Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KAJIAN PENYELIDIKAN KONVENSIONAL

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL JENIS ALATAN TANGAN PERTUKANGAN


DALAM MATAPELAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI, DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH DIGITAL, DI DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR.

Oleh
AHMAD FIRDAUS BIN HJ ABDUL RAHMAN
PISMP/RBT AMBILAN JUN 2016 (SEMESTER 6)
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

1.0 PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara,


merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lepas

Pada pertengahan tahun 2018, telah dijalankan praktikum selama 6 bulan di Sekolah
Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru. Melalui pengalaman praktikum ini,
telah banyak memberikan pemerhatian dan hipotesis berkaitan kajian tindakan ini. Semasa
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) tahun 4, didapati majoriti murid tidak begitu mahir iaitu masih pada kadar
lemah dalam mengklasifikasi kan alatan tangan berserta nama dan fungsinya. Murid agak
sukar untuk mengingati mahupun imbas kembali akan alatan tangan yang telah diterangkan
dari segi nama dan fungsi nya melalui pembelajaran sebelum nya, yang telah diterangkan
beberapa kali melalui lisan, bahan maujud, permainan kad dan juga kuiz bergambar.
Sehinggakan pada suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung
seperti biasa, apabila murid diminta untuk membantu guru mengambilkan alatan tangan iaitu
‘Tukul Warrington’, namun sebaliknya murid tersebut telah dating dengan membawa ‘Ganding
Getah’ di tangan nya, dan apabila diajukan soalan berkaitan fungsinya, ternyata murid
tersebut beranggapan fungsi kedua-dua alatan tersebut adalah sama iaitu mengetuk paku ke
permukaan kayu. Jelas sekali di sini murid masih tidak dapat menguasai kemahiran mengenal
nama alatan dan fungsinya walaupun telah digunakan berbagai teknik pengajaran yang
berbeza dari segi pembelajaran yang aktif.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

2.1 Fokus Kajian

Kemahiran mengenal nama alatan dan fungsinya adalah bersandarkan dengan


kemahiran hafalan. Pada usia sekitar 7 hingga 12 tahun, individu masih belum mencapai tahap
kognitif sederhana, pada kadar usia ini, individu masih tidak bersedia untuk memfokuskan
perhatian ke arah pembelajaran, lebih lagi yang bersifat skema dan pasif. Murid tidak disalahkan
dalam hal ini tatkala telah diberikan berbagai penjelasan secara berulang-ulang melalui berbagai
jenis teknik pengajaran yang digunakan namun mereka masih tidak dapat menguasai kemahiran
mengenal nama alatan dan fungsinya dengan baik, dan segelintir pada kadar yang amat lemah.
Hal ini disebabkan oleh, murid tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya, tatkala murid pada
era modenisasi arus teknologi ini lebih cenderung kepada aktiviti aktif berbentuk permainan,
komputer, ‘app games’ , video kartun, muzik dan tari-menari.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah meningkatkan kemahiran mengenal nama dan fungsi alatan
tangan pertukangan, dengan menggunakan kaedah Digital bagi murid tahun 4, 5 dan 6 di
dalam daerah Johor Bahru, Johor.

.
3.2 Objektif Khusus

Kajian ini berfokus kepada dua objektif khusus :

i. Meningkatkan kemahiran murid mengenal nama dan fungsi alatan tangan


dengan menggunakan kaedah Digital dalam tajuk penghasilan projek tahun 4,
tajuk penghasilan projek tahun 5 dan tajuk penghasilan proje tahun 6.
ii. Meningkatkan kemahiran guru dari segi teknik pengajaran bersandarkan arus
modenisasi teknologi berbeza dengan teknik pengajaran yang sebelumnya.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid tahun 4,tahun 5 dan tahun 6 yang mengambil matapelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi, bagi sekolah kebangsaan arus perdana.

4.1 Skop Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar sekolah menengah daerah Johor Bahru dan dengan itu
keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada pelajar kawasan lain.

4.1 Batasan Kajian

Terdapat batasan dalam kajian yang akan saya jalankan ini. Batasan kajian ini adalah seperti
berikut:

i. Kajian ini melibatkan murid tahun 4,tahun 5 dan tahun 6 yang mengambil
matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, bagi sekolah kebangsaan arus
perdana di dalam daerah Johor Bahru, Johor.
ii. Dalam kajian ini saya hanya menggunakan kaedah Digital berbantukan kemahiran
ICT bersandarkan matapelajaran TMK.
iii. Saya membataskan kajian ini kepada satu tajuk sahaja iaitu penghasilan projek
dan mengikut Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6 bagi matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.
iv. Generalisasi kajian ini hanya untuk murid tahun 4, tahun 5 dan tahun yang
mengambil matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, bagi sekolah kebangsaan
arus perdana di dalam daerah Johor Bahru, Johor, sahaja dan tidak boleh
digeneralisasikan untuk semua pelajar di seluruh Negara Malaysia mahupun
Worldwide.

5.0 Definisi Operasional

Digital dalam kajian disama ertikan dengan penggunaan Aplikasi

Anda mungkin juga menyukai