dan kecederaan. Ia telah dilaporkan
dalam fosil dinosaur karnivora besar iaitu Allosaurus Fragilis (Molnar, R. E., 2001).

Menurut Stengel. D et. al. (2001), osteomyelitis biasanya memerlukan terapi


antibiotik yang berpanjangan untuk pulih dan boleh memakan masa hingga berminggu
atau berbulan. PICC line atau kateter vena pusat perlu dipasangkan pada pesakit bagi
pemberian ubat intravena untuk jangka masa yang panjang. Sesetengah kajian ke atas
kanak-kanak yang menghidap osteomyelitis akut mendapati bahawa antibiotik melalui
oral perlu untuk diberikan kerana komplikasi berkaitan PICC. Ia mungkin memerlukan
pembedahan dalam kes-kes yang teruk, dan dalam sesetengah kes juga pemotongan
anggota terpaksa dilakukan.

Skolnik, N. (2008), menyatakan osteomyelitis kronik mungkin disebabkan oleh


kehadiran bakteria intraselular. Di samping itu, apabila bakteria intraselular dapat
membiak dan menyerang sel tulang yang lain, bakteria kemungkinan akan mempunyai
ketahanan terhadap beberapa ubatan antibiotik. Osteomyelitis adalah infeksi tulang yang
dapat menjadi masalah kronik yang akan mempengaruhi kualiti hidup atau
mengakibatkan kehilangan ekstremiti.

Osteomyelitis adalah satu penyakit yang tidak berjangkit, namun boleh merebak
ke kawasan yang lain jika tidak dijaga kawasan luka dengan baik dan tidak mendapatkan
rawatan dengan segera. Penyakit ini adalah suatu infeksi yang disebarkan melalui darah.
Ia adalah infeksi bone marrow pada tulang-tulang panjang yang disebabkan oleh
Staphylococcus Aureus ataupun Haemophilus Influenzae (Dabov GD. Et. al., 2012).

Menurut Prieto-Perez, L. et. al. (2014), biasanya pegawai perubatan akan


mengesyaki bahawa pesakit mempunyai osteomyelitis jika dia merasakan kesakitan yang
berterusan pada tulang tertentu yang disertai oleh kulit yang bengkak dan merah. Di
samping melakukan pemeriksaan fizikal di bahagian tulang yang sakit, pegawai

5
perubatan juga boleh melakukan pemeriksaan diagnostik lain untuk mengesahkan
kehadiran jangkitan dan sejauh mana jangkitannya.

Secara klinikal, kerosakan kepada tulang yang dilihat dalam keretakan terbuka
berbeza-beza pada pesakit bergantung kepada ciri-ciri kepatahan yang dialami. Secara
teknikal, sukar untuk memodelkan fraktur terbuka secara tepat pada pesakit manusia.
Ramai penyiasat telah menggunakan model osteotomy atau cacat tulang untuk meniru
jangkitan tulang yang berkaitan dengan patah tulang untuk menjelaskan perubahan
patologi semasa perkembangan osteomyelitis di tapak retak (Lovati A.B. et. al, 2016).

Osteomyelitis adalah penyakit yang bahaya yang disebabkan oleh jangkitan


mikrob pada tulang. Walaupun kekerapan jangkitan berikut pembedahan ortopedik elektif
adalah rendah, yang mana kadar untuk dijangkiti ialah sangat tinggi. Staphylococcus
Aureus bertanggungjawab untuk kebanyakan kes osteomyelitis kronik dan sering
dianggap tidak dapat diubati kerana ketekunan bakteria dalam tulang untuk membiak
(Nishitani K., 2019).

6
PERBINCANGAN DAN HUJAH

Kebanyakan kes osteomyelitis disebabkan oleh bakteria ‘staphylococcus’, sejenis kuman


yang biasa dijumpai pada kulit atau di dalam hidung.

Kuman boleh memasuki tulang dalam pelbagai cara, termasuk :

• Melalui salur darah. Kuman di bahagian-bahagian lain badan. Contohnya,


pneumonia atau jangkitan saluran kencing yang boleh bergerak melalui saluran
darah ketempat yang lemah dalam tulang. Pada kanak-kanak, osteomyelitis
biasanya berlaku di kawasan-kawasan yang lebih lembut, yang dipanggil plat
pertumbuhan, sama ada pada akhir tulang panjang lengan dan kaki.
• Daripada jangkitan yang berhampiran. Luka tusukan yang teruk boleh membawa
kuman jauh ke dalam badan. Jika kecederaan tersebut telah dijangkiti, kuman
boleh merebak ke tulang yang berhampiran.
• Kepatahan atau open wound. Kepatahan yang menyebabkan tulang terputus serta
tusukan tulang tersebut menembusi kulit mengakibatkan kuman mudah untuk
merebak secara terus.

Tanda-tanda dan gejala osteomyelitis termasuk :

• Fever, rigor, dan chills.


