Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI :

FACULTY OF NURSING AND ALLIED HEALTH SCIENCES (FONAS)


SEMESTER / TAHUN:
SEMESTER JANUARI/2016
KOD KURSUS :
MPU3313/MPU2313
TAJUK KURSUS:
HEALTH AND WELLNESS

NO. MATRIKULASI

750412035262001

NO. KAD PENGENALAN :

750412035262

NO. TELEFON

0148177621

E-MEL

sitinooraini@oum.edu.my

Penyakit yang berkaitan dengan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular.


Antara penyakit jantung adalah sakit jantung koronari atau dikenali sebagai penyakit jantung
Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Penyakit jantung koronari adalah keadaan di mana
berlaku kekurangan bekalan darah kepada otot jantung atau bekalan darah tersekat
sepenuhnya. Penyekatan ini mungkin berlaku di sebabkan oleh pembentukan plak yang
terbina dari lemak atau sebab lain seperti tar hasil dari rokok dalam dinding arteri.
Kekurangan darah yang berterusan kepada otot jantung boleh menyebabkan kematian otototot jantung. Sekiranya keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan kegagalan jantung untuk
berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia
adalah angina pektoris dan infarksi miokardia.
Oleh itu, penyakit jantung koronari dapat dielakkan melalui langkah-langkah
mencegah berikut:
Makanan yang seimbang yang di sarankan ialah makanan yang tinggi dengan serat
dan rendah lemak serta buah-buahan dan sayur-sayuran serta bijian. Kurangkan pengambilan
gula yang berlebihan kerana ia meningkatkan penyakit diabetes dan ini meningkatkan risiko
penyakit jantung koronari. Makanan yang mengandungi banyak lemak dan berminyak juga
harus dikurangkan bagi menggelakkan peningkatan kadar kolesterol. Contoh makanan
berlemak seperti keju, daging yang berlemak, makanan bersantan.
Senaman dan makanan yang seimbang merupakan gabungan yang terbaik dalam
membentuk berat badan yang ideal. Berat badan yang ideal dapat membantu mencegah
penyakit jantung koronari. Senaman yang teratur dapat membantu peredaran darah yang baik
dan menurunkan paras kolesterol.
Menghindari stress juga merupakan salah satu cara pencegahan penyakit jantung
koronari. Stress dapat menimbulkan ketidakseimbangan fungsi tubuh, meningkatkan tekanan
darah serta membuat anda merokok dan makan berlebihan.

Sekiranya anda seorang perokok, hentikan merokok kerana tidak merokok dapat
mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Pengambilan alkohol dapat meningkatkan
penyakit jantung koronari. Oleh itu, elakkan pengambilan alkohol.

Anda harus memastikan tekanan darah anda berada pada paras tekanan darah yang
normal. Tekanan darah ini dapat di pastikan dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti
pengambilan makanan seimbang dan senaman yang teratur. Sekiranya anda memerlukan ubat
untuk merawat tekanan darah tinggi, dapatkan khidmat dari doktor serta lakukan pemeriksaan
tekana darah secara berkala.
Jika anda merupakan penghidap diabetes, pastikan anda mengawal kadar gula darah
dengan mengawal pemakanan anda secara diet terapeutik. Sekiranya anda memang telah
mengalami masalah jantung koronari, pastikan anda mengambil ubat mengikut arahan doktor.
Kesimpulannya, penyakit jantung koronari adalah salah satu penyakit jantung yang
berlaku disebabkan oleh banyak faktor terutama berkaitan dengan cara pemakanan dan gaya
hidup seseorang. Oleh itu, ubahlah cara hidup anda seandainya cara hidup anda boleh
meningkatkan risiko kepada penyakit jantung koronari kerana penyakit ini dapat di elakkan
jika kita menjalani kehidupan dengan gaya hidup sihat.

Rujukan:
www.nhs.uk
http://web.archive.org/20030818080915/www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitJantung
Koronari.html
http://jurnal-ilmiahkedokteran.blogspot.my/2009/03/penyakit-jantung-koroneer.html
http://www.jurnalasia.com/2014/06/17/waspada-penyakit-jantungkoroner/#sthash.lv8aYFMQ.dp

Anda mungkin juga menyukai