Anda di halaman 1dari 1

Malu sebahagian dari iman…

"Malu itu semuanya kebaikan"

Tajuk malam ini adalah sifat malu. Orang barat ada menafsirkan malu adalah sebahagian dari
gangguan psikologi atau gangguan jiwa. Tetapi di dalam Islam, malu itu ditafsirkan oleh Imam
Nawawi di dalam Syarh Muslim iaitu satu sifat yang terpuji yang boleh memberi kesan kepada kita
meninggalkan dosa-dosa. Ini membawa maksud malu yang dimaksudkan disini adalah malu
melakukan dosa kerana Allah melihat setiap perbuatan kita.

Kelebihan sifat malu paling besar ialah DUA perkara :

1- Iman makin mantap. Ini sesuai dengan hadith dari dua kitab hadith yang paling sahih “Iman itu
lebih 70 cabangnya, paling tinggi lafaz LAILAHAILLAH, paling rendah sekali ialah mengalihkan duri dari
memudaratkan orang”. Ertinya malu sebahagian dari iman dan termasuk di dalam lebih 70 cabang
iman tersebut.

2- Kebaikan seluruhnya. Orang yang malu pada ertikata yang sebenarnya mendapat kebaikan. Hadith
sahih bermaksud “Sifat malu itu semuanya adalah kebaikan”. Ertinya kalau kita malu nak melakukan
dosa, malu mendedahkan aurat, malu memakai benda2 yang diharamkan, kita beroleh kebaikan
bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

SALAH FAHAM MALU

Ada beberapa perkara yang patut dielakkan iaitu :

1-Malu menuntut Ilmu.

2-Malu membela kebenaran.

Ibnu Solah menyebut bahawa perkara tersebut bukan kategori malu tetapi masuk di dalam kategori
‘pengecut’ dan menghinakan dirinya sendiri. Islam sama sekali tidak pernah mengajar umatnya malu
menuntut ilmu dan membela kebenaran.

Kalau kita lihat dan perhatikan di dalam kitab-kitab Feqah, banyak soalan yang pada anggapan kita
‘luar biasa’ diajukan kepada isteri dan Baginda. Kita ambil contohnya Abu Musa Ays’ari pernah
bertanya kepada isteri Baginda, Aisyah dengan solat yang mewajibkan mandi. Lalu Aisyah menjawab
“jika terkumpul 4 kaki (berjimak/bersetubuh), khitan bertemu khitan, maka wajiblah mandi”. Pada
anggapan kita, soalan begini ‘sensor’ dan tidak boleh, tetapi di dalam agama ia termasuk soalan
hukum hakam yang wajib kita ketahui.

Satu lagi contoh apabila muslimat Ansar bertanya kepada Baginda “Ya Rasulullah, Allah tidak pernah
malu perkara yang benar, adakah perempuan yang bermimpi juga diwajibkan mandi? Baginda
menjawab : (Ya) apabila ia terlihat air”. Perkara begini sangat pelik bagi wanita sekarang kerana tidak
pernah tahu perempuan juga wajib mandi disebabkan ihtilam (mimpi basah) sama seperti lelaki.

“Betul ka ustaz, ada juga perempuan kena mandi wajib sebab bermimpi?”
“Hadith Baginda telah menceritakan 1400 tahun yang lalu…”
Diam.Akhir kata, malunya kita menuntut ilmu hanya kerana benda-benda sebegini menyebabkan kita
bertambah jahil dan bertambah tidak tahu hukum hakam di dalam kitab feqah.

Anda mungkin juga menyukai