• Cepat marah atau fatique / malaise pada anak-anak muda.
• Sakit di kawasan jangkitan.
• Bengkak, panas, dan kemerahan seluruh bahagian yang dijangkiti atau
berkemungkinan berlakunya skin rash.

Keterukan infeksi akan bergantung kepada beberapa faktor berikut :

• Umur.
• Lokasi jangkitan.
• Kevirulan organisma.
• Tindak balas imuniti badan terhadap oganisma.

7
Peringkat Kejadian Osteomyelities

1. Peringkat Keradangan
• Berlaku perubahan kepada luka. Pada peringkat ini, berlakunya inflamasi akut
disebabkan bakteria dengan kongesi pada vaskular serta pembentukan cecair
bereksudat. Tekanan intra-osseous menyebabkan kesakitan. Gangguan aliran
darah berlaku dan menyebabkan berlakunya thrombosis vaskular.

2. Pembentukan Nanah
• Selepas hari kedua dan ketiga, nanah mulai terbentuk. Abses dalam tulang dan
merebak ke permukaan abses subperiosteal. Abses akan merebak semula ke
dalam tulang dan kedalam tisu lembut. Bagi kanak-kanak, infeksi merebak
melalui fisis atau efifisis sendi dan abses keluar melalui periosteum sendi.
Bagi orang dewasa, abses akan merebak melalui kanal medulari.

3. Nekrosis
• Berlaku tekanan intraosseous menyebabkan statik dan thrombosis infektif
pada vaskular menyebabkan gangguan bekalan darah seterusnya berlaku
nekrosis pada tulang. Penghasilan Eksotoksin dan enzim leukosis akan
menggalakan pemusnahan tisu.

Komplikasi osteomyelitis adalah kematian sel tulang. Jangkitan pada tulang boleh
menghalang pengaliran darah ke tulang tersebut dan menyebabkan kematian sel tulang
akibat daripada tidak mendapat nutrisi dan oksigen yang mencukupi. Ia boleh juga
mengakibatkan septikartritis. Ini kerana sesetengah kes, jangkitan pada tulang boleh
merebak kebahagian sendi tulang.

Seterusnya, boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut. Hal ini sering berlaku


pada kanak-kanak. Pada kanak-kanak, kawasan yang sering mengalami jangkitan adalah
pada bahagian kawasan lembut atau di panggil sebagai tapak pertumbuhan, tidak kira
sama ada tulang panjang pada lengan atau kaki. Tumbesaran yang normal mungkin
terjejas dengan adanya jangkitan kuman pada tulang. Akhir sekali, boleh mengakibatkan

8
kanser kulit. Jika jangkitan pada luka tersebut berlaku pengumpulan nanah, kawasan
tersebut mengalami risiko yang tinggi untuk berlakunya kanser.

Lokasi sering dijangkiti osteomyelitis :

i. Hujung distal femur.


ii. Hujung proksimal tibia.
iii. Kedua hujung humerus, radius, dan ulna.
iv. Turus vertebra khusunya pada orang dewasa.

Komplikasi Osteomyelitis

Jika tidak dikendalikan dengan betul, risiko osteomyelitis boleh menyebabkan


komplikasi yang teruk. Antaranya :

i. ‘Arthritis septic’ atau penyebaran jangkitan dari tulang ke sendi yang terdekat.
ii. ‘Osteonecrosis’ atau kematian tulang akibat halangan peredaran darah dalam
tulang.
iii. Pertumbuhan tulang yang tidak normal pada kanak-kanak.
iv. Kanser kulit. Keadaan ini berlaku apabila luka terbuka melepaskan nanah,
kulit disekitarnya berisiko tinggi untuk membangun kanser jenis sel
skuamosa.

Pencegahan Osteomyelitis

Cara terbaik untuk mencegah osteomyelitis adalah dengan mengelakkan faktor-


faktor yang boleh mencetuskan penyakit ini. Jika anda mempunyai luka, bersihkan luka
dan tutup dengan pembalut yang steril. Sekiranya luka itu agak teruk, lakukan rawatan
dengan pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan yang betul.

Selain itu, pastikan penyakit yang berisiko mengundang penyakit osteomyelitis


seperti diabetes, dikawal sebaik-baiknya. Kesihatan kaki perlu dipantau secara teratur dan
segera hubungi pegawai perubatan jika menunjukkan tanda-tanda jangkitan awal.

