Anda di halaman 1dari 4

BORANG SOAL SELIDIK

Tujuan borang selidik ini disediakan adalah untuk mengumpul maklumat tentang permainan
Sack Race sebagai alat pembelajaran matematik dalam subtopik laju tingkatan 2.

Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian (A) dan bahagian (B).

Bahagian (A) mengandungi maklumat latar belakang responden manakala bahagian (B)
mengandungi item soalan yang akan dibahagikan kepada tiga (3) kategori:

Kategori 1- item berkaitan persepsi murid

Kategori 2- item berkaitan minat murid

Kategori 3- item berkaitan penerimaan murid terhadap permainan Sack Race

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Arahan: Tandakan ( / ) pada jawapan anda di ruangan yang disediakan

1) Jantina Lelaki
Perempuan

2) Kaum Melayu
Cina
India
Asli
Lain-lain Nyatakan:________________
3) Subjek Kegemaran
Bahasa Melayu
Sains
Matematik
Bahasa Inggeris
Lain-lain Nyatakan:_______________

BAHAGIAN B: KAJIAN TERHADAP RESPONDEN

Arahan: Sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda
sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Dengan menggunakan skala 1 hingga
4, sila tandakan ( / ) pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan anda menanda setiap penyataan.

Skor Nilai Skor


Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Setuju (S) 3
Sangat Setuju (SS) 4

Kategori 1: Persepsi pelajar terhadap pengaplikasian permainan tradisional dalam


pengajaran dan pembelajaran

Bil Kriteria 1 2 3 4
STS TS S SS
1 Pembelajaran melalui permainan menggalakkan saya untuk
berfikir secara kritis.
2 Pengajaran guru lebih baik dan berkesan apabila permainan
diaplikasikan.
3 Permainan dapat membantu saya memahami pembelajaran
dengan lebih jelas.
4 Aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan sukatan
pembelajaran yang ditetapkan.
5 Saya berasa seronok apabila guru mengaplikasikan
permainan tradisional dalam pengajaran matematik.
6 Saya lebih suka pengajaran yang melibatkan permainan
tradisional.
7 Saya merasakan pengajaran yang melibatkan permainan
tradisional perlu dilaksanakan dalam pengajaran
matematik.
8 Saya dapat menumpukan perhatian apabila permainan
tradisional diaplikasikan dalam pengajaran.
9 Pengaplikasian permainan tradisional dalam pengajaran
menarik minat saya untuk meneroka konsep yang diajar.
10 Saya merasakan dengan mengaplikasikan permainan
tradisional dalam pengajaran mampu meningkatkan minat
saya untuk mempelajari matematik.

Kategori 2: Minat murid terhadap matematik apabila permainan Sack Race


diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bil Kriteria 1 2 3 4
STS KS S SS
12 Saya memahami apa yang diajar setelah permainan Sack
Race dijalankan.
13 Permainan Sack Race sesuai dipraktikkan dalam
pembelajaran tajuk laju dan pecutan.
14 Permainan Sack Race yang dijalankan menyeronokkan dan
berkesan.
15 Saya berminat melakukan aktiviti yang melibatkan
permainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
16 Aktiviti seperti ini amat diperlukan bagi meningkatkan rasa
minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
17 Pembelajaran dengan bermain memberi saya peluang untuk
mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran.
18 Permainan Sack Race dapat mengelakkan rasa bosan
semasa pengajaran dan pembelajaran.
19 Saya lebih mudah memahami isi pelajaran dengan cara
mengalami dan membuat sendiri.
20 Pengajaran dan pembelajaran melalui permainan dapat
mewujudkan suasana seronok dan ceria.

Kategori 3: Penerimaan murid pada topik Laju dan Pecutan apabila permainan Sack
Race diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bil Kriteria 1 2 3 4
STS KS S SS
22 Permainan Sack Race membantu saya untuk mengingat
pembelajaran dengan lebih baik.
23 Saya dapat menguasai konsep yang diajar.
24 Permainan Sack Race dapat meningkatkan kefahaman saya
berkaitan Laju dan Pecutan.
25 Permainan Sack Race membuatkan saya mendapat
gambaran yang jelas tentang Laju dan Pecutan.
26 Saya lebih yakin dalam menjawab soalan yang berkaitan
dengan Laju dan Pecutan.
27 Permainan Sack Race membantu saya untuk belajar tajuk
Laju dan Pecutan.
28 Pelaksanaan aktiviti permainan teratur dan senang diikuti.
29 Melalui permainan, saya dapat membezakan laju dan
pecutan.
30 Saya dapat mempelajari tajuk Laju dan Pecutan secara
visual melalui permainan Sack Race.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai