Anda di halaman 1dari 1

BAB 5 : IKATAN KIMIA

Atom-atom unsur bukan kumpulan 18 boleh berpadu melalui dua jenis ikatan kimia,
iaitu

1. ikatan ionik ( ikatan elektrovalen ), --logam dengan bukan logam.


2. ikatan kovalen — bukan logam dengan bukan logam.

Ikatan Ion (Elektrovalen)

(Ikatan Ion)

1. Dengan melepaskan elektron atau menerima elektron, atom-atom akan


membentuk ion-ion.
2. Ion-ion yang bertentangan cas akan menarik antara satu sama lain dan
membentuk ikatan ion atau ikatan elektrovalen).
3. Ikatan ion terbentuk di antara logan dengan bukan logam.
4. Contohnya, natrium bertindak dengan klorin membentuk ikatan ion di antara ion
natrium dan ion klorin.
5. Sebatian yang terbentuk dinamakan sebagai sebatian ion atau sebatian
elektrovalen.

Ikatan Kovalen

(Ikatan Kovalen

1. Dengan berkongsi elektron di antara atom-atom, atom-atom boleh terikat


bersama dan jenis ikatan kimia yang terbentuk dinamakan sebagai ikatan kovalen.
2. Ikatan kovalen terbentuk di antara bukan logam dengan bukan logam.
3. Sebatian yang terbentuk dinamakan sebagai sebatian kovalen.

Anda mungkin juga menyukai