Anda di halaman 1dari 7

Kesan Pencairan Salji

1. Paras air akan meningkat

 Air dari pencairan salji pada altitud yang lebih tinggi akan membentuk sungai,

dan seterusnya mengaliri ke laut. Tahap laut meningkat secara berterusan pada

kadar kira-kira 1 hingga 2 mm setahun, dan pencairan salji adalah satu sebab

terbesar untuk fakta ini. Pencairan salji yang semakin pantas di seluruh dunia

menyebabkan peningkatan paras air laut semakin banyak. Ini bukanlah

fenomena yang biasa seperti air pasang yang kita lihat semasa pergi ke pantai.

(Illani, 2018)

 Jika kesemua salji cair sepenuhnya, paras air laut akan meningkat 216 kaki

atau 66 meter atau lebig tinggi. Ini akan menjadi satu magnitud yang tidak

dapat dibayangkan. Tambahan pula kawasan pesisir di seluruh dunia perlu

dipindahkan disebabkan banjir, hakisan tanah, dan pencemaran air tawah

dengan air garam yang bawa tanah. Kejadian ini akan menjadi bencana global

kerana air laut merangkumi 70.8% permukaan bumi yang kita diami ini.

(Zuhal, 2011)

2. Lapisan Ais Terus Menipis

 Pengukuran yang dilakukan oleh 300 pakar iklim dari lapan negara yang

terletak bersempadan dengan Kutub Utara menunjukan dalam tiga dekad

terakhir, lapisan ais di lautan sekitar kutub menyusut kira-kira 990 ribu

kilometer persegi.

 Selain itu, kawasan kutub kini disebutkan mengalami pemanasan global lebih

cepat daripada kawasan lain di seluruh dunia. Para pakar iklim juga yakin

akan pencetus pemanasan drastik di kawasan kutub adalah disebabkan oleh


aktiviti manusia. Aktiviti manusia seperti pembebasan gas rumah kaca ke

atmosfera akan terus meningkat drastik.

3. Kehilangan habitat haiwan

 Terdapat banyak organisma yang bergantung semata-mata kepada salji untuk

hidup. Sesetengah haiwan memerlukan suhu salji untuk aktiviti hariam mereka.

Tambahan pula, sesetengah spesies burung bergantung kepada spesies ikan

yang terdapat dalam air yang dibentuk oleh pencairan salji.

 Spesies tumbuhan akuatik akan terjejas terlebih dahulu disebabkan oleh

peningkatan suhu air laut dan juga paras laut yang meningkat. Ini akan

mengurangkan bilangan spesies ikan, dan seterusnya akan menyebabkan

kebanyakan spesies burung sukar untuk hidup.

 Selain itu, spesies haiwan yang mendiami di kutub selatan dan kutub utara

seperti anjing laut, walrus, beruang kutub dan lain-lain menjadikan ais dan

salji sebagai habitat mereka. Pada tahun 2008, beruang kutub telah disenarai

oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika sebagai haiwan yang

diancam kepupusan. (WWF, 2008)

 Hal ini kerana, beruang kutub dianggarkan lebih kurang 25,000 ekor sahaja

yang masih ada di keseluruhan kutub utara. Tambahan pula, jika berlakunya

pencairan salji yang semakin serius, sesetengah daripada haiwan ini akan

menghilangkan habitat mereka dan yang seriusnya akan menyebabkan haiwan

itu pupus.
4. Bandar-bandar pesisir pantai akan lenyap

 Jika salji di kutub terus mencair, bandar-bandar pesisir pantai yang cantik

seperti Miami, Shanghai dan lain-lain mungkin akan berubah atau terus lenyap.

(hafiz, 2017)

 Dengan ini bentuk muka bumi sesebuah negara juga akan berbeza dari apa

yang kita lihat sekarang. Hal ini kerana, apabila pencairan salji semakin

bertambah, paras air laut akan meningkat seperti apa yang dikupaskan di atas.

Tambahan pula, bandar-bandar pesisir pantai itu mungkin akan lenyap atau

menjadi seperti Atlantis pada masa hadapan.

5. Kawasan tanah tinggi akan berubah menjadi pesisir pantai

 Didapati lebih daripada 75% penduduk bumi tinggal di kawasan tanah tinggi

yang mempunyai ketinggian kurang daripada 300 kaki termasuk kebanyakan

kawasan bandar besar.

 Menurut kajian baru-baru ini, di kutub bumi terdapat ais yang cukup untuk

menyebabkan peningkatan paras laut sebanyak 250-300 kaki. Jika paras laut

meningkat sebanyak 250-300 kaki lebih tinggi daripada sekarang, tempat yang

rendah akan tenggelam dan kawasan yang tinggi akan menjadi seperti pesisir

pantai. (ZOLFAGHARIFARD, 2014)

6. Kejadian banjir

 Di tempat yang terdapat salji yang berada di altitud yang tinggi, dan salji itu

mencair dengan cepat akan membawa kepada peningkatan input air ke sungai

dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir di sepanjang sungai.


 Air yang berlebihan ini juga akan menyebabkan pembentukan tasik yang baru,

dimana saiz tasik itu akan bertambah besar.

