Anda di halaman 1dari 1

Kali ini sekadar berkongsi tentang reka bentuk kajian yang agak jarang dipilih oleh para

pengkaji iaitu tentang reka bentuk kajian Eksperimental. Sebenarnya ada beberapa
situasi dan keadaan yang memerlukan kajian eksperimental dijalankan dan bukanlah
kajian tinjauan. Namun, ia bukanlah suatu kajian yang mudah dilakukan walaupun jumlah
sampelnya lebih sedikit berbanding dengan kajian tinjauan. Kajian eksperimental ini
merupakan kaedah terkawal yang memerlukan penelitian dan juga kecekapan pengkaji
itu sendiri dalam mengendalikan kajian yang agak complicated. Apa yang
membezakannya, kita perlu mengawal pemboleh ubah kajian.

Namun, dalam bidang Sains Sosial, kebanyakan ahli penyelidik kerap menggunakan
kajian kuasi-eksperimental berbanding dengan kajian eksperimental benar (true
experimental). Saya pun sebenarnya tidak pernah melakukan kajian eksperimental
benar. Mungkin masih belum mahir dan berkepakaran dalam melaksanakan kajian
sebegini. Namun, kali ini saya hanya ingin berkongsi sedikit ilmu dan maklumat mengenai
kajian kuasi-eksperimental yang mana sering digunakan untuk menilai keberkesanan
sesuatu program yang dijalankan. Bagi saya kajian kuasi-eksperimental ini lebih mudah
diuruskan dan dilaksanakan berbanding kajian eksperimental benar kerana kumpulan-
kumpulan responden kajian tidak semestinya sama jumlahnya. Dalam kajian ini juga,
reka bentuk pre & post design yang paling kerap dan biasa dengan saya. Dua reka bentuk
lain iaitu regresi tidak bersambungan dan reka bentuk siri masa, sememangnya saya
tidak mempunyai kepakaran tersebut dan hanya mendapat maklumat melalui
pembacaan saya terhadap buku-buku metode sahaja.

Dalam reka bentuk ujian pre dan post ini, terdapat dua kumpulan kajian yang dinamakan
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ciri-ciri yang dipilih oleh kedua-dua kumpulan
ini seharusnya hampir sama. Jangan bimbang kerana bagi kajian kuasi-eksperimental ini
tidak memerlukan pensampelan secara rawak. Oleh itu, jangan terikat dengan ujian
parametrik kerana reka bentuk kajian ini ada ujian yang tersendiri yang boleh kita
gunakan seperti ujian ANCOVA.

Anda mungkin juga menyukai