9
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

1) Mengurus klinik dan melakukan prosedur mengikut arahan yang diberikan


oleh pakar ortopedik atau pegawai perubatan. Antara prosedur yang boleh
dilakukan ialah :
i. Manual manipulation and reduction of close fractures and dislocation.
ii. Application of plaster cast.
iii. Application of plaster slab.
iv. Wedging of plaster cast.
v. Removal of plaster cast.
vi. Application skin traction.
vii. Application of skeletal traction.
viii. Application of tourniquet.
ix. Removal of external fixator.
x. Removal of kirschner wire.
xi. Minor surgery :
➢ Insertion of Steinman Pin.
➢ Knee Aspiration (Haemathrosis).
➢ Toilet and suture.
➢ Incision and drainage.
➢ Desloughing.
➢ Nail avulsion.
➢ Removal of simple cyst, ganglions, and lipomas.
2) Melakukan prosedur di Jabatan Kecemasan (tugas atas panggilan) sekiranya
terdapat kes-kes ortopedik.
3) Menguruskan peralatan pembedahan dan membantu dalam proses
pembedahan.
4) Menyelia dan menjaga peralatan harta modal / inventori jabatan, urusan
pendaftaran, pembelian, aduan kerosakan, atau pelupusan.
5) Melakukan ‘ward round’ bersama pasukan ortopedik setiap hari serta
melakukan prosedur yang telah diarahkan.

10
RUMUSAN

Kesimpulannya, penyakit osteomyelitis ini adalah bukanlah penyakit berjangkit.


Ia sering berlaku disebabkan oleh penjagaan luka yang tidak sempurna selepas
mengalami open fracture, diabetic ulcer, dan sebagainya. Kawasan yang mengalami
jangkitan boleh merebak secara meluas lagi jika tidak dibersihkan dengan sempurna serta
menyebabkan pengumpulan bakteria yang boleh menjangkiti tulang.

Rawatan yang sewajarnya diberikan kepada pesakit adalah pemberian antibiotik


yang bersesuaian kepada pesakit dengan mengambil kira sekiranya pesakit mempunyai
alahan ataupun tahap resistant. Jika berlakunya pengumpulan nanah, prosedur insisi dan
pengairan perlu dilakukan bagi mengelakkan nanah daripada menjadi semakin teruk.
Selain itu, prosedur toilet and dressing atau penyucian luka perlu dilakukan setiap hari
pada kawasan luka yang mengalami jangkitan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan
sekunder.

Seterusnya, menjaga kebersihan. Sekiranya seseorang itu mengalami kecederaan,


cuci sepenuhnya dengan air yang mengalir. Bersihkan mana-mana luka yang terbuka
dengan air yang bersih, kemudian balut dengan pembalut steril untuk memastikan
jangkitan tidak berlaku.

Prognosis bagi penyakit ini adalah lebih baik jika mendapat rawatan awal namun
akan menjadi buruk sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna ataupun baik.
Dalam kes-kes osteomyelitis akut, rawatan awal akan menghalang keadaan daripada
menjadi lebih kronik yang memerlukan rawatan berterusan. Selain kesakitan dan
kesulitan jangkitan berulang, rawatan osteomyelitis pada peringkat awal memberi
peluang terbaik untuk pulih.

Maka dengan itu, kita tahu bahawa penyakit ini mampu untuk dielakkan dengan
cara penjagaan luka dengan sempurna dan menjaga kebersihan diri. Sekiranya berlaku
keabnormalan pada kulit ataupun tulang, segeralah berjumpa dengan pegawai perubatan
bagi mengelakkan ianya dari menjadi teruk yang mana menjurus kepada prognosis yang
buruk.

11
RUJUKAN

1) Dabov GD. Osteomyelitis. In: Canale ST, Beaty JH, Eds. Campbell's Operative
Orthopaedics. Philadelphia, PA: Elsevier Mosby; 2012: Chapter 21.
2) Lovati A.B., Romano C.L., Bottagisio M. Modeling Staphylococcus Epidermidis-
Induced Non-unions: Subclinical and Clinical Evidence in Rats. PLOS ONE.
2016;11:e0147447.
3) Macon, et al. Healthline (2017). Bone Infection (Osteomyelitis). WebMD
Osteomyelitis.
4) Molnar, R. E., (2001), Theropod Paleopathology: A Kiterature Survey: In:
Mesozoic Vertebrate Life, edited by Tanke, D. H., and Carpenter, K., Indiana
University Press, p. 337-363.
5) National Center of Advancing Translational Sciences. (2016). Osteomyelitis.
6) NHS Choices UK (2017), Health A-Z. Osteomyelitis.
7) Nishitani K, Ishikawa M, Morita Y, Ito H, et al. (2019) Evolving Concepts in
Bone Infection: Redefining "Biofilm", "Acute vs. Chronic Osteomyelitis", "The
Immune Proteome" Bone Res. 2019; 7:20. Epub 2019 Jul 15. DOI:
10.1038/s41413-019-0061-z.
8) Prieto-Perez, L. et. al. (2014). Osteomyelitis: A Descriptive Study. Clin Orthop
Surg. 6(1), pp. 20–25.
9) Skolnik, N.(2008) Essential Infectious Disease Topics for Primary Care, Human
Press, 2008.
10) Stengel, D; Bauwens, K; Sehouli, J; Ekkernkamp, A; Porzsolt, F (October 2001).
"Systematic Review and Meta-analysis of Antibiotic Therapy for Bone and Joint
Infections". The Lancet. Infectious Diseases. 1 (3): 175–88. doi:10.1016/S1473-
3099(01)00094-9. PMID 11871494.

12

Anda mungkin juga menyukai