Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KEMBARA PEMIMPIN( KEPIMPINAN KOKO )


SMK.SEREMBAN JAYA

1. RASIONAL

Membina insan berkepimpinan adalah suatu tugas berat yang harus dipikul bagi meneruskan
kesinambungan kepimpinan negara yang bakal bersilih ganti. Membentuk ciri-ciri pemimpin
dalam diri pelajar amatlah dituntut kerana usaha ini adalah cukup penting bagi menyediakan
pelapis pemimpin di peringkat institut pengajian tinggi seterusnya bakal mengambil alih
kepimpinan negara pada masa mendatang. Justeru itu, Kem Bina Kepimpinan ini dizahirkan
oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi membantu meningkatkan ketrampilan diri
Pemimpin Pelajar.

2. OBJEKTIF

Kem Kepimpinan diharapkan dapat:

2.1 Membina daya kepimpinan di kalangan murid-murid

2.2 Membentuk rasa tanggungjawab terhadap tugas pemimpin yang diamanahkan.

2.3 Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pemimpin murid-murid

2.4 Menanam sikap bekerjasama dalam kumpulan

2.5 Membentuk semangat berani berdepan dengan khalayak dan berkomunikasi


dengan baik

2.6 Membentuk disiplin diri yang kental dan tahan uji.

3. PELAKSANAAN

3.1 Tempat: Taman Rekreasi Ulu Bendol.

3.2 Tarikh: 14.11.2009

3.3 Masa: 1 hari ( 8.00 pagi – 6.00 petang )

4. METODOLOGI

4.1 Ceramah

4.2 Kembara Berfokus


5. ANGGARAN BAJET KURSUS KEPIMPINAN

Bil Perkara Jumlah


1 1.1 Makan dan Minum Peserta RM 10 x 44 orang = RM 440

2 2.1 Bayaran Fasilitator/ RM 200 X 2 orang = RM 400


Penceramah
3. 3.1 Pembelian Khemah RM 250 X 11buah = RM 2750
4. 4.1 Tambang Bas RM 300
5 5.1 Kit Perubatan RM 200
6 6.1 Hearler Megaphone RM 430

JUMLAH BESAR RM 4520

6. SUMBER PENDAPATAN

6.1 Wang KOKO dan Motivasi = RM 4520

JUMLAH BESAR = RM 4520

TENTATIF JADUAL KEMBARA PEMIMPIN


7.30 pagi - Bertolak dari sekolah

8.00 pagi - Taklimat Kembara

8.15 Pagi - Sarapan pagi

8.30 Pagi - Mendaki gunung

10.30 Pagi - Minum pagi dan aktiviti 1

12.00 Pagi - Bertolak ke Jeram Kak Lang

1.00 T.hari - Makan T.hari,Solat Zohor berjemaah dan istirahat

2.30 Petang - Bertolak turun.

5.00 Petang - Tiba di bawah

6. PENUTUP

Pihak UBK berharap agar modul kursus yang diberi akan berjaya membina pemimpin yang
berketrampilan kepada para peserta.

Disediakan oleh,

( MUSTAFA KAMAL BIN HJ ABDUL RAHIM)

Disemak oleh,

( HARIZAN BIN YAACOB )

PK.KOKO

Disahkan oleh,

( JAWAHIR BT ALIAS)

Pengetua

Anda mungkin juga menyukai