 Ini merupakan satu kejadian yang serius untuk dibimbangkan. Hal ini kerana,

jika keadaan ini terukan berlaku air yang terdapat di dalam tasik akan

bertambah dengan kapasiti yang besar, dan limpahan air daripada tasik bukan

sahaja boleh menyebabkan malapetaka yang besar di sekitar itu, malah juga

akan menghancurkan segala-galanya organisma di sekitarnya. (Mathias, 2018)

 Tamabahan pula, kejiadian-kejadian ini juga akan menyebabkan beribu-ribu

orang menghadapi masalah kehilangan tempat tinggal seperti kejadian yang

berlakunya di Bangladesh. (Damilola, 2019)

7. Kemusnahan terumbu karang

 Terumbu karang memainkan peranan yang penting dalam laut. Terumbu

karang berfungsi sebagai habitat semulajadi bagi pelbagai jenis haiwan-

haiwan di laut. Ianya membantu pengawalan oksigen dan karbon dioksida

serta melindungi pantai daripada hakisan ombak.

 Terumbu karang biasanya tumbuh di kawasan tropika dengan perairan yang

cetek. Hal ini kerana, terumbu karang memerlukan cahaya matahari untuk

hidup.

 Selain itu, pencairan salji menyebabkan peningkatan paras laut. Peningkatan

paras laut ini menyebabkan terumbu karang akan layu serta mati. Hal ini

kerana, terumbu karang ini tidak mendapat sumber cahaya matahari yang

mencukupi.
 Kesan buruk kepada populasi ikan yang bergantung kepada terumbu karang

ini sebagai habitat semulajadi akan berlaku disebabkan oleh kematian dan

kehancuran terumbu karang ini.

8. Pengurangan tenaga elektrik dijana daripada hidroelektrik

 Penjanaan tenaga elektrik daripada hidroelektrik bergantuung kepada jumlah

air yang mengalir di sungai dan empangan. Air sungai ini adalah mengalir

daripada kawasan yang tinggi. Walaupun demikian, pencairan salji di kawasan

tanah tinggi yang disebabkan oleh pemanasan global ini akan mengurangkan

sumber air dalam jangka masa panjang.

 Oleh itu, sekiranya ini berlaku, air di sungai dan empangan akan berkurang

dan menyebabkan penghasilan tenaga elektrik daripada hidroelektrik menjadi

semakin berkurang. Kejadian pengurangan tenaga elektrik daripada

hidroelektrik ini mungkin akan terjadi di kawasan yang mempunyai salji atau

ais.

 Walau bagaimanapun, kejadian ini mungkin tidak mengalami masalah di

Malaysia. Hal ini kerana, di Malaysia tidak mempunyai 4 musim, Malaysia

hanya menerima hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas

sahaja.

9. Kewujudan semula penyakit berbahaya

 Ais ataupun salji berfungsi sebagai pembersih dan juga berfungsi untuk

menyerap dan memerangkan pelbagai bahan kimia berbahaya, racun perosak,

virus dan bakteria sejak dahulu kala yang tidak aktif apabila berada dalam

suhu beku. Malangnya, akibat pencairan salji dan ais ini, bahan-bahan kimia
yang berbahaya ini mempunyai risiko untuk terbebas kembali ke persekitaran

melalui udara dan air.

 Di kawasan-kawasan dimana bumi telah dibekukan selama berabad-abad

seperti di negara Alaska dan Siberia, pencairan salji ini disyaki sebagai punca

wabak penyakit baru. Pada Ogos 2016, Anthrax meletus di sudut kecil Siberia

dan lebih daripada 2 ribu rusa telah dijangkiti dan berpuluh-puluh orang

dimasukkan ke hospital selepas mayat berusia 75 tahun mencair dan

mengeluarkan spora di Semenanjung Yamal.

 Anthrax bukan satu-satunya virus yang beku di bawah permafrost. Para saintis
berpendapat bahawa wabak bubonic dan cacar juga dikebumikan di tanah

beku Siberia. Tanah di dalam bulatan arktik juga terperangkap metana dan gas

lain ketika tanah membeku. Disebabkan oleh ia mencair, gas rumah hijau ini

akan dibebaskan kembali ke atmosfera, dan menambah kitaran pemanasan

global. (brenner, 2018)

brenner, l. (2018, july 16). How Does Polar Ice Melting Affect the Environment?
Retrieved from sciencing: https://sciencing.com/how-does-polar-ice-melting-
affect-the-environment-13400295.html

Damilola, L. (2019). melting glasier. Retrieved from conserve energy future:


https://www.conserve-energy-future.com/causes-effects-melting-glaciers-
humans-environment.php

hafiz, I. (2017, September 27). Bandar utama pesisir pantai berisiko hilang
menjelang 2100. Retrieved from press reader:
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-
malaysia/20170927/281552291051107

Illani, R. (2018, september 8). 9 Kesan Pencairan Litupan Ais di Kutub Utara Akibat
Pemanasan Global. Retrieved from iluminasi: https://iluminasi.com/bm/10-
perkara-yang-akan-berlaku-sekiranya-ais-di-kutub-cair.html

Mathias, K. (2018, february 24). the effects of melting ice glasiers. Retrieved from
help save nature: https://helpsavenature.com/the-effects-of-melting-ice-
glaciers
WWF. (2008). Retrieved from WWF: https://www.worldwildlife.org/species/polar-
bear

ZOLFAGHARIFARD, E. (2014). Would YOU be underwater if the polar caps melted?


Map reveals what our planet would look like if sea levels rose by 260ft .
Retrieved from daily mail: https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-
2609338/Would-YOU-underwater-polar-caps-melted-Map-reveals-planet-
look-like-sea-levels-rose-260ft.html

Zuhal, M. (2011, November 11). Struktur permukaan bumi. Retrieved from wordpress:
https://muhammadzuhal.wordpress.com/2011/11/11/struktur-permukaan-
bumi/

Anda mungkin juga menyukai