Anda di halaman 1dari 6

Isi kandungan

Pengenalan……………………………………………………………………………….2

Ulasan Artikel…………………………………………………………………………...2-3

Ulasan Kritikan………………………………………………………………………….3-4

Penutup…………………………………………………………………………………….5

1
Pengenalan :

Rencana yang bertajuk ‘’Ketagihan Komputer: Suatu Penyakit Jiwa’’


membincangkan isu ketagihan gajet yang kian merebak dalam kalangan masyarakat
pada hari ini khususnya golongan remaja. Rencana diterbitkan dalam Dewan
Masyarakat pada tahun 2014. Kesan penggunaannya yang tidak terkawal, sikap
lepas tangan ibu bapa dan perbandingan remaja dahulu pada zaman penulis dengan
remaja generasi Y merupakan tiga isi yang menarik yang dibahaskan. Penulis Abdul
Kadir Bin Jasin merupakan seorang penulis berbangsa Melayu yang terkenal di
Malaysia umumnya dan bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times.
Beliau amat dikenali dalam blognya, ‘The Scribe’ serta merupakan Ahli Majlis
Mesyuarat Tertinggi parti BERSATU. Penulisan ini merupakan suatu kebimbangan
yang dizahirkan oleh penulis terhadap generasi muda kini yang lebih gemar
bertemankan gajet mereka daripada bermuamalat dengan masyarakat sekeliling
serta memberi suatu teguran kepada ibu bapa supaya tidak memandang remeh
terhadap alat-alat elektronik.

Ulasan rencana:

Secara umumnya, penulis hendak menjelaskan tentang isu ketagihan komputer


di kalangan remaja pada hari ini. Penulisan ini tercetus daripada sepasang suami
isteri yang mengeluh kebimbangan mengenai anak mereka yang berumur 13 tahun
yang disifatkan sebagai penagih komputer. Ekoran daripada itu, pengarang
menzahirkan kebimbangannya terhadap isu ini dengan mengemukakan pendapat
beliau berkenaan sindrom ketagihan komputer. Perkara yang dijelaskan oleh beliau
adalah berkenaan introvert. Introvert bererti pendiam, pemalu dan lebih suka
memikirkan dirinya sendiri daripada orang lain. Hal ini berpunca daripada
pergantungan yang melampau terhadap penggunaan komputer atau gajet. Golongan
remaja yang paling ramai menjadi penagih komputer ini adalah remaja generasi Y
pada hari ini seperti apa yang dinyatakan oleh penulis. Majoriti mereka ini akan
mengalami masalah komunikasi secara bersemuka apabila di khalayak ramai. Hal
demikian menyebabkan mereka lebih cenderung untuk bersendirian bersama gajet
mereka daripada bermuamalat dengan masyarakat. Pendekatan pengcegahan
fenomena ini telah diambil oleh banyak negara antarabangsa bagi merawat penagih
sindrom ketagihan komputer seperti China dan Francis.

2
Penulis juga menunjukkan kekesalannya terhadap segelintir ibu bapa yang lepas
tangan terhadap kegiatan anak-anak mereka dengan peralatan elektronik. Hal
demikian kerana ibu bapa sendiri merupakan penagih komputer. Suasana seperti ini
merupakan suatu contoh teladan yang buruk dalam sesebuah institusi keluarga
kerana ibu bapa merupakan model yang akan diteladani oleh anak-anak. Selain tu,
ada juga sesetengah ibu bapa yang menggalakan penggunaan alatan ini secara
melampau tanpa pengawasan dan batasan waktu. Perbuatan tersebut tidak hanya
mendatangkan masalah perkembangan sosial remaja dengan rakan sebaya mereka
sahaja, malah turut memberi impak negatif terhadap komunikasi dan hubungan sosial
mereka dengan ibu bapa. Jika dahulu secara tradisinya interaksi mereka adalah
secara bersemuka, tetapi kini pelbagai saluran moden telah mengambil alih corak
interaksi dalam kalangan ahli keluarga kerana keasyikan mereka melayari internet
yang menyebabkan masa bersama keluarga terabai. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya
meluangkan masa mereka bersama ahli keluarga untuk bermuzakarah dan berkasih
sayang supaya tidak timbul masalah yang melibatkan isu keluarga yang bertuhankan
gajet.

