Anda di halaman 1dari 7

SMK SEKSYEN 27

Ruj. Kertas Cadangan : BEA8660 / / /( )

Tarikh : 1 FEBRUARI 2012

KERTAS KERJA : BENGKEL KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM

PENYEDIA : PN. MAIZAN BT. ISHAK

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah adalah satu institusi yang dapat menyediakan perkhidmatan yang berbentuk
perkembangan dan penyuburan yang meliputi proses pembesaran dan pertumbuhan potensi
bakat, akal , emosi, sahsia, budaya, agama dan nilai-nilai murni pelajar. Oleh itu, adalah
sangat wajar dan baik bagi pihak sekolah mengadakan bengkel kepimpinan unit Kokurikulum
ini bagi member pelajar-pelajar panduan untuk menguruskan sesuatau organisasi atau
pertubuhan.

2.0 LATAR BELAKANG


Walaupun dari segi kesediaan dan kemahiran masih kurang, namun pihak sekolah
bahagian Unit Ko-Kurikulum tetap mencuba untuk mengadakan program ini.Unit
kokurikulum mengadakan program ini sebagai memberi ruang dan laluan untuk pelajar
menimba ilmu kepimpinan dalam memimpin dan menjalankan tanggungjawab mereka
sebagai pemimpin dalam sesebuah organisasi dan pertubuhan. Seterusnya, program ini juga
diharapkan agar dapat memberi semangat dan galakkan kepada para pelajar lain agar dapat
melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang Kokurikulum.

2.1 KEKUATAN
a. Kerjasama guru-guru untuk menjayakan program ini.
a. Para pelajar memberi kerjasama yang membanggakan untuk menyertai
program yang telah dipilih..

1
b. Mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbir dalam pengurusan dan
perjalanan program ini.

2.1 KELEMAHAN

a. Masalah kesuntukan masa untuk merancang dan melaksanakan program yang


dirancang.

3.0 MATLAMAT AM
1. Melahirkan pelajar yang sentiasa berakhlak dan berdisiplin.

2. Melahirkan pelajar yang sentiasa bertanggung jawab dan bersatu


padu antara sama lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3.Pelajar dapat membentuk sahsiah dan jati diri serta berketrampilan dalam
mengharungi kehidupan pada masa hadapan.

4.0 OBJEKTIF KHAS

1. Menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bidang Ko-


Kurikulum.

2. Memberi peluang kepada pelajar memperkembangkan daya kreativiti dan semangat


berkumpulan.

3. Meningkatkan keyakinan diri pelajar.

4. Mendapat pengetahuan dan membentuk sahsiah diri.

5. Mengembangkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

6. Sentiasa mengamalkan sikap kekitaan tanpa mementingkan diri sendiri.

5.0 SASARAN

Pengerusi, Naib Pengerusi, setiausaha dan bendahari persatuan, kelab, uniform, rumah
sukan dan permainan.

2
6.0 CADANGAN

6.1 CADANGAN AKTIVITI

6.1.1 Bengkel kepimpinan tugas-tugas Pengerusi, Naib Pengerusi,


Setiausaha dan Bendahari.
6.1.2 Bengkel membuat kertas kerja.
6.1.3 Bengkel membuat roket.

6.2 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 18 Februari 2012 (Sabtu)

Masa : 8. 30 – 5.00 petang

Tempat : Dewan Ixora dan padang SMK Seksyen 27

7.0 BELANJAWAN

7.1 SUMBER KEWANGAN

PCG Kokurikulum/sumbangan persendirian/sumbangan PIBG

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Butiran/ Perkara Jumlah


1 Makan minum peserta RM 525.00
2 Buku program RM 20.00
3 Gambar RM 15.00
4 Dokumentasi RM 50.00
5 Peralatan RM 50.00
6 Hadiah RM 100.00
JUMLAH RM 760.00

3
8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Datin Hjh. Jamaliah Binti Juni (Pengetua SMK Seksyen 27)

N.Pengerusi : Pn. Khairun Aznida bt Mokhtar ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha : Pn. Maizan bt. Ishak.

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :

Disiplin dan Keselamatan : 1. Pn. Cik Siti Nor bt Che Yusof

2. Pn. Samaliza bt Abu Samah

Makanan & minuman peserta : 1.Pn. Roslidah bt Ismail

2.Pn. Sarimah bt Che Tengah

Buku program : Pn. Che Rahaya bt Che Hamid

Dokumentasi : Pn. Noor Azalina bt Abd Aziz

Fotografi : Pn. Nur Baizura bt Mohd Yusof

Siaraya : En Hasnol bin Mahmood

Sjil dan hadiah : 1. Pn. Norasidah bt Abd Rashid

2. Cik Amiratulhana bt Amir

3. Suzana bt Mat Nor

Bengkel membuat roket: Pn. Wan Zariati bt Wan Bakar

4
Pendaftaran : Pn. Azura bt Dollah

Persiapan tempat penutup : 1.Pn. Roslizah bt Damiri

2.Pn. Rohani bt Kotai Meah

Pengacara majlis penutup : Pn. Zuryani bt Zainal Abidin

Peralatan : 1. Pn.Zatul Iffah bt Ahmad Ibrahim

2. Pn.Noor Hidura Kartini bt Zahari

Kebersihan : Pn. Siti Noraini bt Sukarti

5
11.0 TINDAKAN PENTADBIRAN

i. Adalah diharapkan program ini berjalan lancar dan dapat mencapai objektif yang
dirancangkan serta para pelajar mendapat manafaat. Semoga usaha yang tidak
seberapa ini mendapat ganjaran dan keberkatan di sisi Allah SWT.Sekian.

Disediakan oleh,

…………………………….
( Pn. Maizan bt. Ishak )
Penyedia Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan Kokurikulum 2012

ii. Ulasan Pengerusi :


___________________________________________________________
Disokong oleh,

.................................................
Pn. Khairun Aznida bt Mokhtar

(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

SMK Seksyen 27 Shah Alam.

ii. Ulasan Pengetua :

___________________________________________________________

Disahkan oleh :

…………………………………..

(Datin Hjh. Jamaliah Binti Juni)

Pengetua,

SMK Seksyen 27 Shah Alam, Selangor.

6
7

Anda mungkin juga menyukai