Disamping itu, penulis turut berkongsi zaman remaja beliau yang lebih berfikir ,
mereka dan menggunakan kemahiran tangan untuk mencipta bermacam-macam
kegiatan bagi mengisi masa lapang bersama kawan-kawan. Situasi ini berbeza
dengan generasi digital pada hari ini yang lebih banyak menghabiskan waktu
mengadap skrin yang menjadikan mereka ini tidak produktif dan pasif. Keadaan ini
turut membimbangkan penulis kerana ia mampu memberi impak yang lebih teruk
kepada generasi yang akan datang dengan kecanggihan alat elektronik yang lebih
maju.

Ulasan kritikan:

Berdasarkan analisis serta pembacaan saya secara terperinci, walaupun


rencana ini ditulis secara ringkas tetapi ianya padat dengan maklumat serta informasi
yang berguna. Isi yang diutarakan juga relevan untuk dijadikan bahan bacaan dan
bertepatan dengan kajian-kajian lain yang dibuat. Namun begitu, dalam isu ketagihan
teknologi ini penulis kurang menekankan keterlibatan pelbagai pihak dalam
membendung masalah tersebut. Penumpuan hanya dibuat ke atas peranan ibu bapa
semata-mata tanpa menekankan akan peri pentingnya pihak luar misalnya kerajaan,
badan-badan NGO dan pihak sekolah.

3
Laras bahasa yang digunakan mudah difahami oleh pembaca kerana
penggunaan kosa kata yang digunakan sudah menjadi kelaziman oleh masyarakat
melalui pembacaan dan pendengaran. Nik Safiah (1982) menyatakan laras
bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud
variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada
tiap-tiap penutur. Abdullah Hassan (1989) pula menyatakan laras seperti adalah
pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu. Pemakaian laras
bahasa yang sesuai itu adalah dianggap pengolahan bahasa yang baik. Ada
hubungan rapat antara isi, perkara yang dibincangkan dengan laras bahasa yang
digunakan untuk membincangkannya. Kesalahan ejaan juga perlu diteliti oleh penulis
seperti ‘ketikaa’ kepada ‘ketika’. Kesilapan kecil seperti inilah yang mampu
menjatuhkan kredibiliti penulis khususnya namun diharapkan pihak penerbit lebih teliti
dalam penyalinan semula penulisan yang hendak diterbitkan.

Sementelaah itu, bentuk penulisan rencana ini adalah penceritaan berdasarkan


pengalaman dan permerhatian. Keadaan ini dilihat boleh menimbulkan keraguan
kepada pembaca kerana tidak disertakan hujah-hujah kajian yang menyokong isi
penulisan. Ini memungkinkan penggunaan auta adalah lebih banyak daripada fakta.
Seterusnya, pada pendapat saya, isi yang dikemukakan adalah kurang dan
memerlukan penambahan dari sudut kesan-kesan, dan akibat kepada sesebuah
negara. Hal ini kerana remaja merupakan aset negara yang terpenting yang akan
menjadi pelapis kepada pimpinan-pimpinan sekarang. Maka, penulis sepatutnya
mengulas lebih mendalam berkenaan kesan dan akibat sindrom ketagihan komputer
ini supaya dapat menyentuh hati pembaca untuk mencegah dan merawat masalah ini.
Selanjutnya perbandingan perbezaan jurang sosial remaja pada zaman penulis dan
generasi kini amat wajar dilagakan kerana memberi kesedaran bahawa teknologi
bukanlah segala-galanya bahkan hanya sekadar kemudahan untuk bersosial. Justeru
itu, pendedahan panduan panggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
amat wajar ditekankan.

4
Natijahnya, walaupun rencana ini ditulis secara ringkas tetapi isi kandungan yang
dibawa oleh penulis mampu untuk membuka mata masyarakat supaya tidak
memandang enteng akan fenomena ini. Wacana, laras bahasa dan gaya
penyampaian yang diterapkan juga sampai kepada pembaca walaupun terdapat
kekurangan yang tidak dapat dinafikan. Nik Safiah (2004) wacana yang utuh mestilah
memenuhi tujuh ciri-ciri wacana iaitu tautan, kesinambungan, tujuan wacana,
penerimaan pembaca,maklumat yang terkandung, keadaan wacana, dan interteks.
Oleh itu, kesemua unsur ini perlulah diambil perhatian oleh setiap penulis untuk
menambat hati pembaca serta dapat memberi impak yang mendalam terhadap
sesuatu isu yang ingin diketengahkan.

(978pp)

5
6

Anda mungkin juga menyukai